Taming The Bad Girl

By HinyDyaa

636K 23.2K 610

"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cu... More

Cast of TTBG
BAB 1 - Takut Masuk Lalat
BAB 3 - Bersama Dia
BAB 4 - Auch, Thank You
BAB 5 - Remember This
BAB 6 - Berangankan Kau?
BAB 7 - Macam Lelaki
BAB 8 - Layak
BAB 9 - Siapa Kata Tak Suka?
BAB 10 - Pasti?
BAB 11 - Rindu
BAB 12 - Bukan Muda Lagi
BAB 13 - Tersungkur Sebelum Jatuh
BAB 14 - Pilih Antara Dua
BAB 15 - Batu Api
BAB 16 - Buta Ke Rabun?
BAB 17 - Mari Ke Hospital
BAB 18 - Gila!
BAB 19 - Lari
BAB 20 - Mungkir Janji
BAB 21 - Kau Pernah Dahulu
BAB 22 - Bleeding Heart
BAB 23 - Moonlight
Attention Please!
BAB 24 - Part 1 of Tak Puas Hati?
BAB 24 - Part 2 of Tak Puas Hati?
BAB 25 - Muntah Pelangi
BAB 26 - Twinkle Bride
BAB 27 - Merajuk Tak Dipujuk
BAB 28 - Putih dan Darlie
BAB 29 - Melayang Gigi
Important News!
BAB 30 - Really Nigga
BAB 31 - Valak In The House
BAB 32 - Syiah
BAB 33 - Bangang Abadi
BAB 34 - Godaan
BAB 35 - Krik Krik
BAB 36 - Flying Kiss
BAB 37 - Main Belakang
BAB 38 - Taehyung ke Jungkook
BAB 39 - Make Her Happy
BAB 40 - 6 Hari Lagi
BAB 41 - Make A Move
BAB 42 - Hutang Nyawa
BAB 43 - Minat Yang Sama
BAB 44 - Weirdo
TERSENARAI DALAM WATTYS!!!
BAB 45 - Hancur
BAB 46 - Annabelle & 2 Hari Lagi
BAB 47 - Berterus Terang
BAB 48 - Perang mulut
BAB 49 - Dusk Till Dawn
BAB 50 - Senyuman Psiko
BAB 51 - Bersemuka
BAB 52 - Jazlina
BAB 53 - Abang Dah Balik
BAB 54 - Banjir Dekat Bilik
BAB 55 - Kotak Merah
BAB 56 - Otak Cair Ke Beku
BAB 57 - Dah Lama Suka Sayang
BAB 58 - Kenyataan Yang Memedihkan
BAB 59 - Sakit, Perit, Pedih!
BAB 60 - Semimembranosus
BAB 61 - Kau Faham Ke Tak
BAB 62 - Gembira, Sedih
BAB 63 - Secebis Gambaran
BAB 64 - Terima Kasih
EPILOG
NEW BOOK!!

BAB 2 - Nenek Kau Hitam

27.3K 1K 24
By HinyDyaa

Diary Sarah Nia.

Aku sebenarnya tak suka diarah.

Tak suka ikut telunjuk orang.

Tapi untuk kali ini aku tak boleh membantah seperti biasa.

Kau gila? Takkan aku nak bantah cakap bos aku.

Aku bukan takut kena buang kerja. Tapi aku malas nak cari kerja lain. Faham?

◆◆◆◆◆

KEESOKAN harinya, awal-awal pagi lagi Sarah Nia sudah bersiap untuk ke rumah majikan barunya itu. Tepat jam enam setengah pagi dia menapak keluar dari rumah. Pakaiannya ditilik seketika di hadapan cermin. Berkerut dahinya memandang cermin itu. Macam ada yang tak lengkap je. Tapi apa ek? Gumamnya.

"Ha, topi. Patutlah... " Sarah Nia terus mencapai topi yang elok terletak di tepi katilnya. Selesai memadankannya di kepala, dia terus berjalan menuruni tangga. Kelibat ibunya yang berada di dapur itu menarik perhatiannya. Walau apa pun, dia tetap kena menyampaikan dulu hasratnya uttuk keluar rumah seketika. Takut ibunya bimbang apabila melihat tubuhnya tiada di atas katil nanti.

"Bah!" Sergah Sarah Nia sambil mencuit pinggang ibunya.

"Apocot nenek kau hitam!" Spontan Puan Zunaida melatah. Terkejut sakan dia apabila disergah anak gadisnya itu. Segera dadanya diurut berkali-kali. Haih, sabar jelah!

Sarah Nia terkekek-kekek ketawa. Lucu benar dengan latah ibunya. Ada ke patut nenek kau hitam? Gumamnya sambil mentertawakan ibunya. Meja di hadapannya ditampar-tampar kuat.

Puan Zunaida yang sedang memegang senduk di genggamannya pantas sahaja mengetuk kepala Sarah Nia. Geram akan gelagat anaknya itu.

Sarah Nia mula merasa pedih menjalar di kepala. Kepalanya diusap-usap laju. Sakit! Rungutnya.

"Lain kali buatlah lagi. Nanti dengan kuali-kuali ni ibu ketuk kat kepala Nia tu" Puan Zunaida menjuihkan bibirnya.

Sarah Nia tersengih nakal. Kepalanya digaru. "Er... ibu, Nia nak keluar ni. Ada hal penting. Maybe Nia balik lambat sikit hari ni. So ibu takyah masak untuk Nia kecuali untuk makan malam" terangnya.

Melopong terus mulut Luan Zunaida apabila anaknya ingin keluar. Balik lambat? Masak makan malam? Maknanya adakah Nia akan pulang lewat senja? Mana dia nak pergi? Pelbagai persoalan di mindanya ketika ini.

"Nia nak pergi mana? Lambatnya balik... dating ke Nia oi?" Seloroh Puan Zunaida. Dia tahu, anaknya tidak mungkin akan ada teman lelaki. Tengok gaya sahaja sudah tahu.

"Eh ibu ni. Orang nak dating buat apa? Buang duit je. Baik Nia simpan duit dating tu untuk hantaran nanti. Baru gempak!" ibu jari tangannya ditegakkan. Sengihan nakal masih setia di bibirnya.

Puan Zunaida hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tergelak kecil melihat kerenah anak gadisnya itu. Jika tiada anak gadisnya itu, pasti dia amat bosan sekarang. Dia memerhati motorsikal Sarah Nia yang mula meluncur laju di atas jalan raya meninggalkan perkarangan rumah.

TOK! Tok! Tok!

'Buka je lah' hati Sarah Nia memberi pendapat. Dia segera mengeluarkan kunci pendua yang diberikan oleh Harris Amsyar kepadanya semalam dari dalam poket seluar jeansnya.

"Assalamualaikum!" jerit Sarah Nia sebaik sahaja daun pintu berjaya dibukanya. Dia menapak masuk ke dalam rumah agam itu. Wah! Besar gila rumah! Duduk seorang je ke dekat rumah besar-besar macam ni?

Lena Harris Amsyar terus terganggu apabila terdengar jeritan nyaring gadis yang menyapa gegendang telinganya dari tingkat bawah.

"Uargh! Sapa memekak pagi-pagi buta ni?" omel Harris Asmyar sambil menggeliat. Matanya digenyeh-genyeh sambil tangannya ditekup ketika menguap. Berair matanya menahan kantuk. Sudahlah semalam dia tidur lambat kerana menyiapkan tugasan. Pagi ini pula diganggu dengan jeritan nyaring seorang gadis.

'Pukul berapa ni?' Detik hati kecil Harris Amsyar. Jam dinding biliknya terus dikerling. Pukul enam empat puluh enam pagi. Awalnya... rungut hatinya.

"Hello! Ada orang ke tak ni?" teriak Sarah Nia sekali lagi tetapi kali ini lebih kuat.

Mendengar sahaja teriakan itu, Harris Amsyar terpaksa menggagahkan dirinya untuk bangun dari katil walaupun malasnya sedang melanda. Kakinya lalu dihayunkan ke tangga rumahnya.

Berkerut dahinya. Wajah Sarah Nia di tubir matanya dipandang hairan. "Hoi, yang kau bising-bising ni kenapa? Rumah aku. Mestilah aku ada" balas Harris Amsyar di tepi tangga. Langkahnya disambung untuk menuruni tangga.

Sarah Nia memuncungkan mulut. "Mana tahu tak ada orang ke" Tangannya disilang.

Harris Amsyar menjegilkan matanya. Beraninya perempuan ni menjawab! "Jangan menjawab. Aku cili mulut kau nanti" balas Harris. Tangannya pula sedang menuding ke arah mulut Nia.

Menyedari dirinya sedang dimarahi, hidung Sarah Nia terus kembang kempis. Nafasnya berubah rentak. Dadanya berombak menahan gelojak marah terhadap lelaki itu. Sabar jelah dapat boss macam ni! Kalau ikutkan hati, memang dia rasa macam nak smackdown je lelaki ini. Tetapi bila teringat gajinya akan dibayar oleh lelaki itu, dia terpaksa membatalkan niat 'murni'nya itu.

Harris Asmyar tersenyum kecil apabila Sarah Nia marah akan dirinya. Sengaja dia menguji kesabaran gadis itu. Dia tahu gadis itu tidak berani berbuat apa-apa seperti yang terniat di kepala otaknya ketika itu kerana dia adalah majikan gadis itu.

Wajah Harris Asmyar yang tersenyum itu sungguh menjengkelkan di pandangan Sarah Nia. Jelingan tajam dihadiahkan. Lalu mulutnya memulakan bicara. "Boss, aku nak kena masak apa untuk sarapan kau pagi ni?" soal Sarah Nia. Tiba-tiba sahaja ingin menyoal soalan seperti itu, dia tanya sahajalah apa yang terlintas di fikiran. Kalau diikutkan, dia mahu sahaja masak tanpa bertanya dulu.

Mata Sarah Nia ditenung Harris Amsyar lama. Lama dia memandang mata hazel itu. Akhirnya dia yang mengalah untuk mengalihkan pandangan. Terasa seperti dia pula yang sedang malu ketika itu, tetapi bukan gadis itu. Sudah terbalik!

"Hoi, pekak ke?" Laju sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulut Sarah Nia. Sedar akan kesilapannya, dia terus menekup mulutnya. Alamak!

Sepasang mata Harris Amsyar sedang mencerlung memandang wajah gadis itu. Berani kau panggil aku pekak ye? Betul-betul uji kesabaran aku perempuan ni. Gumamnya.

"Eh, er... sorry. Kau nak makan apa?" Terkial-kial Sarah Nia. Kepalanya digarukkan sambil sengihan ditayangkan.

"Bagi aku nasi goreng" pesan Harris Amsyar. Kepalanya digoyangkan sedikit dan jari telunjuknya ditegakkan. Dia meniru gaya mamak-mamak yang selalu dilihatnya di restoran.

Sarah Nia menjuihkan bibir. Menyampah! Eh pagi-pagi lelaki ni makan makanan berat ke? Boleh pulak perut dia terima.

Pandangan hairan di wajah Sarah Nia menarik perhatian Harris Asmyar untuk bertanyakan keadaannya. Eh, tak cukup bahan ke? Dia dah check bahan ke tadi? Setahu aku dia macam tak bukak je lagi fridge tu?

"Kau apasal?" Soal Harris Amsyar.

Ha bagus! Macam tahu-tahu aje apa yang difikirkannya. "Taklah, aku peliklah perut kau boleh terima makanan berat pagi-pagi macam ni. Kau memang nak aku masak nasi goreng atau kau gurau je tadi?"

Harris Amsyar menjulingkan matanya ke atas. "Dah aku order nak nasi goreng maknanya aku nak makan lah. Takkan aku nak hidu, and then terus sendawa? Ish kau ni, cepatlah! Aku dah lapar ni" perli Haris Amsyar.

Panas sahaja telinga Sarah Nia apabila menerima perlian itu. "Kau aphal, nak gaduh ke? Meh sini. Aku memang dah lama mengidam nak tumbuk muka kau" lengan bajunya disingsing. Tak sabar rasanya ingin melayangkan tumbukan di muka yang licin itu. Dia tidak main-main, dia benar-benar memaksudkan ugutannya itu. Geram!

"Eh, berani ke? Meh lah sini try. Entah-entah kau yang tumbang karang!" Harris Amsyar tergelak kecil sengaja membangkitkan kemarahan gadis itu. Dia tahu, gadis itu tak akan berani untuk menumbuknya.

Dupp!

Harris Amsyar tercengang. Pipinya terasa amat pedih. Beraninya gadis itu menumbuk pipinya. Tidakkah dia sedar gajinya akan dibayar olehnya?

"Sedap?" Senyuman sinis terukir di bibir Sarah Nia.

"Kau kenapa?! Sakitlah perempuan... " dia mencangkung. Pipinya dipegang. Bisa juga tumbukan gadis itu.

Sarah Nia ketawa. Terbahak-terbahak dia tertawa apabila melihat gelagat lelaki itu menahan sakit. Lucu pula rasanya walaupun agak kelihatan kejam di mata orang lain.

"Dah, lain kali jangan cuba nak cabar aku. Aku tak takut sesiapa. So, kalau kau nak rasa lagi tumbukan padu aku, cubalah cabar lagi" seraya itu, dia terus ke dapur untuk menyediakan hidangan lelaki itu.

Harris Amsyar mengetap gigi. Sakit tahu tak! Dia lantas menaiki tangga untuk naik ke tingkat atas semula. Dia ingin menunaikan solat subuh dan melabuhkan tirai semula. Pukul tujuh setengah pagi nanti barulah dia bangun semula dari tidurnya.

Sarah Nia yang sudah siap-siap solat di rumahnya tadi sudah tidak menjadi penghalang untuk dia terus menyediakan sarapan pagi untuk majikan barunya itu. Seketika, dia menoleh untuk memastikan yang lelaki itu sudah tiada. Apabila sudah pasti lelaki itu sudah naik ke bilik, dia terus mengeluh kecil. "Macam mana ni, aku mana reti buat nasi goreng"

'Macam mana eh?' omel hatinya. Hujung jarinya sedang mengetuk-ngetuk meja di dapur tersebut tanda akal warasnya sedang memikir cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Hah! Search google! Nia memetik jarinya. Jari-jemarinya laju menaip papan kekunci di telefon bimbitnya itu. Dia terus tersenyum lebar apabila terjumpa resepi yang dicari di dalam internet itu.

DI atas katil, hidung lelaki itu sudah bergerak-gerak tanda sedamg menghidu aroma. Sesuatu yang sungguh lazat melalui deria baunya.

"Sedapnya, bau apa ni?" Gumamnya. Terpisat-pisat dia membuka mata. Kerana perut yang sudah lama menahan lapar, dia segera bangun dari katil dan bersiap-siap untuk turun ke bawah. Selepas itu, barulah dia boleh pergi ke tempat kerja dengan aman.

"Fuhh, siap" kata Sarah Nia sambil menolak anak rambutnya yang telah terlurut itu ke belakang.

Sarah Nia mengambil pinggan dan gelas supaya bossnya itu boleh bersarapan. Pinggan dan gelas segera diletaknya di atas meja makan tersebut yang diperbuat dari kayu jati.

Keluar sahaja Harris Amsyar dari biliknya, kakinya segera melangkah ke arah tangga untuk ke dapur kerana perut dia pun sudah lama berkeroncong minta diisi.

Sesampai sahaja Harris Amsyar di dapur, dia terus menarik kerusi jati di meja makan itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu. Makanan yang terhidang dipandangnya tanpa berkelip. Gulp! Aku fikir perempuan macam dia tak pandai masak. Tak sangka pulak dalam kasar dia, dia reti memasak! Senyum Harris Asmyar.

Terkejut Sarah Nia tiba-tiba mendengar bunyi kerusi ditarik di belakangnya. Kepalanya ditoleh. Wajah Harris Asmyar yang sedang tersengih memandangnya menghiasi tubir matanya seketika. Pantas dia mengalihkan tumpuan semula ke arah singki untuk membasuh tangan.

"Weh, jom makan sekali dengan aku" Harris Amsyar sengaja mempelawa Sarah Nia. Tengok gaya gadis itu pun dia sudah tahy yang gadis itu belum bersarapan lagi. Gadis itu daripada tadi mengeluh kecil sambil memegang perutnya.

Eh, tiba-tiba je mamat ni? Omel hati Nia. Kepalanya yang tidak gatal digaru kerana kehairanan. "Ek... tak apalah boss. Boss makanlah dulu," balas Sarah Nia. Cuba menolak ajakan majikannya dengan cara yang paling sopan.

Harris Amsyar mendengus kecil. "Makan je lah dengan aku. Aku bosan makan sorang je" Tepi baju Sarah Nia ditariknya tanda memujuk. Lagak anak kecil yang meminta untuk dibelikan mainan.

Membulat mata Sarah Nia dengan tindakan berani mati lelaki itu. Takkan dia berani kut? Tak kenal ke perangai aku ni? Aku potong jari baru tahu! Kutuknya dalam diam.

"Eh, tangan tepi. Nak pujuk, pujuk. Tangan tu takyah nak pegang-pegang. Aku hiris jari kau dengan pisau baru tahu. Biar sentiasa beringat apa punca jari kau tu kena hiris" ugut Sarah Nia. Dia menyilangkan tangan di paras dada.

Harris Amsyar lantas tersengih. Sedar akan kesilapannya. Belakang tengkuk digarunya. "Er... jomlah makan dengan aku sekali. Bosanlah makan sorang-sorang" dia cuba memujuk sekali lagi.

Sarah Nia sedaya-upaya cuba mengelak. Malas mahu makan bersama majikannya itu. Risau pula mulut lelaki itu yang bakal ditumbuknya nanti. "Tak boleh boss, aku baru teringat, aku ada benda yang kena buat" jari telunjuknya dituding ke arah luar rumah.

Harris Amsyar mengecilkan matanya. Jari telunjuk terus ditegakkan lalu dituding ke arah kerusi dihadapannya.

Sarah Nia yang faham bahasa tubuh itu mengeluh kecil. "Tapi boss, aku tak lapar lagi lah. Nanti bila aku dah lapar, aku makanlah" bentak Sarah Nia. Dahinya dikerutkan. Geram pula ada orang yang memaksanya.

"Banyaklah kau punya tak lapar. Kalau kau sakit, aku tak ada P.A. Susah aku nanti. Baik kau makan sebelum aku suapkan" kata Harris Amsyar.

Terjegil biji mata Sarah Nia. "Hah?! Berani kau eh? Kalau rasa nak makan penumbuk lagi cubalah!"

Harris Amsyar berdecik kecil. Hendak mengajak gadis itu makan bersamanya juga sudah memakan masa hampir sepuluh minit. Dia malas mahu mendengar alasan gadis itu. Dengan cara kuasa veto sahaja dia dapat memaksa gadis itu untuk makan bersamanya.

"Kalau kau taknak makan, aku potong gaji kau. Aku tak main-main" ugut Harris Amsyar.

Sarah Nia menjuihkan bibirnya. "Kau ni kan. Fine, aku makan. Tapi aku nak makan dekat sana" dia menuding ke arah bangku yang terletak elok di luar rumah tersebut.

Harris Amsyar memandang sekilas ke arah bangku di luar rumah itu. "Kau jangan nak mengada. Kau duduk je depan aku ni" arahnya.

"Ish" balas Sarah Nia tidak puas hati. Makanannya diletak di atas meja makan dengan kasar. Pertama kali dia terpaksa mengikut telunjuk orang. Selalunya orang yang mengikut telunjuknya. Ini sudah terbalik. Tak boleh jadi ni! Bebel hatinya.

"Haa... good girl!" kata Harris. Ibu jarinya ditegakkan ke arah Sarah Nia.

'Heh, fikir macho ke buat macam tu? Eh tapi dia memang pun' gumamnya.

'Eh, mulut!' marah Sarah Nia kepada diri sendiri. Pantas bibirnya ditampar akan kesilapan bicara hatinya itu.

SELEPAS habis bersarapan, Harris Amsyar bangun dan membawa pinggannya ke singki. Pinggannya diletakkan sahaja di situ tanpa mencucinya.

Pemalas betul lah mamat ni! Sarah Nia menjeling belakang tubh lelaki itu.

Selesai sahaja Sarah Nia membasuh pinggan dan gelas di singki tersebut, dia berjalan beriringan bersama Harris Amsyar sampai ke daun pintu rumah. Kasut sukannya yang bertali merah jambu itu diambil di rak kasut Harris Amsyar lalu disarungkannya di kedua-dua tapak kaki.

Harris Amsyar merenung kasut itu hairan. Bukan apa, selalunya gadis akan memakai kasut yang bertumit tinggi. Tetapi lain pulak perempuan ni. Gerus hatinya.

"Kau pakai kasut sukan ke?" soal Harris Asmyar lalu sebelah keningnya dijongketkan.

Sarah Nia mengerling wajah lelaki itu. "Yes, kenapa? Ada masalah ke?" soal Sarah Nia rimas.

"Oh, tak ada apa-apa. Saja tanya" balas Harris Amshar bersahaja. Dia lantas berdiri setelah kasutnya tersaru g kemas di kedua-dua kakinya.

"Okay" balas Sarah Nia tanpa reaksi.

"Aku balik pukul dua petang tau nanti. Jumpa nanti petang ni. Jangan lupa datang tempat kerja aku tau" ujar Harris Amsyar untuk memecah suasana hening.

Sarah Nia memandang lelaki itu dengan riak menyampah. "Ouh... tak tanya pun!"

Harris Amsyar tertawa kecil. "Aku saja nak bagi tahu kau. Takut kau tercari-cari aku nanti. Hehe... " kata Harris sambil mengenyitkan mata dan segera berlalu pergi.

"Bwek!" balas Sarah Nia. Lidahnya dijelirkan untuk menggambarkan betapa gelinya kata-kata itu di pendengarannya.

Harris Asmyar yang mendengar reaksi gadis itu, tergelak kecil sebelum berlalu masuk ke dalam kereta mewah Honda CRZ putih miliknya.

'Kenapa dengan mamat tu?' Sarah Nia tertawa kecil apabila teringat gelagat lelaki itu yang tiba-tiba memberitahu dia balik pada pukul berapa sebentar tadi. Ingat aku nak tahu sangat ke kau balik pukul berapa?

Pintu rumah itu dikunci dan dia terus melangkah ke Superbike Ducatinya. Kedengaran deruman enjin motorsikal itu sebelum membelah lebuh raya.

Continue Reading

You'll Also Like

158K 13.8K 130
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun a...
672K 44.4K 62
-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti...
1.3K 109 8
Basyar Aisar&Dahlia Talita Basyar Aisar adalah sahabat baik kepada abang tiri Dahlia Talita iaitu Aaron Zafran ,kali pertama mereka bertemu pada Dah...
53K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024