CERPEN HARI JUMAAT

De BukuFixi

371K 11.4K 2.3K

Cerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat... Mais

MANDI SUNGAI- Ridhwan Saidi
KEJAM - Anuar Shah
NASI LEMAK SAMBAL SOTONG - Syaihan Syafiq
EMPAT DARA - Shaz Johar
RINGGIT KE NERAKA - Lokman Hakim
UNDUR - Syahmi Hafizuddin
MEREDITH - Neesa Jamal
TALI - Syafiq Aizat
ROTI DARI SYURGA - Hanani Natasya
EMPAT JUMAAT - Regina Ibrahim
STEW DAGING - Fahmi Mustaffa
SYARIKAT - Ariff Adly
PILIHAN - Saat Omar
DEBU - Faizal Sulaiman
AKU, KOMUTER & KERETA SAPU - Aiman Hazziq
CIKDAM (Cinta Itu Ketawa dan Air Mata) - Hasrul Rizwan
RESIPI KEHIDUPAN - Ikmal Ahmad
MENANTI - Regina Ibrahim
RAKSAKA ITU DIMAKAN MANUSIA - Lokman Hakim
RIVER KWAI - Shaz Johar
TIVI MISTERI - Hani Suraya
AWEK TUDUNG KERETA BIRU - Anuar Shah
PETANG TANPA PEDOMAN - Mim Jamil
CINTA DI MEDAN PERANG - Adib Zaini
SYARAT - Faizal Sulaiman
SURAT LAYANG RAMADHAN - Muhammad Fatrim
MEMBAWA HATI UNTUK DISERAH SEBAGAI CINTA - Syafiq Ghazali
BAHIYOH DAN MASHITOH - Regina Ibrahim
ROTI KAPIT INTI DAGING - Syaihan Syafiq
DALAM BALANG - Fahmi Mustaffa
TAKDIR - Adib Zaini
CINTA 10 KM - Faizal Sulaiman
HAPPY BIRTHDAY AHMAD! - Muhammad Fatrim
GALAU - Hilmi Loma
BELLA - Syahmi Hafizuddin
TRAVELOG PULAU KAPAS - Ikmal Ahmad
SWEET REVENGE - Noor Azlin
KISAH BIASA-BIASA - Irvan Affan
HOUSEMATE - Syahmi Hafizuddin
TALI (PART 2) - Syafiq Aizat
BOLA MATA- Wan Nor Azriq
KATRIJ PELEPAS GERAM - Hani Suraya
RASHID MAT DESPATCH - Regina Ibrahim
CINTA - Julie Anne
DAUN KELADI, GELEGAR BULUH - Irvan Affan
PAK MAT DAN MAK TIMAH PERGI MAKAN CENDOL- Anuar Shah
KALI PERTAMA MEHDAD MEMBUNUH - Hasrul Rizwan
CHIME - Syahmi Hafizuddin
KABUS SUBUH - Ridhwan Saidi
MARI SERTAI AKU - Aiman Hazziq
BRUJA - Hilmi Loma
KAK NOOR, PEREMPUAN LANGKAWI - Regina Ibrahim

JUMAAT - Saat Omar

5.8K 224 37
De BukuFixi

         

Dia ingat hari ni hari Jumaat dan Jamil, 73 tahun, akan bangun seawal pagi dan berasa dirahmati Tuhan kerana sekali lagi dia akan bertemu dengan penghulu segala hari. Pada pukul 11.30, dia sudahpun bersedia untuk pergi ke masjid dan menunaikan solat Jumaat berjemaah. Ketika dia mandi dan menyanyikan lagu gembira, anaknya Ani akan menyiapkan segala kelengkapannya. Ani akan menyeterika baju Melayu berwarna putih kegemaran ayahnya serta menyediakan kain pelikat dan juga songkok untuk diletakkan di tepi meja kecil. Selepas itu Ani akan bergegas ke dapur untuk menyiapkan makanan tengah hari untuk mengalas perut ayahnya sebelum dia keluar rumah. Kadang-kadang Jamil makan sebelum bersolat, kadang-kadang dia berkeras hanya akan makan selepas pulang dari masjid kerana takut terlambat walaupun masa pada ketika itu hanya menunjukkan pukul 12.30 tengahari.

Jamil ada konsep tentang solat Jumaat yang berbeza dengan makmum, manusia Islam lain-dia melihatnya lebih dari satu kewajipan. Dia melihatnya sebagai satu nostalgia cinta dan juga rukun penyatuan sesama saudara seagama....ataupun....sesuatu yang lebih sukar untuk dijelaskan. Ya nostalgik adalah perkataannya bagi Jamil. Walau musim berubah, manusia bertukar tapi apa yang mengikatnya untuk melihat solat Jumaat sebagai sesuatu yang indah. Dia rindukan segalanya - mengharungi panas terik matahari, berwudhuk dengan air kolam di masjid dan yang paling dia sukai ialah bertemu dengan saudara se-Islam, seperti yang orang lain tak pernah merasainya

Ini bukan masjid yang Jamil hadiri sejak kecil. Seperti manusia yang lain, dia merantau dari satu tempat ke satu tempat dan sepanjang perjalanan itu dia telah memenuhi berpuluh masjid untuk solat Jumaat. Dia baru tinggal di sini sejak beberapa bulan yang lalu. Tapi masjid, walau dimanapun ia pasti akan membangkitkan nostalgia lama.

Selepas mandi, Jamil akan terus bersiap dan memastikan baju Melayu dan kain pelikatnya berada dalam keadaan baik dan sempurna. Kalau ada sesuatu yang tak kena dia akan segera menyuruh Ani menukarnya - kalau ada kotoran atau tumpahan sos atau apa sahaja. Tetapi Ani sudah bersedia untuk ini dan dia akan memastikan pakaian ayahnya itu berada dalam keadaan bersih dan sempurna pada malam sebelumnya. Minyak wangi juga akan diletak di sebelah kain pelikat dan pada pukul 10 pagi, Ani akan menggosok songkok hitam dan memastikan tiada habuk yang melekat padanya. Butang baju Melayu Ani hulur pada ayahnya sebaik sahaja dia lengkap memakai pelikat dan juga baju Melayu.

"Kita perlu beli baju Melayu baru, baju yang ni nampak sudah lusuh," kata ayahnya ketika Ani mengintai di balik birai pintu. Ani hanya mengangguk walaupun hakikatnya, Jamil ada 4 pasang baju Melayu dengan warna yang sama. Kesemuanya masih lagi elok dan bersih, tapi dia akur pada pandangan dan penilaian ayahnya itu. Sedikit pun dia tidak membantah. Dia akur pada memori ayahnya yang semakin lama semakin menghilang.

"Butang baju?" tanya Jamil dan Ani yang memang sedia menggenggam tiga biji butang kecil baju Melayu menghulurkannya pada lelaki tua itu. Jamil menghulurkan tangan untuk menerima butang baju itu dan Ani masuk ke dalam lantas terus menyemat butang baju itu di tempatnya.

"Ayah tak tahu apa ayah akan buat kalau kau takde Ani," kata Jamil masih membelek baju Melayu putihnya.

"Ayah nak makan dulu sebelum pergi masjid? Nasi dah siap."

Jamil tak menjawab. Sebaliknya dia terus duduk di kerusi ruang tamu, tempat biasanya dia duduk sebelum bersedia untk pergi ke masjid. Kerusi itu menghadap ke luar rumah, dengan pintu yang terbuka. Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi.

"Kalau ayah nak makan, Ani boleh senduk nasi," kata Ani masih belum berputus asa mengajak ayahnya makan. Nasi masih panas dan lauk telur goreng serta ikan kayu goreng berserta sambal belacan sudah tersedia di atas meja. Tapi Jami masih mendiamkan diri. Pandangannya tertumpu keluar rumah dan dia seolah-olah tenggelam dalam khayalan.

Ani kemudianya beralih arah dan duduk di kerusi sebelah bapanya. Dulu Jamil memilih ke masjid dengan menaiki basikal. Sekarang basikal itu hanya tersandar di hadapan rumah kerana dia lebih suka berjalan kaki menuju ke masjid. Perjalanannya hanya mengambil masa 15 ke 10 minit. Pernah Ani mencadangkan agar dia sendiri yang menghantar ayahnya menaiki kereta dan kembali menjemputnya setelah selesai solat Jumaat, tetapi awal-awal lagi Jamil menolak. Dia lebih suka berjalan kaki, walaupun nampak agak sukar untuknya berjalan dengan tongkat di tangan, ditambah lagi dengan keadaannya yang agak lemah, namun digagahinya juga pergi ke masjid dengan berjalan kaki.

Ani cuba juga menyediakan payung, itu pun ayah tuanya menolak. Tak ada orang lelaki yang pergi sembahyang Jumaat dengan berpayung katanya. Tapi yang sebenarnya, Jamil pun tahu, jalan menuju ke masjid dari rumahnya memang redup. Sepanjang jalan di sebelah kiri dan kanan ada pohon-pohon besar yang rendang memayungi penggunanya dari terik mentari. Lagipun cuaca yang terik adalah perkara paling kecil yang Jamil risaukan.

Jamil duduk dengan tongkat di tangannya. Pada pukul 12.30 tengah hari, dia mulai bangun dan mula bergerak keluar. Ani cuba memimpin tangan lelaki tua itu, mahu membantu sedaya yang mampu.

"Aku pergi dulu Ani," kata Jamil dan anak perempuannya itu hanya mengiakan sahaja. Jamil menggagau seliparnya, menyarung ke kaki dan terus berjalan keluar. Perlahan tetapi penuh tenaga yang digagahkan. Sesekali dia mendongak melihat ke langit, hari tu cuaca tidak sepanas biasa. Awan mendung dan cuaca redup menyambut hari yang disangka Jamil sebagai hari Jumaat.

Ianya hari Jumaat yang biasa. Jamil sampai awal dan duduk di tempat biasa, di satu sudut masjid yang membolehkan dia melihat semua jemaah yang hadir serta tak jauh dari mimbar. Seorang demi seorang muncul, meletakkan selipar masing-masing di atas tempat letak kasut sebelum beredar ke tempat mengambil wuduk. Jamil menguntum senyum pada semua yang hadir, yang melintas di hadapannya. Mereka menghulurkan tangan untuk bersalam padanya dan Jamil separuh bangun menyambut salam itu. Pada pukul 1.30 petang, khutbah dibaca dan seisi perkarangan masjid itu yang semakin penuh, mendengar khutbah yang disampaikan dengan tekun.

Sebelum pulang, Jamil berdiri di tepi pintu dan bersalam sekali lagi dengan semua jemaah yang pulang. Sempat dia berbual dengan imam dan tok khatib muda. Jamil yang paling awal hadir ke masjid dan dia yang paling terakhir meninggalkan bangunan itu. Senyum yang menguntum di bibirnya tidak lepas. Dia bersyukur kerana sekali lagi dia dapat menunaikan kewajipannya sebagai muslim. Dia bersyukur kerana sekali lagi diberi ruang dan masa untuk bersama-sama saudara se-Islamnya. Ianya Jumaat yang sempurna bagi Jamil-hari-hari yang paling ditunggu dalam seminggu.

Itu adalah suasana tipikal hari Jumaat di Malaysia, kecuali hari ini bukan hari Jumaat. Hari ini adalah Rabu. Ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan, tetapi memang dirancang. Semuanya - jemaah yang hadir, khatib yang membaca khutbah - adalah sebahagian dari rancangan itu. Semuanya berpakat hanya untuk seorang lelaki tua bernama Jamil. Menurut doktor, Jamil mengalami masalah memori. Dan setiap pagi saat dia bangun, dia akan menyangkakan yang ianya adalah hari Jumaat. Bagi Jamil, setiap hari adalah hari Jumaat.

Ianya bermula hampir setahun yang lalu bila Ani mendapat panggilan dari doktor untuk membicarakan tentang sakit ayahnya.

"Ayah awak sakit," kata doktor dan Ani duduk sambil memberikan sepenuh perhatian mendengar. Ani tahu hari-hari itu bakal datang. Dan kini dia tertunduk lemah menunggu apa yang bakal dikatakan oleh doktor itu.

"Tapi bukan fizikal. Ingatannya," tambah doktor itu sambil mengukir senyum.

"Saya tak faham."

"Dia bangun setiap hari dan ingat ianya adalah hari yang sama. Bagi Pakcik Jamil, setiap hari adalah hari Jumaat," kata doktor lelaki itu.

"Oh," balas perempuan itu sedikit lega. Ianya boleh jadi lebih teruk dari itu.

"Setakat ini yang saya boleh katakan ialah dia ada short term memory loss. Tapi kami belum lagi menjalankan ujian penuh pada dia."

"Bagaimana dia boleh jadi macam tu doktor?"

"Bagaimana dia boleh jadi begitu tidak penting. Yang penting sekarang ialah awak kena jaga dia baik-baik. Kalau tidak, sakitnya akan lebih teruk."

"Saya faham doktor," jawab Ani walaupun sebenarnya dia tak berapa faham.

"Awak kena buat dia happy. Kalau tak emosinya akan terganggu."

"Ianya tentu lebih mudah kalau dia bangun dan ingat ianya Ahad setiap hari."

"Setuju. Ianya lebih mudah kalau bukan Jumaat. Boleh saya tanya kalau ianya bukan isu sensitif? Adakah ayah awak religious orangnya?" tanya doktor berbangsa India itu dan Ani keberatan untuk menggelengkan kepala.

"Tidak pada masa mudanya. Tapi lepas pencen dia tak tinggal sembahyang," jawab Ani. Doktor itu mendengar dengan penuh minat.

Ianya bukanlah satu tugas yang mudah buat Ani. Jamil keluar rumah untuk ke masjid setiap tengah hari dan sewaktu pulang dia akan marah-marah serta keliru. "Bukankah hari ni hari Jumaat?"

"Ya ayah," jawab Ani.

"Kalau begitu kenapa di masjid takde khutbah? Adakah aku ni dah gila Ani?" tanya Jami yang terduduk di kerusinya dengan wajah penuh kekeliruan. Dan situasi ini berulang untuk hari-hari berikutnya.

Tidak tahan melihat ayahnya yang berubah menjadi murung, Ani berjumpa imam masjid tempat ayahnya selalu bersolat dan mencadangkan idea supaya masjid itu membuat solat Jumaat setiap hari. Ternyata idea Ani itu ditolak bulat-bulat oleh ahli AJK masjid yang lain.

"Ini melanggar houkum syarak, puan dan semua hukum-hukum agama. Solat Jumaat hanya pada hari Jumaat dan bukannya hari-hari biasa."

"Saya cuma mintak pihak tuan untuk berpura-pura solat Jumaat je..."

"Empat rakaat tak boleh jadi dua rakaat. Salah hukum tu! Nah! Kami tahu niat kamu baik, dan kami kenal tuan Jamil ni, dia seorang makmum yang rajin datang ke sini untuk sembahyang. Kami simpati dengan nasib kamu. Kami tahu kamu cuma nak buat dia gembira dan tak susah hati. Tapi kami tak boleh tukar Zohor jadi sembahyang Jumaat," kata ahli masjid yang lain. Ani pulang dengan kekecewaan.

Ani tak berputus asa. Dia mula berpindah dari satu kawasan perumahan ke kawasan perumahan yang lain. Dan setiap kali bertukar tempat itu, setiap kali itu jugalah dia meminta bantuan orang masjid untuk berpura-pura bersolat Jumaat pada setiap hari demi ayahnya. Dan semua menolak idea dan cadangan Ani itu.

Tiada pilihan lain saat penyakit ayahnya masih tidak baik-baik. Pada suatu hari, Ani nekad untuk membeli tanah di sebuah kawasan tinggalan tanaman getah yang terpencil. Dengan segala wang simpanan yang ada, dia membeli tanah di kawasan pendalaman itu dan dia membina sebuah rumah untuk mereka berdua dan kemudiannya membina sebuah masjid batu yang terletak lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Ini akan menjadi tempat penginapan barunya sehingga Tuhan mencabut nyawa salah seorang dari mereka.

Dia kemudiannya mengupah beberapa warga Indonesia dan Bangladesh untuk berlakon setiap hari. Ada juga pekerja Vietnam yang bukan beragama Islam yang turut sama bekerja dengannya. Setiap hari mereka akan memakai kain pelikat dan bersongkok, datang ke masjid itu untuk berpura-pura berjemaah. Ani sendiri dengan misai dan janggut palsu pula akan naik ke mimbar dan membaca khutbah.

Sehinggalah pada satu hari di bulan Julai, saat Ani kehabisan semua duit simpanannya untuk mengupah orang menjadi makmum pada hari Jumaat. Jika dia teruskan dengan perancangan ini, masjid binaannya itu akan kosong ketika ayahnya hadir untuk bersolat. Pagi itu, Jamil keluar awal dan dia bersiul kegembiraan saat keluar dari rumah. Ani cuba menghalangnya tetapi dia tak sanggup melihat ayahnya itu dikecewakan. Lalu dibiarkan ayahnya terus keluar sambil berdoa akan ada keajaiban berlaku sewaktu dia tiba di masjid. Tapi keajaiban memang berlaku pada hari itu kerana bila ayahnya tiba di masjid, masjid itu sudah pun penuh dengan orang ramai yang mahu mendirikan solat Jumaat.

Ayahnya tiba seperti biasa, meletakkan kasutnya di depan pintu masjid sebelum ke tempat mengambil wuduk. Hari itu dia duduk berhampiran pintu dan bersalam dengan semua tetamu Jumaat yang hadir untuk bersolat. Jamil nampak gembira. Ketika Ani naik ke mimbar untuk memulakan khutbahnya, dia sempat melihat ayahnya tersenyum gembira menyambut semua yang hadir. Ani tak pernah mempersoalkan dari mana semua makmum itu datang. Seingat dia mereka semua memang manusia biasa dan bukannya bidadari dari langit.

TAMAT

Continue lendo

Você também vai gostar

85.9K 711 11
Cerita gay 10 Part...Finish
228K 15.3K 37
AMARAN | Tidak sesuai dibaca oleh orang yang lemah semangat / orang mengandung / orang yang berpenyakit jantung / manusia kaki mencarut tahap dewa se...
295K 5.8K 22
Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah.
26.2K 1.7K 35
Amaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah a...