Arania's P.O.V
Dah enam hari aku kat sini kalau tak silap. Hairie masih layan aku macam biasa. Tiada tanda-tanda obses dia ingin merosakkan ku. Sudah 33 solat farhdu aku tinggal. Tudung? Hari pertama lagi sudah hilang. Aurat utama aku ditayang. Ini bukan diriku! Aku tak sejahil ni! Ya Allah, ampunkan aku... Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. Mak.. maafkan aku, mak. Tiba-tiba saja aku teringatkan dosa-dosa aku pada ibuku.
*************************************
Kehilangan Sofia Arania selama enam hari membuatkan lebih ramai ibu bapa berwaspada akan anak-anak mereka. Ibu Arania di rumah tidak henti-henti menangis dan menyalahkan dirinya sendiri. Puas sedara maranya pujuk, namun dia masih tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia menyesal kerana tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya pada anak tunggalnya itu sejak suaminya meninggal dunia.
Di sekolah pula, Hariz, Syafiq, Rayyan dan juga ahli pasukan softball malah warga sekolah berasa terkilan dengan kehilangan Arania. Namun, Perlawanan softball tetap dijalankan. Selepas 6 hari tidak menjalankan latihan softball, Cikgu Farihin memilih untuk tetap mengadakan latihan pada petang itu.
Padang Sekolah
"Assalamualaikum murid-murid semua. Saya pasti semua dah tahu pasal kehilangan Sofia Arania iaitu shorstop kita. Sudah enam hari kita berhenti daripada menjalankan latihan softball, jadi pada hari ini, kita akan teruskan latihan kita! Pencarian shortstop akn diteruskan." Puan Farihin memberi sedikit ucapan setelah kesemua ahli pasukan softball tiba di padang. Ucapan itu diberikan dengan nada yang pilu.
"Cikgu dengan Rayyan sebenarnya dah tahu kan Hairie tu macam mana? Tapi kenapa korang berdua tak halang dia daripada main ngan kitaorang? Cikgu nak teruskan latihan and biarkan je Arania yang entah hidup atau tak lagi sekarang ni?! Cikgu tak rasa bersalah ke? Kau, Rayyan! Kau paling tau pasal dia! Apahal kau tak halang dia daripada terus bersama ngan Arania? Korang berdua patutnya dipersalahkan!But, you guys were so lucky sebab terlepas daripada pihak polis cam tu je. So nice!"
Hairie emo. Melepaskan caci-cacian pada Rayyan dan Puan Farihin tanpa rasa kesal dan tanpa menghormati mereka. Satu padang memandang Hariz yang memekik dengan suara yang kuat dan lantang. Hariz tidak peduli. Dia sangat sayang dan rindukan Arania. Dia tidak peduli dengan perempuan-perempuan lain yang tergila-gila kan dia. Baginya, tiada siapa dapat dibandingkan dengan Arania.
"Kau cakap pakai otak boleh tak?! Manalah aku tau dia still macam tu! Sebab tu aku risau waktu dia nak bawak balik Arania. But then dia terlepas gak kan?! Aku tak tahu weih! Aku tak pasti! Aku langsung tak sangka dia nak culik Arania! Kau dengar tak weih! Kau pandang aku weih!" Rayyan lebih mental daripada Hariz. Sambil dia memekik, dia memegang kolar baju sukan Hariz. Hariz hanya terdiam.
"And then kamu nak suruh saya buat apa Hariz? Saya pun tak sangka dia akan buat macam ni dekat Arania. Saya agak terkedu dengan kemunculan dia sebab dia obses dengan perempuan. Tapi saya ingat pasal dia baru balik dari UK tu betul, rupanya tidak. Lagipun, dia dulu ada kes pasal bapanya.."
Kata-kata Puan Farihin yang lemah lembut tadi terhenti. Dia menyembunyi kan sesuatu.
"Apa yang cikgu nak sorokkan lagi? Bagitahu jelah?!" Hariz mula emo semula.
"Sebab kamu nak sangat bertengkar dengan saya, latihan harini dibatalkan. Latihan lain hari akan diberitahu saya nanti. Maaf ya murid-murid." Puan Farihin terus beredar dari situ dengan hampa.
"Sekali lagi kamu persoalkan Puan Farihin tentang Arania, kamu akan dibuang daripada pasukan ni,Faham?" Coach berkata dengan suara yang jelas beserta ugutan. Hariz hanya berdiam diri sehinggalah semua ahli pasukannya beredar dari situ.
Ya Allah. Aku serahkan semua ini pada takdir mu ya Allah. Aku percaya akan takdirmu yang sentiasa mempunyai hikmah. Jika apa-apa terjadi pada Sofia Arania, aku tetap berterima kasih atas pertemuan kami dan segala kenangan manis kami yang telah engkau takdirkan.
Akhirnya, Hariz mampu mengawal perasaannya.
********************************************
Rumah Hairie
"Hairie..." Arania menegur Harie sebaik saja Hairie masuk kedalam 'bilik Arania' untuk menghantar makanan. Makanan sering dihantar Hairie kerana Hairie tahu bahawa Arania fobia akan hutan.
"Ye?" Hairie membalas teguran Arania sebaik sahaja dia meletakkan makanan tengah hari Arania di atas meja yang terletak di penjuru bilik.
"Errrr... Kau ada tak telekung or apa apa yang boleh aku tutup aurat. Aku dah banyak tinggal solat, so aku kene ganti balik. em, ada tak?" Arania bertanya dengan nada yang agak kekok kerana dia tahu, mustahil untuk ada apa yang diminta nya di rumah ini.
"Kenapa kau perlukan semua tu?" Reaksi muka Hairie berubah. Mukanya nampak marah. Arania agak terkejut dengan perubahan Hairie itu.
"Emmmm..?" Arania tidak pasti apakah jawapan yang betul atau sesuai untuk pertanyaan Hairie itu. Hairie kemudiannya datang menghampiri Arania lalu mendekatkan muka mereka berdua.
"Dekat sini cuma ada kau dengan aku.. Tak ada Tuhan! Aku tak percaya apa yang kau percaya Nia! Aku tak percaya! Allah tak adil dengan aku!" Hairie kemudiannya melepaskan muka Arania yang hampir sama besar dengan tapak tangannya lalu menggosok-gosok kepalanya tanda serabut.
Arania terkedu dan membeliakkan matanya. Subhanallah, Hairie!
"Astagfirullah Hairie! Mengucap! Kau merepek apa?! Ya Allah! Kau patut bersyukur kat Allah kau still tak masuk penjara! Kau still hidup!" Arania sedar dia duduk serumah dengan orang yang telah murtad dan ini sangat menyeksa mentalnya. Dia tiba-tiba rasa takut setelah mengetahui Hairie telah murtad.
"Kalau Allah adil! Kembar aku masih hidup! Mak aku tak kan dibunuh! Ayah aku tak kan kene hukum gantung! Kenapa jadi kat aku je?! Adil ke?! Weih kau pun sedarlah! Ayah kau dah mati! Mak kau pentingkan diri sendiri! Adil ke dunia ni tuk kita Nia? Adil ke?! Apa yang kau patut bersyukur hah?!"
"Aku bersyukur. Aku masih ada mak yang bagi aku makan selama ni. Aku still ada Hariz untuk luahkan perasaan aku! Aku still ada Allah untuk aku mintak tolong! Ujian Allah Hairie!" Muka Hairie semakin berubah dan itu membuatkan Arania berasa sangat takut.
"Hariz?! Kau masih ingat dekat mamat tu?! Aku buat macam mana pun kau still tak boleh lupakan dia ke?! Kau nak aku buat apa lagi?! Aku layan kau macam bidadari kat rumah ni! Kau still ingat kat dia? Apa yang dia bagi kat kau!?" Hairie sangat berang apabila nama Hariz disebut.
"At lease, dia tak bagi aku apa yang kau bagi aku! Kesusahan! Kesunyian!Kesakitan! Aku memang sayang kat dia lebih daripada aku sayang kat kau! Selama aku kat sini pun, aku still teringatkan dia!" Arania mula merasakan percakapannya itu salah. Itu hanya akan menaikkan kemarahan Hairie.
Arania menjerit lalu berlari menjauhi Hairie apabila dia menanggalkan bajunya.
"Kalau macam tu, buat apa aku layan kau baik-baik, kan sayang?" Hairie senyum lalu menarik tangan Arania. Arania risau dirosakkan lelaki itu lalu dia menghentak kepala Hairie dengan telefon bimbit milik Hairie yang terletak di atas meja. Kelihatan sedikit cecair merah keluar daripada kepala Hairie. Hairie bertambah berang lalu menampar Arania. Ini merupakan kali kedua Arania ditampar lelaki itu. Arania cuba menahan tangisannya.
"Selamatkan aku Ya Allah!!!!" Arania menjerit sekuat hati apabila Hairie cuba menanggalkan bajunya. Hairie menghentikan perbuatanya itu dan segera memakai semula bajunya. Arania hanya mampu menangis sambil memeluk lutut di atas katil. Hairie menghampiri Arania yang mahu menjauhinya.
"Aku betul-betul minta maaf Nia! Aku tak bermaksud pun nak buat macam tu! Sorry Arania!" Hairie menggosok-gosok kepalanya sekali lagi. Arania masih menangis.
"Kau binatang! Lepaskan aku! Aku tak nak duduk dengan kau!" Arania menangis semahu-mahunya.
"Kau dengar sini Arania.." Hairie cuba memujuk.
"Aku tak nak dengar kau cakap apa-apa! Keluar kau sekarang!" Arania menjerit pada Hairie. Hairie kemudiannya keluar dari bilik itu sambil menyumpah seranah pada dirinya sendiri.
Arania hanya menyerahkan segalanya pada nasib. Dia boleh agak apa yang bakal terjadi pada hari-hari yang akan datang.