[COMPLETED] Suamiku Mr Jutawan

By verreror

1.2M 35.8K 701

'Perempuan ini menyusahkan'-Tengku Arian 'Lelaki ini menjengkelkan'-Alisya Qaisara Adakah mereka akan terus m... More

Prolog
Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilogue
NEW BOOK!

Bab 23

21.6K 648 14
By verreror

Arian pulang ke rumahnya dengan geram dengan kejadian siang tadi.Tiba di rumah,hampir jatuh jatungnya apabila melihat...

'Shasha!? Apa dia buat kat sini?'

"What are you doing here,Shasha?"tanya Arian apabila melihat Shasha duduk di sofanya seorang diri.

"Oh Arian! Lambatnya you balik?"tanya Shasha sambil berdiri untuk menyambut Arian pulang seperti seorang isteri solehah.

"Apa yang you buat dalam rumah I,Shasha?"jerit Arian yang masih marah dengan kejadian yang dia kena lempang oleh Alisya siang tadi.

"I--"jawab Shasha tetapi dipotong oleh seseorang.

"Apa jerit-jerit ni Arian?"tanya mamanya yang berjalan keluar dari dapur samnil mengelap-ngelap tangannya yang basah.

"Mama!? Mama buat apa kat sini?"tanya Arian terkejut dengan kemunculan mamanya dari dapur rumahnya.

"Saja nak melawat anak mama..kenapa tak boleh ke?"tanya Tunku Sharifa sambil bercekak pinggang.

"Oh! Takde lah samapi macam tu"kata Arian yang api kemarahannya semakin reda apabila melihat mamanya di depan mata.

"Arian! You dah makan?"tanya Shasha sambil memeluk lengan sasa Arian.

"Aah lupa mama nak tanya,Arian dah makan ke belum?"tanya Tunku Sharifa sambil melihat kemesraan mereka berdua.

"Belum! Mama dah makan ke?"tanya Arian sambil cuba menolak Shasha.

"Baguslah tu! Jom makan,mama dah masak"kata Tunku Sharifa yang gembira mendengar yang anaknya masih belum makan.

"Okay! Arian nak mandi dan solat dulu"kata Arian dan berjalan menuju ke biliknya.

"Hmm"kata mamanya dan berjalan semula ke arah dapur untuk menyediakan makanan.

Selepas seketika,Arian keluar dari biliknya dan terus ke meja makan.

"Hmm! Sedapnya bau"kata Arian teruja.

"Mestilah sedap,tengoklah tanganlah"kata Tunku Sharifa sambil menunjukkam tangannya.

Shasha menyenduk nasi ke dalam pinggan Tunku Sharifa dan Arian.

"Nah! Aunty masak masakan favourite you sayang"kata Shasha lalu menyenduk sedikit kuah tomyam dan meletakkannya di pinggan Arian.

"Shasha! Makanlah"kata Tun Sharifa sambil menyeduk kuah tomyam ke dalam pinggan Arian.

"Mama mana sudu dan garfu?"tanya Arian lalu memandang sekeliling mencari sudu dan garfu walaupun itu rumah dia,dia sendiri jarang ke dapur dan biasa makan di luar.

"Ishh! Kamu ni kan orang melayu makan guna tangan macam mama ni"marah Tunku Sharifa lalu menyambung makan semula.

Dalam diam was ,Shasha juga mencari sudu dan garfu.Selepas mendengar Tunku Sharifa memarahi Arian dia juga turut terasa.

"Hmm! Shasha,kenapa tak makan lagi? Shasha tak suka masakkan aunty ke?"tanya Tunku Sharifa apabila melihat Shasha tidak menyentuh pon makanannya dan membuat muka sedih.

"Eh! Tak adalah aunty,masakan aunty sedap tapi..."jawab Shasha dan berhenti untuk mencari ayat yang sesuai.

"Tapi apa? Ke kamu sama macam Arian,takde sudu dan garfu tak boleh makan?"tanya Tunku Sharifa sambil memandang Shasha.

"Ye aunty!"jawab Shasha malu-malu.

"Oh! Kamu berdua ni lah..isshhh.Kejap aunty pergi ambik sudu dan garfu kat dapur"kata Tunku Sharifa lalu bangun dan menuju ke dapur untuk mengambil sudu dan garfu untuk Arian dan Shasha.

"Nah!"kata Tunku Sharifa dan memberikan kedua-duanya sudu dan garfu.

"Thankyou mama!""thankyou aunty!"kata mereka serentak daa mula makan dengan selesa.

"Ish dorang ni,susah betul nak makan kalau takde sudu dan garfu"kata Tunku Sharifa dalam hati dan menyambung semula kerja yang ditangguhnya sebentar tadi iaitu makan.

~~~~~~~~~~~

Selepas Shasha pulang,Tunku Sharifa dan Arian duduk di ruang tamu,penthouse Arian sambil menonton movie Home Alone 2.

"Chef Am mana,Arian? Mama tak nampak dia pun waktu mama masuk rumah kamu"tanya Tunku Sharifa Yang tidak nampak batang hidung chef Am yang selalu berada di rumah Arian pada setiap masa.

"Dia dah berhenti"jawab Arian pendek sambil matanya tidak lekang dari tv besarnya itu.

"Kenapa? Kamu pecat dia ke? Ke dia tak tahan dengan perangai kamu?"tanya mama tanpa berlapik.

"MAMA!! Takkanlah Arian nak buang chef Am pulak,dia tu dah macam abang Arian dah"kata Arian yang dah mula menunjuk-nunjuk yang dia sebenarnya merajuk.(Srsly Arian?)

"Ala-ala-ala anak mama ni merajuk ke?tanya Tunku Sharifa sambil mencubit pipi Arian.

"Auch! Sakitlah mama"ngadu Arian lalu mengosok-gosok pipinya yang dah mula merah-merah selepas dicubit.

"Haha! Anak mama ni masih manja macam dulu"kata Tunku Sharifa dan berdiri.

"Dahlah,mama nak balik.Mama dah penat"kata Tun Sharifa dan mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon pemandu peribadinya.

"Mama tak nak tidur sini ke?"tanya Arian yang melihat mamanya berdiri.

"Tak nak lah.Mama lebih suka tidur rumah mama"kata Tunku Sharifa dan mengambil tudungnya dan menyarungkan sebelum pergi ke pintu rumah untuk keluar.

"Jaga diri tu elok-elok,kalau ada apa-apa call mama tau"kata Tunku Sharifa dan menghulurkan tangannya dan disambut Arian.

"Okay Mama! Mama pon jaga diri tau nanti datang lagi,Arian nak makan tomyam mama lagi"kata Arian dan memeluk Tunku Sharifa dan dibalas pelukan itu oleh Tunku Sharifa sebelum berjalan keluar.

"Bye mama!"ucap Arian sambil melambai-lambai ke arah mamanya.

"Bye!"kata Tunku Sharifa sebelum hilang dari pandangan Arian.

Arian masuk ke dalam rumah dan menghempaskan badannya di sofa.

'Haih! Takde orang ke nak ambil job ni? Nak naikkan bayaran ke?'keluh Arian sendiri.

Arian berfikir terlalu lama,sampai dia tidak sedar yang dia tertidur di atas sofa sehinggakan pagi esok.

-----------------------------------------------------

Vote + komen = thankyou

Continue Reading

You'll Also Like

435K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
2.2M 98.4K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
38.9K 2.8K 41
[Challenge accepted / Bakal Edit] Informasi : Wattpad problem, Bab 28 & Bab 29 Error. Nur Hanisah ; seorang gadis kampung yang tinggal dengan ibunya...
3.5M 134K 78
Ain Airana mengharap hidupnya di Addam Lincoln University akan baik2 saja. Namun, sejak dari hari pertama Ain Airana berada di universiti itu, dia s...