Menantu Abah

By _asharaa

187K 3.9K 181

Raisha termenung. Sudah dua jam dia di dalam bas. Ada lagi tiga jam sebelum dia sampai ke Terminal Bandar Tas... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13 (edited)
14
15
16
17
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
Epilog

18

3.3K 90 0
By _asharaa

Ami bergerak pergi ke cafe. Dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan kekasih-kekasih hatinya. Sedang dia melambai-lambai ke arah junior yang baru mendaftar masuk, badannya tiba-tiba terdorong ke belakang. Dia dilanggar sesuatu.

"Eh sory bro, sory."

Satu suara menyapanya dari sisi. Dia menoleh. Seorang jejaka yang dikira sebayanya menghulur tangan tanda ingin bermaafan. Ami sambut. "Takpe. Aku pun salah juga." mohon Ami lembut.

"Sory eh. Aku kelam kabut." kata lelaki itu lagi.

Ami mengangguk seraya tersenyum. "Kau budak baru ke?" soalnya.

Lelaki itu mengelengkan kepala. "Aku dah lama dah kat sini."

"Oh ye? Tapi aku tak pernah nampak kau pun. Kau jabatan apa?"

"Haha nak nampak macam mana kalau asyik dikelilingi perempuan."

Jawapan lelaki itu membuatkan Ami jadi malu-malu. "Kau perli aku bro?" soalnya.

"Hahaha tak lah. By the way nama kau apa? Aku tahu Ami je. Nama betul?"

"Aku Syarul Syahmi. Kau?"

"Ohh.. Unik nama kau. Nama aku Muhammad Nazrif Farhan. Panggil Paan je."

Ami mengangguk. "Okaylah Paan. Aku chau dulu. Lain kali jumpa lagi."

"Haa okay. Lain kali mesti jumpa. Hehe." balas Farhan.

Ami cuma tersenyum kemudian beredar pergi meninggalkan Farhan yang sedang memandangnya penuh makna.

***

"Encik Syarul... Lama kitaorang ni tunggu. Memang busy sangat ka hang?"

Ami ambil tempat duduk di hadapan Raja. Disebelah Raja pula adalah Raisha. "I'm sorry sayang-sayangku. Tadi tiba-tiba I kena tahan dengan peminat I. Tak naklah hampakan dorang."

Raja membuat mimik muka meluat. Memang poyo. "Sudahlah kau. Menyampah doh aku dengar. Pi belikan aku makan." arahnya.

"Kau dah makankan. Kau ingat aku tak tahu? Dah tak payah makan lagi." mata Ami beralih kearah Raisha yang termenung sambil mengacau air di dalam cawan minumannya. Dia angkat kening kepada Raja, bertanya dalam bahasa isyarat. Raja hanya mengangkat bahu.

"Heyy Raisha... Awak tak nampak ke sayang awak datang ni?"

Raisha mengangkat muka. Baru perasan kewujudan Ami di meja mereka. Bibirnya serta merta memberi senyuman. "Bila kau sampai Ami?" soalnya.

"Haa tu lah kau. Mengelamun jauh. Sampai aku datang pun kau tak perasan en." jawab Ami. Dia memegang perutnya yang berbunyi akibat kelaparan. "Eh korang. Aku pi beli makanan jap. Kejap eh." katanya sambil bingkas bangun untuk membeli makanan.

Raja memerhati. "Kau tengok si Ami tu."

Raisha turut menoleh kearah Ami yang sudah dikerumuni perempuan.

"Muka berjambang macam tu pun ramai benor yang minat. Tak faham aku." ujar Raja.

"Memanglah jee. Ami kan baru simpan jambang sebelum ni muka dia jambu gila kot. Peminat-peminat dia tu setia." balas Raisha. Dia sebenarnya agak pelik kenapa Ami nak simpan jambang macam Wak Doyok. Sedangkan wajah teman karibnya itu memang hensem. Ala-ala pelakon Malaysia, Syamsul Yusuf.

Raja mengelengkan kepalanya. "Tak kisahlah apa-apa pun. Yang penting aku tak faham."

Ami selesai membeli makanan. Sebenarnya bukan dia pun. Pelajar-pelajar perempuan yang belikan. Siap tolong angkatkan bawa pergi ke mejanya. Ami melabuhkan punggung di tempatnya tadi seraya berkata "terima kasih sayangku semua." ucapnya sambil mengenyitkan mata.

Riuh sekumpulan pelajar perempuan itu menjerit bila Ami mengeyitkan mata. Terkinja-kinja bagai kera kena belacan. "Sama-sama Ami." ucap mereka kemudian berlalu pergi dengan penuh kegedikan.

"Untung betul orang ramai peminat ni eh. Senang betul hidup." Raisha memandang wajah Ami yang sedang menjamah makanannya.

Ami tersengih. "Biasalah Echa. Benda ni semua semulajadi. Orang hensem memang selalu macam ni. Hahaha."

"Ya Allah. Kau ni tak boleh poyo lagi ke haa? Kau ingat kitaorang kisah dengan hensem kau tu? Muka pun penuh jambang." balas Raja pula.

"Ni bukan jambanglah! Aduyai. Bape kali aku nak cakap. Aku punya mana tebal. Nipis je. Kau still boleh nampak muka aku."

"Sudahlah kau. Tu jambanglah namanya. Nipis ke tebal ke tetap jambang." Raja masih tak nak mengalah.

"Eh.. Dah-dah. Korang ni pasal jambang pun nak gaduh ke? Pasal aku ni tak nak pula korang gaduh." sampuk Raisha. Air didalam cawan disedut.

"Haa.. Kau cakap pasal tu. Apa sebab kau suruh kitaorang balik awal ni?" soal Ami.

"Aku suruh Raja je. Aku tak suruh kau. Tapi memandangkan kau dah ada dekat sini aku ada benda nak minta tolong kau."

"Tolong apa?" Raja pula menyoal. Matanya memandang wajah Raisha tepat.

"Aku sebenarnya balik sini ikut sorang laki."

"Huk! Huk!" Ami tersedak. Segera dia sedut sedikit air yang berada di hadapannya. Setelah rasa sedikit lega dia memandang Raisha. "Kau ikut laki balik? Kau gila ke Echa?" soalnya garang.

Raja pula hanya melopong melihat kawannya itu. Tak sangka dengan kenyataan yang keluar dari mulut Raisha.

Raisha mengangguk. "Ala.. Laki tu budak poli ni jugak. Apa salahnyakan aku balik sama-sama? Betul tak jee?" dia menyiku lengan Raja.

"Ha? Apa?"

Raisha merengus. "Sudahlah. Kau ni mengelamun je. Blur je memanjang."

"Kau cakap budak poli sini juga? Siapa nama dia? Sem apa? Jabatan?" soal Ami lagi. Bertubi-tubi.

"A'ah. Poli sini. Nama dia Farhan." tenang Raisha berkata.

"Farhan?" Ami berfikir sejenak. 'Tak kanlah Farhan yang aku baru jumpa tadi? Tak mungkin.' gumamnya.

"Iye Farhan. Orangnya baik. Gentleman. Comel je." Raisha mengenggam tangannya sambil mata pandang ke atas.

"Mana kau tahu dia baik?" Raja yang tadinya lambat tangkap kini sudah dapat tahu apa yang Raisha katakan.

"Aku tahulah. Hehe. Aku nak minta tolong kau ni Ami."

"Minta tolong apa?"

"Emm hehe. Kau kan duduk dekat kamsis."

"Jadi?" Ami mengangkat kedua keningnya.

"Jadi... Aku nak minta kau... Tolong... Emm tengok Farhan duduk bilik mana." mohon Raisha sambil tersipu-sipu malu.

"Nak buat apa? Kau bukan boleh datang pun kalau kau tahu bilik dia."

"Ala.. Aku nak tahu. Lepas tu kan. Lepas kau nampak dia kau cakap dengan dia aku nak jumpa."

"Kau nak jumpa kenapa?"

"Sejak balik sini dia tu asyik hilang je. Geram tahu aku."

"Jap Echa. Dia tu pakwe kau ke? Apasal kau nak jumpa dia and macam mana kau kenal dia? Aku tak fahamlah. Tiba-tiba je macam ni. Otak kau mereng ke?" soal Raja dengan serius.

"Haa tu lah. Aku pun rasa Echa ni otak mereng." celah Ami. Menyokong apa yang Raja katakan.

Raisha memandang silih berganti wajah Raja dan juga Ami. Reaksi wajah mereka berdua sama. Wajah orang tak puas hati. "Hahaha." tiba-tiba ketawanya meledak.

Raja dan Ami berpandangan sesama sendiri. "Apasal?" soal Raja. Orang suruh cerita dia boleh bantai gelak.

"Hahaha kelakarlah muka korang." Mengekek Raisha ketawa.

"Omg, Echa serius please?"

"Okay okay. Aku serius." Raisha menarik nafas sedalamnya untuk menghilangkan rasa ketawa. "Okay macam ni. Aku dengan Farhan tu takde apa-apa tapi bakal ada apa-apa. Dia tu budak poli sini. Aku terjumpa dia dekat tempas bas."

"Then kau percaya dekat dia?" Ami serius.

Raisha mengangguk laju. "Percayalah. Kenapa tak percaya pula? Dia baik kot. Dah lah hensem."

"Okay. Kalau dia budak sini dia jabatan mana? Reka bentuk?" soal Raja pula.

Kali ini Raisha mengangkat kedua bahunya. "Tak tahu. Tak tanya pula." balasnya. Bersahaja.

"Apa nama penuh dia?"

"Muhammad Nazrif Farhan. Nama pun dah cantikkan? Hahahaha."

Ami tersentak. 'Maknanya memang betullah lelaki yang dia jumpa tadi. Tapi dia tak pernah nampak pula lelaki tu di kawasan kamsis.' hatinya bersoal sendiri. 'Mungkin dia blok lain tak? Takpe. Aku akan cari kau.'

"Ami! Ami!"

"Ha? Ha ye ye.. Kenapa?"

"Kau tolong aku cari dia eh? Boleh?" mohon Raisha.

Ami cuma mengangguk. Dalam hatinya bersarang beribu soalan mengenai lelaki yang melanggarnya sebentar tadi.

"Thanks Ami. Sayang kau."

Continue Reading

You'll Also Like

4.6M 108K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
Kayla By Am___ __ya__

General Fiction

731K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
2.1K 155 12
Kehidupan Siti Zulaikha terus berubah sebaik sahaja berpindah mengikuti jejak ayahnya. Seorang lelaki yang terus mengejarnya membuatkan naik rimas. N...