THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 8: Oh Tidak!

1.6K 138 4
By Alexna_Syufa

SYAH merasakan ada beberapa titisan cecair jatuh ke wajahnya.Cecair itu buatkan dia rasa tak selesa. Syah mahu tahu dari mana air itu datang. Dia cuba untuk membuka matanya tetapi terasa beratlah pulak.

'Aik? Hujan ke? Ke..Elf tu kencing atas aku pulak? Ohh! Tidak! Berani dia cuba buat macamtu? Kalau betullah dia buat macamtu,sampai hujung dunia aku kejar dia! Lepastu..aku akan paksa dia minum Potion Kentut! Biar dia kentut sampai terputus urat kentut dia.Masatu,jangan harap nak mintak tolong aku.' Amuk hati Syah,geram.Matanya masih tidak mampu dibuka.

"Tuan!Janganlah mati dulu..Kenapa jantung Tuan tak berdenyut? Kenapa? Apa yang patut saya buat? Tuan..sedarlah.."Ucap Zamry sambil mengoncang-goncang tubuh Syah.

Zamry masih lagi menangis,tidak tahu apa patut dilakukan.Dia hanya mempunyai kuasa graviti sahaja.Mana mungkin dia boleh gunakan kuasa tu untukrawat Syah.

Syah yang terdengar suara Zamry tadi,sudah tersenyum di dalam hati.

'Ohh..Zamry rupanya.Ingatkan Elf yang kuat marah tadi tu..Nasib baik.Kalau tak,meninggal jugak aku kena belasah dengan Elf tu sebab aku kutuk dia tadi...Hehehe..Aku nak main-mainkan Zamrylah pulaklah..'Gumam hati Syah.Dia masih berpura-pura pengsan.Tak jadi pulak nak bangun.

"Zamry. Ke tepi sikit.Saya nak periksa dia." Ucap Syawal yang baru tiba dengan alat perubatannya.

  Zamry mengelap air matanya sambil beralih ke tepi,memberi ruang untuk Syawal.

Syawal segera mengambil tangan Syah lalu memeriksa nadinya.Selepas seketika,Syawal tersenyum.Terhinggut-hinggut bahu Syawal,menahan ketawa.

Zamry yang melihat,agak kepelikan dan jugak risau dengan keadaan Syawal tu.Dah kena sakit mental dah ke?

Setahu dia,tak pernah langsung pun ada orang tahan ketawa masa merawat pesakit.Tapi,kalau yang tahan kentut tu,adalah.Ke..Syawal ni..dah mula gila macam Kifft?

"Wahaha! Kah,kah,kah!" Syawal tiba-tiba ketawa berdekah-dekah. Kuat pulak tu.

Tersentak Zamry dibuatnya.Syawal ni dah demam tahap sakit kronik ke apa? Sudahlah ketawa macam gergasi!

"Kenapa awak ketawa? Dia dah hampir nak mati dah kut! Cepatlah rawat dia! Yang awak ketawa pulak ni apasal?! Dah gila dah ke?!" Marah Zamry. Dia menampar kuat lengan Syawal.

Syah yang sedang berpura-pura pengsan,tetap tabahkan hati agar tidak ketawa.Dia pun nak gelakkan Zamry jugak! Mana adil Syawal gelak sorang-sorang.

"Adoi! Kenapa tampar saya tiba-tiba ni??" Terhenti habis gelak ketawa Syawal tadi.Berkerut-kerut muka dia menahan sakit.

Lengan yang ditampar tadi, digosok laju.Pedih yang langsung tidak terperi.

"Ish! Awak boleh tanya kenapa pulak? Hrrhh! Cepatlah rawat Syah! Awak nak tengok sangat ke dia mati?! Cepatlah! Rawat dia! Cepat!!" Desak Zamry lagi.Suaranya semakin meninggi.

Zamry memang dah bengang.Ada ke patut Syawal masih nak bergelak sakan lagi masa saat yang genting ni??

"Ehh..bertenanglah Zamry.Tengok tu..Luka dia dah makin bercantum balik.Tahu tak apa maknanya?" Soal Syawal sambil menunjuk luka Syah yang sudah bercantum semula secara perlahan itu.

Zamry melihat ke arah telunjuk Syawal.Wajahnya sudah berubah riak.Air matanya hampir tertumpah semula.Cis! Tak sangka dia sedang dipermainkan Syah dari tadi.

Tepat ada masa itu juga,kedengaran tawa Syah meletus.Dia tak dapat menahan ketawanya lagi.Syah segera membuka mata.Anak mata kelabu asap miliknya itu jelas kelihatan.

"Hahaha! Hai Zamry,Hai Syawal." Sapa Syah,perlahan.Dia tersenyum gembira.Zamry sudah mengetap gigi.

Syawal pulak hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum lebar.Tangannya pula sibuk mengeluarkan alat perubatan yang diperlukan.

"Tak guna! Saya dipermainkan.Wuuuu! Tuan jahat! Syawal pun jahat!!Dua-dua sekali jahat! Wuuu...Kamu berdua ni suka sangat buli saya..Wuuu.." Ucap Zamry dalam tangis.Dia memeluk Syah,erat.

Syah pulak hampir lemas dalam pelukan ketat Zamry tu.

Syawal pulak dah buat muka marah.Dia tarik Zamry ke belakang,supaya jauh sikit dari Syah.

"Zamry! Jauh sikit dari Syah ni.Mati lemas dia kang.Hah! Lagi satu.Saya tak terlibat langsung dalam komplot ni,okey? Syah yang buat syok sendiri." Ucap Syawal dalam nada geram.Dia membantu Syah untuk duduk.

Sempat lagi Syawal tarik pipi Syah macam getah elastik.Syah menepis laju tangan Syawal tu.Syawal ketawa mengekek,suka dapat peluang untuk lepaskan geram.

"Sini Zamry..Sini.Meh peluk-peluk sikit..Mintak maaflah..Saya tak bermaksud nak buat kamu takut..hehehe..Tapi..mungkin adalah sikit-sikit..." Ucap Syah seraya dia menarik Zamry ke dalam pelukannya.Belakang Zamry ditepuk-tepuknya.

Syawal menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.Macam adik-beradik saja dua orang ni.Mesra sungguh.

"Tuan memang jahat! Sampai hati tuan kenakan saya.." Marah Zamry dalam tangis yg bersisa. Dia meloloskan diri dari pelukan Syah.Air mata dilap kasar.

Syah tersengih-sengih lalu ketawa. Kemudian,matanya tertancap pada sesuatu.Terbeliak habis mata lelaki itu.

"A..awak luka ke,Zamry?! Isi tangan awak dah terkoyak rabak! Ya Allah..Apa yang dah jadi sebenarnya?!" Jerit Syah agak kuat kerana terlampau terkejut.

Syawal yang baru saja ingin membalut badan Syah,terus sahaja berpaling ke belakang.Dia memerhati kecederaan di tangan Zamry.Baru sekarang dia perasan tangan Zamry terluka.

Hmm..biarlah.Syawal kembali memfokuskan balutan di badan Syah.Dia tahu,sudah semestinya Syah akan rawat Zamry nanti.Kan Zamry tu adik angkat dia? Hati Syawal dipagut sedikit rasa cemburu.

Kini giliran Zamry melihat luka ditangannya sendiri.Dia menyentuh sedikit kulit yang sudah terkopek.

"Auch!" Zamry berdecit sakit.Pelik.Tadi masa dia dukung Syah..,masa dia ketuk pintu dan masa dia peluk Syah,..tak ada rasa sakit pun.Adakah sebab masatu dia sentuh Syah?

"Macam mana awak boleh luka seteruk ni?? Macam kena gigit aje." Soal Syah kehairanan.Dia mengapai tangan Zamry lalu membelek luka tersebut.

   Zamry terdiam seribu bahasa.

"Eh? Macam ada sesuatu melekat dekat luka ni..Er..saya rasa saya kena cabut benda tu.Tahan sakit sikit ya?"Pinta Syah.Zamry hanya mengangguk perlahan.

Syah segera mengorek-ngorek sedikit luka itu lalu mencabut benda yang melekat di dalam luka itu.Benda yang sudah dicabut itu,direnung Syah.Hah? Gigi raksasa?

Syah rasa,dia kenal gigi sebesar tiga jari yang berwarna hitam itu milik makhluk apa.Tak lain tak bukan,gigi ini kepunyaan raksasa belaan Kifft,si raksasa pemakan daging.

Tunggu sekejap! Apakah Zamry sudah...Oh tidak!

Syah memejamkan matanya buat seketika,cuba untuk mencari kekuatan.Matanya terasa panas kini..

"Adakah..raksasa pemakan daging belaan Kifft.. yang serang kamu?? Kamu tak bunuh..raksasa tu,kan?" Soal Syah tersekat-sekat.Matanya sudah berair.

Tidak! Dia berharap sangat bahawa bukan raksasa belaan Kifft yang menyerang Zamry! Ini kerana,ada keburukan di sebalik raksasa itu.

"Err...ya..Raksasa Kifft yang serang saya.Em..Saya sempat bunuh raksasa dia tu.Kenapa Tuan? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Jawab Zamry,jujur.

Syah tergamam.Terjatuh sudah gigi raksasa yang dipegangnya tadi.Dia menekup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Tidak! Ya Allah! Katakanlah semua ini hanyalah mimpi!

•••••••••••••••••••••••❄•••••••••••••••••••••

SEORANG Magician tersenyum jahat.Wajahnya mirip rupa seseorang.Dari kejauhan,dia merenung Bunga Asfloera yg sudah mekar cantik diatas Gunung Kematian itu.

Bunga yang akan mekar sehingga 100 hari itu ditatapnya bagai mahu dicium-cium!

  Muah,muah! Magician itu melayangkan Flying Kiss dari jauh.

Hahaha! Dia bergelak kejam.Akan bertambahlah kuasanya jika dia menjadikan bunga itu sebagai Potion miliknya.

Magician itu terbang lebih rendah untuk mendarat diatas Gunung Maut itu.Semakin lama,dia semakin hampir.Beberapa meter lagi,dan bunga itu akan menjadi miliknya!

Tiba-tiba,Magician itu terlanggar sesuatu yang keras tetapi,kalau dilihat dengan mata kasar sebenarnya tiada apa disitu.

Bzzzzrrrrttt!!

Tubuhnya serta-merta disambar aliran elektrik.Magician itu terundur ke belakang.Dia membetulkan hudnya yang agak senget itu.

Cis! Tempat itu dilindungi Dinding Pelindung Udara rupa-rupanya.Ingatkan,tiada langsung pelindung yang menjaga tempat itu.

Magician itu pantas menghaibkan diri secepat mungkin.Dia tidak mahu tertangkap oleh Penjaga-penjaga Gunung Kematian yang mungkin sudah menyedari kehadirannya.

Lain kali sajalah dia akan kembali... dengan perancangan yang lebih terperinci.Yang pasti,bunga Asfloera itu pasti akan menjadi miliknya!


                         →to be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

747K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
4.8K 24 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...