Pengawas King Dihatiku

By ciksidekick

144K 4K 275

Dia mungkin dingin tetapi dia seorang yang sangat berpegang teguh kepada janji . Disebalik sikap dingin itu t... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9

Bab 10

6.8K 288 54
By ciksidekick

"Hurmm- Isy, kau ingatkan code Diggory Warrior yang ke dua?" Soal Faziq perlahan.

Danish yang sedang leka dengan nasi goreng buatan Faziq tersentak mendengar soalan tersebut. Hairan juga kenapa tiba-tiba sahaja soalan itu laju sahaja meluncur dari bibir Faziq.

"Erk.. kenapa tanya soalan tu?" Danish mengerutkan kening.

"Bukan kau ada affair dengan budak 'perempuan jadian' tu ke?"

"Ehh, siapa cakap? And, now you're talking about Aryana? Hahahaha tak baik duhh cakap macam tu. Kalau kau kenal dia, kau tahu selembut mana hati dia bro. Then, aku takde affair pon dengan dia. Kitorang just kawan."

"Pfttt, why should I know her? Terima kasih jelah weh." Faziq meneruskan makan sebelum kedua-duanya kembali senyap.

Izmeer menyerbu dapur untuk memecahkan suasana janggal mereka.

"Woi! Patut lah tak ajak kitorang makan sekali. Tengah date rupanya." Serkap jarang Izmeer lalu membuat headlock pada Faziq dari belakang.

Faziq pantas membuat serangan balas. Tetapi sasarannya tersasar kerana terkena erk Izmeer punya.

"Arghhh!" Izmeer jatuh bergolek ke lantai sambil merekot. Rasa senak di bahagian tersebut bukan kepalang.

"Sorry bro. Tak sengaja." Jawab Faziq selamba.

"Mati anak orang wehh." Dani menerpa ke arah Izmeer yang sedang menahan sakit. Izmeer masih menjerit seperti kerasukan hantu.

####

Flashback
(1 year ago)

[ Faziq's POV ]

Bandana head merah yang aku tak ingat bila aku beli aku lipat kemas. Kemudian aku ikat kemas pada dahi.

Gel gasby calit sedikit dan ratakan pada rambut. Rambut tebal aku sikat menggunakan jari. Orang cakap lelaki yang sikat rambut guna jari ni rare. So aku try lah. Tak sangka aku lagi hensem bila buat cenni.

"Ziq! Faziq!" Laung sesorang dari luar bilik persalinan.

Derapan tapak kaki berlari ke dalam bilik persalinan semakin mendekat.

Aku menoleh belakang. Aku nampak Naddim sedang membongkok sambil pegang lutut. Penat barangkali. Naddim ialah pelajar tingkatan 5.

"Hah apahal kau ni? Setahu aku acara belum start lagi kan? Yang kau berpeluh macam orang angkat batu bata kenapa?" Beg sandang di atas loker aku capai lalu aku galas.

"Memang lah tak mula lagi. Ada budak nak jumpa kau."

Naddim masih mencari udara untuk disedut bagaikan terperangkap di dalam keranda.

"Ehh siapa pulak yang hilang akal nak jumpa aku ni? Boleh je kan masuk sini."

Aku membetulkan rambut aku sedikit. Jam di dalam beg sandang aku ambil dan dipakai kemas pada pergelangan tangan.

"Masalahnya budak tu perempuan dan dia tak bengap macam kau."

Naddim menjeling.

"Baidewei thanks bang Naddim." Aku senyum seraya melambai-lambai di hadapan wajah Nadaim.

"Cisss! Abang, abah kau. Kita sama umur sial! Cuma kau duduk kelas form 4." Marah Naddim.

Pantang Naddim apabila orang memanggilnya abang. Walaupun muka dia nampak seperti pekerja kilang papan dan berkumis nipis tetapi wajahnya agak tampan.

"Hahahahanat! Chaw luhhh. Bye sayanggg!" Aku berlari keluar dari bilik persalinan baju.

Aku terdengar Naddim memaki aku dari luar bilik persalinan baju.

Aku keluar dari changing room. Aku membelok ke kanan.

Sesampai di koridor aku ternampak seorang junior perempuan berambut tocang dan berbaju jersey merah jambu.

Sebaik sahaja dia ternampak aku terus senyumannya melebar. Aku syak budak ni yang nak jumpa aku.

Aku nampak dia tengah pegang satu kotak kecil.

"Errr... dik. Kau ke yang nak jumpa aku tadi?" Aku tanya junior perempuan tersebut yang tak ubah seperti ulat di atas api dari tadi apabila terpadang muka aku.

Handsome agaknya aku harini. Ehhh sorry terangkat bakul sendiri walaupun in realitinya memang macam tu.

"Haah yer. Saya nak bagi awak ni." Dia menghulurkan kotak kecil tadi yang berbalut dengan pembalut hello kitty warna pink guys! Warna pink! Jap aku ulang sekali lagi. Warna pinkkkkkkk!!!

Aku mengambil kotak tersebut lalu membaca namanya yang ditulis pada kotak tersebut. Sofea Andrea.

"Untuk apa ni?" Aku menggoncang kotak hadiah tersebut. Ringan semacam je. Tah apa je dia letak dalam tu.

"Untuk perkenalan kita, then jom couple." Tanpa selindung atau berkias dia berkata.

Pftttt. Aku tersedak air liur. Hukkk..hukkk. Haram jadah apa ni. Aku rasa macam nak gelak pon ada.

Aku sebagai lelaki pon tak pernah confess berani mati macam dia.

"Apa? Kau nak jadi girlfriend aku?"

Aku cuba pastikan apa yang aku dengar ni betul atau tidak. Lalu dia mengangguk laju dengan mata yang penuh harapan. Aku menyilangkan tangan ke dada. Jam di tangan aku pandang sekilas.

"Okeyh, bagi aku 5 reason, kenapa kau layak jadi girlfriend aku." Aku jongket kening.

Andrea membetulkan rambutnya berkali-kali sebelum memulakan ayatnya.

"Sebab pertama, ialah saya suka awak. Kedua sebab saya cantik dan sebab ketiga sampai lah kelima adalah sebab yang kedua tadi."

"Pftttt...HAHAHAHHAHA." Sumpah lawak nakharam.

"HAHAHAHAHAHA." Aku tampar dinding berdekatan sambil ketawa macam orang kena sawan dekat situ. Macam nak putus usus rasanya. Terkebil-kebil Andrea dibuatnya.

Korang tak hadapi benda ni. So jangan cakap aku gelak pada benda yang tak lawak.

"Suka aku dan cantik je tak cukup. Tapi kan terus terang aku cakap yang tak suka perempuan yang tergedik-gedik macam kau.

And then kau bukan type aku lah. Sorry wehh. Better kita kawan je eh? Gerak lu dah lewat ni kejap lagi acara aku dah nak mula."

Andrea memegang dadanya setelah baru sahaja di-friendzobe dengan aku.

Aku membuang hadiah Andrea ke dalam bin di sebelah.

Aku berjalan meninggalkan Andrea di belakang. Aku dengar Andrea terpekik-pekik panggil aku. Haishhh move on jelah. Aku dah friendzone kau kot.

[End P.O.V]

####

Pagi yang indah. Angin sepoi-sepoi meniup pokok sakura plastik di tengah-tengah taman utama Diggory High. Kicauan burung menambahkan lagi seri pagi.

Aku mendaki tangga marmar melengkung ke tingkat 1 lalu aku membelok ke kanan. Aku nampak Faziq sedang sibuk dengan telefon pintarnya. Belum sempat aku melangkah ke arah Faziq, Radden panggil aku.

"Dani! Woi!"

Aku menoleh ke arah suara sumbang tersebut.

"Apahal ko?

"Aku nak berak ni. Pegang sat buku ni." Sebaik sahaja meletakkan buku sejarah di atas atas tangan aku, mencicit Radden berlari dengan mengepit jari dipunggungnya. Takut tercirit barangkali.

Aku menggeleng perlahan. Semalam aku rasa dia masak tomyam puaka. Nama tu dia sendiri yang bagi. Aku tak makan sebab aku ni jenis yang tak makan benda pedas.

Izmeer dengan Isy je yang makan tomyam. Alhamdulilah diorang pun dah macam kain buruk kat rumah. Sakit perut bukan kepalang. Bagaikan dirobek-robek usus hingga terkeluar. Itulah gambaran yang boleh aku ceritakan.

Nafas aku tarik dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan sebelum aku melangkah ke arah Faziq.

Dalam banyak-banyak orang, hanya aku sorang je yang mampu nasihat Faziq. Sebab dia tu aku tak tahu lah kenapa.

"Faziq."

"Hurmm-" balasan Faziq dengan matanya masih tertumpu kepada skrin telefon. Dia hanya bermain homescreen. Single rupanya budak ni.

Ohhh haa. Aku ada tengok mamat mana tah reply tweet fasal apa yang orang single buat. Lepastu dia cakap orang single ni main homescreen. So aku pon syak Faziq ni single.

"Boleh kau simpan dulu telefon kau?" Pinta aku apabila Faziq semakin leka dengan homescreen.

Dia akur dan simpan telefon pintarnya di dalam kocek blazer dan mengalihkan tubuhnya bertentangan dengan aku.

Sekali lagi aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

"Wehhh jap. Kau makan apa Dan? Bau epal lah." Faziq mendekati aku untuk menghidu mulut aku.

Seorang junior lelaki tiba-tiba berhenti di hadapan bangku kami. Dia menekup mulut, dia nampak sangat terkejut.

Dia secara dramanya dia melepaskan buku kuat di atas lantai. Seperti baru sahaja melihat crushnya sedang bercium dengan orang lain.

Aku pantas menolak muka Faziq yang semakin mendekat dengan bibir aku.

"Woi! Budak!" Jerit aku.

Dia pantas berlari dari tempat kejadian dan berpatah balik untuk mengutip semula bukunya yang bertaburan tadi.

"Kau ni kalau tak buat hal tak boleh ke? Kang tak fasal-fasal heboh satu sekolah kita ni pasangan gay."

Faziq hanya menjongket bahu.

Aku menghantuk kepala berkali-kali di dinding.

"Okeyh dah. Sekarang ni aku nak tanya betul ke kau buang hadiah yang Andrea bagi tu?"

Aku memulakan ayat sebaik mungkin.

"Apahal? Dia ada ngadu dengan kau ke?" Faziq mengerut dahi. Lelama aku pandang budak Faziq ni macam hodoh pulak. Macam mana lah ramai budak minat dia.

Sah. Memang dia buang.

"Betul ke kau buang?" Aku cuba menyakinkan Faziq dengan menggoncang bahunya berkali-kali.

"Yelah kenapa?"

"Budak tu nangis-nangis datang datang kat aku cakap kau buang hadiah dia." Jawapan aku serta-merta telah merubah wajah Faziq.

Aku garu kening. Haishh silap cakap ke?

"Alah! Gedik je lebih budak tu. So, apa masalahnya?"

"Tak masalahnya dia snap gambar hadiah dia yang kena buang cam bangkai tu. Lepastu dia instajaked kita punya official insta.

Benda ni boleh menjatuhkan reputasi kita kau tahu tak? Ya Allah sakitnya lah hati aku ni cakap dengan kau."

Aku serabutkan rambut aku. Sakit hati punya pasal.

Faziq pantas membuka instagram Diggory Warrior.

Ada satu gambar asing iaitu dustbin di dalamnya terdapat sekotak hadiah warna pink dengan bercaption 'Instajaked by Andrea Sofea ; Korang tengok lah apa yang idola korang buat. Langsung tak hargai hadiah orang - (FMA)'

*FMA = Faziq Mikhael Bin Amrin

Faziq dengan pantas bangun dan membutangkan blazernya.

"Sabar dulu. Jangan buat tindakan melulu lah Ziq. Negara kita ada undang-undang." Kata aku lagak seperti director terhebat.

"Aku nak pergi tandas lah. Kau ingat aku nak pergi mana?"

Aku tersenyum senget. Haishh tulah Dani serkap jarang lagi. Kan dah malu.

"Aku ingat kau nak pergi jumpa Andrea."

"Aku tak kisah pon dia buat apa. Lagi pun kau tengok ramai je yang backup aku." Faziq menghulurkan Samsungnya kepada aku.

Mata aku membuntang. Wehhh tak kan lahh???

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 46.4K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
100K 2K 17
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita y...
30.2K 2.1K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
218K 14.3K 58
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...