Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]

By MissSyuhada

1.2M 52.8K 2.2K

DIAN AMELYN BINTI DATO' ZIKRI. Anak seorang ketua gangster.. Sejak kecil dia telah dilatih menjadi seorang ya... More

AUTHOR NOTE
DAKG-1
DAKG-2
DAKG-3
DAKG-4
DAKG-5
DAKG-6
DAKG-7
DAKG-8
DAKG-9
DAKG-10
DAKG-11
DAKG-12
DAKG-13
DAKG-14
DAKG-15
DAKG-16
DAKG-17
DAKG-18
DAKG-19
DAKG-20
DAKG-22
DAKG-23
DAKG-24
DAKG-25
DAKG-26
DAKG-27
DAKG-28
DAKG-29
DAKG-30
DAKG-31
DAKG-32
DAKG-33
CHARACTER
DAKG-34
DAKG-35
DAKG-36
DAKG-37
DAKG-37(PART 2)
DAKG-38
DAKG-39
DAKG-40
DAKG-41
DAKG-42
DAKG-43
DAKG-44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB-49
EPILOG
THANKS..
Buku?
NO BOOK 2

DAKG-21

20.6K 934 13
By MissSyuhada

"Tak nak!"

"Aku cakap masuk!"

"Tak nak lah king kong!!"

"Masuk je lah anak gajah campuran kura-kura!"

"Tak nak!!!!!"jerit Dian kuat sambil menggeleng-geleng.

Fahmi menarik Dian sepenuh tenaga ke dalam bilik.Namun Dian sempat memegang tepi dinding pintu.Maka terjadilah adegan tahan diri daripada ditarik.

"Kau ni apasal degil sangat?Aku suruh kau duduk bilik ni pun susah ke?"soal Fahmi sambil menarik pinggang Dian untuk memasukkan tubuh Dian ke dalam bilik itu.

"Aku tak nak lah duduk sebelah bilik kau!Aku nak tidur bawah!Nak tidur bawah!!!"bentak Dian sambil tangan dan kakinya sepenuh tenaga menahan badan dari ditarik masuk ke dalam bilik.

Fahmi berhenti menarik Dian.
Keningnya berkerut.

"Kenapa tak nak pulak?Bukan aku suruh kau tidur sekali dalam bilik aku pun."soal Fahmi pelik.

Dah lah badannya letih.Esok ada kerja yang perlu dia lakukan.Si minah kura-kura ni pulak buat perangai.
Diikutkan hati mahu aja dia angkat Dian masuk bilik.Tapi disebabkan Dian yang gila2 memberontak tak nak masuk bilik...Nak buat macam mana?

"Aku tak nak tidur bilik ni!"kata Dian.Mulutnya dicebikkan.

"Bagi 3 sebab kenapa kau tak nak tidur dalam bilik ni."

Dian menjeling Fahmi.Perlu ke?

"Perlu ke?"soal Dian.

"Perlu sebab aku tak puas hati kenapa kau tak nak tidur bilik ni.Bukannya bilik ni buruk pun.Bilik besar lagi tu.Boleh sumbat home theater 3 set!Lepastu bukan tak ada bilik air.Ada!Siap ada jakuzi lagi tu.Then,bukan tak ada aircond kena pakai kipas ke apa.Kenapa yang kau tak nak tidur bilik ni?"bebel Fahmi panjang.Letih!Ikutkan hati mahu aja dilambung Dian masuk dalam bilik itu.

Dengan tak mandi apa lagi.Pakai baju pengantin siap!Minah ni tak letih ke gaduh?

"Kau nak sebab kan?Sebab pertama,aku tak nak tidur bilik ni.Sebab kedua,aku malas nak naik turun,naik turun.Sebab ketiga,
kedudukan bilik ni sebelah bilik kau!"
kata Dian senafas sambil mengangkat jari menunjukkan isyarat nombor.

"Okay fine!.Aku pun dah malas nak layan kau malam2 ni.Aku penat!Nak tido!Bubye!"kata Fahmi lalu melangkah masuk ke biliknya yang terletak disebelah.

"Ada aku suruh kau layan perangai aku ke?"bisik Dian perlahan sambil menjeling tajam Fahmi yang sudah melangkah masuk ke dalam biliknya.

Dian melangkah turun ke bawah.
Tidur lebih baik.Tiba2 Fahmi melaung dari atas.

"Cuma aku tak sure 100% kau tidur tenang kat bawah tu.Aku dengar dari Mak Limah,orang gaji sebelum ni bilik tu ada 'sesuatu'."

Langkah Dian terhenti.Dia terkedu.

●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●

Dian tak boleh tidur.Matanya liar memandang kiri dan kanan.
Badannya seram sejuk.Part2 hantu ni dia memang pantang.

'Tak guna punya king kong!Saja nak takutkan aku!'Dah lah dia ni tak boleh kalau bab2 berkaitan dengan hantu ni.Memang meremang bulu roma satu badan.

Jatuh saham betul anak ketua gangster sorang ni.Apa daaa...

'Hello..Takut ni tak boleh elak okay?'

Apa2 ajelah Dian oii..

Matanya asyik meliar di sekeliling bilik itu.

Dah tahu takut tu mata tu tak reti nak statik satu tempat je ke?Nak jugak meliar satu bilik.

Lumrah..Memang orang tengah takut ni mata dia berani nak pandang kiri kanan.Tengah pegang torchlight pun berani suluh2.Suluh2,tersuluh pulak 'benda'kan?😂😂

Tiba2 dia terpandangkan tingkap.Langsirnya berayun-ayun.
Mata Dian membulat.

Dan nak dijadikan cerita..Jeng jeng jeng..Suspen ni..

Tiba2...Rumah itu blackout.

"Makkkk!!!!!!"jerit Dian kuat.Terkejut beruk dia dibuatnya.Jerit macam orang gila meroyan dah gayanya.

Dengan pecutan sama taraf dengan F1,Dian berlari keluar dari bilik.
Dalam keadaan gelap-gelita,Dian lari ikut suka hati mak bapak dia.Langgar itu,langgar ini,dia dah tak kisah.Dia perlu naik ke atas.Fahmi!Sasaran utamanya.

"Fahmiii!!!!!"jerit Dian ketakutan.Sudahlah kedudukan tangga dari bilik bawah jauh.Dalam hati Dian sempat memaki hamun arkitek yang mereka bentuk rumah itu.Menyusahkan betul.Berselok-belok pulak tu.Sempat lagi tu Dian..

Akhirnya dia terjumpa tangga.Dalam keadaan gelap gelita.Apa2 pun dia tak nampak,dia berlari menaiki tangga.Dengan baju pengantin tak tukar lagi,menyukarkan lagi untuk dia menaiki tangga.

Entah bagaimana,kakinya tersadung kain baju pengantin.Dia terjelopok jatuh di atas tangga.

"Aduiii..."keluh Dian.Dia rasa hendak menangis.Kakinya terseliuh.Sakit sangat sampaikan dia tidak boleh berdiri.

Badannya menggigil ketakutan.Dia memang seorang yang penakut gelap plus hantu.Nama je anak ketua gangster.Tapi penakut.

Dian menekup mukanya apabila dia merasakan sesuatu menghampirinya.
Dia menangis tersesak-esak.

Tiba2 Dian berasa badannya dipeluk erat oleh sesuatu yang hangat.Baru sahaja dia hendak menjerit..

"Shushh..Dah2..Jangan takut.Aku ada."kata sesuatu itu.Dian perlahan-lahan mengangkat muka.Walaupun dalam keadaan gelap,dia tahu yang memeluknya itu adalah Fahmi.

Entah apa yang merasuk Dian ketika itu,dengan tak malunya dia membalas pelukan Fahmi erat.

"Kenapa lambat sangat turun hah king kong?!"marah Dian dalam tangisan yang semakin reda.

"Sorry.Aku tengah mandi tadi.Tiba2 blackout.Aku dengar kau jerit.Tu yang aku cepat2 turun.Aku minta maaf." ucap Fahmi.Dia mengusap kepala Dian.

Mandi?Dian baru perasan.Dia rasa badan Fahmi sungguh hangat.Dia meleraikan pelukannya dan mengelap air mata.Dalam masa yang sama lampu rumah menyala.

Apabila matanya memandang Fahmi,matanya membulat.

"Arrgggghhhh!!!"jerit Dian kuat.Dia menolak kuat badan Fahmi yang sungguh dekat dengannya itu.

"Adoi!"jerit Fahmi terkejut.Dia menahan badannya dari terjatuh di atas tangga.

"Kenapa tak pakai baju??"soal Dian terkejut.Fahmi yang hanya bertuala itu dipandang sekilas lalu matanya dikalih ke tempat lain.

"Aku tengah mandikan aku cakap."jawab Fahmi.Kemudian dia memandang Dian yang bagai mengelak dari memandangnya itu.
Dia mengukir senyuman nakal.

"Kenapa?Malu?"soal Fahmi sengaja.Padahal muka Dian dah menjawab soalannya itu.Merah gila!

Dian memandang Fahmi.
"Aku?Malu?No!"dalih Dian.Dia memeluk tubuh.

"Kalau tak malu kenapa muka tu blushing habis?"soal Fahmi sambil tersengih.Dia bangun sambil membetulkan tualanya.Terlucut naya je freeshow!

Dian spontan memegang pipinya.

'Blushing?Arrr!!!Malunya!!"jerit Dian dalam hati.

"Hahaha!Dah lah!Aku nak sambung mandi.Spoil je aku nak mandi."kata Fahmi lalu berpaling menaiki tangga.Dian apalagi.Cepat2 dia ikut Fahmi.Kakinya yang tadi sakit terua hilang sakitnya.Entah macam mana boleh elok balik pun dia tak tahu.

Fahmi berpaling hendak menutup pintu bilik namun dia terkejut apabila Dian berdiri tegak dibelakangnya.

'Masa bila minah ni naik sekali?'

"Kau kenapa follow aku?"soal Fahmi pelik.Sebelah tangannya memegang pintu bilik,sebelah lagi dia letakkan di pinggangnya.Kening sebelahnya diangkat.

Dian terkedu.Kenapa mamat ni handsome pulak?Dengan muka hensem,badan ada six packs.Dian telan air liur.

Hoi!Apasal kau ni Dian?Sedar sikit!Mamat ni king kong!Menyakitkan hati pulak tu!

"Yang kau ni terpacak macam patung cendana kenapa?Aku tanya,kau buat apa ikut aku ni?"soal Fahmi lagi.

"A..aku..aku.."kata Dian gagap. Terkejut sebenarnya disoal sebegitu.

'Aduh!Cemana nak cakap ni?'

"Aku..??"soal Fahmi.

"Aku..."kata Dian meleret.

"Aku..aku..Sekali lagi kau cakap macam tu aku humban kau dari tingkat atas ni.Aku apa?"ugut Fahmi tegas.Dia memeluk tubuh.

Dian mencebik.Sikit2 nak humban,
sikit2 nak campak,sikit2 nak cincang.
Apa dia ni memang ada habit menghukum orang cara kasar ke apa?

Eh,kau pun apa kurang Dian?Tambah tolak darab bahagi,purata hukuman yang kau jatuhkan pun sama je.Bukan sama,malah lagi teruk!Kesian anak2 buah papanya.Dah berapa orang masuk icu disebabkannya. Huhuu.... Dua kali lima je kau Dian..

"Aku nak tidur dalam bilik kau!"kata Dian.Dengan muka tak malu dia menolak kuat badan Fahmi yang menghalang laluan masuk. Sebenarnya muka tahan malu.Dah lah kantoi dia ni penakut.Tak malu nak tido sekali dalam bilik ni.Tadi bukan main lagi kau Dian tak nak tidur bilik sebelah.Ni sampai bilik dia kau nak tidur.Apa ceghita?!

Terangkat kening Fahmi.Aik?Tadi bukan main tak nak tidur bilik sebelah.Sekarang nak tidur bilik aku pulak?Dah kenapa?

Ohh!!!

"Kau takut eh?"soal Fahmi sambil tersenyum senget.Dian menjeling Fahmi.

"Dah tahu tak payah tanya!Kau jangan ingat aku tak tahu mama ada bagitahu kau aku ni penakut."ujar Dian geram.Dia melangkah ke katil untuk mengambil bantal dan selimut.

"Kau nak buat apa tu?"soal Fahmi.

"Nak menjahit.Kau tak nampak ke aku ambil apa?Aku nak tidur lah!"balas Dian geram.Dia melangkah laju ke arah sofa.Nasib baiklah sofa dalam bilik mamat ni besar.Lebar pulak tu.Dah macam tilam dah sekali tengok.Dua kali tengok,nampak sofalah.

"Kau tak nak mandi ke apa?"

Dian memandang dirinya.Ya Allah..Macam mana dia boleh lupa yang dia tak mandi lagi?Dengan baju pengantin lip lap lip lap kat badan dia ni.Tapi nak kena ambil baju pulak kat bawah.Masalah.. masalah..

"Aku nak mandi lah ni..Tapi.."

"Kau takut nak pergi ambik baju?"soal Fahmi memotong cakap Dian.Dian memandang Fahmi.Mamat ni memang boleh baca minda orang ke?Ke dia ada belajar ilmu hitam?
Oih!Tak baik tuduh2 orang!

Dian perlahan-lahan menganggukkan kepala.Malunya!

Fahmi tersenyum sinis.Dia menghilangkan diri di dalam wardrobe.Selepas 2 minit,dia keluar dengan membawa pakaian di tangannya.

"Nah!Pakai ni.Aku nak sambung mandi."kata Fahmi lalu mencampak baju ditangannya kepada Dian. Selepas itu dia menghilangkan diri di dalam bilik air.

Dian mendengar Fahmi ketawa.Tak kuat sangat tetapi cukup untuk telinga Dian menangkap bunyi itu.

Dalam hati Dian menyumpah dirinya.Kalaulah dia tak takut..Tak adalah dia kena gelak!Buat malu aku je.Jatuh saham!Jatuh air muka!Jatuh maruah sebagai anak ketua gangster!Kira jatuh semua lah!

Dian hanya menunggu Fahmi mandi sambil bersandar di kerusi.Dalam tak sedar,dia tertidur.



Assalammualaikum..
First of all,sis nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua readers.
Sis nak mintak maaf sebab dah lama tak update.🙏🙏

Kali ni sis update panjang sikit.
In shaa Allah sis update lagi dalam minggu ni.Just wait okay?

Thanks kepada yang sudi baca and vote.Walaupun sis dah lama tak update,semakin bertambah wattpadders yang membaca dan vote novel sis ni.Terima kasih!

Last sekali,sorry kalau ada typo and x berpa nak best bab ni.Kalau korang rasa ada benda yg perlu sis perbaiki,just comment okay?Kalau tak pun just message je sis.In shaa Allah sis boleh menambah baikkan story ni.😊😊..

Selamat berpuasa..

🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭






Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 59.1K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
119K 7.1K 57
[ 03 | COMPLETE romance - humor ] *edited* "RAWR!" Ris Ayyad, pengawas yang dikenali dengan sifat pembersih dan perfectionist. Diminati ramai pelaja...
1.6K 142 15
keluarga yang sangat bahagia tapi kemusnahan datang kembali menghantui hidup mereka sekeluarga .keluarga yang musnah begitu sahaja apabila wujud oran...
404K 19.7K 49
Mengisahkn tentang Adrian dan Afryna Afryna bukan lah seorang yang nerd tetapi dia mesti menyamar menjadi nerd untuk menutup identitinya bahawa dia...