Taming The Bad Girl

By HinyDyaa

636K 23.2K 610

"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cu... More

Cast of TTBG
BAB 1 - Takut Masuk Lalat
BAB 2 - Nenek Kau Hitam
BAB 3 - Bersama Dia
BAB 4 - Auch, Thank You
BAB 5 - Remember This
BAB 6 - Berangankan Kau?
BAB 7 - Macam Lelaki
BAB 8 - Layak
BAB 9 - Siapa Kata Tak Suka?
BAB 10 - Pasti?
BAB 11 - Rindu
BAB 12 - Bukan Muda Lagi
BAB 14 - Pilih Antara Dua
BAB 15 - Batu Api
BAB 16 - Buta Ke Rabun?
BAB 17 - Mari Ke Hospital
BAB 18 - Gila!
BAB 19 - Lari
BAB 20 - Mungkir Janji
BAB 21 - Kau Pernah Dahulu
BAB 22 - Bleeding Heart
BAB 23 - Moonlight
Attention Please!
BAB 24 - Part 1 of Tak Puas Hati?
BAB 24 - Part 2 of Tak Puas Hati?
BAB 25 - Muntah Pelangi
BAB 26 - Twinkle Bride
BAB 27 - Merajuk Tak Dipujuk
BAB 28 - Putih dan Darlie
BAB 29 - Melayang Gigi
Important News!
BAB 30 - Really Nigga
BAB 31 - Valak In The House
BAB 32 - Syiah
BAB 33 - Bangang Abadi
BAB 34 - Godaan
BAB 35 - Krik Krik
BAB 36 - Flying Kiss
BAB 37 - Main Belakang
BAB 38 - Taehyung ke Jungkook
BAB 39 - Make Her Happy
BAB 40 - 6 Hari Lagi
BAB 41 - Make A Move
BAB 42 - Hutang Nyawa
BAB 43 - Minat Yang Sama
BAB 44 - Weirdo
TERSENARAI DALAM WATTYS!!!
BAB 45 - Hancur
BAB 46 - Annabelle & 2 Hari Lagi
BAB 47 - Berterus Terang
BAB 48 - Perang mulut
BAB 49 - Dusk Till Dawn
BAB 50 - Senyuman Psiko
BAB 51 - Bersemuka
BAB 52 - Jazlina
BAB 53 - Abang Dah Balik
BAB 54 - Banjir Dekat Bilik
BAB 55 - Kotak Merah
BAB 56 - Otak Cair Ke Beku
BAB 57 - Dah Lama Suka Sayang
BAB 58 - Kenyataan Yang Memedihkan
BAB 59 - Sakit, Perit, Pedih!
BAB 60 - Semimembranosus
BAB 61 - Kau Faham Ke Tak
BAB 62 - Gembira, Sedih
BAB 63 - Secebis Gambaran
BAB 64 - Terima Kasih
EPILOG
NEW BOOK!!

BAB 13 - Tersungkur Sebelum Jatuh

13.6K 540 2
By HinyDyaa

SARAH ERYNA berjalan masuk ke dalam ofis Herz Holdings dengan bersahaja. Tidak kisah dengan pandangan nakal lelaki-lelaki yang memandang pakaiannya. Skirt berwarna biru separas atas lutut dikenakan. Sengaja memilih warna biru kerana dia awal-awal sudah maklum akan warna kegemaran Harris Amsyar. Jadi, inilah peluang dia untuk memikat Harris Amsyar semula. Baginya, tiada apa yang hendak dimalukan dengan potongan baju itu. Malah, dia dengan megahnya berjalan masuk ke dalam ofis. Rambut ikalnya yang diwarna perang ditiup angin ke belakang bahu ketika melangkah.

Dia berjalan ke kubikel Tasha dengan bersahaja. Sarah Eryna meletakkan beg tangannya yang berjenama Gucci di atas meja kerja Tasha dengan liuk-lentoknya.

Tasha lantas mendongak memandang gerangan yang meletakkan beg tangan di atas mejanya dan sekaligus mengganggu tugasannya itu. Melihat sahaja tubuh Sarah Eryna di hadapannya, terus senyuman lebar terukir. Gembira apabila sahabatnya datang ke situ. Terus dia berdiri danemeluk erat tubuh sahabatnya. Kini, dia berdiri di hadapan Sarah Eryna.

"Hello dear, how are you?" Soal Sarah Eryna dengan suara yang sengaja dilunakkan.

"Macam biasa. Tak ada berubah apa-apa pun" Balas Tasha. Pakaian Sarah Eryna dijamah matanya dari bawah hingga ke atas. "By the way, nice dress. You look gorgeous and sexy!" Puji Tasha.

Sarah Eryna memintal hujung rambutnya. "Thank you... " dia tersenyum bangga. "Eh, weh. Syar ada?" Dia tersengih sumbing.

Pantas bahu Sarah Eryna dicuit Tasha. "Kau ni kan. Datang sini sebab rindu Syar je kan? Aku ni kau tak rindu pun" dia mencebikkan bibir. Berpura-pura merajuk.

"Eh... rindu! Siapa kata tak rindu? Tapi Syar pun aku rindu" dia melanggar bahu Tasha dengan bahunya. Memujuk sahabatnya itu.

Tasha hanya mampu mencebikkam bibir. "Pergilah dalam sana. Dia ada. Entah tengah buat apa pun aku tak tahu"

"Ha, okeylah! Aku pergi dulu tau. Nanti ada apa-apa aku bagitahu" seraya itu Sarah Eryna mengenyitkan mata. Dia berjalan laju ke daun pintu bilik khas Harris Amsyar. Sampai sahaja di hadapan daun pintu itu, dia terus memulas tombol. Baru sahaja ingin melangkah masuk, tiba-tiba tubuh Sarah Nia keluar dari bilik itu dan menolak sedikit tubuh Sarah Eryna ke hadpaan dan menutup pintu dengan bersahaja.

Sarah Eryna terpaku. Bulat matanya memandang wajah Sarah Nia yang tercegat di hadapannya.

"Kau?! Kau buat apa kat sini hah? Kau nak pikat Syar eh? Eh, kau blah! Kau blah!!" Sarah Eryna menarik kasar lengan Sarah Nia supaya cepat beredar.

Sarah Nia hanya menayang muka menyampah. Matanya dilirik ke atas. "Excuse me?" Dia memetik jari di hadapan wajah Sarah Eryna. "Pikat? Ew... aku nak pikat dia? Sorry sikit eh. Aku tak payah nak pikat-pikat dia pun, dia dah datang pinang aku. Daripada kau? Nothing" Sarah Nia membalas sinis. Sengaja nadanya digedikkan. Biar panas telinga Sarah Eryna mendengar.

Mata Sarah Eryna terjegil. "What?!" Tiba-tiba dia tergelak kecil. Lama-kelamaan semakin kuat. "Dia nak pinang kau? Tomboy macam kau ni? Aku tak percaya! Dia tu hanya cintakan aku je tau. Dia tak akan cintakan orang lain selain daripada aku. So, jangan nak nak perasan!" Jari runcingnya mencucuk-cucuk bahu kanan Sarah Nia.

Sarah Nia membuat muka bersahaja. Baginya, buang masa sahaja jika melayan Sarah Eryna. "Terpulang. Orang bodoh je tolak kenyataan. Perasan pulak tu!" Dia mengangkat bahu dan segera melangkah. Baru lima langkah menapak, dia berhenti seketika. Wajahnya ditolehkan sedikit ke kanan. "Aku rasa kau dengar kut hari tu yang Harris rayu nak kahwin dengan aku tu?" Usai menyampaikan kata-kata itu, dia terus melangkah meninggalkan Sarah Eryna.

Sarah Eryna merengus geram. Tangannya dikepal-kepal. Geram bukan kepalang dengan sepupunya itu. Serasa ingin sahaja dia membunuh Sarah Nia sekarang juga. Sejurus itu, dia terus menerjah masuk ke bilik Harris Amsyar. Pintu bilik itu dihempas kuat.

Harris Amsyar yang sedang menyiapkan tugasan di laptopnya terkejut apabila hempasan itu menyapa gegendangnya. Dia melihat figura yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Tegang sahaja wajah itu. Dia malas untuk memulakan perbualan bersama gadis itu. Dia menyambung kerjanya yang tergendala tanpa mempedulikan Sarah Eryna yang sedang merenung wajahnya tajam.

"Syar! I want you to explain what's going on between you and Nia. Kenapa you nak kahwin dengan dia? I ni tak cukup cantik ke selama ni? Look, I'm even prettier than her. Tapi kenapa you pilih perempuan setengah masak tu pulak! You memang kejam, Syar! Sampai hati you" Kesabaran Sarah Eryna semakin menipis apabila terpaksa menelan kenyataan sebenar bahawa Harris Amsyar, lelaki pujaannya akan berkahwin dengan Sarah Nia, sepupu yang amat dibencinya itu.

Harris Amsyar berhenti menekan papan kekunci laptopnya. Kali ini dia memberi perhatian kepada Sarah Eryna. Wajah kemerahan Sarah Eryna ditatapnya tanpa perasaan. Keningnya diangkat. "You kata I kejam?" Dia tergelak sinis. "I tak pernah bagi harapan dekat you. I tak pernah langsung cakap yang I akan cuba mencintai you. Tak pernah! Jadi, sepatutnya you kena terima kenyataan. Bukan semakin terkedek-kedek kejar I"

Terpempan Sarah Eryna mendengar luahan hati yang jujur lahir dari hati lelaki itu. "T... tapi, you tak pernah cakap yang you tak cintakan I. You layan je I. Kenapa daripada awal you tak terus terang je? You seksa perasaan I, Syar" perlahan-lahan air matanya menitik jatuh ke pipi. Dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. Hatinya juga harus dijaga. Bukan hati orang lain sahaja yang ingin dibelai, tetapi hatinya juga. Sungguh hatinya hancur menerima luahan Harris Amsyar.

Harris Amsyar mula diserang perasaan bersalah apabila melihat air mata gadis itu. "Eryna, I minta maaf. Tapi I memang tak pernah ada perasaan dekat you. I minta maaf sangat-sangat. I hanya cintakan Sarah Nia. Dialah gadis yang I ingin jadikan sebagai isteri. Tiada yang kedua dan seterusnya. I harap you hormat keputusan I"

Sarah Eryna menyeka air matanya. Senyuman kecil terukir di hujung bibir. "Tak semudah tu Syar. I dah terpikat dengan you since dua tahun lepas. Dan selama dua tahun jugaklah I berusaha untuk pikat you. Buat masa sekarang, I bagi rehat sekejap dekat you and Nia. And later, no more" Sarah Eryna berhenti berbicara sejenak sebelum menyambung kembali bicaranya. "You nak tahu sesuatu tak? Tindakan you ni kan, umpama menjolok sarang tebuan. I tak akan putus asa. I tak akan tersungkur sebelum jatuh. Ha, okeylah. I balik dulu. You bersenang-lenanglah dulu!" Seraya menghabiskan kata-kata itu, Sarah Eryna terus melangkah keluar dengan seribu satu perasaan dendam. Dalam hatinya sudah tersemat dendam terhadap Sarah Nia. Dendam yang tak akan pernah terpadam.

Harris Amsyar hanya memerhati langkah Sarah Eryna dengan perasaan kesal. Kesal kerana Sarah Eryna tidak boleh menerima kenyataan.

Sarah Eryna berjalan dengan langkah geram. Rambutnya diraup ke belakang. Sedang dia berjalan, dia kebetulan lalu di hadapan kubikel Sarah Nia. Dia terus menampar meja Sarah Nia sekuat hati. Jelingan tajam dituju ke wajah Sarah Nia.

Sarah Nia terus tersentak. Dia segera mengangkat wajahnya untuk melihat orang yang menampar mejanya itu. Melihat sahaja wajah Sarah Eryna, dia terus berasa marah.

"Kau nak apa hah perempuan? Ikut suka hati kau je kan nak tampar meja aku? Apa kau fikir syarikat ni bapak kau punya?" Seraya itu dia bangun dan melawan renungan tajam dari Sarah Eryna itu.

"Eh, kau tak payah nak libatkan bapak aku eh. Dia tak ada kena-mengena dalam hal ni. Aku nak ingatkan kau. Hari ni, kau bolehlah bersenang-lenang sekejap. Esok, lusa, kau tengok. Kau tengok apa aku akan buat! Dasar perempuan tak sedar diri! Dah tahu diri tu hodoh, buat apa kau pergi pikat Amsyar aku?!" Kedengaran nafas Sarah Eryna tidak teratur dek kerana amarah yang memuncak.

"Aku hodoh ke? Aku rasa tak kut. Lagi pun, Harris yang terkejar-kejarkan aku. Aku tak pernah pikat dia. Aku ada harga diri lah! Kau tu yang tak sedar diri! Dah diri tu tak laku, pergi lah pikat lelaki lain. Ni nak jugak pikat bakal laki aku tu" berdas-das ayat Sarah Nia menafi. Sengaja perkataan 'bakal laki' dikuatkan. Ingin menambahkan lagi rasa sakit hati di hati Sarah Eryna.

"Kau ni kan. Kau memang kurang ajar!" Lantas Sarah Eryna mengangkat tangan ingin menampar pipi Sarah Nia. Tetapi tangkas sahaja Sarah Nia menangkap tangan Sarah Eryna dan memulasnya sedikit. Biar dapat pengajaran.

"Auch... lepaslah!" Sarah Eryna meronta minta tangannya dilepaskan.

Sarah Nia terus melepaskan tangan Sarah Eryna dan menolak bahu Sarah Eryna sehingga terdorong ke belakang. "Kau jangan berani nak tampar aku. Kalau kau nak rasa lebih teruk daripada tu, cubalah! Aku ada taekwondo. Kau? Baru kena pulas sikit dah menjerit. Lembik" Sarah Nia kemudian melabuhkan punggungnya semula ke atas kerusi di kubikelnya. Malas mahu melayan Sarah Eryna.

Sarah Eryna mengetap gigi. Matanya dikecilkan. "Siap kau! Siap kau! Aku benci kau. Aku akan pastikan Syar jatuh ke tangan aku. Biar kau merana!" Dia terus melangkah meninggalkan ruangan itu dan menuju ke lif.

Sempat dia menangkap suara Sarah Nia membalas kata-katanya, "Esok mama Harris nak belikan cincin tunang untuk aku!". Makin bertambah dendam di hatinya.

Continue Reading

You'll Also Like

579K 22.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.9K 1 1
Hanis Zulaikha-Seoarang perempuan yang biasa,lemah lembut dan memiliki paras wajah yg agak sedikit menawan.Dia juga boleh dikatakan kdrama lover,wala...
48.9K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
1.3M 35.1K 66
Wardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya...