CERPEN HARI JUMAAT

By BukuFixi

371K 11.4K 2.3K

Cerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat... More

MANDI SUNGAI- Ridhwan Saidi
KEJAM - Anuar Shah
NASI LEMAK SAMBAL SOTONG - Syaihan Syafiq
RINGGIT KE NERAKA - Lokman Hakim
UNDUR - Syahmi Hafizuddin
MEREDITH - Neesa Jamal
TALI - Syafiq Aizat
ROTI DARI SYURGA - Hanani Natasya
EMPAT JUMAAT - Regina Ibrahim
STEW DAGING - Fahmi Mustaffa
SYARIKAT - Ariff Adly
PILIHAN - Saat Omar
DEBU - Faizal Sulaiman
AKU, KOMUTER & KERETA SAPU - Aiman Hazziq
CIKDAM (Cinta Itu Ketawa dan Air Mata) - Hasrul Rizwan
RESIPI KEHIDUPAN - Ikmal Ahmad
MENANTI - Regina Ibrahim
JUMAAT - Saat Omar
RAKSAKA ITU DIMAKAN MANUSIA - Lokman Hakim
RIVER KWAI - Shaz Johar
TIVI MISTERI - Hani Suraya
AWEK TUDUNG KERETA BIRU - Anuar Shah
PETANG TANPA PEDOMAN - Mim Jamil
CINTA DI MEDAN PERANG - Adib Zaini
SYARAT - Faizal Sulaiman
SURAT LAYANG RAMADHAN - Muhammad Fatrim
MEMBAWA HATI UNTUK DISERAH SEBAGAI CINTA - Syafiq Ghazali
BAHIYOH DAN MASHITOH - Regina Ibrahim
ROTI KAPIT INTI DAGING - Syaihan Syafiq
DALAM BALANG - Fahmi Mustaffa
TAKDIR - Adib Zaini
CINTA 10 KM - Faizal Sulaiman
HAPPY BIRTHDAY AHMAD! - Muhammad Fatrim
GALAU - Hilmi Loma
BELLA - Syahmi Hafizuddin
TRAVELOG PULAU KAPAS - Ikmal Ahmad
SWEET REVENGE - Noor Azlin
KISAH BIASA-BIASA - Irvan Affan
HOUSEMATE - Syahmi Hafizuddin
TALI (PART 2) - Syafiq Aizat
BOLA MATA- Wan Nor Azriq
KATRIJ PELEPAS GERAM - Hani Suraya
RASHID MAT DESPATCH - Regina Ibrahim
CINTA - Julie Anne
DAUN KELADI, GELEGAR BULUH - Irvan Affan
PAK MAT DAN MAK TIMAH PERGI MAKAN CENDOL- Anuar Shah
KALI PERTAMA MEHDAD MEMBUNUH - Hasrul Rizwan
CHIME - Syahmi Hafizuddin
KABUS SUBUH - Ridhwan Saidi
MARI SERTAI AKU - Aiman Hazziq
BRUJA - Hilmi Loma
KAK NOOR, PEREMPUAN LANGKAWI - Regina Ibrahim

EMPAT DARA - Shaz Johar

13.9K 350 62
By BukuFixi

         

"Apa perasaan kau?" tanya Yati hari itu. Matanya memandang ke atas. Ke atas katil Susan, penghuni yang baru menggantikan tuannya yang baru pergi. Dia tidak menjawab, barangkali sudah lama hanyut dibuai mimpi. Atau mungkin dia malas mahu melayan soalan itu. Entahlah.

"Takut," jawabku lemah. Aku tidak dapat melelapkan mata. Terbaring, berguling ke kanan dan kiri di atas katil besi bertilam nipis itu. Mataku menghadap ke dinding putih. Kosong. Hanya ada sekeping gambar di situ. Gambar Barry Prima, pelakon pujaan.

"Semuanya akan OK," kata Som pula di katil atas. Bunyi katil besi itu berkeriut apabila dia bergerak. Som berbadan besar dan bermulut becok. Kadang-kadang kami memanggilnya dengan nama Mat Som kerana dia seperti lelaki sedikit.

Aku memeluk tubuh.

Hari itu hari terakhir aku berada di situ. Meninggalkan rakan-rakan yang sudah kuanggap seperti keluarga sendiri. Yang jauh mulia sifatnya dari darah daging sendiri. Perasaanku bercampur-baur. Tidak tahu sama aku patut berasa gembira atau sedih atau perlu merasa apa-apa. Aku sudah betahun-tahun tinggal di dalam bilik itu. Sudah terlalu selesa di sana.

"Kenapa ni... kalau kau menangis, aku lagi menangis," tegur Som tiba-tiba. Yati cepat-cepat mengesat matanya, bimbang jika aku terperasan.

"Apa yang kau nak buat bila kau dah pergi nanti?" tanya Susan. Dia masih lagi belum tidur. Aku memang sudah menjangka dia memasang telinga sedari tadi.

"Aku nak jumpa anak aku. Mesti dia dah besar panjang," jawab Yati walaupun soalan itu bukan ditujukan kepadanya. Suaranya tersekat-sekat.

"Kau ni kenapa sedih sangat? Kita berempat ni mana boleh berpisah?"

"Aku rindukan anak aku."

Aku mengurut tangannya. "Siapa yang jaga dia sekarang?"

"Mak aku."

"Anak lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

"Apa nama dia?"

"Muhammad Aizat Haque."

"Sedap nama tu."

"Comel budaknya. Kulit dia kuning langsat. Rambut hitam lebat. Tinggi orangnya. Macam bapa dia jugak."

"Bapak dia mana?"

"Entahlah. Dah mampus agaknya. Last yang aku dengar, dia dah kahwin lain."

Aku mencubit pipinya. "Kau tak pernah cerita kat akupun kenapa kau masuk sini dulu."

Dia ketawa. "Aku simbah cuka getah kat muka madu aku," jawabnya seakan puas dengan perbuatannya itu.

"Sebab dia rampas laki kau? Bukan ke kau tu yang bini muda?"

"Sebab dia hina aku depan semua orang. Dia canang keburukan aku satu kampung. Dia caci-maki aku sampai bapak aku sakit, meninggal."

"Tapi kenapa sampai kau simbah cuka getah kat muka dia? Tak boleh bawa berbincang?"

"Entahlah. Masa tu aku dah tertekan agaknya. Orang bila dah tertekan macam-macam yang dia sanggup buat. Takkan kau tak faham?"

Ya, aku faham. Aku faham sangat-sangat. Aku rasa semua orang yang tinggal di situ faham. "Mati ke perempuan tu?"

"Muka dia hancur. Dah macam alien aku kerjakan."

Aku tersenyum lebar. "Kau, Mat Som?"

Dia terbatuk-batuk sebelum bercerita. "Dulu aku kerja bank. Aku keluarkan duit orang. Aku pinjam je bukannya aku amik terus. Bila customer lain bank-in duit, aku masukkan balik duit yang aku pinjam tu. Lepas tu duit yang aku amik dari customer yang baru bank-in tu pulak, aku tunggu customer lain pulak yang bank-in. Macam tu lah, ulang-ulang."

Aku terus mendengar.

"Kalau aku tau jadi macam ni, baik aku curi je duit dalam peti besi tu dulu. Sorok duit tu kat mana-mana. Atau lari pergi overseas. Hidup dengan kerja kutip buah. Ramai je kawan aku yang buat. "

"Dah tak ada rezeki," balasku semula.

Dia tersengih. "Kau pulak Susan? Kau kenapa ada kat sini?"

"Perlu ke aku cerita dengan korang?"

"Terpulang," jawab kami bertiga serentak.

Dia tersenyum lebar. "Sebab aku baling bom kat rumah orang."

"Ha? Baling bom? Kau tinggal kat mana ni? Palestin?" soalku pula.

"Mana kau belajar buat bom?" tanya Yati.

"Aku pakai minyak tanah. Letak dalam botol, bakar, lepas tu campak botol tu masuk dalam rumah orang. Senang je," jawabnya tanpa ada sedikitpun rasa menyesal.

"Kau buat sorang-sorang ke dengan kawan-kawan?"

"Sorang."

"Kenapa kau baling bom?"

"Aku nak tolong orang tu claim insurance."

Kami bertiga terdiam.

"Tak sangka pulak ada orang yang nampak apa yang aku buat. Dia orang siap sempat amik gambar."

"Ha? Macam mana pulak boleh ada orang yang sempat amik gambar?"

Dia memandang aku semacam. Bengang. "Manalah aku tau ada orang yang nak amik gambar kat situ. Kalau aku tau, tak adalah aku saja-saja nak tunjuk kat orang tu apa yang aku tengah buat." Nafasnya ditarik dalam-dalam. "Polis tunjuk gambar tu kat aku. Clear sungguh."

Aku tergeleng-geleng. "Ada sesiapa yang mati dalam rumah tu tak?"

"Tak. Kalau tak silap aku masa tu ada sorang je dalam rumah tu. Dia cedera sikit. Tapi rumah tu rentung jugaklah sudahnya aku buat..."

Kami bertiga terdiam lagi.

Tiba-tiba Yati kembali dengan kisah sedihnya. "Aku rindukan anak aku... aku nak jumpa dia, nak peluk cium dia... nak..."

"Tak payahlah nak kenang-kenang. Pergilah tidur," aku mencelah. Aku tidak perlu tahu lebih lanjut apa jua yang berlaku dalam hidup lampaunya. Kisah hidupku lebih tragis untuk difikirkan.

"Aku tidur sebelah kau boleh?"

Aku tidak menjawab. Kepala dialihkan semula ke dinding. Aku biarkan saja dia memeluk dari belakang. Mata terus terbuka luas. Minda memikirkan tentang pelbagai perkara.

Tiba-tiba aku teringat dengan hari itu. Hari aku ditahan bertahun-tahun yang dulu.

Bunyi siren polis kedengaran amat bingit. Satu lorong keluar dari rumah masing-masing selepas itu. Kesemua mulut terlopong, ternganga dan tak kurang juga yang bercerita sesama mereka. Mak terduduk di tengah jalan. Aku tahu dia sebenarnya lebih menyesal mempunyai seorang anak yang bergelar pembunuh daripada menyesali apa yang benar-benar telah terjadi.

Sebulan dua juga aku diletakkan di dalam penjara sebelum mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan. Tiada siapa yang menjamin aku keluar. Mak tiada duit. Lagipun buat apa dia hendak menjamin orang yang selalu menyakitkan hati dan matanya. Perbicaraan juga singkat. Aku mengaku saja apa yang benar kepada peguambela. Aku mengaku saja aku sudah membunuh orang-orang itu. Aku tunjuk di mana aku campak senjata yang aku gunakan untuk menetak mereka. Aku tahu aku bersalah tetapi aku puas kerana telah melakukannya.

Peguambela cuba untuk meyakinkan hakim aku sebenarnya tidak siuman. Katanya aku lakukan semua itu di luar kawalan aku sendiri tetapi hakim menolak cadangan itu. Sewaktu dia membacakan hukuman, aku pandang wajah Mak. Itu perkara pertama yang aku lakukan. Aku mahu Mak tahu aku betul-betul menyesal. Aku bukan sengaja mahu menjadi pembunuh. Aku lakukannya kerana ada suara yang memujukku untuk melakukannya. Ada suara yang merayu dan menghasut sehingga aku sendiri tidak sedar mengapa akhirnya aku bersetuju.

Tetapi Mak sama seperti orang lain, tidak tahu dan tidak mahu tahu. Dia hanya memandang tepat ke depan. Wajahnya tidak langsung sugul. Tidak ada rasa sedih, jauh sekali mahu menangis. Dia hanya mengangguk. Seperti pasrah. Seperti akur saja. Belumpun sempat aku dibawa keluar oleh dua orang pegawai polis, dia sudah terlebih dahulu keluar dari situ. Tidak mahu menghulurkan salam atau membiarkan aku mencium kakinya atau setidak-tidaknya menjeling.

Aku menjerit kuat memanggil namanya. Aku mahukan dia menyahut. Atau melambai. Atau meludah ke tanah. Aku mahu tahu apa reaksinya waktu itu. Aku mahu tahu sama ada dia mahu terus berleter sebelum pergi atau tidak. Sama ada dia mahu terus menuduhku yang bukan-bukan atau tidak. Mencarut. Memaki hamun. Dia takkan mungkin akan menyuruhku bersabar. Atau menjaga diri. Atau mengingat Tuhan. Dia memang tidak mahu peduli dengan hidupku langsung. Dia memang tidak pernah peduli.

Yang aku tahu, dia mahu aku hilang dalam hidupnya. Ya, aku tahu. 

"Kau? Kau tak pernah cerita kat aku kenapa kau boleh jadi pembunuh. Kitakan dah kenal lama?" bisik Yati ke telinga.

"Pergilah tidur." Aku enggan bercerita dengan perempuan itu. Bagiku sudah tiada gunanya mengungkit semula kisah yang lama. Aku cuba pejamkan mata tetapi makin rapat kelopak mata ini tertutup makin jelas pula kejadian itu beputar-putar di dalam fikiran.

"Siapa yang kau bunuh?" tanya Yati, masih lagi tidak berpuas hati.

"Ramai."

"Yang buat kau kena tangkap?" tanya Susan.

Aku tidak menjawab. Waktu itu aku dapat melihat semula bagaimana lehernya memancutkan darah selepas aku kelar dengan pisau yang baru aku gunakan untuk menyiang ikan. Ikan selar kuning. Ikan itu aku mahu jadikan sambal buat lauk makan malam satu keluarga. Tubuhnya menggeletar. Tangannya kuat memegang kedua-dua belah kakiku. Mulutnya sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Terkebil-kebil meminta nyawa yang sedikit demi sedikit mula bercerai dari badan. Aku hanya tegak di situ memandang tanpa berkelip. Entah kenapa lucu pula melihat orang yang dulunya garang dan jijik melihatku bertukar menjadi lemah dan meraih simpati. Dia akhirnya rebah mencium lantai.

"Apa yang kau nak buat lepas keluar dari sini nanti?" tanya Susan, menukar soalan lain.

"Aku nak lawat kubur dia."

"Dia tu siapa?" tanya Som.

"Mak aku. Aku tak patut kelar leher dia."

"Betul. Kau patut bakar dia hidup-hidup. Mesti seronok dengar dia menjerit-jerit kesakitan," jawab Som semula.

Aku ketawa.

"Lepas tu?"

"Aku nak lawat kubur kau orang jugak. Kalau kau orang tak ada dalam hidup aku selama ni, sampai bila-bilalah aku takkan ada kawan."

Mereka bertiga ketawa.

Di luar kedengaran dua suara sedang berbual. Salah seorang daripadanya membuka pintu besi itu dan menolak seorang gadis masuk ke dalam. Tubuh gadis itu berikat. Dia nampak kusut.

"Tak apa ke kita letak dia dalam bilik ni?" tanya suara yang pertama. "Aku dengar bilik ni berhantu."

"Biarlah. Aku tak pernah nampakpun hantu. Kau pernah?"

"Tak. Kau rasa hantu boleh nampak ke kita?" tanya suara yang pertama lagi.

"Kalau kita tak boleh nampak dia, kenapa dia terror sangat boleh nampak kita pulak?" soal suara yang kedua sebelum menutup pintu itu semula.

"Nampaknya, kita bakal ada kawan baru untuk gantikan kau," kata Susan dari tempat tidurnya.

Aku mencebik. "Aku tak rasa dia boleh nampak kitalah," jawabku semula sambil menarik selimut.

Gadis itu hanya berdiri di situ. Kematu.

TAMAT.

Continue Reading

You'll Also Like

SHAHRIL By Ariff Adly

Mystery / Thriller

45.9K 1.7K 16
Beg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau...
149K 5.6K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
42K 1.4K 12
Psycho. Seorang yang pelik Seorang yang bertindak luar kawal. Selalunye budak macam Ni kurang kasih sayang. Kekadang die terdengar something bercakap...
81.6K 708 11
Cerita gay 10 Part...Finish