Sunshine

By lisathepenguin

220K 8.9K 304

"Kurang asam punya makcik." "Aku dengarlah, bangla." "Eh, mengaku kau makcik rupanya?" "Eh, mengaku kau ba... More

bab 0
bab 1
bab 2
bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6 - makcik dan bangla
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10 - farish's pov
bab 11 - farish's pov again
bab 12
pelangi
update or not?
two different world will be -- sunshine
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21 - ariana's pov
bab 22
update
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28 - ariana's pov
bab 29
bab 30
bab 31 - ariana's pov
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39 - ariana's pov
bab 40
bab 41 - ariana's pov
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
epilogue

bab 49

2.3K 124 2
By lisathepenguin

"Ryan nak cancel plan? Kenapa?" Puan Liza terkejut mendengar permintaan Ryan. Terbantut niatnya nak minum air tadi. Hm, kalau dia minum air awal awal tadi, alamatnya tersembur dekat dua orang ni.

"Saya tak rasa saya dan Ari sesuai. Aunty, I don't think I'm the one for her. She deserves better."

Puan Liza menggeleng kepala, jelas tidak setuju dengan kata-katanya. "Aunty tak rasa tu sebabnya. Mesti ada sebab lain kan ni? Cuba bagitahu ibu kenapa." Kalini dia memandang wajah anaknya sendiri.

Ryan memandang Ariana, bagaikan berkata, 'nak bagitahu ke?'

Ariana menelan air liur. Dia tak tahu dia nak kata apa. Ibunya memang cekap bab bab detect penipuan ni. Dia senang baca fikiran orang.

"Betullah ibu. Kitorang rasa kitorang tak serasi. Ari sebenarnya... suka orang lain." Jawabnya jujur. Tak sanggup nak menipu, mak sendiri kot. Lagipun apa point nak menipu dalam hal ni?

"Siapa lelaki tu? Ari serious dengan dia?" abah mula bersuara. Dari tadi abah diam, Ariana mula risau.

"Um.. kitorang sebenarnya dah break." Uh, kenapalah abah dia tanya soalan macam tu? Memang hancur ah jawapan dia. Cuba tanya lelaki tu baik ke tak, hensem ke tak, kuikui.

"Siapa yang mintak break?" abah menyoal dengan muka yang ketat. Ariana mula kecut. Rasa menyesal pulak bila cakap macam tu. Patutnya dia kata je yang diorang kawan ke apa ke. Ni break?! Memang peluang dapat approval 0.0000001% lah kan.

"Dia."

"Dia tu siapa? Cuba letak nama, orangnya wujud kan. Tak payah nak rahsia rahsia dengan abah." Balas abah dengan nada sarkastik.

"Farish."

Ibunya mengangguk. Dia kenal budak tu. Abahnya tak. Ariana jarang cerita dekat abah pasal lelaki walaupun dia rapat dengan abah tapi soal hati dan perasaan dia lebih banyak bercerita dengan ibu.

"Dia yang mintak break, habis tu Ari yang nak kejar dia balik? Macam tu ke? Ari, there are many good guys out there. Ramai lagi yang lebih baik daripada dia. Ryan ada depan mata, kenapa nak dia? Dia yang tinggalkan Ari. Takda guna Ari kejar dia." Abahnya berceramah.

"Tapi abah-"

"No, listen to me. Kalau pun Ari kejar dia, Ari yakin dia nak dekat Ari balik? After all, dia yang tinggalkan Ari."

Ariana akhirnya terdiam. Dia tak sanggup nak melawan kata kata abahnya.

Malam tu dia duduk termenung dalam bilik tak tahu nak buat apa. Dahlah tertekan sebab assignment banyak gila nak mati, deadline dah dekat. Tambah pulak dengan stress pasal plan parents dia. Haih, kalau hari hari stres macam ni, silap haribulan putih rambut dia.

Ariana decide nak tenangkan diri. Dia cuma mengambil sweaternya bersama lalu mengambil kunci dan menuju ke ruang tamu. Nasib baik ibunya ada di ruang tamu, tengah membaca majalah.

"Ibu, Ari keluar kejap boleh?" pintanya yang sudah menuju ke pintu.

Puan Liza mengangkat muka daripada majalah. "Pergi mana?"

Ariana terhenti langkah. Kenapa nada ibunya macam abah pulak ni? Tegas semacam. Eh, mesti lah tegas dah kalau anak perempuannya nak keluar malam malam.

"Pergi.. mall kejap? Nak hilangkan stress, banyak assignment sangatlah ibu." jawabnya sambil membuat muka mintak simpati.

Ibunya tersenyum. Dalam hatinya berfikir, 'stress pasal assignment ke pasal..cinta? Kesian anak aku sorang ni.'

"Ha, pergilah. Tapi balik awal sikit. Nanti abah marah. Bawak kereta elok elok. Jaga keselamatan." pesan ibunya secara ringkas. Kalau abah yang pesan, mahu panjang berjela macam buat sesi ceramah.

S Mall.

Tak tahulah apa benda yang boleh hilangkan stres bila datang kat mall. Tengok orang ramai berpusu pusu dalam mall ni lagilah buat dia stres. Menyesal dia keluar tadi.

Dah alang alang dia datang sini, baik dia tengok wayang sat. Dengar cerita ada movie Beauty and the Beast tengah hot. Emma Watson kot yang jadi heroine!

Lepas beli tiket, popcorn dan coke bersaiz large, dia terus masuk ke panggung.

Terang lagi. Lagi 20 minit baru start. Ariana mengeluarkan phone dan membuka WhatsApp.

Dia membuka group chat bersama Zara dan Yana.

Yana: whatcha guys doing?

Ariana: wayang

Zara: dating

Yana: ...pahal semua keluar tak ajak aku ni?!

Zara: kau fikir aku dating nak ajak kau sekali ke jadi third wheel? Semak je nanti

Ariana: wuhu sejak bila kau kejam ni zara

Yana: wait.. kau kata kau DATING?

Zara: ...yes?

Ariana: for real?

Zara: yes duh ingat lagi tak farhan ameer?

Yana: aha mana tak ingat lelaki yang kau tergila gilakan sangat sampai sanggup stalked his every move

Zara: ew no i was NOT like that

Ariana: jangan nak deny. Dulu kau gedik gila nak mati

Yana: lol tru dat

Zara: aha okay fine memang aku gedik pun dulu but that doesnt matter anymore since i got him now *victory dance*

Ariana: mana kau jumpa dia btw

Zara: aku kan ada number dia dah lupa ke kehkeh

Yana: so.. kau tiba2 contact dia ke apa?

Zara: of course lah tak. Aku contact dia sejak 6 bulan yang lepas kot

Ariana: macam mana dia tetiba suka kau ni? Haha

Zara: ish kau ni. Dia memang minat aku sejak dulu lah hoho

Yana: eh. Tak payah nak tipu. Dulu dia tak pandang kau pun HAHAHA

Zara: sob. Kenapalah aku kawan dengan setan setan ni

Tiba-tiba lampu terpadam. Ariana terus off kan handphone nya.

Movie dah nak start.

Bila tengok surrounding, ramai lah jugak yang ada. Tapi yang paling bestnya tempat sebelah dia kosong. Yes!

Alamak. Apahal mamat tu macam datang kat sini?

Ariana mengeluh. Haih, nilah dia. Tak boleh nak bahagia awal awal.

Matanya tertumpu ke skrin panggung. Bila lelaki tu dah duduk sebelah dia, Ariana pandang sekilas. Sekilas je.

Lepastu air yang dia minum tu buat dia rasa tersedak. Jantungnya tiba tiba berdegup dengan laju.

Aku salah pandang ke tadi?

Tapi aku yakin aku pandang betul tadi. Lagipun aku tak rabun lagi. Nak pandang balik seganlah pulak.

Tapi betul ke apa yang aku nampak tadi? Eii, gatal pulak lah mata aku ni nak pandang dia. Ah, pandang jelah! 0.2 saat je! Lepastu tengok depan balik!

So, Ariana pun pandanglah mamat tu lagi sekali. Memang sepantas kilat dia pandang. Tapi sepantas kilat pun, lelaki tu tetap perasan. Sebab dia pun tengah pandang Ariana.

Malu gila nak mati Ariana dibuatnya bila perasan yang lelaki tu pandang dia. Nasib baiklah dah gelap, kalau tak nampak muka dia merah macam tembikai.

"Ariana?" Ah, sudah. Dia tegur pulak dah. Apa nak buat, apa nak buat?!

Ariana cuma memandangnya kembali.

Farish menutup mulutnya. "Shoot, it really is you."

Muka Ariana memerah sekali lagi. Dah apahal mamat ni nampak excited je jumpa dia?

Tak keruan Ariana dibuatnya. Dahlah dia kaku tak tahu nak jawab apa. Tah macam mana Farish boleh duduk tenang macam tu.

Ariana macam tak percaya. Lelaki yang duduk sebelah dia sekarang ni ialah Farish! Dia plan nak tenangkan diri dan hilangkan stres, tapi kenapa rasa macam makin tak keruan ni?

Lagipun, apa yang dia buat dekat sini? Bukan sepatutnya dia dekat London ke? Macam mana pulak dia boleh tercampak duduk sebelah Ariana?

Argh! Makin tak keruan dia fikir pasal Farish.

"Ariana," lagi sekali suara Farish kedengaran. Air yang disedut hampir tersembur keluar. Kalau tersembur betul betul, lantak kaulah mangsa hadapan ku. Aku cabut. fikirnya dalam hati.

"Apa?" soalnya balik, kalini matanya fokus ke arah skrin.

"Boleh tak nak cakap dengan kau lepas ni?" soalnya dengan nada excited. Hairan Ariana dibuatnya. Macam mana dia boleh cakap dengan dia kasual je sedangkan Ariana taknak layan pun dia haritu. What has gotten into him?

"Um.. okay."

Nervous pulak bila dia kata nak cakap dengan Ariana lepas ni. Dia nak cakap pasal apa? Hal serious ke? Ke dia dah tahu Ariana masih suka dia lagi? Ah, malunya!

Sekarang ni dia langsung tak boleh nak fokus dekat skrin. Mata tatap skrin tapi jiwa melayang pergi mana tah. Pergi hati Farish kot HAHA.

Bila wayang dah tamat, Ariana rasa tak boleh nak bangun. Dia tak tahu apa yang Farish nak kata so dia taknak dengar. Patut ke dia lari? Kalau Farish kejar macam mana? Eh, zaman bila tah nak main kejar kejar.

"Hello..?" Farish melambai tangannya ke muka Ariana. Terus berhenti mengelamun.

Damn it. Macam tak wajar dia nak lari. Baik hadapi sekarang daripada nanti, kan. Esok lusa maybe dia nak cakap jugak.

Orang ramai berpusu pusu keluar dari panggung. Ariana kekal melekat di tempatnya. Farish pun sama. Selagi Ariana tak bangun, memang tak ah dia nak berdiri.

"Aku tak tau kenapa kau senyap je macam ni... tapi aku ada benda nak bagitau kau. Dengar eh?"

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
518K 19.3K 41
2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER seb...
122K 10.5K 64
Karya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyiek...
1.7K 141 17
Alexandra Ain, merupakan seorang gadis yang berkulit hitam manis dari campuran Ibunya. Ibunya Amerika berkulit hitam manakala ayahnya Malaysia berkul...