Kawanku Isteriku (✔)

By cikbola_

2.2M 29.5K 734

Sarah arissa- seorang perempuan yang agak selekeh, pewatakannya seakan-akan lelaki Ariel daniel- seorang le... More

Bab 1
ЬаЬ 2
ЬаЬ 4
bab 5
BaB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
BaB 10
BaB 11
Bab 12
bab 13
bab 14 🔞 *not suitable for under 18*
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bukan update!!
bab 19
Bab 20🔞*not suitable for under 18*
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30.
bab 31
bab 32
pengumuman!!!
bab 33 *bab tambahan*
bab 34 *bab tambahan
bab 35 *bab tambahan*
bab 36 *bab tambahan*
bab 37 *bab tambahan*
bab 38 *bab tambahan*
bab 39 *bab tambahan*
my new story
note

ЬаЬ 3

47.6K 981 22
By cikbola_

arissa termenung sendirian sambil duduk di atas kerusi yang berada di depan rumahnya.

Tiba-tiba kenangan lalu mula bermain di fikirannya.

Flashback

5 tahun lepas...

"Rissa...." meleret ariel memanggil namanya.

"Ye ariel." Balas arissa tapi matanya masih menatap buku latihannya.

"Kau....kau malu tak ada kawan macam aku ni?? yela aku kan lembut lepastu nerd." Ariel mengeluh perlahan.

"Ariel, dengar sini ehh, aku berkawan dengan kau ikhlas semua manusia dilahirkn tak sempurna ariel yang penting kite bersyukur aku bersyukur ada kawan yang baikkkkk macam kau." Arissa tersenyum memandang ariel.

"Kau kena janji kalau kau dah ada kawan lain suatu hari nanti, kau takkan lupakn aku dan paling penting kau tak kutuk kutuk aku dekat dia orang. " Ariel menunjukkan jari kelengkingnya ke arah arissa.

"Aku janji." arissa mencantumkan jari kelengking nya dengan jari kelengking ariel.

"Adikkk." Tegur alongnya, terus mengembalikan arissa ke dunia nyata.

"Ye along." sahut arissa sambil menoleh ke belakang.

"Termenungkan ape tu?? Rindu pakwe kat united kingdom ke? " sakat alongnya.

"Hahaha merepek la along ni tak de maknanya lah." Arissa menjeling manja alongnya.

"Adikk, adikk cer bukak hati adik tu sikit untuk lelaki kat luar sana tu. Sampai bila nak membujang? Jadi andartu la adik abang ni nanti." Rungut alongnya.

"Alaaa along ni biarla. Adik dah ada along cukup la tu." Arissa menjawab.

"Haaaa! menjawab menjawab...tarik rambut ni kang."

"Tarikla wekkkkk." arissa mengejek dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Ehhh mengejek pula dia! " along terus mengejar arissa.

>>>>>>>>>>>>

Semasa di meja makan pagi ini, arissa memuncungkan mulutnya. Ikmal yang terperasankan perubahan arissa terus menegur.

"Maaa sejak bila mama bela itik dalam rumah ni?." ikmal tergelak perlahan.

Arissa menjeling tajam alongnya.
"Maaa itik tu jeling ikmal la.." tergelak semua orang yang berada di meja makan.

"Alongg ni! diam la orang tengah sedih ni." Marah arissa.

"Ikmal kalau kamu nak tahu, si itik tu buat hal pagi ni sebab dia nak keluar tapi papa tak bagi." mama pun layankan aje alongnya.

"Lah paa asal pulak tak bagi itik ni keluar? kesian itik along ni."

"Semalam , habis calar dibawaknya kereta audi tu. Tak lain tak bukan dia bawak laju la tu." papa menjeling anak daranya yang sorang itu.

"Alaa paa, bukan salah lisa la. laki tu yang salah tau dia yang langgar lisa, lisa pun apa lagi ett!! Break la lepastu boom!!kereta tu langgar. " siap dengan bunyi dan gaya lisa bercerita.

"ALASAN. No tak boleh juga keluar! nak keluar boleh tapi jalan kaki. NO guna kereta!" Tegas papanya.

Makin panjang muncung arissa. " haa lisa Tak pela, kak long dengan abang long pun nak keluar kejap lagi. nak jalan-jalan dekat kl ni ye la dah lama tak jalan-jalan dekat sini." kak long tersenyum memandang adik iparnya yang muncung sedepa itu.

"Ehhh?? sayang, bila masa pulak kita nak keluar jalan-jalan?" Tanya ikmal pelik memandang isterinya.

Hafizah mengerutkan keningnya. Ikmal turut mengerutkan keningnya. Dan akhirnya. Ooooo membentuk bulat mulut along dan terus mengiakan kata-kata isterinya itu.

"Haaa??? Betul ke?? Yeahhhhh!!!! Sayang kak long dengan bang long." Terus arissa bangun nak mencium pipi mereka berdua.

                "Alonggg!!!! Cepat la." Laung arissa dari dalam kereta.

"Sabar la adikk oiii. " alongnya terkocoh-kocoh memakai kasut.

"Wow!! Along handsomenya. kak long, habisla nanti abang long kena ngorat."

"Adikk jangan buat pasal eh. Kak long tu dah la kuat merajok. Kalau merajok tak sepasal je kejap lagi. Siapa yang kena pujuk haa ni haa orang dia ni juga. "

"Kalau dia mengatal tahu la dia nanti arissa. Kak long cincang dia cukup-cukup!" kak long membuat gaya mencincang bawang.

"Ayokkk." Arissa saja menakut-nakutkan alongnya.

"Ehhh sayang, abang tak gatal la abang ada sayang sorang je pun dah cukup tau sayang la pelengkap hidup abang." Ikmal mengenyit mata kepada isteri kesayangannya.

"Alamak buat drama free pula tengah panas macam ni. "

Tergelak semua orang.

>>>>>>>>

"Mak cuuu...nak ayam kepci. " kata irfan tersengih menunjukkan gigi nya yang baru tumbuh itu.

"Nak ayam kepci?? Ok jom kite makan ayam kepci. Along, adik bawa irfan pergi makan kfc dulu tau, kang kalau dah sudah shopping datang kat kita orang tau."

"Okayy"

Arissa memimpin tangan irfan yang terlebih aktif ini. Yelah pusing je tengok tengok dah ke depan. Entah macam mana, irfan terlepas dari pegangan nya. Arissa mulai panik.

"Irfannn" seru arissa bila matanya tak nampak lagi kelibat irfan..

"Irfannnn!!!" arissa menjerit lagi nama anak buahnya itu.

"Mak cik, mak cik ada nampak budak kecik lelaki, dia pakai baju t-shirt kotak-kotak." Tanya arissa kepada seorang mak cik .

"Maaf nak, mak cik tak perasan pulak." Balas mak cik tersebut.

"Okayy, terima kasih mak cik."

Tengah arissa mencari-cari irfan. Tiba-tiba arissa terpandang seorang budak lelaki pakai baju kotak-kotak sedang memimpin tangan seorang lelaki dan bertubuh tegap.

"Ehhhh, tu bukan irfan ke? lelaki tu siapa?? Haaaaa!! entah-entah penculik!" Arissa terus berlari ke arah mereka.

"Irfann!! Sini dekat maksu cepat. weyy kau nak curi budak ni ehh? kurang ajar kau!!!" Arissa terus menarik irfan dan menendang ke arah aset lelaki itu.

"Aduhhhh!!!..." raung lelaki itu menahan perit di asetnya.

"Hurmm, padam muka kau." Arissa terus berlalu, tetapi irfan terus menarik tangan arissa. mati terus pergerakannya.

"Irfann, jom pergi, penculik ni jahat." Arissa menarik irfan tetapi irfan tetap tidak beranjak.

"Mak cuuu, abang ni baik la dia nak bawak ipan pergi makan kepci ." Balas irfan terus pergi ke arah lelaki tadi yang masih menunduk-nunduk menahan sakit.

"Irfan!! dia jahat la." Arissa marah anak buahnya itu.

"Abang ni baik la mak cuu, tadi masa ipan jalan, ipan pusing je makcu dah tak de kat sebelah ipan lagi. Lepastu ipan nangis. Abang ni yang datang kat ipan, abang ni bawa ipan pergi kaunter sebab nak laporkan tentang kehilangan ipan, tapi ipan lapar, ipan nak makan ayam kepci. Pastu makcu tendang abang nk sian abang ni." membebel panjang irfan.

Arissa terus memandang lelaki tadi yang masih tertunduk-tunduk.

"Errrr, encik saya mintak maaf. saya ingat encik nak culik anak buah saya." Arissa serba salah.

'Tu la kau lisa, bertindak melulu, macam ni la jadinya.' Bisik arissa di dalam hati.

"Kepala otak kau mintak maaf, sakit anuu aku la gila!!" Marahh lelaki itu.

"Errrr encik, saya mintak maaf lagi sekali." Arissa masih memohon maaf.

"Abang, abang maafkan la makk cu ipan, mak cuu tak sengaja." Pujuk irfan pula.

Lelaki tersebut terus memandang irfan, tak lama lepas tu, lelaki itu senyum dan mengangguk.

"EnCikkk, sebagai tanda memohon maaf saya belanja encik makan kfc sekali teman irfan? "

"Ermmm okayy." Dingin sahaja jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Yeahhh!! Jom bang." Irfan menarik tangan lelaki itu.

Mereka duduk meja paling hujung di dalam kfc tersebut.

Muka lelaki itu kadang-kadang berkerut. Makin serba salah aku.

"Sakit ke encik? " soalan bijak di alam semesta aku tanya kan.

"Sedap dik oi. Kenapa nak rasa ke? " lelaki itu menyidir.

"Sorry." Arissa menundukkan mukanya.

"Sorry naik lori, kalau kau tendang guna selipar jamban tak pe lagi ni kau tendang anuu aku dengan kasut heel!! kau pikir tak sakitt haa!!"

Orang sekeliling memerhatikn mereka.

"Abang, mak cuu, stopp la. ipan pening la kepala asyik bertekak je dari tadi." Irfan mulai bengang.

"Okayy"lelaki itu mulai diam.

'Dengan budak-budak bukan main lembut lagi, tapi kalau dengan aku, baru cakap sikit dah marah-marah, tak guna betol, harap muka je handsome.' Bisik hati arissa.

'Ehhh kejap. bukan lelaki ni ke yang langgar bahu aku sampai handfone aku tercampak? and bukan lelaki ni juga ke yang langgar kereta aku tu sampai papa tak bagi aku pakai kereta lagi? Herrr!! ape la malang nasib aku jumpa lelaki ni.' Hati arissa masih berkata-kata.

"Abang, abang, nama abang siapa??" Tanya irfan.

"Nama abang ekk?? Nama abang ariel daniel bin dato firdaus, panggil abang abang niel jew." daniel tersenyum memandang irfan.

Arissa tersentak bila dengar nama tersebut.

'Nama ni, macan aku kenal, ariel daniel bin dato firdaus whattt?? Tak mungkin la ni ariel. No wayy, ariel lembut and nerd okayy, ni badan sado, muka handsome, maco, kaya, smart , ciri-ciri lelaki idaman.'arissa berkata dalam hati.

'Ehh kau ni, pulak semua ni tak boleh diubah.' Sampuk kata-kata hatinya yang lain.

'A ahh juga kan, tapi aku percaya dia bukan ariel daniel.' Arissa yakin dengan kata-katanya.

"Niel awak dulu masa sekolah menengah sekolah kat mana??" Tanya arissa.

"Kau sibuk nak tahu buat apa." Balas ariel daniel kasar.

"Tanya je, kalau tak nak jawab tak apa. " arissa malas nak bertekak.

"Sekolah menengah sultan abdul halim."

"Owhhh k."

'Fuhhh, betullah bukan ariel daniel yang tu, mungkin nama je sama kot. haihhh rindunya aku dengan kau ariel. kau dekat mana sekarang ni ariell?' raung arissa dalam hati.

-----------------
#hehehe, hope enjoy tau.. jangan lupa vote and komen.

Continue Reading

You'll Also Like

18.4K 137 13
NIA- Kebahagiaannya yang bakal menamatkan zaman bujang hancur sekelip mata apabila niat mahu membantu seorang wanita tidak dikenali daripada menjadi...
740K 22.3K 48
Cerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintai...
69.9K 3.1K 26
Gara-gara mabuk satu malam, besoknya terkahwin pula. What the-...?! Well, kalau sudah jodoh tu... takkan ke mana-mana orang bilang... More DRAMA, mor...
481K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...