Taming The Bad Girl

By HinyDyaa

636K 23.2K 610

"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cu... More

Cast of TTBG
BAB 2 - Nenek Kau Hitam
BAB 3 - Bersama Dia
BAB 4 - Auch, Thank You
BAB 5 - Remember This
BAB 6 - Berangankan Kau?
BAB 7 - Macam Lelaki
BAB 8 - Layak
BAB 9 - Siapa Kata Tak Suka?
BAB 10 - Pasti?
BAB 11 - Rindu
BAB 12 - Bukan Muda Lagi
BAB 13 - Tersungkur Sebelum Jatuh
BAB 14 - Pilih Antara Dua
BAB 15 - Batu Api
BAB 16 - Buta Ke Rabun?
BAB 17 - Mari Ke Hospital
BAB 18 - Gila!
BAB 19 - Lari
BAB 20 - Mungkir Janji
BAB 21 - Kau Pernah Dahulu
BAB 22 - Bleeding Heart
BAB 23 - Moonlight
Attention Please!
BAB 24 - Part 1 of Tak Puas Hati?
BAB 24 - Part 2 of Tak Puas Hati?
BAB 25 - Muntah Pelangi
BAB 26 - Twinkle Bride
BAB 27 - Merajuk Tak Dipujuk
BAB 28 - Putih dan Darlie
BAB 29 - Melayang Gigi
Important News!
BAB 30 - Really Nigga
BAB 31 - Valak In The House
BAB 32 - Syiah
BAB 33 - Bangang Abadi
BAB 34 - Godaan
BAB 35 - Krik Krik
BAB 36 - Flying Kiss
BAB 37 - Main Belakang
BAB 38 - Taehyung ke Jungkook
BAB 39 - Make Her Happy
BAB 40 - 6 Hari Lagi
BAB 41 - Make A Move
BAB 42 - Hutang Nyawa
BAB 43 - Minat Yang Sama
BAB 44 - Weirdo
TERSENARAI DALAM WATTYS!!!
BAB 45 - Hancur
BAB 46 - Annabelle & 2 Hari Lagi
BAB 47 - Berterus Terang
BAB 48 - Perang mulut
BAB 49 - Dusk Till Dawn
BAB 50 - Senyuman Psiko
BAB 51 - Bersemuka
BAB 52 - Jazlina
BAB 53 - Abang Dah Balik
BAB 54 - Banjir Dekat Bilik
BAB 55 - Kotak Merah
BAB 56 - Otak Cair Ke Beku
BAB 57 - Dah Lama Suka Sayang
BAB 58 - Kenyataan Yang Memedihkan
BAB 59 - Sakit, Perit, Pedih!
BAB 60 - Semimembranosus
BAB 61 - Kau Faham Ke Tak
BAB 62 - Gembira, Sedih
BAB 63 - Secebis Gambaran
BAB 64 - Terima Kasih
EPILOG
NEW BOOK!!

BAB 1 - Takut Masuk Lalat

58.6K 1.4K 68
By HinyDyaa

Diary Sarah Nia.

Sudah genap tiga bulan aku mengganggur di rumah.

Sudah lebih tiga tempat aku mencari.

Mencari apa? Apa kau fikir aku reti tanam anggur je ke? Aku reti membuahkan juga.

Esok. Esok aku akan buahkan hasil. Dan kau, jangan nak ternganga bila tengok hasil aku. Tutup mulut. Takut masuk lalat.

KRING! Kring! Bunyi alarm daripada telefon bimbit Sarah Nia memecah suasana hening di dalam bilik itu.

Terdengar sahaja bunyi nyaring itu, dia terus terjaga dari lenanya. Matanya kemudian digosok-gosok untuk menghilangkan rasa kantuk.

Telefon bimbit berjenama Vivo yang diletakkan di atas meja di sisi katilnya diambil. Jam di telefon bimbitnya dikerling sekilas. Melihat sahaja waktu yang terpampang di telefon itu, dia terus terjaga dari lamunannya dan terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sememangnya dia sudah terlambat bangun pada pagi itu. Sudahlah tu, dia ingin menghadiri temu duga pada hari ini.

Selesai sahaja membersihkan diri, dia mengenakan t-shirt lengan panjang bersulamkan warna merah jambu juga dipadankan dengan seluar jeans hitamnya. Rambutnya disisir lalu diikat kuda supaya kelihatan lebih kemas. Badannya ditilik sekejap di hadapan cermin. "Ok, good!" jelas wajah teruja terpancar melalui wajahnya. Sebelum dia terlupa, dia pantas mencapai topi yang selalu tersemat kemas di atas kepalanya itu di atas meja. Puas akan cara pemakaiannya, dia terus bergegas menuruni tangga.

Senyuman indah terukir di bibirnya. Semasa kakinya melangkah menuruni tangga, dia terus menyerongkan topi merah jambunya ke kiri sedikit. Dia selesa akan penampilannya itu. Baginya, itulah gaya trend terkini! Dan juga gaya personalitinya. Dia berlari-lari anak menuju ke daun pintu rumah agam tersebut.

Puan Zunaida yang baru keluar dari dapur, sempat menangkap kelibat anaknya itu. Piring yang dipenuhi sosej diletakkan di atas meja makan. Air susu segar juga diletakkannya bersama sebagai hidangan sarapan pagi. Dahinya berkerut melihat gelagat anaknya. Terkocoh-kocoh seperti ingin berjumpa dengan boyfriend pulak. Eh, mustahil Nia ada boyfriend! Puan Zunaida mengeluh lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Nia, makan lah dulu, lapar nanti" tegur Puan Zunaida sambil bercekak pinggang apabila melihat anaknya yang mahu melangkah terus keluar dari rumah itu.

Sarah Nia terus menoleh ke arah ibunya apabila ditegur. Serta-merta dia tersengih. Belakang kepalanya digaru. "Er...ibu, Nia dah lambat nak keluar ni. Balik nanti jelah Nia makan eh?" Sebaris giginya ditayangkan. Matanya juga dikelip-kelipkan untuk memujuk ibunya.

Puan Zunaida mencebik. Sudah tidak makan saman dengan pujukan anaknya itu. Macam dia tidak tahu perangai anaknya itu. Langkahnya dituju ke Sarah Nia yang sedang berada di hadapan daun pintu itu. "Tak payah nak bodek-bodek! Cepat, ibu kata makan, makan. Nanti perut kamu masuk angin siapa susah? Ibu jugakkan? Siapa nanti yang kena bawak pergi klinik? Ibu kan?" Bebel Puan Zunaida.

Sarah Nia terus mendengus geram. Wajah ibunya ditatap sekejap sebelum langkahnya diaturkan ke meja makan semula. Kakinya dihentak-hentakkan tanda protes. Mulut tak usah dicakap, sudah sedepa!

"Ha melawan. Macam budak kecik tau Nia ni. Ni Nia nak pergi mana ni? Dengan tergesa-gesanya lagi. Siap dengan kasut sport lagi!" Puan Zunaida menjuihkan mulutnya ke kasut sportnya yang elok tersadai di tepi pintu rumah itu.

"Ada la... ibu ni pun, Nia dah lambat, lagi ibu nak lambatkan Nia" tangannya laju sahaja menyuap satu per satu sosej ke dalam mulutnya. Selepas itu, air susu di dalam gelas terus dicapainya. Lalu diteguk rakus. Langsung tidak terkesan dengan pandangan tajam ibunya.

"Tengok tu, tak semenggah langsung! Ni kalau mak mertua tengok, mentah-mentah aje kena reject!" keluh Puan Zunaida perlahan.

"Ee...merepeklah ibu ni. Nia ni calon boyfriend pun tak ada, lagi ibu nak cakap pasal mertua-mertua ni. Habis bernanah telinga Nia" balas Sarah Nia selamba sambil tergelak kecil.

Mendengar sahaja jawapan daripada anaknya itu, ringan sahaja dia memulas telinga kiri anaknya itu. Geram dia. Pantang dia membebel sekejap, ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut Sarah Nia!

"Adududu..." Sarah Nia terus mengaduh sakit. Pedih! Pantas telinga kirinya diusap-usap untuk menghilangkan rasa pedih. Rasa mahu sahaja dia menjerit sekuat hati untuk melepaskan geram, tetapi itu mustahil berlaku. Mahunya telinga kanan dia pula dipulas. Kasihan..

"Lain kali jangan menjawab" pesan Puan Zunaida lantas tergelak kecil melihat kemerahan di telinga kiri anaknya. Boleh tahan berbisa juga pulasan dia selama ini.

Mulut Sarah Nia terus memuncung apabila ditegur ibunya. Dia hampir terlupa untuk menghadiri interview pada hari ini apabila sibuk melayan ibunya itu. Segera dia berjalan laju menuju ke rak kasut yang berada di sebelah pintu rumahnya. Di mana terdapat pelbagai jenis koleksi kasut sukan yang dibeli olehnya.

Puan Zunaida hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat jenis kasut yang sama sahaja di matanya iaitu, kasut sukan.

"Nia, cubalah Nia pakai kasut yang sopan sikit, takkan Nia nak pakai kasut sukan tu pulak?" Puan Zunaida mengeluh kecil sambil kedua-dua tangannya disilangkan.

"Sopan apa? Tertutup kan..." sengih Sarah Nia. "Alah ibu, biasa lah ni. Trend terkini" sambungnya lagi. Sebaris gigi putihnya ditayangkan.

"Banyaklah kamu, tu trend kamu je. Kalau gadis-gadis sopan dekat luar tu, dia orang tak pakai kasut sukan-sukan ni. Dia orang pakai kasut yang tumit tinggi tu hah. Lainlah, kalau nak bersenam ke, apa ke" bebel Puan Zunaida sambil bercekak pinggang. Sudah puas dia meleteri anaknya itu, namun langsung tiada perubahan!

"Hmm... ye lah ibu, Nia dah lambat dah ni. Assalamualaikum" balas Nia bersahaja. Tangan ibunya dicapai dan dikucup sebelum membawa dirinya dengan menunggang sebuah superbike ducati.

Puan Zunaida hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mengenangkan kerenah anaknya itu. Dari dulu hingga sekarang, sama sahaja. Tiada perubahan! Dia mengeluh perlahan.

SAMPAI sahaja Sarah Nia di hadapan bangunan yang bernama Herz Holdings tersebut, dia terus memasuki bangunan itu. Langkahnya dihalakan ke kaunter utama bangunan Herz Holdings tersebut.

Sampai sahaja Sarah Nia di hadapan kaunter itu, dia agak terkulat-kulat kerana inilah kali pertama dia memasuki bangunan sebesar itu. Luasnya! Jerit hatinya. "Err... tumpang tanya, kalau nak interview dekat mana eh?" soalnya kepada seorang pekerja perempuan bertudung ayu di kaunter tersebut.

Pekerja tersebut terus mengangkat kepalanya. Wajah Sarah Nia ditatapnya sebentar sebelum mengukirkan senyuman manis untuk gadis dihadapannya itu. Macam muda lagi je? Teka hatinya.

"Hai, nama saya Ainul. Sebelum tu boleh saya tahu, cik dah isi borang untuk interview?" soal Ainul selaku pekerja di situ.

"Dah" jawab Sarah Nia sepatah. Tumpuannya lebih kepada bangunan besar itu. Bulat matanya apabila melihat kesibukan pekerja-pekerja di situ. 'Wah, bestnye!' Detik hatinya.

"Okay, baiklah. Nama cik apa ye?" Ainul seraya itu terus menyelak helaian-helaian senarai nama di tangannya. Terlamapau ramai yang datang untuk interview. Ramai yang berkelayakkan.

"Sarah Nia"

"Ouh.. okay cik, sekejap ye" Ainul lantas memeriksa nama Sarah Nia di dalam senarai nama itu. Dia menggangguk sambil tersrnyum apabila nama Sarah Nia ada di senarai itu. Terus langkahnya dikejarkan ke telefon di kaunter itu. Dia memaklumkan perkara tersebut kepada pekerja di tingkat 17. Berkerut-kerut dahinya apabila mendengar ungkapan pekerja di tingkat 17 itu.

Sarah Nia yang sejak tadi setia menunggu Ainul, hairan apabila melihat gelagat gadis itu. 'Macam ada yang tak kena je' getus hatinya. Langkahnya di dekatkan ke pekerja kaunyer itu untuk mendengar perbualan gadis itu.

"Ha? Hm.. okaylah, baik-baik" Ainul meletakkan gagang telefon setelah selesai perbualan. Terkejut dia apabila melihat Sarah Nia yang berhampiran dengannya.

"Er... ada apa-apa masalah ke?" Soal Sarah Nia terlebih prihatin daripada sebelumnya.

Ainul tersengih. "Eh, takde apa-apa. Cik Sarah, cik boleh ke tingkat 20. Nanti ada yang akan uruskan interview cik" balas Ainul sopan.

Sarah Nia hanya menggangguk. "Lift kat mana eh?"

"Cik jalan terus ikut arah ni. Dah sampai depan toilet, cik belok kanan. Lepastu, jalan terus sampai hujung. Barulah jumpa lift" terang Ainul seperti sudah menghafal ayat itu.

"Okay, thanks!" Sarah Nia terus menapak meninggalkan kaunter. Dia mengeluh kecil setelah sampai di hadapan toilet. Dekat seminit dia berjalan, barulah dia jumpa lif untuk naik ke tingkat atas. 'Luas jugak, nasib baik aku tanya tadi. Kalau tak, pengsan aku nak mencariknya' bebel hatinya.

Punat lif untuk ke tingkat atas ditekannya. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Boleh tahan ramai juga yang ingin naik lif. Fikirnya semua orang di lobi utama. Tapi sampai di depan lif pun masih ramai juga. Sesak nafas dibuatnya.

"Kak, tumpang tanya, kat mana tempat nak interview?" Tegur Sarah Nia kepada seorang wanita dalam lingkungan 30-an yang melintas di hadapannya. Kini dia sudah berada di tingkat 20. Berdebar juga untuk temu duga. 'Ni kalau tak dapat ni, jawabnya kenalah pergi interview tempat lain pulak' omelnya di dalam hati.

"Meh, ikut akak"

Sarah Nia hanya membuntuti langkah wanita itu dari belakang. Setelah sampai di hadapan bilik temu duga, dia terus mengucapkan terima kasih. Sekasar-kasar dia, dia masih ada adab untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah memberi pertolongan kerana telah dididik sebegitu oleh ibunya sejak dari kecil lagi.

Tok! Tok! Tok!

Ketuk Sarah Nia di bilik khas itu. Dia menunggu balasan orang di dalam. Selagi tidak mendapat kebenaran, dia tidak akan masuk. Tak akanlah nak rempuh masuk pejabat orang pula kan?

"Masuk," arah Harris Amsyar dari dalam.

Mendengar sahaja arahan Harris Amsyar dari dalam, dia dengan selamba terus menonong masuk ke bilik CEO Herz Holdings itu. Matanya yang terlebih dahulu menangkap sofa empuk di bilik itu, terus melabuhkan punggungnya di situ. Seketika dia mengamati bilik itu. Cantiknya! gumamnya. Mendengar sahaja deheman seseorang, dia terus menolehkan kepalanya ke arah suara itu. Berkerut dahinya apabila melihat wajah Harris Amsyar.

"Kau siapa? Kau ke orang yang nak interview aku ni?" Sarah Nia terus-terusan menatap wajah lelaki itu. Tidak terdetik langsung di hatinya untuk berasa takut dengan lelaki itu. Apatah lagi untuk berasa malu. Tambahan pula, dia memang jaguh taekwondo semasa di universiti dulu. Jadi, setakat perkara-perkara ringan yang akan terjadi dia tidak akan risau.

Harris Amsyar hanya berdiam diri. Terkejut juga dia apabila gadis di hadapannya itu berani membahasakan dirinya 'kau'. Setakat ini tiada sesiapa yang berani memanggilnya sebegitu kecuali kawan rapatnya. Tak akan perempuan ni tak kenal aku kut? Bisik hatinya. Dia mendekatkan tubuhnye ke tubuh gadis itu. Tiada sebarang reaksi gelabah dari gadis itu. Makin hairan dia dibuatnya.

"Oi, aku tanya ni. Kau ke yang nak interview aku ni?" Soal Sarah Nia dengan sedaya-upaya cuba mengawal amarahnya. Al-maklumlah, baranlah katakan.

Harris Amsyar memandang penampilan Sarah Nia dari bawah hingga ke atas. "Yes. Aku akan interview kau" Harris Amsyar mendatar. Oleh kerana Sarah Nia ini membahasakan dirinya aku-kau, jadi dia pun mengikut sahaja rentaknya.

"Ouh... okay"

"Okay, nama kau apa?" Harris Amsyar memulakan temu duga. Dia tahu, bukan dia yang sepatutnya mengendalikan urusan temu duga itu. Sepatutnya dia selaku CEO Herz Holdings adalah menyelesaikan kerja-kerja syarikatnya. Masih banyak yang patut dia siapkan. Tetapi apabila melihat gaya percakapan gadis di hadapannya itu, seperti ada daya tarikan magnet yang terus membuatkan dia ingin berlama-lama dengan gadis itu.

"Sarah Nia" dia menongkat dagunya untuk sambil menunggu soalan seterusnya. Matanya mengikut gerak-geri Harris Amsyar yang ingin duduk di sofa hadapannya. Dia berdecik kecil.

"Okay... Cik Sarah Nia, ada lulusan IT tak? Pernah ada pengalaman bekerja di ofis?" Harris Amsyar bertanya sebagai pembuka bicara.

Soalan pertama yang disoal oleh Harris Amsyar dijawab Sarah Nia dengan nafas yang teratur. "Er... ada, tapi tak pernah bekerja lagi dekat dalam ofis"

"Bekerja di kaunter?" soal lelaki itu lagi.

Sarah Nia mengeluh kecil. "Kan aku kata tadi, aku tak pernah kerja lagi. Tu yang aku datang interview ni. Tapi yang penting aku ada lulusan IT" Sarah Nia balas dengan wajah serius. Mahal benar senyumannya itu.

"Okay... okay, mana fail kau? Aku nak tengok"

Sarah Nia menghulur fail merahnya dengan penuh terkawal. Selalunya dia akan mencampak sahaja, tetapi disebabkan sekarang ini adalah sesi temu duga, jadi dia perlulah menjadi sedikit sopan. Biarlah lain 30° sekalipun dari dirinya asal, yang penting dapat kerja ini.

Harris Amysar mengambil fail merah yang dihulur itu. Satu per satu helaian fail itu diselak. Dahsyat! Sarah Nia bukan calang-calang gadis, walaupun dia tidak pernah ada pengalaman bekerja di mana-mana syarikat, tetapi jelas sekali Sarah Nia sangat berkemampuan di dalam bidang IT kerana mendapat anugerah dekan.

"Wow! Aku memang tak silap orang. Orang macam kau lah yang aku tercari-cari selama ni" Harris Amsyar menepuk tangannya, ikhlas.

Di mata Sarah Nia, perlakuan Harris Amsyar itu amatlah menjengkelkan. Terasa seperti disindir sahaja. Dia berbisik perlahan kepada dirinya "kalau dah kurang orang tu cakap je. Tak payahlah nak berwow-wow"

Harris Amsyar terdiam sebentar. Dia dengar sahaja apa yang kononnya dibisik oleh Sarah Nia itu. Sedikit sebanyak dia terasa juga dengan percakapan gadis itu. Dia berdehem. Matanya tepat memandang wajah Sarah Nia. Perempuan ni bukan macam perempuan lain, so kau kena faham Harris, detik hatinya.

"So... Aku dapat ke tak ni?" Sarah Nia mengangkat keningnya.

Harris Amsyar tersenyum kecil. "Okay, kau dapat. Kau jadi personal assistant aku" balas Harris Amsyar bersahaja. Dia tahu yang gadis itu masih belum tahu identiti sebenarnya.

Sarah Nia yang sedang tersengih itu lantas berubah riak. Terkedu. Benarkah apa yang didengarinya tadi? 'Kau jadi personal assistant aku'. Ayat itu seperti terngiang-ngiang di gegendangnya. Terus kepalanya digaru perlahan. "Adoi, apa kau dah buat ni Nia!" Gumam Sarah Nia perlahan sambil mengetuk kepalanya berkali-kali.

"Er... s... sorry encik. Saya tak tahu encik ni boss" sedikit kekok Sarah Nia meminta maaf. Jarang sekali dia meminta maaf kepada orang. Mungkin kali ini dia terpaksa beralah kerana lelaki di hadapannya mempunyai jawatan tertinggi di syarikat itu. Dia pun hairan, bagaimana dia boleh berjumpa secara depan-depan dengan orang seperti lelaki ini? Jawatan tinggi pula tu. Hadui!

"Haha... its okay" Harris Amsyar menggaru belakang tengkuknya. Kekok pula jadinya.

Tulah Nia, lain kali tengok dulu betul-betul. Dah pasti bukan CEO baru boleh kasar sikit, rungut hatinya. Matanya tidak berkerdip memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Entah mengapa dia langsung tidak merasai apa-apa kelainan apabila menatap wajah itu. Jika gadis lain, sudah lama terpikat akan wajah tampan yang dimiliki lelaki itu dan akan berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkan lelaki itu. Tetapi tidak, bukan dia.

Setelah beberapa saat mereka berjeda, Harris Amsyar kembali membuka peti suaranya. "Jadi Assistant aku, but... In one condition" jari telunjuknya ditegakkan.

Apa lagi lah dia ni, keluh hati kecil Sarah Nia. Lantas wajah Harris Amsyar ditatapnya hairan. Menanti dengan penuh debaran di dada. 'Takkanlah aku kasar sikit dengan dia tadi, dia terus nak potong gaji aku kut?

"Kau kena masakkan sarapan pagi dan makan malam untuk aku. Everyday!" kata Harris Amsyar. Intonasi serius sengaja ditonjolkan. Tidak mahu Sarah Nia mengambil mudah hal ini.

Secara spontan, Sarah Nia terus terbangun dari sofa tersebut. Dia berdiri tegak. Matanya dibeliakkan sebesar-besarnya. Kalau boleh, biar sampai terkeluar biji mata. Barulah dia puas.

What?! Macam-macam lah dia ni! Tadi kata jadi Assistant je! Cemuhnya di dalam hati.

Harris Asmyar yang sedang menjadi pemerhati setia Sarah Nia terus tersenyum simpul. Agak terhibur dengan kerenah gadis di hadapannya itu.

"Hello... tadi kau kata aku just jadi P.A kau je kan? Takde pun kau suruh aku jadi pembantu rumah separuh masa" Bentak Sarah Nia dengan suara yang masih terkawal. Hatinya memang sudah membara. Kalau tidak difikirkan Harris Amsyar adalah CEO syarikat itu, sudah lama lelaki itu diganyangnya sepuas hati. Biar padan dengan muka!

Harris Amsyar menyilangkan tangan di paras dada. Cuba untuk kelihatan lebih tegas di hadapan gadis itu. "Sekarang ni kau nak kerja ke tak?" soalnya dalam nada sinis.

Ya Allah, sakitnya hati aku! Kalau ikutkan hati aku yang tengah panas ni, memang dah lama muka dia lunyai!

Sarah Nia hanya mampu mengetap gigi. Nampak dengan jelas sekali di tepi pipi, rahangnya sedang berlaga-laga. Sungguh, dia amat bengang dengan lelaki itu. Demi untuk mendapat kerja, dia terpaksa bersetuju dengan syarat lelaki itu. "Ish... ye lah!" Dia harus mempunyai kerja juga. Jika tidak, pasti ibunya akan memarahi dirinya kerana asik mengumpul tahi mata di rumah.

"Okay, kalau macam tu, esok kau dah boleh start kerja" pesan Harris. Kemudian menghulurkan jadual kerja kepada Sarah Nia.

Sarah Nia menyambut huluran lelaki itu, tetapi Harris Amsyar langsung tidak melepaskan lagi jadual kerja yang dihulurkannya itu kepada Sarah Nia.

"Ish!" Sarah Nia merungut sambil memerah tenaga.

Tiba-tiba, Harris Amsyar melepaskan surat yang berada digenggamannya tadi kepada Sarah Nia dan sememangnya perbuatan tersebut telah mengakibatkan gadis itu terundur beberapa tapak ke belakang dek kerana kekuatan tenaganya sendiri sebentar tadi.

"Hish! Kau ni kenapa?" soal Nia geram. Dia menggenggam buku lima kerana dengan cara itu sahajalah dia boleh melepaskan geram yang sedang bertandang di hati. Selagi dia boleh bersabar dia akan bersabar.

Harris Amsyar tersenyum mengejek. "Kau yang ambil tak betul, nak salahkan aku pulak" bidas Harris. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Bibirnya pula diketap untuk menahan tawa daripada terletus.

Terus muka menyampah ditayang Sarah Nia."Eh, apasal aku pulak? Kau lah, aku nak ambik, lepas tu yang kau pergi tarik jadual tu kenapa?" soal Nia. Matanya dicerlungkan ke muka Harris Amsyar.

"Bila masa pulak aku tarik? Pandai-pandai kau je" balas Harris. Tidak mahu mengalah juga tu.

Eee... menyampah, menyampah! Sarah Nia mengetap gigi. Matanya dipejamkan sekejap untuk mencari ketenangan.

Sarah Nia menghembuskan nafas supaya lebih bersabar. Matanya dibuka dan terus dia memerhati lelaki itu dengan pandangan tajam.

"Hah, asal pandang aku macam tu? Marah ke? Nanti kena jual" boleh pula Harris Amsyar bawa bergurau dengan angin Sarah Nia yang sedang tidak stabil itu.

Sarah Nia diam tidak berkutik. Hanya pandangan tajam sahaja yang tidak dilepaskan daripada terus memandang ke dalam anak mata Harris Amsyar.

"Ada lagi?" soal Sarah Nia yang cuba menepis perasaan amarahnya.

Harris Amsyar menyilangkan tangan diparas bahu. "Aku nak kau panggil aku, boss" perintahnya dengan kerek sekali.

Sarah Nia mendengus geram."Baik boss!" balasnya. Perkataan 'boss' sengaja ditekankan untuk memerli lelaki itu.

Harris Amsyar mengangguk-angguk kepalanya kemudian mengeluarkan sesuatu daripada laci meja kerjanya yang berhampiran. "Nah ni kunci pendua rumah aku, kau masak dekat rumah aku" pesannya.

"Kalau kena tangkap dengan JAIS jangan salahkan aku"

"Alah takde siapalah yang nak buat report. Kalau ada tu mesti kau" bidas Harris Amsyar dengan pendapatnya.

"Sorry sikit. Aku pun tak rela bersuamikan kau" Sarah Nia mencebikkan bibirnya.

"Kau fikir aku rela ke ada isteri tiga suku?" sengaja Harris Amsyar menimbulkan kemarahan Sarah Nia. Dia tahu gadis itu tidak akan berani untuk melawan kerana dia hanyalah pekerja kepada dia.

Sarah Nia terus mengetap gigi. Aisehh... Sebab dia bos je aku tak belasah dia ni. Kalah orang lain dah lama dah biru mata, bebel hatinya.

"Kunci?" tanpa menghiraukan sindiran pedas bosnya itu, dia terus meminta kunci pendua rumah bosnya itu dengan menadahkan kedua-dua tapak tangannya untuk menerima kunci pendua tersebut.

Seperti memahami apa yang dimaksudkan oleh gadis itu, dia terus melepaskan kunci pendua tersebut ke atas tapak tangan Sarah Nia.

"Is there anything else in particular that you wanted to say?" soal Sarah Nia. Sudah mula menunjukkan kemahirannya dalam bertutur bahasa Inggeris.

"Hmmm... No"

"Okay, allow me to go, boss" Sudah sehabis baik Sarah Nia mencuba untuk menjadi seorang yang sopan. Nafasnya usah dicakap. Turun naik, turun naik sahaja kerana sering diuji oleh bos.

Gadis itu sudah beredar dari bilik Harris Amsyar. Namun, Harris Amsyar langsung tidak menghiraukannya. Senyuman terukir di hujung bibir. Wajah merah padam Sarah Nia sebentar tadi terus berlegar-legar di otaknya. Baginya, gadis itu sangat lain. Jadi itu yang membuatkan diri gadis itu susah untuk didekati mana-mana lelaki.

"Masih sama macam dulu-dulu" Gumam Harris Amsyar lantas tergelak kecil. Dia kembali menyambung tugasan-tugasannya yang tinggi seperti Gunung Kinabalu yang terletak di atas meja kerjanya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 282K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
855K 34.6K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
568K 23.8K 75
[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang dokt...
101K 4.3K 30
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...