Mr. Soft

By cikhar

337 13 8

Perkahwinan yang dirancang secara tiba-tiba membuatkan sang gadis berasa kesal. Sang suami yang berperwatakan... More

FaZa 1
FaZa 2
FaZa 3
FaZa 5
FaZa 6

FaZa 4

45 2 0
By cikhar

Ketika sedang tidur dengan nyenyak, Zandra terjaga apabila terdengar suara tangisan di sebelahnya.

"Hiks... Hiks..."

"Dah kenapa pula suami aku menangis ni." Zandra memusingkan badannya menghadap sang suami.

"Awak, kenapa menangis ni?" Zandra menyentuh perlahan bahu suaminya.

Fahim masih tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Akhirnya Zandra mengambil keputusan untuk membuka selimut yang sedang membaluti tubuh Fahim. Apabila selimut sudah dibuka, Zandra terkejut apabila melihat tubuh suaminya sedang menggigil.

"Awak, bangun." Zandra menggoncang perlahan tubuh suaminya.

Fahim menggelengkan kepalanya.

"Awak jangan buat saya risau. Bangun please." Zandra mendekatkan jaraknya dengan Fahim.

"Nak mama..." Fahim mengalirkan air matanya di hadapan Zandra.

"Awak kena bangun dulu, kalau tak macam mana awak nak berjumpa dengan mama." Zandra menyapu air mata yang sedang membasahi pipi suaminya.

"Nak mama..." Fahim mula merengek dengan air mata yang semakin deras mengalir.

"Ya saya tahu, tapi tolong jangan buat saya macam ni." Zandra menarik tubuh Fahim masuk ke dalam pelukannya.

"Hiks..." Fahim membalas pelukan Zandra dengan erat.

"Shshs... Jangan menangis, nanti demam awak makin melarat." Zandra menepuk-nepuk belakang tubuh suaminya.

Esakan Fahim semakin perlahan. Zandra mengintai wajah suaminya.

"Tidur pun comel." Zandra mengusap lembut rambut suaminya.

Telefon bimbit yang berada di atas kepala katil di ambil. Nombor telefon ibu mertuanya dicari. Setelah menjumpainya, Zandra terus menekan kenalan tersebut untuk membuat panggilan. Tidak sampai 10 saat, panggilan tersebut telah diangkat.

"Assalamualaikum Zandra. Ada apa telefon mama ni?"

"Waalaikumussalam ma. Zandra nak minta mama datang ke rumah boleh?"

"Hiks... Nak mama..." Fahim yang sedang tidur di dalam pelukannya terjaga apabila terdengar suara orang sedang bersembang.

"Zandra, kenapa Fahim menangis?" Kedengaran nada suara ibu mertuanya berubah menjadi risau.

"Dia demam ma. Dari tadi merengek nak mama."

"Allahuakbar... Sekejap lagi mama gerak pergi rumah kamu ya."

"Baik ma, hati-hati. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Tamat sahaja panggilan, Zandra memandang ke arah Fahim yang sedang menangis di dalam pelukannya.

"Awak, bangun mandi jom. Sekejap lagi mama nak datang." Zandra menepuk-nepuk perlahan belakang suaminya.

"Tak nak..." Fahim memeluk erat tubuh Zandra.

"Hurm, kalau macam tu awak tidur ya. Saya nak turun bawah sekejap." Zandra melepaskan pelukan Fahim dari tubuhnya.

"Please stay with me." Fahim menahan Zandra daripada pergi.

"Saya nak masak bubur untuk awak. Saya janji tak lama." Zandra memujuk Fahim supaya melepaskannya pergi.

"Nak ikut..." Fahim memandang ke arah Zandra dengan mata yang masih berair.

"Awak nak ikut saya turun buat apa? Baik awak duduk diam atas katil ni." Zandra bercekak pinggang di hadapan suaminya.

Fahim mencebikkan bibirnya dan menghempas kembali badan di atas tilam.

"Awak, saya minta maaf." Zandra kembali melabuhkan punggung di atas katil.

Fahim mengabaikan apa yang diucapkan oleh isterinya.

"Hurm, tak apa lah. Saya turun dulu ya? Kalau ada apa-apa awak jerit sahaja." Zandra menyelimutkan tubuh Fahim sebelum melangkah keluar daripada bilik.

Dengar sahaja pintu bilik di tutup, air mata Fahim kembali mengalir dengan deras.

"Hiks... Ma... Sakit..." Fahim menggenggam erat selimut yang sedang menutupi tubuhnya.

Denyutan yang sangat kuat membuatkan mata Fahim mula tertutup dengan air mata yang masih mengalir.

>>>>>

Zandra yang sedang memasak bubur untuk suaminya di kejutkan dengan laungan salam daripada seseorang.

"Assalamualaikum!!"

Zandra menutup api dan meletakkan senduk di atas penutup periuk sebelum berlari-lari anak ke pintu utama.

"Waalaikumussalam!!" Zandra tergesa-gesa membuka pintu utama.

"Maaf ma, pa. Zandra tengah masak bubur untuk Fahim tadi." Zandra menyalami tangan mertuanya.

"Tak apa Zan." Puan Fahimah mengusap perlahan bahu Zandra.

"Zan pergi hidangkan bubur untuk Fahim sekejap. Nanti kita naik sama-sama. Mama dengan papa duduklah dulu." Zandra mempelawa mertuanya untuk duduk terlebih dahulu.

Puan Fahimah dan Tuan Farhin melabuhkan duduk di atas sofa manakala Zandra pula kembali ke dapur untuk melihat bubur yang sedang dimasaknya.

Setelah mengisi bubur ke dalam mangkuk, Zandra mengambil sepapan Panadol lalu mengisi air ke dalam gelas sebelum meletakkan semuanya di atas dulang.

"Mama, papa, jom naik." Zandra berdiri di sebelah sofa yang diduduki oleh mertuanya.

Puan Fahimah dan Tuan Farhin mengikut Zandra daripada belakang menuju ke tingkat atas.

Sampai sahaja di hadapan bilik, Zandra menolak pintu yang sedikit terbuka dengan bahunya.

Zandra melangkah ke arah katil. Dulang yang dibawa olehnya diletakkan di atas meja kecil di sisi katil. Zandra melabuhkan duduk di birai katil.

"Awak, mama dengan papa sampai dah ni." Zandra mengejut Fahim yang sedang tidur.

"Urm..." Fahim mencelikkan matanya.

"Bangun Okey? Tadi awak kata nak mama kan? Ni mama dah sampai." Zandra menarik perlahan tangan Puan Fahimah supaya berdiri dekat dengannya.

Fahim menggenggam erat tangan isterinya dengan mata yang berkaca.

"Hey, kenapa ni?" Zandra membalas genggaman tangan suaminya.

"Sakit..." Fahim memeluk pinggang Zandra.

"Sakit kepala ke?" Zandra mengusap perlahan rambut lembut suaminya.

Fahim menganggukkan kepalanya.

"Makan bubur dulu Okey? Lepastu makan ubat." Zandra melepaskan pelukan Fahim.

Fahim menundukkan kepalanya.

"Jangan menangis please." Zandra mengangkat wajah Fahim supaya memandangnya.

Sedang ralit merenung satu sama lain, suara Puan Fahimah menghentikan lamunan mereka.

"Boy... Mama suap ya?" Puan Fahimah berdiri di sebelah Zandra dengan mangkuk bubur di tangan.

Zandra yang hendak bangun daripada birai katil tersentak apabila Fahim menahannya.

"Duduk sebelah saya." Fahim memandang Zandra dengan pandangan redup.

Zandra tergelak kecil dengan permintaan suaminya.

Zandra melangkah ke sebelah kanan katil untuk memanjat naik ke atas.

"Sini..." Fahim menepuk perlahan ruang kosong di tepinya.

"Manjanya dia dengan Zandra." Puan Fahimah melemparkan senyuman manis kepada menantunya.

"Tak ada lah ma." Zandra tertawa kecil dengan ucapan ibu mertuanya.

"Tak lari ke mana pun isteri kamu tu Fahim. Lain lah kalau ada orang yang ambil dia dari kamu." Tuan Farhin yang hanya melihat dari tadi akhirnya bersuara.

Sudu yang sudah hampir dengan bibirnya di tolak ke tepi. Air mata kembali bertakung di kelopak matanya.

"Abang jangan sampai malam ni abang seorang sahaja yang balik tau." Puan Fahimah menjeling tajam ke arah suaminya.

"Okey... Okey... Abang minta maaf." Tuan Farhin mengusap lembut kepala isterinya.

Zandra hanya melihat pergaduhan kecil di antara ibu serta bapa mertuanya sambil memujuk Fahim yang sedang menangis di dalam pelukannya.

"Hey, sudahlah. Jangan menangis lagi." Zandra mengangkat wajah Fahim supaya memandang ke arahnya.

"Hiks... Tadi papa kata..." Fahim berusaha untuk berkata normal di hadapan isterinya.

"Abaikan apa yang papa kata tadi. Sekarang awak kena berhenti menangis." Zandra mengesat air mata yang masih mengalir turun ke pipi suaminya.

"Hiks... Nak tidur..." Fahim membaringkan kembali tubuhnya di atas katil.

"Awak tak nak makan dulu ke? Penat saya masak untuk awak tau." Zandra yang hendak mencapai mangkuk bubur di atas dulang dihalangi oleh Fahim.

Fahim menggelengkan kepalanya.

"Kalau awak tak makan bubur macam mana awak nak telan ubat?" Zandra mengelus lembut kepala suaminya.

"Tak nak..." Fahim mendekatkan kepalanya dengan tubuh Zandra.

"Hurm... Kalau macam tu tak apa lah. Awak tidur okey? saya teman." Zandra membetulkan selimut yang menutupi tubuh suaminya.

Tanpa mereka sedari, Puan Fahimah dan juga Tuan Farhin sedang memerhati setiap perbuatan dan percakapan mereka.

"Comel anak menantu kita kan bang."

"Betul. Kalah kita masa muda dulu."

"Menggatal lah abang ni." Puan Fahimah mencubit perlahan lengan suaminya.

"Mana ada menggatal sayang. Memang betul pun kan dulu kita pun macam mereka." Tuan Fathin menggosok perlahan lengannya.

"Ya lah bang." Mata Puan Fahimah kembali menghala ke arah katil.

Zandra menghela nafas panjang setelah memastikan suaminya telah lena di ulit mimpi.

"Ma, pa." Zandra bangun dan melangkah turun dari katil dengan perlahan.

"Fahim dah tidur?" Tuan Farhin mengintai anaknya yang berada di atas katil

"Dah pa." Zandra berdiri di hadapan mertuanya.

"Mama tengok dia macam dah tak perlukan mama." Puan Fahimah mengusap perlahan belakang tangan anaknya.

"Jangan cakap macam tu ma." Zandra merapatkan tubuhnya dengan Puan Fahimah.

"Tak ada lah. Mama tengok tadi pun dia asyik nak berkepit dengan kamu sahaja." Puan Fahimah memandang ke arah Zandra sambil tersenyum.

"Tak tahu lah Zan dengan anak mama tu. Kata nak mama, bila mama dah ada depan mata lain pula jadinya." Zandra menoleh sekilas ke arah suaminya yang sedang tidur.

Setelah beberapa minit menyepi, Puan Fahimah dan Tuan Farhin meminta izin untuk pulang ke rumah.
Zandra menawarkan diri untuk menghantar mereka berdua sehingga ke pintu utama. Sampai sahaja di hadapan pintu utama, Tuan Farhin terus melangkah ke arah kereta manakala Puan Fahimah pula sedang berbual dengan Zandra.

"Nanti kalau dia dah bangun kamu pujuklah dia makan bubur lepastu telan ubat ya." Puan Fahimah menggenggam erat tangan anaknya.

"Ya ma. Zandra akan jaga anak manja mama dengan baik." Zandra melemparkan senyuman kepada Puan Fahimah.

"Apa-apa nanti telefon sahaja mama ya." Puan Fahimah masih tidak berganjak dari tempatnya.

"Baik ma. Pesan dekat papa bawa kereta elok-elok."

Puan Fahimah menganggukkan kepalanya sebelum menarik Zandra masuk ke dalam pelukannya.

"Mama doakan semoga kebahagiaan kamu berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamiin..." Puan Fahimah melagakan pipinya dengan Zandra.

"Aamiin..." Zandra melemparkan senyuman manis kepada ibu mertuanya.

PIN!! PIN!!

"Papa bising dah tu. Mama pergi dulu ya. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam."

Hilang sahaja kelibat kereta ibubapa mertuanya, Zandra melangkah masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.






Maaf andai ada silap ayat, tatabahasa dan lain ii dalam bab ini. Terima kasih kerana sudi baca.

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 132K 45
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
119K 3.2K 18
*sequel to What My Wife Doesn't Know* "What did I expect? There were other ways you could've broken up with me Elena. Like I don't know talking to me...
1M 96.9K 40
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...