Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

28.1K 1.7K 310

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )

SPECIAL CHAPTER (1)

870 55 26
By nradlnaa_syh

            

             " Woiiii ! " Jerit Khai yang tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke dalam bilik Fairuz.

Fairuz tidak membuka matanya. Dia sedang nyenyak tidur dibuai mimpi.

" Woi ! Bangun la woi! Fairuz Danish! " Jerit Khai lagi sambil melompat-lompat di atas katil Fairuz.

Akhirnya, Fairuz membuka matanya. Dia bangun dari baringnya lalu meraup kasar wajahnya.

" Kau nak apa ni?" Soal Fairuz yang masih dalam keadaan mamai.

" Kau nak ikut tak?" Soal Khai sambil duduk dihadapan Fairuz.

" Pergi mana?" Soal Fairuz lagi.

" Pergi mati." Jawab Zackry yang baru sahaja datang bersama-sama dengan Rafeeq dan Sam.

" Bukan lah, apa kau ni. Kita pergi mulakan rancangan kita pula. Pergi mati apanya?" Sampuk Rafeeq.

" Tu laa, kau kalau nak mati, mati sorang-sorang." Kata Khai pula.

" Ceh, kalau aku mati aku jadi hantu yang akan sentiasa menghantui kau. Aku kacau kau berak." Kata Zackry sambil menjeling Khai.

" Mata kau tumbuh ketumbit baru kau tau." Kata Khai sambil membalas jelingan Zackry.

" Dah jangan gaduh. Aku lempang kang bisu dua-dua." Marah Sam.

" Kau ni hari-hari piyedd ke? Asyik nak marah aje." Kata Khai.

" Otak kau. Marah tandanya sayang." Kata Sam, mendatar.

" Wahh kau sayang kitorang? Auww terharu..." Kata Khai.

" Bullshit." Kata Sam.

" Eh, korang nak pergi mana tadi?" Sampuk Fairuz.

" Memburu kambing tua. Nak ikut tak?" Soal Khai.

" Nak! " Kata Fairuz. Dia terus melompat dari katilnya lalu mencapai tualanya.

" Kitorang tunggu dekat bawah." Kata Rafeeq.

" Baik" balas Fairuz.

Fairuz turun ke tingkat bawah rumahnya itu selepas selesai bersiap.

" Dah jom" arah Rafeeq.

Mereka semua terus masuk ke dalam kereta masing-masing. Rafeeq mencapai Telefonnya lalu mendail nombor Dyna.

" Hello?" Soal Dyna sebaik sahaja dia menjawab panggilan dari Rafeeq.

" Diorang dah on the way ke?" Soal Rafeeq.

" Dah, korang tunggu dekat kawasan yang Dyna tunjuk sebelum ni."

" Baik" balas Rafeeq.

" Oh ya, jangan bunuh polis pengiring apa semua tu. Cukup pengsankan diorang. Kalau ada yang terbunuh Dyna rotan korang semua." Kata Dyna.

" Baik.. dah la bye. Take care, elok-elok buat kerja tu." kata Rafeeq, lembut.

" Hmm" kata Dyna.

Panggilan dimatikan. Rafeeq terus memandu keretanya ke lokasi yang ditetapkan.


Selepas beberapa minit pemanduan, mereka pun tiba di lokasi. Kawasan yang menjadi jalan banduan dari SPAJR dihantar ke penjara.

Mereka memarkir kereta mereka. Alat komunikasi dipakai. Sam mencapai sniper nya. Dia mengambil kedudukan yang sedikit jauh seperti biasa lalu memerhati kawasan sekeliling.

" Ambil ni" kata Khai kepada Zackry sambil menghulurkan machine gun kepadanya.

" Asyik aku aje guna machine gun. Aku nak maju juga." Kata Zackry.

" Tak payah." Kata Khai.

" Biar aku guna." Sampuk Fairuz sambil mencapai machine gun dari tangan Khai.

" Ikut suka kau lah." Kata Khai.

" Ok rancangan kita macam biasa. Sam akan kawal sekeliling. Dia tembak bila perlu. Fairuz akan sambung tembak untuk hentikan kereta-kereta polis. Zackry, Khai dan aku akan maju bila semua kereta polis berhenti." Ujar Rafeeq.

" Baik " kata mereka serentak.

" Oh ya, ingat eh jangan sampai korang terbunuh polis-polis tu. Dyna mengamuk nanti tak pasal-pasal kita pula yang mati." Kata Rafeeq.

" Kau kena pesan dekat Sam dengan Khai." Kata Fairuz.

" Eh aku pula? Aku tak bunuh orang... Aku budak baik.." kata Khai, selamba.

" Sembang kari." Kata Zackry.

Khai terus menjeling Zackry. Zackry menunjukkan penumbuk kepada Khai.

" Diorang dah sampai." Sampuk Sam selepas dia melihat beberapa kereta polis bergerak menghampiri mereka.

" Ok. Semua ready. Target ada dalam van kalis peluru, dekat tengah-tengah." Arah Rafeeq.

Mereka semua terus mengambil kedudukan mereka.

Sam melepaskan tembakan sebaik sahaja van polis yang membawa Tuan Suhaimi datang menghampiri mereka. Dia menembak tayar van itu. Fairuz juga terus melepaskan tembakan dengan menembak tayar kereta polis pengiring.

Seperti yang dirancang, van dan kereta polis berhenti selepas ditembak oleh Sam dan Fairuz. Polis pengiring yang lain terus keluar dari kenderaan mereka. Mereka mengacukan senjata mereka untuk mencari arah tembakan dilepaskan.

" Diorang dah keluar tu, nak maju sekarang ke?" Soal Khai.

" Maju lah" kata Sam.

Tanpa berfikir panjang, Khai terus bergerak menghampiri van kalis peluru yang berisi banduan itu.

" Weh aku gurau ja lah" kata Sam bagi menghentikan perbuatan Khai.

Khai tidak menghiraukan kata-kata Sam. Dia terus menembak polis pengiring yang berada di sana. Satu persatu dari mereka ditembak dibahagian tangan dan kaki.

" Bapak aa, dia gila ke? Kalau dia kena tembak tu habis jadi arwah. Dia tu sorang lawan ramai orang." Kata Fairuz, terkejut dengan tindakan Khai.

" Khai mood membunuh tuh." Kata Zackry. Dia terus menghampiri Khai.

" Betul la tu" kata Rafeeq pula.

" Nice dhoo, aku bangga dengan kau" kata Zackry kepada Khai .

" Belum selesai lagi, target aku bukan anak-anak ayam ni." Kata Khai sambil menghampiri van kalis peluru itu.

Dia membuka pintu van tersebut. Kelihatan Tuan Suhaimi sedang duduk ketakutan sambil tangannya digari. Kesemua polis yang sepatutnya mengawasi dia sudah ditembak selepas mereka keluar dari van itu tadi.

" Hai orang tua. Remember me?" Sapa Khai sambil tersenyum sinis.

" Kau.." Tuan Suhaimi sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya.

" Yes, I'm your nightmare." Kata Khai, mendatar.

Dia terus menarik Tuan Suhaimi dengan kasar. Tuan Suhaimi dibawa keluar dari van itu.

Sam, Rafeeq dan Fairuz terus menghampiri Khai selepas melihat dia mengheret Tuan Suhaimi.

" Lepaskan aku lah!" Marah Tuan Suhaimi.

" Ok" kata Khai sebelum dia menolak Tuan Suhaimi sehingga membuatkan dia terjatuh.

" Sakit lah bodoh!" Marah Tuan Suhaimi lagi.

" Bodoh? Kau cakap dengan diri sendiri ke? Kau yang bodoh sekarang ni. Kau acah pandai, acah terpaling hebat, acah terpaling polis. End up, on the way ke penjara. Bukan sebagai pelawat, tapi banduan. Dasar Lemah." Kata Khai, sinis.

Tuan Suhaimi menahan geramnya. Mukanya bertukar merah. Dia berasa sangat marah selepas mendengar apa yang keluar dari mulut Khai itu.

" Kenapa muka merah tu? Nak cendol?" Soal Zackry kepada Tuan Suhaimi dengan selambanya.

" Apa yang korang nak hah?!" Tengking Tuan Suhaimi.

Fairuz terus menampar muka Tuan Suhaimi sehingga membuatkan dia terteleng ke kanan.

" Benda boleh tanya elok-elok, yang kau pergi jerit tu kenapa? Kitorang bukannya pekak lagi." Kata Fairuz, mendatar.

" Uish sabar bro, kalau kau tampar dia terus, tangan kau akan luka. Macam mana kau nak lakukan pembedahan nanti? So, bertenang." Kata Rafeeq kepada Fairuz.

" Biar aku settle kan." Kata Khai.

Khai mengacukan pistolnya kearah Tuan Suhaimi.

" Tolong jangan bunuh aku" rayu tuan Suhaimi.

" Takut?" Soal Khai, mendatar.

" Kenapa nak takut? Haritu bukan main lagi kau punya berlagak. Sekarang, baru acukan pistol dah ketar lutut kau? Hahahaha"

" Aku minta maaf, aku tahu aku salah. Tolong jangan bunuh aku. Aku rela masuk penjara." Kata Tuan Suhaimi.

" Aku takkan biarkan kau masuk penjara." Sampuk Fairuz.

" Kalau korang marah disebabkan Eiman, aku minta maaf. Aku janji lepas aku keluar penjara aku akan bertaubat." Kata Tuan Suhaimi.

" Bukan disebabkan Eiman sahaja. Tapi, ini semua untuk ayah kitorang. Edwan Malik. Kau punca ayah kitorang mati. Dan sekarang, aku akan jadi penyebab kau mati." Kata Khai, mendatar.

" Any last words? " Soal Rafeeq.

" Aku minta maaf.." rayu tuan Suhaimi lagi.

" Eh jap, izinkan aku lempang dia dulu. Boleh?" Sampuk Zackry.

Khai mengangguk kepalanya. Zackry terus melempang pipi Tuan Suhaimi sekuat hatinya.

" Itu, sebab kau fitnah aku!" Marah Zackry.

" Dah?" Soal Khai. Zackry mengangguk kepalanya.

" Ok, dengar sini orang tua! Kau ingat, Dyna tak bunuh kau, kau akan terlepas? Walaupun dia tak bunuh kau, tapi aku akan sentiasa buru kau." Kata Khai, mendatar.

" Now, go to hell." Kata Rafeeq sebelum dia menembak kepala Tuan Suhaimi.

Mereka semua terkejut dan tergamam dengan tindakan Rafeeq. Sepatutnya Khai yang menembak, tetapi Rafeeq sudah terlebih dahulu menembak Tuan Suhaimi.

" Dah jom balik." Arah Rafeeq. Dia terus berlalu pergi.

" Eh jap, Raf bunuh orang? Aku tak mimpi kan?" Soal Fairuz, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

" Ya, kau tak mimpi. Dia memang baru lepas bunuh orang." Jawab Zackry.

" Ini betul-betul Rafeeq Adyaan ke? Seingat aku Raf yang aku kenal tak bunuh orang. First time aku tengok dia bunuh orang." Kata Fairuz.

" Aloo.. aku baru nak pecahkan kepala dia." Kata Khai sambil mencebikkan mulutnya.

" Dah jom balik." Kata Sam sambil menarik telinga Khai.

" Sakit lah! " Marah Khai.











• Haii, nk tau sambungan?

Bacalah season 2 🤗

- Endyna Daisha 2: THE CURE -



Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 118 14
Seorang pemuda berkaca mata hitam keluar dari kereta itu mendapatkan aku. Aku sangkakan dia nak minta maaf kot-kot takut tengok muka aku yang seperti...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
669K 27.7K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
4.5K 357 57
You won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun...