MAKNA PADA RASA

By JueaAbdullah72

20.2K 377 6

"Eager to leave me, Puteri Zulaikha? Jadi... saya tak layak untuk seorang Puteri Zulaikha! Right?" Dagu Puter... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12 Part I
Bab 12 Part II
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Teaser Makna Pada Rasa 1
Teaser Makna Pada Rasa 2

Bab 2

685 17 0
By JueaAbdullah72


"Wanita ada hak untuk memilih, Puteri! Jangan sama sekali biarkan diri kita ditentukan nasib oleh mereka. Jangan semat dalam hati dan minda yang kita ni lemah. Kaum Adam sebenarnya tidak ramai yang tahu menghargai wanita. Sebaliknya, mereka akan buat apa saja untuk menjadikan wanita memenuhi segala kehendak mereka."

Kata-kata mummy bermain-main dalam fikiran Puteri. Mummy sedari dulu sangat berkeras bila ada yang berbicara tentang soal jodoh. Kata mummy, sudah terlalu ramai wanita hidup tersiksa kerana memilih jodoh yang salah. Mungkin kerana itu, mummy masih tidak mahu mengakhiri zaman bujangnya. Bagi mummy, lebih baik hidup sendiri, bebas menentukan hala tuju hidupnya daripada hidup menderita kalau tersalah memilih jodoh.

Pendirian mummy memang ditentang habis-habisan oleh abah. Sebab itulah dua beradik ini kalau berjumpa, pasti suasana menjadi tegang.

Bila mummy kata, lelaki tidak boleh hidup tanpa wanita tetapi selemah-lemah wanita, mereka mampu hidup tanpa lelaki, mata abah bagaikan hendak terkeluar dari kelopaknya.

"Sesat!" Macam tu sekali abah pernah jerit pada mummy. Itu selalunya sudah sampai kemuncak kemarahannya dan abah akan tinggalkan mummy yang tersengih-sengih meraikan kemenangan bagi dirinya.

Puteri selalu terpinga-pinga. Memang dia selalu setuju dengan pendirian mummy. Puteri yang pernah melalui pengalaman pahit dilukai lelaki memang teramat faham perjuangan mummy. Tapi baginya, abah tidak sama. Abah spesis kaum Adam yang sangat tahu menghormati dan menghargai wanita. Buktinya, abah sangat setia pada ibu. Ibu adalah segala-galanya bagi abah.

Kerana itulah, abah satu-satunya lelaki yang dia sanjung. Itu jugalah yang membuatkan Puteri akur dengan kehendaknya. Dan sekarang dia terjerut antara kehendak abah dan segala apa yang mummy ajarkan. Yang selama ini menjadi pegangan dan keyakinannya!

Dan saat ini, Puteri sedang menghadapi takdirnya! Apakah dia akan terus menjerut diri atau mengungkaikannya dan mendapatkan kebebasannya kembali?

"Apa yang Ika cari sebenarnya?"

"Haah?" Mata Puteri terbeliak. Dalam tersentak yang amat sangat, dia terdongak menatap wajah Nuqman yang serius dan dahinya yang berkerut.

He's a mind reader! Hati Puteri menjerit ketakutan.

"Tu!" Dengan kening yang terangkat, Nuqman menunjukkan isyarat ke arah makanan di pinggannya.

"Sejak tadi terkuis-kuis. Apa yang Ika cari? Tak sedap ke makanan orang Turki ni?"

Puteri menelan airliur. Cepat-cepat puteri menarik nafas kerana tersedar dadanya bagaikan lemas kekurangan oksigen. Ingatkan apa tadi!

"Errm... sedap... saya letih agaknya, jadi tak selera sangat. The food is great actually..." Puteri terkial-kial cuba beralasan.

Keunikan Istanbul tidak cukup untuk benar-benar mengalih perhatiannya. Lelah sepanjang penerbangan juga sudah tidak terasa. Bila berhadapan dengan Nuqman, hatinya, mindanya dan fizikalnya jadi kalut!

Hanya seketika Puteri teruja dengan hidangan yang disediakan. Terkejut dengan tingkah Nuqman yang menarik kerusi dari meja makan dan menunggu dia melabuhkan punggung, Puteri terus ralit melihat dia menyusun hidangan di hadapannya setelah menghantar kedua pelayan itu ke pintu.

Begitu sekali istimewa layanan Nuqman hingga Puteri terbuai dan asyik. Sehinggalah suara hatinya mengingatkan Puteri kembali bahawa dia sebenarnya tidak memilih lelaki bernama Nuqman ini untuk menjadi teman hidupnya!

Sedaya upaya Puteri cuba menumpukan perhatiannya pada makanan di pinggan. Dia cuba menghalang mindanya dari terus berputar.

"Dah la tu. Jangan paksa diri. Saya buatkan susu suam. Lepas tu, Ika pergi tukar pakaian dan rehat dulu, okey? I'll keep the food and serve them when you are fully rested."

Jangan paksa diri? Puteri terkedu. Kata-kata itu bergema berulang-ulang kali di fikirannya.

"Ika? Are you alright?" Bagaikan hendak tercabut jantungnya bila tiba-tiba suara Nuqman berbisik di telinga. Entah bila dia berada di belakang? Puteri menghela nafas sambil menepuk-nepuk dada yang agak sakit berdenyut kerana terkejut.

"Yeah... I'm alright." Puteri cuba tersenyum manis sebaik saja dia bangun berdiri menghadap Nuqman. Namun jawapannya hanya menambah kerutan di dahi Nuqman.

"Okey, then. Mari kita ke bilik." Dia berpusing lalu mencapai beg pakaian Puteri.

"Bilik?" Mata Puteri terbeliak lagi. Langkah Nuqman terhenti lalu menoleh.

"Nak salin pakaian kat ruang tamu ni ke? Okey! Saya tak kisah!" Keningnya terangkat, nakal.

"Err... bilik! Of course... bilik! Errmmm..." Puteri pantas melangkah melewatinya sambil tercari-cari pintu bilik.

"You just go straight..." Dia tertawa kecil. Dada Puteri berdebar kencang. Bilik aku, kan? Bukan bilik aku dan dia? Bukan!

"Ini bilik tuan puteri. Maaf kalau tak sempurna." Daun pintu dikuaknya perlahan. Puteri melangkah selangkah.

"Oh! No!" Tangannya pantas menutup mulut. Cantiknya! Mujur jeritan itu hanya bergema di dalam dirinya.

Taburan kelopak mawar merah dan putih di atas katil Victoria yang dibaluti cadar sutera putih menambahkan lagi suasana romantik dalam kamar tidur yang berhias indah itu. Haruman yang sangat mengasyiknya semerbak di segenap ruang. Berada di situ dalam dakapan Nuqman pasti menjadi saat terindah.

"It's a suprise for the bride, I guess... the management was glad to prepare the apartment for the newly weds. I shouldn't complain, should I?"

Berkeping-kepingangannya pecah musnah! I've told you,Puteri! Bisik satu suara dalam diri Puteri sambil ketawa mengejek. Darahnyamula panas. Marah Puteri pada diri sendiri. Perlahan Puteri tunduk mencapai begpakaiannya dari tangan Nuqman lalu menarik daun pintu. Tanpa sepatah kata, diamenutup daun pintu perlahan-lahan di hadapan Nuqman yang masih tersenyum nakal.


Continue Reading

You'll Also Like

41.4K 4.3K 44
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
945K 30K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...
708K 41K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...
56.7K 3.7K 41
Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...