CERPEN HARI JUMAAT

By BukuFixi

371K 11.4K 2.3K

Cerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat... More

MANDI SUNGAI- Ridhwan Saidi
KEJAM - Anuar Shah
NASI LEMAK SAMBAL SOTONG - Syaihan Syafiq
EMPAT DARA - Shaz Johar
RINGGIT KE NERAKA - Lokman Hakim
UNDUR - Syahmi Hafizuddin
MEREDITH - Neesa Jamal
TALI - Syafiq Aizat
ROTI DARI SYURGA - Hanani Natasya
EMPAT JUMAAT - Regina Ibrahim
STEW DAGING - Fahmi Mustaffa
SYARIKAT - Ariff Adly
PILIHAN - Saat Omar
DEBU - Faizal Sulaiman
AKU, KOMUTER & KERETA SAPU - Aiman Hazziq
RESIPI KEHIDUPAN - Ikmal Ahmad
MENANTI - Regina Ibrahim
JUMAAT - Saat Omar
RAKSAKA ITU DIMAKAN MANUSIA - Lokman Hakim
RIVER KWAI - Shaz Johar
TIVI MISTERI - Hani Suraya
AWEK TUDUNG KERETA BIRU - Anuar Shah
PETANG TANPA PEDOMAN - Mim Jamil
CINTA DI MEDAN PERANG - Adib Zaini
SYARAT - Faizal Sulaiman
SURAT LAYANG RAMADHAN - Muhammad Fatrim
MEMBAWA HATI UNTUK DISERAH SEBAGAI CINTA - Syafiq Ghazali
BAHIYOH DAN MASHITOH - Regina Ibrahim
ROTI KAPIT INTI DAGING - Syaihan Syafiq
DALAM BALANG - Fahmi Mustaffa
TAKDIR - Adib Zaini
CINTA 10 KM - Faizal Sulaiman
HAPPY BIRTHDAY AHMAD! - Muhammad Fatrim
GALAU - Hilmi Loma
BELLA - Syahmi Hafizuddin
TRAVELOG PULAU KAPAS - Ikmal Ahmad
SWEET REVENGE - Noor Azlin
KISAH BIASA-BIASA - Irvan Affan
HOUSEMATE - Syahmi Hafizuddin
TALI (PART 2) - Syafiq Aizat
BOLA MATA- Wan Nor Azriq
KATRIJ PELEPAS GERAM - Hani Suraya
RASHID MAT DESPATCH - Regina Ibrahim
CINTA - Julie Anne
DAUN KELADI, GELEGAR BULUH - Irvan Affan
PAK MAT DAN MAK TIMAH PERGI MAKAN CENDOL- Anuar Shah
KALI PERTAMA MEHDAD MEMBUNUH - Hasrul Rizwan
CHIME - Syahmi Hafizuddin
KABUS SUBUH - Ridhwan Saidi
MARI SERTAI AKU - Aiman Hazziq
BRUJA - Hilmi Loma
KAK NOOR, PEREMPUAN LANGKAWI - Regina Ibrahim

CIKDAM (Cinta Itu Ketawa dan Air Mata) - Hasrul Rizwan

7.4K 396 93
By BukuFixi

Chong Woi berjalan mundar-mandir. Sekejap dia berada di dapur dan sekejap berada di ruang tamu. Tangannya terdepang bagaikan sedang mengira jarak di antara sofa dan pintu. Mengukur jarak dari tingkap ke meja kopi yang terletak di tengah perut rumah sehinggalah jarak dari jamban ke pintu belakang. Dia tidak pasti apa yang diukurnya. Segalanya menjadi tidak pasti sekarang. Fikirannya membuncah.

Matanya yang sepet itu meninjau ke arah jam yang terlekat di dinding. Peluh-peluh kecil cepat beranak dari akar rambutnya yang halus. Telefon bimbit diambil dan diperhatikan mesej yang tertera di kotak pesanan aplikasi WeChat. Wajah seorang gadis muda yang berambut separas bahu terpapar di skrin.

Baru seminggu dikenali gadis Melayu yang bersekolah di tingkatan tiga itu. Perkenalan yang cepat itu membuatkan hubungan kilat yang lebih cepat membakar ke dalam hati. Setiap kali gadis itu mesej akan datang rasa getaran di dalam sukma. Dia tidak pernah rasakan cinta yang sebegini segar dan pantas. Jika dikatakan dia adalah orang yang gila, sudah tentu ya kerana mereka orang yang berbeza keturunannya. Dia Cina makan babi salai dan gadis itu berbangsa Melayu. Chong Woi mula berfikir yang macam-macam. Tentang makanan dan pakaian. Tentang puasa dan akhirnya, tentang berkhatan. Pernah dia mendengar yang sunat sekarang tidak sakit seperti dahulu. Macam semut gigit. Tapi dia tidak pasti samada semut itu seekor atau selori?

Telurnya tiba-tiba terasa gatal dan Chong Woi mereguk liur. Mesej dari gadis itu dibalas ringkas lalu melemparkan telefonnya ke atas sofa. Sebenarnya itu belum cukup gila. Yang gilanya akan datang pada malam nanti. Gadis yang bernama Mona itu menyuruh mengambilnya di sebatang jalan dan membawanya lari jauh dari situ. Dia tidak mahu duduk di kampung lagi. Mona ingin lari bersama Chong Woi. Tidak kira ke daerah mana atau lembah berduri sekalipun. Mona tidak kisah, asalkan dapat keluar dari rumahnya yang diibaratkan seperti neraka.

Dan hari ini adalah harinya untuk Chong Woi membawa lari teman wanita yang baru seminggu dikenalinya itu. Dia harus mempersiapkan rumahnya agar kelihatan kemas dan tersusun. Dari depan ke belakang dibereskan. Di luar rumah, Chong Woi bercekak pinggang dengan peluh yang membasahi tubuh. Lencun bermandikan air setelah menyental lantai lamannya yang berlumut. Dia kembali mengingati bagaimana dahulunya dia pernah berbuat yang sama. Mengerah tenaga apabila teman wanitanya bercadang untuk bertandang ke rumah. Senyuman Mei Wha, mantan kekasihnya itu, masih lagi membekas di dalam memori. Hatta gadis itu cuma memperalatkan Chong Woi. Mengebas duit hingga licin. Membuatkan dia seperti orang yang gila dan sadis. Mei Wha lari bersama lelaki yang lain dan sudah tentu gadis itu tertawa setiap saat mengenangkan Chong Woi yang sebegitu dungu.

Banyak kali Chong Woi tertipu dek kata manis wanita. Dan terakhirnya adalah Mei Hwa. Kepala Chong Woi diambal dari bukaan tingkap nako. Memerhatikan ruang dalam rumah yang kini sudah tersusun. Titik fokal di perut rumahnya terdapat sebuah pasu tembikar menjadi noktah pada bola matanya. Lamunan Chong Woi terhapus saat mendengar suara nyanyian yang sumbang dari arah sebatang jalan di hadapan rumah.

Muncul seorang lelaki penagih dadah bernama Manan sedang berjalan sambil bernyanyi-nyanyi. Di tangan Manan tergenggam air putih yang diikat tepi. Manan menghirup air itu sambil melambai ke arah Chong Woi yang berada di hadapan rumah. Lelaki itu terlihat sungguh sakit. Berjalan terhuyung-hayang dan bila-bila masa sahaja maut akan mencium kepalanya. Dengan tubuh yang membusuk dan kurus jangkung. Pipi yang cengkung dan mata berselaput yang tenggelam ke dalam. Ibarat mayat yang berjalan di siang hari. Menuju ke arah sebuah pondok yang terletak tidak jauh di belakang sebuah bukit. Tempat Manan melepaskan giannya.

Telefon di dalam rumah kembali berdering. Chong Woi berjalan mendapatkan telefon bimbitnya yang terpamer mesej dari Mona di panel skrin. Mengingatkan kembali tentang misi malam ini. Tidak boleh tidak, Mona berkeras mahu melarikan diri. Seperti tadi, mesej Mona dibalas ringkas oleh Chong Woi dengan hanya menaip OK. Dia tidak berfikir panjang malam semalam. Tidak juga hari ini. Punggungnya menjadi tidak senang duduk. Bagai ada batu besar di atas pundaknya. Segalanya akan berubah malam ini dan ianya tidak terlalu lama kerana berbaki 3 jam lagi sebelum dia mengambil Mona di jalan Kilang Ubi.

+++++++

Suara Mona tenggelam dalam bunyi deruman ekzos motor Yamaha Sport 100. Chong Wei tidak mendengar sangat apa yang dituturkan oleh kekasihnya itu. Dalam kepalanya seperti kubikel yang kosong. Dia baru sahaja menjadi seorang penculik. Bagaimana mungkin dia mahu berfikir sehingga yang terjauh apatah lagi berbual. Pendikit minyak ditekan kuat membelah malam yang pekat. Tali keledar dari helmet Chong Woi berkibar-kibar ditiupkan angin. Begitu juga tudung Mona yang seperti ekor ikar pari menari-nari saat motor dipacu laju.

Motor yang dipandu Chong Woi berhenti di halaman rumah yang lantainya masih lagi basah. Beriringan mereka berdua masuk ke dalam. Mona berdiri di tepi pintu dan hanya tegun memerhatikan ruang rumah yang lengang dan sunyi. Matanya meliar sehingga ke segenap penjuru.

"Rumah awak cantik, Ah Chong," kata Mona tersenyum kecil. Chong Woi yang baru selesai menyendal pintu turut melihat ke arah yang sama diperhatikan Mona. Pada sebuah tembikar klasik di atas meja kayu di penjuru rumah. "Nenek saya tu," kata Chong Woi perlahan. "Ehh?"

"Errr...Maksud saya... Itu abu nenek saya dalam pasu tu."

"Ohh..." Mona mengangguk tersenyum. Dia memang sedia maklum yang Chong Woi tinggal seorang di rumah. Chong Woi pernah ceritakan di dalam WeChat dahulu. Sebab itu dia mahu lari bersama teman lelaki barunya yang bermata sepet itu. Kerana berasakan selamat berbanding lelaki Melayu yang selama ini pernah dia kenali. Gatal dan suka mengambil kesempatan. Namun Chong Woi tidak sebegitu. Dia percayakan Chong Woi yang lebih berusia dan matang. Akan setia menjaganya.

Duduk dulu. Saya ambilkan minuman. Kata Chong Woi bergegas ke arah dapur mengambil secawan air panas lalu dituang serbuk kopi segera. "Minum pahit atau manis?" jerit Chong Woi dari dapur.

"Apa tu?" Mona terjengah melihat ke arah dapur.

"Kopi... Minum manis atau kaw?"

"Mana-mana pun tak apa." Seraya itu, terdengar bunyi sudu berdenting. Chong Woi muncul dengan dua gelas cawan di tangannya. Disambut Mona dengan lembut lalu dihirup dengan perlahan. Beberapa detik mereka hanya senyap tidak berkata-kata. Memandang dinding yang kosong di hadapan. Buat seketika, lidah menjadi beku. Ini pertama kali mereka melihat wajah masing-masing secara berdepan. Mona kelihatan agak berbeza berbanding wajahnya sekarang. Tidak seperti Chong Woi, wajahnya di dalam gambar sama sahaja jika dilihat secara bertentang mata. Rambut yang disikat ke depan. Bermata sepet dan bibir yang kecil. Saling tak tumpah. Chong Woi seperti orang yang kehilangan roh. Sukar untuk melihatnya senyum apatah lagi mempunyai ekspresi wajah yang berbeza.

"Saya minta maaf sebab ambil jalan ni. Untuk larikan diri bersama awak. Saya tak tau ke mana lagi nak dituju." Kata-kata Mona seperti tidak terlalu kedengaran di telinga Chong Woi. Satu persatu perkataan yang meruntun terkeluar dari dua ulas bibir Mona yang basah. Dia tetap memandang ke arah dinding di mana seekor cicak sedang terhendap-hendap dari balik langsir. Fikirannya jauh melayang sekarang. Dadanya berdegup lebih kencang dari biasa. Dia tidak pernah menduga rumah ini akan dikongsi bersama seorang gadis yang baru seminggu dikenalinya.

Bibir kecil Chong Woi meneguk laju air kopi sehingga habis lalu menunjukkan sebuah bilik yang disediakan untuk Mona berehat. Datangnya sehelai sepinggang dan Mona tiada banyak alasan untuk menolak pelawaan teman lelaki barunya itu. Pintu ditutup rapat oleh Chong Woi membiarkan Mona berseorangan dan berehat di dalam bilik.

Ruang tamu menjadi bilik untuk Chong Woi sekarang. Rumahnya hanya ada 2 bilik dan salah satu dari bilik itu diguna sebagai stor. Dengan beralaskan selimut nipis, Chong Woi baring di atas sofa. Setengah jam lamanya dia berbaring dan terdengar suara seperti sedang teresak-esak menangis. Bunyi yang datang dari bilik Mona cepat ditangkap di telinga. Terginjat-ginjat Chong Woi berjalan merapati ke pintu dan mendengar suara Mona seperti sedang merintih dan kemudian teresak-esak nangis. Terdengar perkataan tolong yang bertali-tali dalam nada yang sayup.

Tombol pintu dipulas dan pintu terbuka perlahan. Mona kelihatan terperanjat dan cepat-cepat mematikan telefon bimbitnya. Bukan. Ianya telefon bimbit milik Chong Woi yang digenggam gadis itu. Berkerut dahi Chong Woi dengan Mona yang menyapu airmatanya yang berambu lalu cuba tersenyum.

"Awak call siapa?"

"Err... Saya rindu kat kakak saya."

"Jadi awak nak balik? Saya boleh hantarkan."

"Taknak."

"Jadi kenapa menangis?"

"Sebab saya perempuan. Perempuan senang menangis." Kata-kata Mona itu membuatkan suara Chong Woi terkulum. "Telefon saya.." Tangan Chong Woi dihulur tanda meminta. Diberikan dengan perlahan oleh Mona lalu merebahkan tubuhnya dengan cepat di atas tilam. Menarik selimut dan mengerekot seperti kucing.

Chong Woi melangkah ke luar. Ditutup pintu dengan cermat dan bersandar di balik dinding. Telefon bimbitnya diperhatikan. Punat kuasa ditekan dan telefon bimbitnya terpadam. Fikiran Chong Woi tiba-tiba menjadi bercahaya saat kesemuanya menjadi kelam.

++++++++++

Pintu diketuk berkali-kali hingga mengejutkan Chong Woi yang sedang duduk di sofa. Saat ianya terbuka, wajah kasar 4 orang lelaki berpakaian seragam polis berdiri tegun di hadapan pintu rumahnya. Chong Woi meneleng melihat di celahan antara keempat-empat mereka dan dapat diperhatikan deretan kereta polis yang bersusun di luar pintu pagar. Lima atau enam orang polis sedang mengacukan senjata ke arahnya dari jarak jauh. Seperti yang ditonton dalam filem Hollywood. Cahaya lampu biru berkilau-kilau. Jiran-tetangganya mengerumuni di luar dengan wajah yang terkejut. Dapat diperhatikan muka Makcik Kalsom yang masih lagi bertampung bedak sejuk. Wajah Karupillai, penebar roti canai, yang ternganga melihatnya.

Ianya berlaku dengan pantas. Tau-tau, dia dan Mona berada di dalam perut kereta polis. Tanpa sempat dia menukar pakaian yang lebih bagus atau bercakap bagi menerangkan apa yang telah terjadi. Di balai polis, keadaan menjadi lebih riuh. Wartawan berpusu-pusu mengambil gambarnya. Wajah Chong Woi sebegitu sahaja. Seperti wajahnya di WeChat. Kosong bagaikan tidak mempunyai roh.

Setelah seharian dia bersama Mona di rumah dan malam ini dia ditangkap juga akhirnya. Pintu balai polis terkuak dan terlihat ayah Mona datang dengan tergesa-gesa. Chong Woi tidak kenal lelaki itu. Kesemua wajah di dalam balai polis ini sekarang bagaikan wajah yang sama. Tapi tidak Mona. Dia segera bangkit dari kerusi dengan wajah yang ketakutan. Bagai terlihat Gondorowo. Sebelum suara Mona terbit dari rengkung, telapak tangan ayahnya cepat menyinggah ke wajah Mona. Dengan kuat. Terlalu kuat untuk dibayangkan.

Sesaat itu juga tubuh Mona terjelepuk di lantai. Ayah Mona meregut kolar Chong Woi yang masih lagi terduduk memerhatikan Mona. Mata lelaki itu bagaikan seladang. Merah menyala dan bulat seperti matahari yang membakar. Ketika tangan kasar lelaki itu terangkat tinggi di udara, dua orang polis bingkas menahan dan memegang ayah Mona. Menggelalarlah lelaki berang yang masih lagi belum melunaskan kemarahannya ke atas si keparat yang membawa lari anaknya itu. Melalui telefon, polis telah menerangkan bahawa anaknya tidak diculik. Bahkan yang lebih memalukan terjadi sebaliknya. Mona melarikan lari bersama teman lelaki yang baru dikenali selama seminggu.

Kehilangan Mona semalam telah menjadi viral. Rakamannya menangis di telefon meminta bantuan kepada kakanya disebar di media sosial. Berapa ribu? Berapa juta yang telah mendengar rintihan suara yang sebegitu dahsyat dalam sejarah penculikan negara. Berita itu tersebar bagaikan wabak dalam hanya beberapa minit sahaja. Dan hari ini mereka berdua tertangkap hasil risikan pihak berkuasa. Dengan mudah.

Ketengangan di dalam ruang sempit di lobi Balai Polis semakin surut. Mona dibawa pulang oleh ayahnya ke rumah. Chong Woi juga begitu. Pulang ke rumah dan hanya menunggu untuk dipanggil sekali lagi ke balai untuk siasatan.

++++++

Empat orang gadis menghulurkan duit kepada Mona. Yang ketawa hanyalah Mona seorang. Sambil mengira duit dia bercerita bagaimana bodohnya Chong Woi kerana jatuh ke dalam permainannya. Taruhan yang besar untuk sebuah kerja yang paling sukar. Bertaruh dengan rakan-rakan sekolah untuk diculik selama satu hari. Tentu sahaja dia boleh menjadi pelakon terbaik dengan bermodalkan suara yang runtun. Menangis teresak-esak dan membuatkan orang yang mendengar menjadi resah. Dia tahu polis akan dapat mengesan keberadaannya dari nombor telefon milik Chong Woi. Apalah sangat sakit ditampar jika dia boleh menjadi orang yang menang. Peduli kata-kata orang. Berapa lama boleh bersembang? Habis kuat seminggu dan orang mula lupa. Poketnya penuh sekarang. Mona baring dengan wajah yang tersenyum. Seketika dia terlihatkan bintat halus di pergelangan tangannya. Seperti tusukan jarum dan tampak kemerahan. Mungkin nyamuk atau serangga yang tokak. Tangannya dibelek sekali lagi. Terus menghempas ke atas tilam dan membiarkan sahaja. Senyuman Mona masih lagi tidak lekang.

Chong Woi duduk memerhatikan tembikar berisi abu mayat yang terletak di sudut rumahnya. Merenung lama hingga menembus segala. Kejadian semalam mula bertukar menjadi imej filem di kepala. Dari saat Mona menghantarkan mesej perkenalan yang pertama, saat dia membawa Mona ke sini. Malam ketika mereka berbual berdua. Dan sudah tentu kejadian ketika dia menyuntik lengan gadis itu dengan jarum suntikan yang dicuri dari Manan di pondok lelaki itu. Slaid putaran imbas kembali berhenti dan terjeda. Chong Woi mengingati bagaimana cermat dia menyuntik lengan Mona dengan jarum suntikan yang tercemar. Bersama darah Manan yang masih lagi tersisa HIV itu, sudah tentu akan membuatkan setiap hari adalah neraka bagi Mona selepas ini.

Permainan Mona dapat dihidu Chong Woi apabila melihat segala data dan mesej yang diperolehi dari telefon bimbit Mona ketika dia sedang nyenyak ketiduran. Dirinya dijadikan objek pertaruhan. Sama seperti Mei Hwa yang asyik memperalatkannya dahulu. Dan kini Mei Wha berada di dalam tembikar yang terletak di penjuru dinding rumahnya. Kekal senyap di situ. Dibunuh dan dibakar menjadi abu.

TAMAT

Continue Reading

You'll Also Like

42K 1.4K 12
Psycho. Seorang yang pelik Seorang yang bertindak luar kawal. Selalunye budak macam Ni kurang kasih sayang. Kekadang die terdengar something bercakap...
SHAHRIL By Ariff Adly

Mystery / Thriller

45.9K 1.7K 16
Beg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau...
26.2K 1.7K 35
Amaran ! Koleksi kisah seram yang mampu buat anda tak kering gusi !!! Ini bukan cobaan. Ini betul betul kejadian. Persoalannya sekarang bersediakah a...
283K 2.9K 10
Taufik seorang lelaki yang agak lembut...tetapi dia sangat menyukai perempuan....banyak lelaki yang telah tergoda akan kecomelannya ,dan ada juga lel...