Encik Gula

By hnurain_

450K 16.7K 361

Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, p... More

1
2
3
4
5
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
Novel Baru

6

14.8K 580 10
By hnurain_

Qaseh ralit menonton ulangan sinetron Nada Cinta di kaca tv sambil mengunyah kacang Cap Tangan. Entah apa yang menarik tentang sinetron itu sehinggakan Qaseh menanti setiap episod sinetron untuk ditonton. Izlan pula sibuk memerhatikan kak long nya dari tadi. Ada sesuatu yang mahu ditanyakan pada si kakak. Cuma dia sedang menantikan masa yang sesuai untuk berbicara dengan Qaseh. Perlahan-lahan Izlan menapak ke arah Qaseh lalu melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah kakaknya.
"Kak long...", panggil Izlan lembut.

"Hmm...", jawab Qaseh acuh tak acuh. Pantang betul dia kalau ada orang mengganggu ketika dia menonton sinetron kegemarannya.

"Pasal Superman hari tu kan, kak long tak tertarik ke kat si Superman tu?"

Terus terhenti kunyahan di mulut Qaseh setelah mendengar soalan yang terbit dari mulut Izlan.

"Tertarik, menarik, kau memang da bomb!"

"Kak long!!", jerit Izlan. Geram betul Izlan dengan si kaki loyar buruk yang seorang ni.

"Ish Lan ni, cuba jangan menjerit"

"Mana tak menjerit, kak long tu kerjanya loyar buruk je. Kalau kak long ni adik dah lama Lan sekeh-sekeh"

"Ha, sekeh la kalau berani!", Qaseh mencabar Izlan.

Izlan menjelirkan lidah. Malas dia mahu bertikam lidah dengan si kakak. Yang penting misinya pada hari ini tercapai. Dia sungguh-sungguh mahu mengetahui isi hati Qaseh pada lelaki yang bernama Rizqy itu. "Kak long, cepat la jawab. Dah lima kali kak long terserempak dengan dia, takkan la tak ada perasaan apa-apa."

"Hmm... nak ada perasaan apa pula? Baru lima kali okey! Walaupun dah lima kali dia jadi penyelamat kak long, tapi itu tak menjamin hati kak long ni akan terpaut pada dia. Faham? Dah puas hati belum dengan jawapan kak long?", terang Qaseh sambil menjengilkan mata.

"Tak..."

"Suka hati kamu lah. Malas kak long nak layan."

"Kak long, sampai bila kak long nak single mingle macam ni?"

"Apa pula single. Kak long kan ada Ibu, Lan dengan Am. Yang paling penting, kak long ada Allah tau di sisi kak long. Teman yang paling setia di sisi kak long di saat kak long susah atau senang. Dik, cintakan manusia, manusia kan pergi. Tapi kalau kita cintakan Tuhan, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita", Qaseh sudah memulakan hujahnya.

Izlan menggaru-garu kepala. Cuba mencari idea untuk menasihati si kakak. "Memang la kak long. Lan tak nafikan tu. Tapi, kan fitrah manusia itu dijadikan berpasang-pasangan."

"Memangla, so kita tunggu je la jodoh kak long sampai nanti", bidas Qaseh.

'Eee geramnya aku! Rasa nak cekik-cekik je kakak seorang ni', desis Izlan dalam hati. "Hmm... Kak Long kena la belajar bukakan pintu hati kak long untuk seorang lelaki yang bakal bergelar suami. Macam mana jodoh nak datang pada kak long kalau semua lelaki yang datang ke rumah ni untuk merisik kak long, kak long tolak. Kak long tahu ke dalam banyak-banyak tu mana satu jodoh kak long? Kak long, cuba dulu buka ruang hati kak long tu. Kak long pun bukannya muda lagi. Lan dengan Am pun dah nak habis belajar pun. Lepas ni kita orang mesti kerja, lepas tu kahwin. Dah tak boleh nak jadi bodyguard kak long dah.", Izlan berjeda sebentar untuk melihat reaksi si kakak.

"Lan dan Am bukannya tak nak jadi bodyguard kak long dah, tapi kak long kena la faham. Semakin kita meningkat dewasa, perjalanan hidup kita semakin berubah. Semakin ada arah tujunya. Kak long faham kan?", ujar Izlan sayu. Kalau diberi pilihan pastinya dia ingin sentiasa menemani satu-satunya kakak yang dia punya. Namun sebagai seorang manusia, dia juga punya impian untuk bekerja dan berumah tangga.

Dalam tak sedar Qaseh mengangguk. Sedikit sebanyak dia mula mencerna kata-kata si adik. Ada benarnya juga kata-kata Izlan. Sampai bila dia harus menidakkan perasaannya pada seorang lelaki. Nak kata hati Qaseh pernah dilukai, dia tidak pernah bercinta pun. Macam mana nak terluka.

Izlan tersenyum senang. Dia tahu kak longnya serba sedikit termakan dengan nasihatnya. "Kak long fikir lah ya. Lan naik dulu, ada kerja sikit", ujar Izlan lantas berlalu meninggalkan Qaseh keseorangan. Sengaja dia mahu memberi ruang untuk Qaseh memikirkan dengan lebih dalam soal masa depannya.

"Superman...Jodoh??...Hmm...". Terbayang seraut wajah lelaki di mindanya.

"Muhammad Ammar Rizqy...", Qaseh tersenyum sendiri sebaik saja nama itu meniti di bibirnya.

**********

Qaseh meringankan tulang membantu si ibu menyiapkan sarapan untuk adik-adik. Hujung minggu begini Qaseh lebih suka memanjakan dirinya di rumah. Lagipun, tak ada kawan yang boleh diajaknya keluar hujung minggu begini. Maklum lah, kebanyakan teman baiknya sudah pun berumah tangga.

Selesai saja menghidangkan makanan di atas meja, kedua-dua adiknya sudah bersedia di meja makan. 'Pandai pula turun sendiri', desis hati Qaseh.

"Qaseh, hari ni Qaseh jangan pergi mana-mana ya", pesan Puan Hanna.

"Kenapa bu?"

"Ibu ada ajak Encik Gula datang sini untuk makan tengah hari"

"Hah, Encik Gula. Encik Gula mana pula ni bu?"

"Alahai. Rizqy la. Rizqy tu kan suka senyum. Okey apa ibu panggil dia Encik Gula"

"Em ye lah bu", jawab Qaseh. Mi goreng yang mahu ditelan terasa tersekat di tekak.Sebenarnya banyak pertanyaan yang mahu disuarakan oleh Qaseh pada Puan Hanna. 'Mana ibu dapat nombor dia? Takkan macam tu je dia setuju bila ibu ajak makan tengah hari di rumah?' Segala pertanyaan itu dipendamkan saja dek kerana memikirkan nasihat si Izlan kelmarin.

Izlan menunjukkan ibu jari pada Puan Hanna yang berada di sebelah. Nampaknya kakaknya sudah mula membukakan pintu hatinya untuk berkenalan dengan Rizqy dengan lebih rapat lagi.

"Terer la Lan. Lan cakap apa kat kak long sampai dia senyap macam tu je bila ibu cakap Encik Gula tu nak datang?", bisik Puan Hanna perlahan.

"Ada lah bu", ujar Izlan sambil mengenyitkan mata.

Dalam masa yang sama Qaseh sibuk bermain-main dengan sudu dan garfu di pinggan. Qaseh teringat pertemuannya secara sengaja dengan Rizqy sebagai penghargaannya pada Rizqy kerana telah lima kali menjadi penyelamat tidak bertauliah untuk Qaseh. 'Haisy, kenapa la aku boleh buka pintu hati untuk mamat tak cukup umur tu. Dah la lurus. Aku pesankan Nescafe tanpa gula pun dia sanggup telan. Eh, tapi kan. Dia kan lagi muda dari aku. Agak-agaknya ibu tahu ke tak eh usia budak tu lagi muda dari aku?'. Qaseh berteka-teki dalam hati. Kepalanya diangkat. Terkejut dia melihat tiga pasang mata sedang tepat memandang wajahnya.

"Apa hal?", tanya Qaseh.

"Yang kak long main-main dengan mi goreng tu dari tadi kenapa? Makan lah", ujar Ilham.

"Ye eh... Hehehe", Qaseh tersenyum malu. Kantoi melayan perasaan seorang diri tadi.

Tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam. Mereka berempat berpandangan sesama sendiri. 'Siapa pula yang datang pagi-pagi ni. Baru pukul 10.30 pagi. Kacau betul, baru nak breakfast dengan tenangnya', desis hati Qaseh.

"Tak apa, biar Am yang buka", ujar Ilham sambil berlalu ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Tersembul wajah si Rizqy yang sentiasa tersenyum manis.

"Eh, Encik Gula! Awalnya datang. Kitorang baru je nak breakfast ni. Jemputlah masuk. Breakfast sama-sama", pelawa Ilham.

'Erk, Encik Gula? Banyak betul gelaran untuk aku. Sekejap Superman, sekejap Encik Gula', desis hati Rizqy.

"Awal sangat ye? Maaf mengganggu. Ingatkan nak tolong makcik masak sama-sama", balas Rizqy sopan. Plastik yang berisi dengan lauk mentah dan sayuran di tangan dihulurkan pada Ilham. Kakinya melangkah memasuki rumah Qaseh.

Puan Hanna sudah tersenyum simpul. Kembang hatinya jika Rizqy benar-benar menjadi menantu sulungnya. Baik betul budaknya. "La, makcik kan jemput Rizqy datang makan tengah hari, tak payahla susahkan diri tolong mak cik masak", ujar Puan Hanna ramah.

"Tak apa lah makcik, apa salahnya sekali sekala. Lagipun, saya tak ada buat apa-apa pun hujung minggu macam ni. Daripada saya datang mengisi perut je, baik saya tolong sekali."

"Kalau macam tu, duduk lah dulu. Kita sarapan sama-sama. Lepas sarapan kita masak untuk makan tengah hari ya", jemput ibu Qaseh.

Qaseh hanya senyap dari tadi. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan dengan Rizqy. Sesekali dia menjeling ke arah Rizqy yang asyik berbual dengan ibu dan adik-adiknya. 'Mamat ni betul-betul baik ke saja je buat baik dengan keluarga aku? Apa motifnya eh? Tapi kan, bukan senang nak jumpa lelaki yang ringan tulang macam mamat ni', Qaseh termenung memikirkan andaian demi andaian yang bersarang dalam mindanya.

"Qaseh Qashdina!", panggil Puan Hanna sambil menepuk meja.

Terkejut si Qaseh dibuatnya. "Err, kenapa bu?"

"Ya Allah, apa la yang dilamunkan tu. Tolong bawa plastik-plastik ni ke dapur. Kita dah nak mula masak ni."

"Okey bu", akur Qaseh sambil menjinjit beg plastik ke dapur. Rizqy dan Puan Hanna pula mengikut jejak Qaseh di belakang.

Qaseh mengeluarkan lauk-pauk mentah yang dibeli satu persatu. 'Mak ai, ada ketam, udang, sotong. Mamat ni biar betul. Banyak gila seafood. Takkan nak masak sekali harung kot!', desis hati Qaseh. "Bu, banyak sangat lauknya ni. Kita nak masak lauk apa ni untuk tengah hari?"

Puan Hanna menapak ke arah anak perempuannya. Terbeliak mata dia melihat lauk-pauk mentah yang terdapat di dalam plastik. 'Tak apa lah, rezeki. Terima je la'.

"Emm, Rizqy suka makan apa?"

"Apa-apa pun boleh makcik. Saya makan semua, tolak batu kayu je."

'Aku bagi makan batu betul baru tahu mamat ni', kutuk Qaseh dalam hati.

"Kalau macam tu kita masak sambal tumis sotong dengan masak lemak ketam. Rizqy tolong Qaseh basuh sotong ya", pinta Puan Hanna lembut. Sengaja dia mahu memberi ruang untuk dua anak muda itu berkenalan. Puan Hanna mengeluarkan sayur dari plastik dan mencapai sebilah pisau. Kerusi ditarik lantas dia menjalankan tugasnya memotong kubis bunga kegemaran Qaseh. Kedudukan Puan Hanna tidak jauh dari Qaseh dan Rizqy. Walaupun dia mahu anaknya berkenalan dengan lebih rapat dengan Rizqy, namun dia tetap mengawasi batas-batas pergaulan di antara dua anak muda itu.

Rizqy berdiri di sebelah Qaseh, mengeluarkan sotong dari plastik untuk dibasuh. Qaseh pula tekun membasuh ketam di sinki sebelah. Sesekali Rizqy mencuri pandang pada Qaseh yang khusyuk membuat kerja. 'Bagusnya Qaseh. Dalam rumah pun pakai tudung', detik hatinya.

"Err...aw..awak ap..apa khabar?", tergagap-gagap Rizqy bertanya. Entah kenapa tiba-tiba dia merasa gugup ketika berhadapan dengan Qaseh tika itu.

"Hai, sejak bila jadi gagap ni?", tempelak Qaseh. "Hmm, khabar baik."

Puan Hanna sudah tersenyum senang.Nampaknya Qaseh sudah tidak membuat perangai dingin dia dengan lelaki seperti sebelum-sebelum ini.

"Awak dah ada yang punya ke?", tanya Rizqy malu-malu. Entah kenapa soalan itu yang terbit dari mulutnya.

"Belum..."

"Kalau belum, apa kata kita kahwin?", ujar Rizqy dalam nada berbisik. Rizqy pun tidak sedar sejak bila perasaannya pada Qaseh mula bercambah. Yang pasti, dia mahukan Qaseh sebagai isterinya. Hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga. Belum pernah Rizqy jatuh cinta pada mana-mana perempuan. Tapi sejak Qaseh hadir dalam hidupnya, wajah gadis itu bagaikan sentiasa terlayar di ruang mindanya.

"Hah, kahwin? Awak biar betul? Awak tak kenal saya lagi, saya pun tak kenal awak. Macam mana kita nak kahwin?", balas Qaseh, juga dalam nada yang sama.

"Qaseh Qashdina...nama awak kan?"

"Yup!"

"Okey la tu. Saya dah tahu nama penuh awak. So, saya dah kenal awak lah."

Qaseh menepuk dahi. "Ya Allah, macam mana lah aku boleh kenal dengan mamat sengal ni", gumam Qaseh.

"Setuju tak?"

"Hmm...entah"

"La, jawab ya atau tak je", desak Rizqy. Macam dah terdesak sangat pula.

Puan Hanna yang ternampak situasi Qaseh yang sudah tidak senang duduk bertindak menyelamatkan keadaan. Walaupun mereka berbisik, dia dapat mendengar dengan jelas perbualan si uda dan dara itu. "Ehem... Rizqy, nanti lepas makan solat zohor kat sini ya. Boleh la Rizqy imam kan kami", pinta ibu Qaseh.

'Fuh, nasib baik ibu tukar topik. Terima kasih bu', desis hati Qaseh. Sebuah senyuman dilemparkan pada ibu yang tersayang.

'Solat? Imam? Err...'. Rizqy sudah kecut perut. Bagaikan ada sesuatu yang sedang disembunyikan dari pengetahuan semua orang. "Eh makcik, saya ingat nak solat di surau yang berdekatan dengan rumah tu. Dah terbiasa solat di situ", dalih Rizqy.

Puan Hanna mengangguk. "Okey tak apa. Mungkin lain kali."

Qaseh merenung tajam ke arah Rizqy. 'Mamat ni macam ada yang tak kena je. Minta imam kan pun dah gelabah semacam'. Qaseh mula ragu-ragu dengan sikap si Rizqy.

Rizqy menjongketkan kening pada Qaseh. "Kenapa?"

"Tak ada apa-apa", jawab Qaseh. Malas dia mahu bertanya lebih-lebih.

'Fuh, nasib baik ibu Qaseh tak tanya lebih-lebih. Hmm, nampaknya ada benda yang aku kena belajar ni. Tapi nak minta tolong siapa? Ah, pandai-pandai lah aku nanti', bisik hati Rizqy

Continue Reading

You'll Also Like

346K 18.5K 35
Hai. Salam kenal semua ^_^ Description di dalam ye. Maaf atas kesilapan & kesalahan. This is my first story ❤️ Cover by @SuhaireenAireen
4.2M 249K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
90.9K 3.5K 40
Hijrah untuk menjadi yang lebih baik sepatutnya kerana Tuhan yang Maha Esa tetapi tidak pada Hanna.. "Kau sepatutnya berubah kerana Allah Hanna.. Bu...
469K 14.6K 52
'Kau dengar sini. Kau jangan nak berangan aku suka kau. Dahlah badan macam gajah, cerminlah diri dulu. Ada hati nak dgn aku. Jgn mimpi aku tersuka pa...