QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

761K 63.1K 5.5K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°

°∘∘50∘∘°

4.7K 469 10
By nabilllss

Song title: Sumpah Dan Cinta Matiku
━─━─━──༺༻──━─━─━

"Argh!"

"Kenapa kau nak kena bawa Intan lari sekali dengan kau?!" Fail-fail yang berada di atas meja Fredella campak ke lantai.

Pum!

Pum!

"Cik Della? What's wrong with you?" Panik Warda melihat Cik Mudanya berulang kali menumbuk meja. Kuat pula bunyinya menyapa gegendang telinga.

"I, fucking, hate, Tengku Uqael!" Jerit Fredella sekuat hati sebelum dia jatuh terduduk ke lantai.

"Sabar Cik Della!" Lantas Warda mendekati wanita itu. Tak pernah dia lihat Fredella mengamuk seteruk sekarang. Mungkin kesabarannya sudah melepasi had.

"Why? Why it's always me making mistake?!" Fredella cuba untuk menolak pujukan Warda. Dia mengengsot ketepi dan merapat ke dinding.

"I penat Warda. I tak tahu bila benda ni nak sudah.." Setelah tubuh disandarkan pada dinding, Fredella menyembamkan wajahnya di lutut.

"Hey... did you see that you already try your best?" Pada mulanya Warda teragak-agak untuk menenangkan Fredella, namun dia tahu wanita itu perlukan seseorang untuk menjadi pendengar.

"No! I tak boleh balik selagi Uqael tak mati! Semua orang benci I sekarang ni.." Disebalik wajah Fredella yang tersorok, air mata sudahpun mengalir membasahi seluarnya.

Warda membiarkan sahaja Fredella melepaskan perasaannya. Belakang Fredella diusap lembut. Agak kekok sebenarnya kerana ini kali pertama dia melihat sisi lemah Cik Mudanya.

"Cik Della makan sikit ya? Dah satu hari Cik Della stay rumah saya tanpa makan apa-apa.." Dia risau tengok wajah lesu Fredella. Sudah lah pula tahan mata untuk tidur. Katanya dia takkan tidur selagi tidak selesai membubarkan rancangan Uqael.

"Taknak." Fredella menegakkan tubuhnya kembali. Kepalanya disandarkan pada dinding. Seketika dia terbayangkan wajah Qayyum yang sedang tersenyum.

"Saya rindu awak..."  Fredella benci diri sendiri kerana telah mengubah senyuman lelaki itu menjadi kecewa. Padahal dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak menyakiti lelaki itu lagi...

"It's hurt, Warda...." Tanpa henti air matanya mengalir. Tuhan, Engkau saja yang menjadi saksi bertapa menyesalnya aku.

"Kalau Cik Della bagi peluang pada saya, saya akan tolong Cik Della," Mata Warda sempat menangkap sebuah kotak tisu yang berada di atas lantai. Mungkin ia terjatuh bersama fail-fail yang ditolak Fredella tadi. Dia ambil kotak tisu tersebut dan menarik sehelai.

"Cik Della tahu? Qay cinta mati tau dekat Cik Della. His weakness is you. And your weakness is him," Dengan perlahan, Warda menggunakan tisu itu untuk mengelap air mata Fredella.

"Percaya lah, dia bukan seorang yang penghukum. Qay tak benci Cik Della. Dia cuma terkilan.."

"Don't you see that he loves you more than anything? You're his first priority, Miss Lisa." Bicaranya dengan lembut. Warda benar-benar mahu wanita itu memberi peluang buatnya untuk bantu.

Bila Fredella kelihatan jauh lebih tenang dari tadi, baru Warda bersedia untuk bertanya.

"Which bastard should I kill?"

Wajah diangkat apabila mendapat soalan itu. Fredella pandang Warda dengan wajah yang keliru.

"Am...ambilkan fail tu untuk I.." Jari telunjuknya dihala ke arah sebuah fail yang berada di tepi kedudukan Warda.

Setelah fail tersebut dihulurkan buatnya, beberapa helaian kertas di dalam itu diselak laju. Warda perhatikan ada beberapa foto bersertakan biodata orang di setiap muka surat.

"This girl," Bila muka surat yang dicari akhrinya jumpa, Fredella tunjuk pada Warda.

Name: Ailen Wong
Age: 21
Work under: Li' Moscow, participate since 2019
Role: Assassin

"Huh? Pembunuh upahan?" Terangkat sebelah kening Warda membaca biodata itu. Bukan calang-calang orang yang Fredella bagi untuk dia lawan.

"She's not dangerous. I know that you're better than her. You're The Locos's assassin for a reason, right Warda?" Fredella tahu arahan yang dia berikan ini memang makanan Warda. Lagipun Ailen itu merupakan orang kuat Uqael.

"You know what.." Tangan Cik Mudanya ditarik lalu digenggam lembut.

"I'm that dangerous one." Senyum nipis diukir. Meskipun dia tidak pernah mendapat musuh yang mencabar seperti pembunuh upahan, ini bukanlah arahan yang berat atau sukar baginya.

"Kau duduk!"

Terangkat bahu Intan bila dijerkah dengan kuat oleh Uqael. Sekelilingnya diperhatikan, kanan kiri dan seluruh ruangan di depan mata sekarang hanya kosong. Yang dia tahu dia dibawa ke sebuah gudang di dalam hutan. Gudang usang yang tidak pernah dimasuk oleh orang.

"Kau pandang apa Intan? Aku suruh kau duduk, kau tak faham bahasa?" Rahang Intan dicengkam dengan jarinya. Uqael memang gunakan kekerasan untuk memaksa gadis itu supaya patuh padanya.

"Saya penat dengan tengku! Yang tengku pergi bawa saya pergi sini buat apa?! Kenapa tak biar je saya dekat KLIA tu!" Sungguh Intan bengang, asyik dia saja yang menjadi mangsa ugutan Uqael.

"Kau ingat aku bodoh? Macam kau?" Geram dengan Intan yang menjawab, Uqael menguatkan cengkamannya.

"Kalau aku tak bawa kau lari, tak best lah permainan aku.."

"Sakit!" Terpejam mata Intan disiksa begitu.

"Sakit kan? Jadi, kau jangan menjawab. Aku cakap duduk, duduk." Dia menolak Intan sehingga gadis itu terduduk di atas sebuah kerusi.

"Hati-hati Intan. Aku tengah serabut dengan benda yang jadi dekat KLIA tadi.."

"Kau jangan sampai aku buat benda yang kau sendiri pun tak sanggup." Kedua-dua tangan gadis itu dirapatkan dan dia ikat dengan tali.

Intan terus diam kerana dia tak larat dah didera. Hidup dan matinya, hanya bergantung kepada Allah. Dia hanya berharap ada keajaiban sahaja supaya ada orang yang tahu ke mana dia dibawa oleh lelaki tidak berhati perut ini.

Uqael mengeluarkan telefonnya dari sebuah beg galas. Dia dengan laju mendail nombor seseorang. Matanya masih fokus pada Intan, takut jika gadis itu berani lari darinya.

"Angkat lah Ailen!" Sekali lagi nombor yang sama dihubungi.

"Angkat pun kau kan? Kau datang sekarang, aku ada kerja nak bagi. Pastikan takda polis yang ada di sekeliling kau." Uqael terus matikan panggilan itu bila dia selesai bercakap. Kemudian, simcard dikeluarkan dari telefon tersebut. Dia tidak mahu sesiapa cuba menjejaki dimana dia berada sekarang.

"Kau memang bawa malang dekat aku kan, Dell? Kau tunggu.." Sebatang rokok dibakar, lalu dia letakkan pada hujung bibir.

"Kau memang sial. Diam-diam kau tikam belakang aku, huh.." Kali ini memang Uqael takkan lepaskan Fredella. Perniagaannya tanggung terlalu banyak kerugian. Sekarang, namanya sudah kotor gara-gara tertangkap di KLIA tadi. Dulu dia boleh juga bertopengkan manusia yang berguna kerana menjaga nama baik sebagai seorang 'Tengku'.

Sekarang identitinya telah bocor! Kerja kotor yang dia lakukan selama ini telah diketahui oleh banyak pihak.

"I once said that I've prepared a hell for The Locos and....you, of course." Terlakar senyum sinis di bibir Uqael. Senyuman yang bermakna. Dalam dirinya memang penuh dengan dendam sekarang. Mengenali wanita seperti Khalisa Fredella memang menyusahkan hidupnya saja selama ini.


"Cik Della nak pergi mana malam-malam ni?" Warda baru saja nak bawa coffee ke dalam bilik istirahat Fredella, tapi langkahnya terhenti bila nampak kelibat wanita itu menuju ke pintu rumah.

"I nak keluar, kalau I sorang-sorang je I akan fikir bukan-bukan.." Jawab Fredella sebelum merapati ke pintu tersebut.

"Jauh ke dekat? Bahaya lah Cik Della!" Lantas Warda menghalang wanita itu untuk membuka pintu.

"Tasik yang saya selalu pergi tu. Takda lah jauh mana dari sini," Nafas berat dilepaskan. Fredella sedikit terganggu apabila ditahan oleh Warda.

"Saya ikut?"

"No." Kepala digeleng laju. Memang tak lah dia nak bagi Warda ikut. Dia nak ke sana pun untuk tenangkan diri dan hilangkan rasa kusut di kepala.

"Okey.." Warda akur. Keras kepala wanita itu memang tak boleh dilawan. Dia beranjak ke tepi sedikit, memberi ruang untuk Fredella keluar. Sungguh dia rasa tak sedap hati sekarang.

Gadis itu pantau pergerakan Cik Mudanya sehingga selesai masuk ke dalam perut kereta. Lima minit selepas itu, kereta Fredella sudah keluar dari perkarangan rumahnya. Warda mula berfikir bagaimana cara untuk mengekori Fredella tanpa pengetahuan wanita itu.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Perlahan saja langkah Fredella mendekati bangku yang selalu menjadi tempat dia melepaskan tekanan berhadapan dengan sebuah tasik. Dia rindu tempat ini. Rindu yang teramat....

Dan, tasik ini juga menjadi saksi Fredella dipujuk oleh Qayyum suatu ketika dahulu. Namun pada akhirnya, dia lukakan hati lelaki itu.

Mata sembab Fredella merenung lama bangku tersebut. Masih terbayang saat Qayyum melapikkan hoodie di tubuhnya dan berlalu pergi dengan perasaan yang kecewa.

"Maafkan Della, Qay..." Mata putihnya semakin merah, padahal dia sudah berjanji yang dia takkan nangis sebaik sahaja tiba di sini.

"Maafkan ibu... baby," Wajah ditunduk, perutnya diusap lembut. Fredella melabuhkan punggung di atas bangku itu.

"Well you know what, I'm a stupid mom..." Penyesalan yang dia tanggung sekarang hanya Allah saja yang tahu. Walaupun dia hanya sekadar berfikir untuk menggugurkan kandungan tapi masih belum bertindak untuk melakukannya, itu tetap perkara yang berdosa.

"Dengan nama Allah, Qayyum... saya takkan sia-siakan zuriat kita. Even if I've to sacrifice my life for this baby, I promise that I will comeback to you with this little angle in my tummy," Senyum nipis diukir bersama mata yang sudah berkaca. Fredella kesat air matanya dengan jari. Dia kalah, takda kekuatan lagi untuk dia tahan air mata.

Tubuh disandar kebelakang, pandangan dialihkan memandang tasik yang terbentang luas di hadapan mata. Gelap, namun pantulan cahaya lampu di tepi jalan terpancar pada air tasik tersebut.

"Argh!" Terkejut besar Fredella bila ada tangan seseorang yang memeluk lehernya dari belakang.

"Kau siapa?! Lepaskan aku!" Lantang suara wanita itu walaupun pernafasan semakin tersekat. Fredella pandang bawah, lagi terkejut dia tengok mata pisau dihalakan pada lehernya.

Sebelah tangannya dinaikkan ke atas, dengan cekap sasarannya mencengkam rambut orang itu. Ditarik dengan kuat sehingga lehernya akhrinya dilepaskan. Fredella terus bangun dan pusing tubuhnya kebelakang.

"Kau letak pisau dekat leher aku? Kau nak bunuh aku ke apa!" Fredella tidak sangka yang tuan badannya ialah perempuan. Dan dia sangat kenal perempuan itu.

"Yes? So what?" Ailen tersenyum menang melihat reaksi gabra Fredella.

"Masih ingat aku siapa?" Soalnya dan perlahan-lahan mendekati wanita itu.

"Balaci Uqael." Jawab Fredella lalu sengaja memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket jaket kulitnya. Dia tidak berganjak, namun matanya sentiasa memerhatikan pisau yang dipegang Ailen.

"Mulut longkang juga kau ni.." Semakin tercabar Ailen digelar seperti itu. Huh... kau jangan harap kau dapat hidup lagi malam ni!

"Of course." Fredella turut ke hadapan beberapa tapak. Perlahan-lahan dia menarik keluar belatinya dari sarung.

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 257K 59
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel i...
731K 8.9K 6
𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 #2 𝑮𝒂𝒗𝒓𝒊𝒆𝒍'𝒔 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐲 𝐆𝐢𝐫𝐥 Kerana k...
58.4K 5.2K 6
A spin-off: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Fathi Gabrielle | Clarissa Arabella Start: 27/12/2023 End: - All right reserved @nssignature ©NSSIGN...
64K 2.8K 30
Aisy,Asher dan Axel ialah mafia justeru mereka bertiga membina kumpulan mafia tersendiri yang diberi nama Rose Blood sempena dengan nama ibu mereka,R...