[COMPLETED] Suamiku Mr Jutawan

By verreror

1.2M 35.8K 701

'Perempuan ini menyusahkan'-Tengku Arian 'Lelaki ini menjengkelkan'-Alisya Qaisara Adakah mereka akan terus m... More

Prolog
Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilogue
NEW BOOK!

Bab 26

19.7K 581 19
By verreror

Nama Aliya akan ditukarkan kepada Areesa,sorry tpi author sendiri pon dan keliru Aliya or Alisya so author ambik kputusan utk tukrkan nama Aliya supaya ramai yg tidak kliru dgn nma mereka.

------------------------------------------------------

Arian dan Areesa tiba di pasaraya yang berdekatan,

"Tuan!"panggil Areesa yang berjalan di belakang Arian untuk menarik perhatian Arian yang asyik berjalan.

"Awak panggil saya apa tadi?"tanya Arian yang inginkan kepastian supaya apa yang didengarnya tadi tidak salah.

"T-tuan!"jawab Areesa resah apabila Arian berubah riak wajahnya.

"Apa yang saya bagitahu haritu?"tanya Arian serious dengan pandangan tajam diberikan.

"Hhmm!"Areesa berfikir seketika sebelum teringatkan sesuatu.

"Oppss!!Sorry tua- ,maksud saya encik Arian"kata Areesa yang berasa agak tidak selesa dengan panggilan itu.

"Arian!"Arian membetulkan Areesa yang meletakkan 'encik' di depan nama Arian.

"Arian!"Areesa mengulangi nama itu semula.Arian hanya mengangguk dan meneruskan perjalanannya tetapi dihentikkan sekali lagi oleh Areesa.

"En- Arian! Kita tak ambil troli ke?"tanya Areesa yang ketika itu mereka sudah pon masuk ke pintu masuk pasaraya.

'Troli?! Aku?! Oh please,jatuhlah maruah aku tolak troli tu'

"Troli?! Pergilah ambil"arah Arian kepada Areesa yang hanya menurut.

'Aku pulak kena ambil? Oh tak percaya aku.Dia lelaki kot takkan aku pulak yang kena.Takpa nasib baik je kau handsome'. getus hati Areesa.

"Baiklah!"jawab Areesa dan berjalan ke arah tempat meletakkan troli yang terletak di sebelah pintu masuk pasaraya.

Selepas Areesa mengambil troli dan berjalan mengikut Arian di belakang,mereka tiba di bahagian barang dapur.

"En-Ar! Nak beli apa ni?"tanya Aressa sambil melihat sekeliling tempat itu.

"Nah!"jawab Arian sambil menyerahkan kertas yang tersenarai barang-barang yang perlu dibeli.

Areesa melihat-lihat sekeliling untuk mencari barang yang di perlukan sambil tangannya ligat menolak troli mengikutnya ke sana sini.

Selepas mendapat hampir kesemua barang yang diperlukan,Areesa melihat semula kertas itu untuk mendapat kepastiaan.

'Semua dah cukup ni.Eh kejap?!?! Aduh!satu lagi je tak ambil.Mana nak cari kicap ni?'

Areesa melihat sekeliling untuk mencari botol kicap yang diperlukan itu.

'Kicap! Kicap! Mana kicap ni?'getus Areesa selepas tidak dapat mencari kicap itu.

"Ah!! Tu pon kicapnya tapikan kenapa dia letak tinggi sangat"geram Areesa apbila dia tak dapat mencapai botol kicap di atas rak yang paling tinggi.

'Ish! Susah jadi pendek ni' getus Areesa sambil cuba mengambil botol kicap itu dengan melompat tetapi gagal juga.

Tiba-tiba ada satu tangan yang mencapai botol kicap itu.Areesa terus berpusingan dan terkejut dengan orang yang dia tak jangka akan tolong mengambil botol kicap itu.

"Arian?!"tanya Areesa terkejut kerana arian tidak bersamanya sepanjang masa.

"Yes,it's me"jawab Arian dan menyerahkan botol kicap itu kepada Areesa.

'Seriously!'

"Terima kasih!"ucap Areesa lalu meletakkan botol kicap itu ke dalam troli lalu menolaknya menuju ke kaunter bayaran.

"My pleasure!"balas Arian lalu berjalan di hadapan Areesa.

~~~~~~~~

Sewaktu Alisya,kak Laila dan kak Susan selesai makan,mereka berjalan pulang ke butik.Tiba-tiba...

'Thud'

Alisya dilanggar sebuah kereta yang baru saja keluar dari parking pasaraya yang terletak di hadapan medan selerea yang mereka kunjungi.

Alisya terjatuh dan nasibnya baik dia cuma mengalami cedera ringan di lengan dan di kepala akibat perlanggaran itu.

'Ping pinggggg' pemandu kereta yang tak bertauliyah itu menekan hon menyebabkan ketiga-tiga mereka terkejut.

'Tak guna punya orang! Dah lah langgar aku then tak reti nak minta maaf. Lepas tu boleh boleh pulak dia honkan kereta dia.Ish! Nak kena ajar orang yang tak ada sivik ni' getus Alisya geram lalu berdiri dengan bantun kak Laila dan kak Susan.

Dengan marah Alisya berjalan ke arah kereta itu lalu mengetuk tingkap kereta milik pemandu yang tak ada sivik itu.

"Woii! Keluarlah!"jerit Alisya yang masih mengetuk-ngetuk tingkap kereta itu sehingga menarik perhatian beberapa orang awam yang sedang lalu di sekitar kawasan kejadian.

'Keluar je lah'

'Ni lah orang melayu kita,asyik nak gaduh je'

'Ish! Siapa pemandu yang tak bertanggungjawab tu'

Pemilik itu keluar dari kereta lamborghini aventador miliknya dengan muka tak bersalah apabila ramai orang sudah mula berkumpul dan menyuruhnya keluar.

Alisya melihat muka pemandu itu dan terkejut beruk setelah pemilik itu orang yang paling dia tak nak jumpa,yep orang tu Arian.

'Arian!'

"Kau lagi"kata Alisya yang dah muak nak tengok muka lelaki itu.

"Eh! Kau ingat aku nak sangat jumpa kau ke"kata Arian sambil melipat lengannya dan diletakkan dia dada sasanya.Alisya membuat muka selepas mendengar perkataan itu keluar dari mulut Arian.-_-

Kemudian,Alisya baru teringat apa sebenarnya tujuannnya memanggil Arian keluar.

'Adoi! Apa kena dengan aku ni?! Ishh'

"Back to the story,apahal kau langgar aku tadi?"marah Alisya kembali masuk ke mood sebenarnya semula.

"Mana ada aku langgar kau"jawab Arian.

"Arian!"Panggil sesorang dari belakang Arian,kedua-dua mereka menghentikan sebentar perbualan mereka dan memandang ke arah suara itu.

"Oh Areesa!"panggil Arian apabila melihat Areesa berdiri di belakangnya.

"Ada apa-apa tak kena ke?"tanya Areesa dan berjalan ke arah Arian.

"Ntah lah! Minah ni tiba-tiba je meroyan"jawab Arian tanpa kesah pasal Alisya yang tengah bengang dibawah panas terik matahari.

"Woiii! Siapa yang meroyan?! Kau lah,bawa kereta pon tak pandai.Kereta sport kau ni untuk menunjuk je sedangkan pemandu dia tak pandai nak bawa kereta pon"marah Alisya yang dah meletop api kemarahannya sampai dia sendiri pon tak sedar apa yang dia cakapkan.

"Dah habis cakap dah? Kalau dah habis aku nak balik ni"kata Arian lalu memusingkan badannya dan berjalan ke arah keretanya.

'Eh! Eh! Mamat ni pergi macam tu je.Aku yang sakit ni,dia buat tak tahu je' getus Alisya.

"Woiii!!!! Aku tak habis cakap lagilah"jerit Alisya dari belakang dan mengejar Arian lalu menarik lengannya agar pusing menghadapnya.

"Kau nak pergi macam tu je ke,kau tak nampak aku dah cedera ni.Tak reti nak minta maaf ke?"tanya Alisya sambil menunjukkan luka-lukanya.

"Aku minta maaf kat kau? Memang taklah.Nah!"jawab Arian sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Untuk apa ni?"tanya Alisya tak faham apa yang Arian sedang lakukan.

"Ni! Untuk kau buat pergi rawat luka kau"jawab Arian dan menyerahkan 5 keping duit RM100 kepada Alisya,untuk menukarkan dengan minta maaf yang tak akan disebutnya.

"Aku tak nak duit kau,aku cuma nak kau minta maaf je.Tu pon susah ke?"tanya Alisya sambil membaling duit itu ke muka Arian.

'Eh! Eh! Dah bagi duit pon tak nak,suka hati kau lah'

'Senangnya dia keluarkan duit dia,sedangkan dia boleh je cakap maaf.Susah jadi orang kaya ni,ego tinggi sangat'

"Kan aku cakap,aku tak akan sesekali minta maaf kat orang macam kau"lalu berjalan masuk ke keretanya diikuti Areesa yang dari tadi hanya menyaksikan kejadian itu.

"Tak guna!"kata Alisya kuat-kuat biar Arian dengar.

Arian terus memandu pergi dari situ dan beberapa orang awam pon mula beredar pergi manakala Alisya masih lagi berdiri di situ.

"Alisya! Jomlah,kita pergi klinik dulu sebelum balik"panggil kak Laila dan menarik lengan Alisya supaya berjalan mengikut mereka ke klinik berdekatan.Alisya hanya menurut kata mereka.

Selepas Alisya mendapat rawatan,mereka bertiga berjalan pulang ke butik kerana mereka telah mengambil banyak masa di situ sahaja.

♪♪♪♪♪♪♪

Vote + komen = thankyou

JeonMingyu_











Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 66.2K 70
"Wei, tiga ekor kambing dah masuklah. Patut bau busuk semacam"- Syafiq "Aku rasa hidung kau ada sampahlah. Sebabtu semua orang kau kata busuk"- Ayna ...
578K 20.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
3.5M 134K 78
Ain Airana mengharap hidupnya di Addam Lincoln University akan baik2 saja. Namun, sejak dari hari pertama Ain Airana berada di universiti itu, dia s...
125K 10.6K 64
Karya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyiek...