Pengawas King Dihatiku

By ciksidekick

144K 4K 275

Dia mungkin dingin tetapi dia seorang yang sangat berpegang teguh kepada janji . Disebalik sikap dingin itu t... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10

Bab 3

9.1K 426 35
By ciksidekick

Yo waddup guys! Assalamualaikum! Maaf lambat update. Hari ni author belanja satu bab je.

~~~~~

Yeayyy sekolah baru! Kawan baru! Cikgu baru! Cuma Danish je yang tak baru. Ingatkan perangai jebon dia tu nak berubah, rupanya lagi teruk.

Aryana membetulkan tudung sekolah putihnya. Stress siak bila tudung tak jadi. Silap-silap angin yang tiup tudung tu dimarahnya.

Tok! Tok! Tok!

"Woi monyet! Kau pakai tudung tak? Aku nak masuk ni!" Jerit Danish di sebalik pintu bilik Aryana.

"Hah! Masuklah." Balas Aryana. Jam G-Shock di atas meja dicapai dan disarung kemas ke pergelangan tangan. Ohh lupa nak kabo aku memang suka pakai G-shock besar. Tak minat laa yang kecik-kecik. Nampak mcm gegirl sangat leww. Huhu.

Pintu dikuak dari luar. Terjengul kepala Danish sebelum dia melangkah masuk. Dia melihat sekeliling bilik Aryana. Lalu menghenyakkan punggung di atas katil. Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan.

"Wahhh, dah kemas lah bilik kau sekarang en. Tak macam dulu. Sekali dah jejak masuk confirm sesat 2 minggu." Dengan pantas dia membaringkan badannya. Aryana menghampiri Danish.

"Otak kau. Dah bangun! Habis kotor tilam aku. Dah! Shuhh! Shuhh!" Aryana menolak bahu Danish. Tanpa sengaja punggung Danish mendarat cantik pada permukaan lantai biliknya.

"Aduh! Sakit lah! Hek eleh, kedekut. Baring sikit je." Ujar Danish nada merajuk. Lalu dia memeluk tubuh. Aryana menggelengkan kepala.

"Tak payah nak merajuk bagai. Muka kau yang dah sedia buruk tu bertambah buruk laa jawabnya. Bukan apa, kita dah lewat nak pergi sekolah ni. Nanti balik sekolah kau nak baring, baring lah puas-puas. Aku janji aku tak halang." Aryana mengangkat tangan kanannya seperti orang mengangkat sumpah.

"Arghhh! Lambat 2 saat. Dah, pujukkan kau tu ditolak." Dengan pantas Danish bangun dan meninggalkan Aryana berseorangan di bilik lalu dia menghempas pintu bilik perlahan. Nasib perlahan kalau tak memang aku tumbuk kau Danish.

"Hek eleh gedik macam perempuan." Cakap Aryana sendiri. Beg sandang di atas kerusi dan disarung kemas ke belakang badan.

"Oi jambann! Buat apa lagi tu? Tadi bebel dekat aku cakap lambat. Sekarang kau pulak terhegeh-hegeh macam anak gajah nak lintas titi." Bebel Danish. Haish perangai tak ubah macam pakcik.

"Yelah. Nak keluar lah ni." Pintu bilik dikuak maka terlihat jelas sesusuk tubuh yang tinggi lampai yang segak berpakaian seragam sekolah dengan kemas. Rambutnya disisir rapi dan sebahagian rambut yang sedikit mencecah dahi diraup ke belakang untuk tidak menganggu pandangannya. Handsome pulak kawan aku hari ni.

"Apa pandang-pandang? Cucuk mata tu kang." Danish mengacah-acah hendak mencucuk mata Aryana. Aryana menepis jari Danish lalu memberi pandangan 'TakInginPon'.

"Mana phone kau?" Danish memeluk tubuh. Aryana mengerutkan kening.

"Nak buat apa? Aku letak dalam bilik lah takkan dalam hati kau kot." Aryana membuat pickup line. Danish memutarkan bola matanya ke atas.

"Kau ingat aku cair? Hah? Hah?" Soal Danish lalu mendekatkan wajahnya pada wajah yang putih kemerah-merahan milik Aryana. Dengan pantas Aryana membuat serangan. Dia menghentak kepala Danish dengan fail warna biru.

"Hah! Tu makan dia. Tak appreciate aku punya pickup line." Aryana menjeling tajam. Danish mengeluarkan cermin kecil dari kocek seluarnya dan merapikan kembali rambutnya yang sedikit serabai akibat pukulan Aryana tadi.

Erk? Lelaki bawak cermin? Selalu bawak sikat, ni tetiba je bawak cermin. Macam-macam lah kau ni Danish.

"Dah, pergi ambik phone kau sekarang. Aku tunggu kat bawah." Ujar Danish dan berlalu pergi. Dia bernyanyi kecil sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

"Herhh menda tah." Aryana mengikuti arahan Danish. Lalu dia turun ke tingkat bawah. Aryana menuju ke meja bar di dapur.

Dilihat Danish tengah melantak mi goreng buatan Mak Jah dengan gelojohnya. Sampai bersepah mi jatuh atas meja dan lantai lepastu mi tu terpelanting masuk dalam cawan. Eh, tak gurau je. Mana ada bersepah.

"Danish! Woi! Jom lah." Ujar Aryana sebaik sahaja menghampiri Danish. Roti bakar berinti sardin di dalam pinggan dicapai dan digigit perlahan. Cawan air teh o panas dicapai dan dihirup perlahan. Fuhhh sedapnya.

"Hah, jap. Sikit lagi." Ujar Danish dengan mulut yang penuh dengan mi goreng. Nasib tak tersembur mi tu dekat muka comel aku. Kalau tak, memang aku sumbat mulut dia dengan cawan ni.

"Danish. Apa yang tak senonoh sangat ni? Habiskan makanan dalam mulut tu dulu baru cakap." Bebel Puan Aisyah sambil menuang air ke dalam cawan.

"Ouhh...sorry makcik. Sa..ya...uhuk...uhuk." Danish menepuk-nepuk dadanya. Padan muka kau. Baru kau tahu erti penyesalan. Aryana tersenyum sinis melihat penyeksaan yang dihadapi oleh Danish. Ehh, aku ni macam psycho je. Astagfirullahalazim.

Segera Puan Aisyah menampar lengan Aryana. Aryana mengerutkan kening. 'Danish yang tersedak, aku pulak yang kena.'

"Kerut kening tu buat apa. Hulurkan cawan tu." Marah Puan Aisyah. Aryana menjeling Danish yang tengah tersedak tahap nak meninggal tu.

"Nah! Padan muka kau." Aryana menolak kasar cawan berisi teh o panas. Nasib tak tumpah weh, kalau tak habis melecur tangan aku. Dah laa berasap lagi. Naya je. Jatuh harga hantaran aku nanti.

"Hey! Nak bagi air tu biar ikhlas sikit." Marah Danish lantas meneguk teh panas itu sehingga habis. Power seh mamat ni.

"Ikhlas mana boleh tunjuk, yang penting hati ni hah. Dah la cepat sikit. Makan macam siput terhegeh-hegeh." Bidas Aryana.

"Sabooo lah. Ustazah tak pernah ajar ke erti kesabaran? Sabarkan separuh daripada iman." Danish membuat muka 10 sen tak laku. Aryana menjeling.

"Ye tahu. Tapi dengan perangai kau ni, siapa je yang boleh sabar?" Aryana membuat muka tak puas hati.

"Kau je yang boleh sabar dengan aku dari dulu." Danish tersengih macam kerang busuk. Aryana menjelirkan lidah.

"Cepatlah! Makin aku layan kau makin menjadi-jadi perangai kau." Aryana menghampiri Puan Aisyah lalu mencium tangan yang pernah memberikan kasih sayang buat dirinya. Sedikit terubat rindu di hatinya kepada kedua ibu bapanya. Hampir dia menitiskan air mata terkenang arwah ibu bapanya.

"Mama, doakan adik ye. Terima kasih sebab sudi jaga adik dengan abang. Selama ni mama selalu ulang alik dari sini ke rumah walid sebab nak tengok adik. Adik bersyukur sangat sebab masih ada lagi orang yang sayangkan adik. Adik janji adik akan belajar rajin-rajin." Ujar Aryana. Matanya sedikit bergenang. Puan Aisyah pula sudah menitiskan air mata.

"Tak perlu ucap terima kasih. Dah memang tanggungjawab mama jaga adik dengan Acap. Mama memang selalu doakan adik. Dah la jangan sedih-sedih. Hari ni kan adik dah nak mula belajar. Dah lewat ni. Pergi cepat." Ujar Puan Aisyah lembut tanda memujuk anaknya. Dia mengesat air mata yang mengalir pada pipinya lalu mengusap kepala Aryana dengan penuh kasih sayang.

Aryana mengangguk. "Assalamualaikum. Kami pergi dulu ye mak cik." Danish mengoyak senyuman nipis. Puan Aisyah sekadar mengangguk. Aryana dan Danish jalan beriringan menuju ke pintu utama.

Danish mencapai kasut sekolahnya dan disarungan dengan kemas pada kakinya. Dia menoleh ke arah wajah sugul Aryana. Sayu hatinya melihat Aryana.

"Aryana Dalisya. Jangan ingat dekat dunia ni takde orang sayangkan kau. Ramai yang sayang kau termasuk...a..ku. Ingat sampai bila-bila aku sayang kau." Ujar Danish sedikit sayu sambil memandang wajah polos Aryana. Dia berjalan meninggal Aryana terpinga-pinga di belakang. Dengan pantas dia memboloskan diri ke dalam kereta Myvi putih miliknya. Aryana terkebil-kebil sebaik sahaja mendengar ayat terakhir Danish.

'Kenapa aku tak boleh ada setiap kali kau sedih, Aryana?! Kenapa?! Setiap kali kau sakit, aku tak pernah ada disisi kau. Sahabat apa aku ni? Ya memang aku pengecut. Sebab aku tak mampu meluahkan perasaan aku terhadap kau. Disaat kau perlukan aku, mana je aku pergi. Mama aku meninggal sebab aku lah puncanya. Adik aku pun meninggal sebab aku lah puncanya. Kenapa?! Kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku?! Kenapa semua ni jadi pada aku?! Aku tak layak ke nak rasa bahagia? Mungkin aku tak layak nak jaga kau dan orang yang aku sayang.' Marah Danish sambil menghentak tangan di stereng keretanya. Dia menumbuk dadanya berkali-kali. Sakit yang dirasakan tidak hiraukan. Kalau dibandingkan hatinya lebih sakit. Air mata lelakinya mengalir perlahan. Air mata dikesat laju lalu dia beristighfar.

Aryana terpana. Dup dap dup dap. 'Kenapa aku rasa berdebar sangat ni.' Bisik Aryana sambil memegang dadanya. Debaran di dadanya sungguh hebat. Sama seperti dulu.

'Tak tak aku tak boleh macam ni. Ingat, dia tak pernah suka kau. Dia cuma sayangkan kau sebagai kawan je.' Aryana berhusnuzon.

⏪Flashback⏪
●3 tahun lalu●

Kodiang, Kedah.

Permandangan sawah padi pada waktu petang sungguh mendamaikan begitu juga angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Danish dan Aryana bercuti di kampung untuk menghabiskan cuti sekolah yang berbaki lagi sebulan.

Danish sibuk menangguk ikan laga di dalam tali air. Aryana hanya duduk di tebingnya melihat Danish. Malas pula dia hendak menangguk ikan bersama Danish.

"Nish! Dah dapat ke warna yang aku nak tu?" Soal Aryana sambil menjengah ke dalam tali air. Kakinya yang terjuntai di dalam air digerakkan perlahan.

"Saboo ler. Suara garau kau tu buat ikan tu lari la." Ujar Danish masih fokus ke dalam air. Selang beberapa minit Danish menjerit.

"Yeahhh! Wuhh! Aku dah dapat. Cepat bagi balang tu!" Jerit Danish girang. Aryana membaling balang plastik itu ke arah Danish. Dengan pantas Danish memasukkan ikan laga berwarna merah dan ekornya berwarna ungu terang ke dalam balang. Air diisikan separuh daripada balang. Lalu dia naik ke darat dan duduk di tebing bersebelahan Aryana.

"Wah! Comelnya! Pandainya kau. Aku selalu dapat yang warna pudar je." Aryana teruja membelek-belek ikan laga itu di dalam balang lutsinar itu.

"Well, ni Danish lah weh." Ujar Danish bangga sambil mencalit hidungnya dengan ibu jari.

"Betul ke kau nak bagi ikan ni?" Soal Aryana sambil menunjukkan balang lutsinar itu di depan wajah Danish. Danish sekadar mengangguk dan melemparkan pandangan ke arah sawah padi yang terbentang luas. Sejuk mata memandang warna hijau muda pokok padi yang belum masak itu.

"Danish." Panggil Aryana.

"Ye."

"Aku nak bagitahu kau ni." Aryana memandang wajah Danish dengan penuh minat. Danish menoleh ke arah Aryana. Mata mereka bertaut. Lalu dia Danish menjongketkan kening.

"Aku sebenarnya..." Aryana membiarkan ayatnya tergantung bagi menarik minat Danish. Danish mengubah posisi kedudukannya. Kini mereka menghadap antara satu sama lain.

"Sebenarnya apa." Danish merenung ke dalam anak mata coklat milik Aryana sedalam-dalamnya. Apabila mata kelabu milik Danish menikam anak mata Aryana, dia melarikan pandangannya. Sesungguhnya pandangan itu membuatkan dirinya resah. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan perlahan.

"Sebenarnya...aku suka...kau. Aku... suka kau lebih dari...seorang kawan." Ujar Aryana lambat-lambat. Secara tidak langsung mukanya menjadi merah. Danish terkesima lalu membulatkan mata.

"K..k..kenapa? Kenapa k...kau perlu su...suka aku? Kita kan kawan wehh. Kita kan dah janji kita akan jadi sahabat selamanya." Danish sedikit gagap.

"Aku tak boleh tipu perasaan aku weh. Aku dah cuba buang perasaan ni tapi tak boleh. Setiap kali kau pandang muka aku atau kau cakap dengan aku buat aku rasa berdebar. Mulai saat tu aku rasa aku dah mula suka kau. Ye aku tahu, semua ni merepek bagi kau. Tapi aku betul-betul suka kau." Aryana meluahkan semua yang dipendamkan selama ini. Riak wajah Danish berubah serta merta.

"Ta...tapi aku tak pernah suka kau lebih daripada seorang kawan, dan aku takkan pernah sukakan kau. Aku minta maaf." Balas Danish lalu dia bangun dari tebing tali air itu dan berlalu pulang ke rumah nenek Aryana.

'Maafkan aku Aryana. Aku memang sukakan kau. Tapi aku tak boleh berterus terang. Aku takut kau akan tinggalkan aku macam mana mama dan adik aku tinggalkan aku. Aku memang sayangkan kau dari dulu lagi. Maafkan aku, Aryana.' Bisik hati kecil Danish. Air mata lelakinya mengalir. Sememangnya air mata lelaki sungguh mahal untuk menangis. Tetapi kerana orang yang tersayang dia sanggup menitiskan air mata.

Aryana hanya memandang sepi pemergian Danish. Tanpa dia sedar air matanya mengalir melalui lekuk pipinya. Lutut dirapatkan ke dada lalu dipeluk. Dia menyembamkan wajahnya pada lututnya. Dia menangis sepuas-puasnya.

Dia mendongak ke langit. Warna jingga sudah bertebaran dilangit menandakan Maghrib bakal tiba tidak lama lagi.

"Jadi betul lah selama ni orang cakap, sakit cinta ditolak memang pedih. Lebih baik kita pendam daripada berterus terang kerana berterus terang tu menyakitkan. Baru aku tahu betapa sakitnya apabila ditolak oleh orang yang kita sayang. Tapi aku lega sebab kau tahu aku sayang kau." Perlahan Aryana berkata cukup sekadar dirinya sahaja yang dengar sambil tersenyum tawar.

Dia mengesat sisa air matanya dengan belakang tangan. Dengan pantas dia bangun dan menepis debu pada seluar dan berjalan pulang ke rumah neneknya.

Hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa. Sunyi rumah nenek Aryana tanpa gurau senda Danish dan gelak tawa Aryana.

Pin~pin~

Bunyi hon kereta menyentakkan Aryana dari lamunan dan menyedarkan dirinya daripada terus mengimbau kembali kenangan lama.

Aryana mengorak langkah dan menuju ke arah kereta milik Danish. Sebelum membuka pintu kereta, dia menenangkan hatinya dengan berdoa. Dia membolos ke dalam perut kereta.

"Hoi! Kau buat apa lama sangat?" Sembur Danish. Suaranya dikawal agar tidak bergetar. Dengan pantas Danish menekan pedal minyak dan memecut laju menuju ke Cedric Diggory High School.

******

Aryana melangkah keluar dari kereta lalu menutup perlahan pintu kereta milik Danish. Danish juga membuat perbuatan yang sama. Ditoleh ke arah Danish. Wajah yang cukup tenang dipamerkan. Sesekali rambut yang jatuh ke dahi diraup ke belakang.

"Aryana. Ikut aku jom. Kita pergi locker dulu. Aku nak simpan barang." Ujar Danish sebaik sahaja membuka langkah menuju ke blok yang bertulis "BlueSky". Aryana mengangguk faham. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah "BlueSky".

Berpusu-pusu pelajar menuju ke dewan utama untuk menyertai perhimpunan rasmi.

Mereka mendaki anak tangga untuk ke tingkat locker pelajar. Sebaik sahaja tiba di tingkat satu iaitu tempat pelajar menyimpan barang yang dipanggil "OurWorld".

"Fuhh! Gempak siot. Bapak ah. Nish, aku punya locker nombor berapa?" Ujar Aryana sambil melihat sekeliling. Danish berjalan menuju ke arah locker bernombor 142.

"Hoi! Jangan jakun sangat. Meh sini aku tunjuk kau punya locker." Kutuk Danish sambil mengeluarkan sweater dari beg sandangnya dan disusun kemas di dalam locker lalu dikunci semula. Aryana menghampiri Danish.

"Ni kau punya, 143. Aku mintak dengan pihak pengurusan supaya kau panya locker dekat sebelah aku. So, nanti senang lah aku nak suruh kau ambilkan barang-barang aku dekat sini. Sebab sekarang kau adalah PA aku." Ujar Danish lantas memberi kata laluan locker milik Aryana.

"Hek eleh jebon betul la. Tapi kan, sweet jugak eh kawan aku sorang ni. Dah laa locker dekat sebelah dia lepastu nomber locker ni pun unik, 143. Huehuehue." Aryana tersenyum penuh makna.

"Banyak lah kau maksud nombor ni 'i love you'. Tulah banyak sangat tengok drama pukul 7. Kan dah terpengaruh otak senget kau tu. By the way aku memang sweet orangnya, dari dulu lagi. Kau je yang tak tahu." Secara tiba-tiba Danish membuat backflip. Aryana menjulingkan mata.

"Asal riak je buat backflip. Asal buat backflip je riak. Kau ni memang bangang abadi betul la. Ingat kau sorang je boleh buat? Aku pun boleh laa." Bidas Aryana sambil menjelirkan lidah. Baru hendak mulakan lompatan, mereka ditegur seseorang.

"Ehem! Ehem!" Seseorang berdehem di belakang mereka. Mereka menoleh serentak. Seorang pengawas lelaki segak berbaju biru muda sedang berpeluk tubuh lalu mencerlung ke arah mereka bersilih ganti. Lelaki itu bersuara.

"Borak apa lagi ni? Jangan nak menggedik dekat sini. Pergi dewan sekarang! Harap je ada jam dekat tangan tapi tak reti manfaatkan masa." Sinis lelaki itu berkata. Perghh mulut longkang bhaii.

"Tahu lah." Balas Danish sambil mendengus kasar. Aryana memandang lelaki itu lalu tersenyum. Lelaki itu hanya memandang kosong tanpa riak. Puihh sombong macam gorila.

"Dah lah. Jom." Danish menarik beg sekolah Aryana untuk beredar dari situ. Sebaik sahaja Aryana berada di sebelah lelaki itu, Aryana menyapa.

"Hai." Aryana menyapa lelaki itu lalu melambai beberapa kali di hadapan muka lelaki itu. Senyuman ikhlas diukirkan.

"So?" Soal lelaki itu menjengkelkan. Muka jijik terhadap Aryana dipamerkan. Erk? Gay ke apa ni? Senyuman Aryana terus mati secara mendadak.

"So, hai lah balik." Jawab Aryana sedikit kekok sambil tersengih.

"Dah tak payah nak layan sangat dia ni. Dia ni bukan ada perasaan pun dekat perempuan, entah-entah dia gay. Jom blah." Bidas Danish lalu dengan pantas Danish menarik lengan Aryana lalu mereka berlari. Cuak ah tu.

Sebaik sahaja mereka tiba di dewan utama yang dipanggil 'BostenTalent' mereka berpisah. Sebelum berpisah sempat Danish berpesan.

"Ingat, jangan layan kalau ada lelaki cuba tegur kau. Buat tak tahu je. Diorang semua tu gatal. Kalau nak rehat nanti keluar je dengan aku. Tak payah sibuk nak keluar dengan orang lain. Ingat pesan aku ni. Jangan sesekali layan kalau ada lelaki cuba dekat dengan kau." Terngiang-ngiang pesan Danish di telinga Aryana. Sesekali dia tersenyum. Apa yang kelakar tak tahu la.

"Yo! Waddup! Student baru ke? Syafiera Tasneem." Sapa gadis bernama Syaf pada Aryana sambil menghulurkan tangan. Aryana menyambut.

"Hai! Eh tak laa, student lama dekat sini dan dah busuk pun. Aryana Dalisya." Aryana berloyar buruk.

"Aishhh dia ni. Hahaha kau kelas mana?" Soal Syaf sambil menjongketkan kening.

"Aku...." belum sempat Aryana menjawab soalan Syaf terdengar suara garau pada mikrofon. Aryana membuat isyarat pada Syaf 'NantiAkuBagiTahuKau'. Syaf membuat thumbs up dan menoleh ke hadapan. Bapak ahh dah la duduk belakang sekali. Reput je. Nasib la dewan ni sejuk takdelah berpeluh sangat

"Test mic. 1, 2, 3. Hello everyone! How are you? And how about your last holiday? Everything alright?" Ujar seorang ketua pelajar segak berbaju biru. Ehh mamat tadi. Headprefect rupanya. Patut la kerek lain macam.

"Okay. First of all, saya ucapkan selamat kembali ke Cedric Diggory High School! And....bla..bla." Bebel si gorila tu.

"Aku dah tak dengar apa yang dia cakap. Mengantuk siak. Siapalah jadi isteri dia nanti, confirm telinga bersih sebab hari-hari kena leter sampai cair taik telinga." Cakap Aryana perlahan sambil menguap. Jam ditangan dipandang sekilas. Baru 7.56 pagi. Haishh berapa minit lagi woi. Aryana melelapkan matanya. Selang beberapa minit.

Tiba-tiba ada satu tangan menepuk legan Aryana. Aryana terpinga-pinga menoleh kiri kanan lalu dia terpandang muka Syaf di sebelah. Syaf memberi pandangan 'AdaOrangPanggilKau' pada Aryana.

Pelajar lain semua beransur keluar dari dewan. Yang tinggal cuma Aryana dan Syaf. Serta si gorila gay tu.

"Siapa?" Soal Aryana sedikit berbisik sebaik sahaja merapati Syaf.

"Headprefect. Dia suruh kau jumpa dia sekarang." Balas Syaf. Jelas riak risau pada wajahnya. Aryana hanya memandang tenang.

"Kenapa? Dia garang ke?" Soal Aryana. Syaf mengangguk. "It's okay. Aku teman kau." Balas Syaf sambil mengukirkan senyuman.

Mereka jalan beriringan menuju ke arah headprefect yang sedang berpeluk tubuh. Muka kereknya dipamerkan.

"Hah! Kau Syaf! Pergi balik kelas. Tinggalkan aku dengan dia je." Jelas dia berkata. Syaf sudah membuat muka cemberut.

"Tapi aku..." belum sempat Syaf memberi alasan. Lelaki itu terlebih dahulu memotong.

"Arahan aku mudah je. Tinggalkan dia dengan aku." Kali ini tegas dia berkata. Syaf memutarkan bola matanya ke atas. "Okay. Fine." Syaf mengukirkan senyuman pada Aryana.

"Takpe, aku tunggu kau dekat luar okay?" Ujar Syaf. Aryana mengangguk. Dia memandang sepi Syaf yang berlalu pergi.

"Hoi! Tercegat apa lagi dekat situ? Sini kau! Aku nak cakap dengan kau." Dia merenung Aryana.

Aryana menoleh ke belakang. 'Mana lah tahu entah-entah dia panggil orang lain ke? Naya je aku dapat malu.'

"Kau je dekat situ. Mana ada orang lain." Sergahnya lagi. Aryana tersentak. Lalu dia menghampiri lelaki itu.

Lelaki itu hanya berpeluk tubuh dan muka menjengkelkan dipamer.

"Seumur hidup aku tak pernah ada lagi orang yang tidur masa aku tengah buat speech." Marahnya dalam nada perlahan. Jarinya digerakkan di hadapan wajah Aryana.

"So?" Balas Aryana sinis sambil membuat muka tak bersalah. Sebenarnya Aryana tengah tahan gelak sebab muka lelaki tu dah merah. Lelaki itu menahan marah.

"HOI! KAU AKAN MENYESAL SEBAB KAU BIADAP DENGAN AKU!" Katanya keras.

"Ye ke?" Soal Aryana lagi. Sengaja dia ingin menaikkan kemarahan lelaki itu.

"Aku akan buat hidup kau takkan senang dekat sekolah ni. Ingat nama aku baik-baik. Faziq Mikhael bin Mukriz, headprefect of Cedric Diggory High School." Kata Faziq.

"Siapa?" Aryana mengerutkan kening di hadapan Faziq.

"Aku lah siapa lagi." Dengus Faziq sambil merenung wajah Aryana.

"Siapa tanya? Hahahahaha." Aryana lari lintang pukang keluar dari dewan utama sekolah.

"Woi! Kurang asam punya jebon!" Tempik Faziq. Masih terdengar lagi gelak tawa Aryana dari jauh. Faziq tersenyum sinis.

"Aku akan pastikan kau menyesal sebab tak hormat aku." Bisik Faziq sendiri.

Bersambung....

Continue Reading

You'll Also Like

6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
359K 16.5K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
25.8K 1.2K 31
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
5.3K 1.2K 16
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024