THE LIBRARY

By Yoh4nn4

115K 5.9K 469

Kau fikir stay di library sekolah kau selamat? Fikir 3 kali pun belum tentu SELAMAT! More

Part 1 : 11 September 2010
Part 2: Obses
Part 3 : Ingin Tahu
Part 4 : Kebetulan atau takdir?
Part 5 : Penampakan
Part 6 : 1998 (I)
Part 7 : 1998 (II)
Part 8 : Unsettled
Part 9 : Tujuan
Part 10: YES!!!
Part 11 : Peraturan
Part 13: Percaya ke?
Part 14 : Sebenarnya
Part 15 : Lakonan
Part 16 : Ending

Part 12 : Alumni

5.2K 327 2
By Yoh4nn4

16 September 2010. 

*Sakinah POV*

'Tadi aku nampak Tina Diva tu bawak handphone. Tak boleh jadi ni! Aku kena bagitahu PK HEM yang dia bawak handphone. Main masa hujung minggu dalam dorm tu boleh la. Tapi ini melampau. Main facebook masa P&P la, masa prep la, pastu geng-geng dia yang lain join. Dekat seminggu dah. Kesabaran aku dah terhad ini. Aku kena jumpa PK HEM waktu rehat ni juga!'

Lalu sewaktu rehat bermula, aku segera melangkah kaki menuju ke pejabat PK HEM. Kalau boleh aku nak PK HEM buat spotcheck prep petang ni jugak. Biar padan muka dengan Tina Diva and the geng kalau handphone kena rampas. Hehehe Aku dah mula sengih kejahatan.

Sampainya aku di depan bilik PK HEM, aku dapati beliau sedang on call dengan seseorang. Melihat daripada kerutan muka beliau, ternyata seperti sedang berbincang mengenai hal yang serius. Tanpa terfikir apa-apa, aku cuba mengetuk pintu bilik beliau, mana tahu kot-kot dia bagi masuk bilik.

Tok!Tok!Tok!

Aku berjaya mengalih perhatian PK HEM. Dengan pantas PK HEM berpaling ke arah muka pintu beliau. Segera memberi signal tangan 'masuk' kepada aku. Lalu aku memulas tombol pintu dan tanpa menunggu arahan seterusnya daripada PK HEM, aku terus duduk di kerusi hadapan meja beliau. Aku rasa dia tak kisah sebab aku selalu je jumpa dia untuk kes-kes tertentu. Mesti dia dah paham dengan niat aku ini.

Pada dasarnya, aku tidak mahu masuk campur urusan beliau yang sedang ber on-call dengan seseorang, tapi perbualan PK HEM agak menarik perhatian aku untuk mendengar apa yang dibincangkan itu.

"Tak boleh ke datang sekolah ini..."

"Ambil masa sekejap je pun, tak lama. Ini pun sebab kamu dan kawan-kawan juga..."

"Tak contact dengan kawan-kawan kamu yang dulu? Cuba la pujuk..."

"Tak apa lah kalau begitu. Saya tak paksa. Lupakan sahaja lah. In Sha Allah ada jalan penyelesaian yang lain..."

"Waalaikumsalam,"

Itu antara dialog yang sempat aku dengar sipi-sipi daripada PK HEM sebab dia cakap dengan nada perlahan. Sejurus PK HEM meletakkan ganggang telefon, terus pandangannya ke arah aku.

"Haaa, Sakinah. Apa hal lagi ni? Ada budak nak balik ke hujung minggu ini?" tanya PK HEM.

"Eh, tak ada lah cikgu. Saya datang ni sebab nak mengadu, ada student bawak handphone main masa P&P," jawab aku.

"Ermm, buat masa ini saya memang tak boleh nak handle dengan masalah-masalah pelajar ini. Kes yang hari tu pun dah pening kepala saya dibuatnya. Biarkan la dulu masalah handphone tu. Minggu depan saya akan keluarkan notis pulang bermalam. Masa tu siapa nak balik rumah parents pergi la balik. Kalau tak nak balik, stay je," ujar PK HEM. Nampak stressnya.

"Cikgu, kalau tak keberatan, boleh saya nak tanya soalan?" tanya aku. Cuba nak mengorek rahsia on-call tadi.

"Apa dia yang awak nak tahu tu?" tanya PK HEM balik.

"Siapa yang cikgu on-call tadi? Pelajar yang dah pindah sekolah ke, sampaikan cikgu suruh dia datang kat sekolah ni lagi?" tanya aku sambil cuba memberi senyuman manis-tapi-ingin-tahu-kisah-sebenar.

"Ohh, pasal tu. Yang on-call tadi alumni kamu. Haih, entah lah. Serabut betul pikiran saya dengan perangai alumni kamu ni. Harapnya kamu semua yang ada kat sekolah masa ni jangan lah buat masalah yang boleh menyusahkan orang pada masa hadapan ye,"

"Boleh saya tahu, diorang ada buat apa cikgu?"

"Kamu tahu kisah budak kena rasuk sebab bising dalam library tu kan?"

"Err, ya, tahu la sikit-sikit,"

"Saya cuba nak contact dengan 5 alumni kamu ni, sejak kelmarin lagi. Tapi masing-masing macam lepas tangan saja,"

Lalu PK HEM menceritakan apa yang dilakukan sejak kelmarin itu.

**************************

14 September 2010

Sebelum tiba jam 12 tengahari, Cikgu Shida dengan tiba-tiba datang ke bilik dan menyerahkan buku bertajuk The Ghost of Library itu. Alhamdulillah, jumpa juga buku tersebut. Ternyata 10 orang budak itu tidak menipu tentang cerita di malam itu. Kalau la buku cerita ini wujud, apa lagi yang 'benda' tu katakan budak-budak ini tidak memenuhi syaratnya pada malam itu? Runsing betul cikgu memikirkannya.

Tetapi ada baiknya buku cerita ini disita, atau dibuang terus sahaja tak mengapa. Takut budak-budak yang lain mengambil serius akan cerita yang mereka dengar. Takut menganggap buku ini berpuaka akibat apa yang terjadi dengan kes rasuk itu. Budak-budak zaman sekarang bukan boleh predict cara pemikiran mereka. Pemikiran budak dulu dengan budak sekarang lain.

Apa lagi yang tak kena ini? Tiba-tiba cikgu teringat akan kisah bermulanya kes rasukan ini.

Tak mungkin la sebab 5 alumni tu?

Setelah berkali-kali fikir, lalu cikgu cuba berbincang dengan Ustaz Mat, adakah wajar untuk membawa 5 alumni ni berjumpa dengan 'benda' itu untuk memulihkan keadaan daripada tergantung yang sebelumnya.

"Bagaimana cikgu tahu hal ini? Sewaktu berbincang dengan jin itu pada malam itu, 'dia' juga ada memberitahu, bawakan pelajar tersebut berdepan dengannya, dan ingin mendengar kata 'maaf' daripada mereka. Masalahnya, 10 pelajar tersebut sudah pun meminta maaf pada malam itu, tapi jin itu tetap kata benda yang sama; bawakan pelajar itu, dan minta maaf kepadanya. Saya pun pelik masa itu. Mungkin, pelajar yang dimaksudkan oleh jin itu, adalah alumni itu?"

"Mungkin juga Ustaz. Tapi kenapa ustaz tidak ceritakan mengenai hal itu kepada saya sebelum ni?"

"Err, waktu itu saya tak paham pelajar mana yang dimaksudkan. Dan saya menganggap benda itu bercelaru atau sebaliknya. Tidak pula saya tahu ada kisah disebaliknya," ujar Ustaz Mat.

Betul juga. Ustaz Mat mula bertugas di sekolah ini pada tahun 2001. Dia tak tahu cerita ini setelah guru-guru yang mula bertugas pada 1997 berpakat untuk rahsiakan kes ini, bimbang membawa kepada persepsi buruk sekolah tersebut kepada orang luar.

Lalu cikgu mula menyelak buku sekolah tahun 1997 dan 1998. Cuba mencari alumni tersebut. Akhirnya.

"Tak pe lah ustaz. Saya cuba untuk hubungi mereka. Kalau ada apa-apa, saya akan panggil Ustaz,"

"Baikla," ujar Ustaz, lalu beliau berlalu keluar daripada bilik PK HEM.

Cikgu cuba untuk mendapatkan maklumat 5 alumni tersebut sebaik mungkin. Bermula daripada ibubapa mereka (ada yang telah bertukar nombor telefon dan juga alamat rumah), sehinggalah kepada pihak Matrikulasi, Universiti dan semua yang berkaitan dengan mereka. Nasib baik ada 'orang dalam', memudahkan urusan cikgu untuk mendapatkan maklumat.

15 September 2010

Cikgu cuba untuk contact 3 alumni ini, tapi tidak berjaya. Meskipun dapat nombor telefon, tapi kesemuanya masuk voicemail. Ada juga yang berkata " Maaf anda salah nombor". Cikgu tidak putus harapan, cikgu cuba membuat panggilan 2 alumni lagi. Alhamdulillah cikgu berjaya menghubungi mereka. Cikgu ceritakan segala yang terjadi, dan memujuk mereka untuk datang ke sekolah ini. Tapi mereka semua tidak mahu.

Apa yang boleh cikgu katakan, 2 daripada mereka telah menjadi doktor. Masing-masing bekerja dalam negara Malaysia. Tetapi yang lagi 3 itu, mereka semua gagal dijejaki kerana disyaki berada di oversea. Dan mereka juga mengatakan mereka jarang berhubung selepas keluar daripada sekolah. Cikgu tahu, mana mungkin mereka mengambil risiko untuk berhadapan dengan 'jin' tersebut, sedangkan kesemua mereka sudah bekerjaya, sudah berkeluarga.

16 September 2010

Tetapi entah lah. Hari ni tiba-tiba perasaan cikgu terbuak-buak untuk memujuk mereka lagi untuk datang ke sekolah, kalau seorang je datang untuk menjadi wakil pun cukuplah. Tapi sekali lagi permintaan cikgu ditolak. Adakah cikgu terlalu memaksa dan pentingkan diri sendiri? Hahaha entah lah. Sebenarnya agak berat tanggungjawab yang perlu cikgu pikul, meskipun kejadian tersebut berlaku disebabkan orang lain. Cikgu runsing memikirkan nasib pelajar sekolah ini.

Dalam masa cikgu memikirkan, cikgu lupa bahawa Allah ada. Cikgu doakan semoga Allah bagi perlindungan kepada sekolah ini dan juga para penghuninya.

*************************

Lalu PK HEM memberi senyuman manis, seolah-olah tiadamasalah yang terjadi. Lalu aku (Sakinah) mengundurkan diri untuk pulang kekelas, kerana waktu rehat telah pun tamat.

Continue Reading

You'll Also Like

96.4K 4.5K 42
KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED.
4.1M 314K 186
■ MALAY VERSION ■ Wattys2016 awards: EDISI PENGUMPULAN Horror - Feeling brave? Prepare for a scare with these creepy tales , eeri encounters , urba...
19.6K 1.2K 20
DISINI AKU INGIN MENCERITAKAN KISAH SERAM YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SENDIRI. KISAH INI ADALAH KISAH SEBENAR. STAY TUNED.
36.2K 3.6K 56
Hai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!