Mrs. Hazrael: His Belonging

Від hatonocho

305 33 0

"Aku cintakan kau sekalipun, takkan mengubah dendam aku pada kegilaan keluarga kau." Begitulah ayat lelaki be... Більше

Prolog & Pengenalan
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36

Bab 30

2 1 0
Від hatonocho

"Umm, Hazrael. Do you have any food to crave for now? Gia can cook for you." Suara lunak Gianerda menyapa telinga Hazrael yang baru kembali dari luar rumah agam milik keluarga Herzov tersebut. Mendengar soalan Gia, Hazrael menggeleng perlahan.

"No." Dia menjawab, matanya kosong memandang wajah gadis muda di hadapannya itu. Gianerda memuncungkan bibir.

"Seriously? If so, what's your favourite food? Gia will try to cook it!" Suara merengek gadis itu dibiarkan sahaja. Hazrael hanya menggeleng. Lalu berdiri diikuti Gianerda. George Von Xander sudah kembali bersama ayah Gianerda dari kawasan halaman belakang tempat kedua-dua tubuh tua itu bersembang sebentar tadi.

Tanpa sebarang kata putus mahupun ucapan selamat tinggal, Hazrael hanya berjalan membelakangkan Gianerda tanpa sedikitpun menoleh. Hanya berjabat tangan dengan Franchiste. Lelaki berusia yang merupakan ayah kandung Gianerda tersebut terkesima dengan pemuda itu.

Hazrael Von Xander, lelaki itu benarlah seperti yang diperkatakan. Sifatnya tidak begitu manusiawi. Akibat kehancuran yang dahulu pernah menimpa dirinya.

Berlalu pergi menaiki kereta Volkswagen yang dipandu Gray, Hazrael meninggalkan George Von Xander tanpa sebarang kata lagi. Gray sudah bersiap sedia mengambil Hazrael dari rumah agam itu, bahkan kehadirannya sudah lebih beberapa jam yang lalu.

"Rael, what do you think about the girl?" Gray menyoal. Hazrael tidak merespon. Sebaliknya dia mengarahkan Gray untuk terus membawanya ke rumah kediaman Hazrael di Rusia tersebut, tepatnya rumah sebenar sebelum segenap ahli keluarganya gugur akibat kejadian bertahun-tahun silam.

"Oh, not the hotel?" Gray kembali bersuara. Hairan mengapa rakannya itu ingin menuju ke rumah yang sudah diserahkan sepenuhnya kepada pekerja-pekerja Hazrael di Rusia. Lelaki Jerman tersebut memandang Gray dengan iris kelabu dengan begitu kosong.

"No. I'm staying there tonight." Jawabnya. Gray mengangguk sahaja. Kereta dipandu dengan lebih laju. Hari sudah hampir gelap saat itu. Apabila kereta memasuki perkarangan kawasan rumah yang begitu terlihat besar dan mewah, Gray memarkir kereta tepat di hadapan pagar rumah.

Hazrael hanya memandang Gray yang menepuk bahunya dengan perlahan. Lantas tubuh lampai itu berlalu keluar dari dalam kereta. Memasuki pagar yang diakses menggunakan cap tangan. Apabila Hazrael sudah masuk, barulah Gray membawa keretanya memecut pergi dengan ngauman enjin yang ganas.

"Welcome home, Master." Dua orang lelaki berkaca mata hitam mendekati Hazrael secara serentak lalu menundukkan kepala. Hazrael mengangguk lalu masuk terus ke dalam rumah agam itu. Memerhatikan sekeliling. Tidak begitu banyak yang berubah.

"Fez, lend me your phone. Dial Farid's number." Lelaki Jerman itu bersuara perlahan. Dia tadinya terfikir untuk membeli telefon pintar baharu tetapi ketika mengenang wajah Jasmine, terasa sesuatu seperti menegah niatnya.

Dengan pantas, Fernandez segera mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor Farid. Beberapa saat kemudian, panggilannya disambut.

"Farid."

"Ya, tuan."

"Naura dah berlepas?"

"Sudah tuan. Sekitar 2 jam yang lalu."

"Hmm."

Panggilan dimatikan. Telefon pintar Fernandez diserahkan kembali.

Lebih kurang 5 jam lagi, Naura akan menemuinya. Lelaki itu tidak dapat mengekang suatu rasa aneh yang mendambakan kehadiran gadis itu. Walaupun dia begitu membencinya dan mahu gadis itu tidak merasakan hal lain selain derita, dia tidak dapat menahan perasaan pelik yang ingin kehadiran gadis tersebut bersamanya.

Tubuh lampai Hazrael lalu menaiki tangga kaca rumahnya dan menuju kamar mandi.

. . .

Jasmine yang mengunyah popcorn dengan perlahan sambil menonton filem di televisyen digital pesawat itu tersentak apabila muncul pramugari di hadapannya.

"Miss, the flight will land in 2 more hours." Ujar wanita dengan tubuh ramping tersebut. Jasmine mengangguk. Tidak diminta, tetapi setiap jam beberapa pramugari akan berselang datang memberitahukan baki masa perjalanan yang tersisa.

Tanpa Jasmine sedari, matanya terasa begitu berat. Entah pada waktu bila, suara dari televisyen mulai memudar perlahan-lahan sehingga akhirnya matanya tertutup rapat.

. . .

"Miss, the flight has successfully landed." Seorang pramugari mengejutkan Jasmine yang terpinga-pinga. Segera dia mengerutkan kening tanda kaget. Dah sampai?

Sejak bila pula dia tertidur? Bertubi-tubi rasa sesal menyelubungi fikiran gadis itu. Sepatutnya dia habiskan movie tersebut tadi! Tapi alamat dah terlanjur, mana boleh diundur.

Nasi sudah menjadi bubur, fikirnya.

"Umm, where would I be taken after this?" Jasmine menyoal, dia segera mengemaskan tudung yang tidak sekalipun dia tanggalkan sejak menaiki perut pesawat tersebut. Pramugari itu tersenyum cantik.

"Oh, there are Mr. Hazrael's workers outside. Waiting." Jasmine mengangguk. Rasa risau dan gelisah bersarang di hatinya. Jantungnya begitu berdebar. Bagaimana tidak? Sudahlah di negara asing, bersama orang yang tidak dikenali. Bahkan kedatangan ke sini pun tidak diketahui apa tujuannya!

Hazrael, ini semua salah kau.

"Umm, w- where are we heading to?" Jasmine menyoal dengan keberanian yang dikumpulkan dari segenap tubuh. Lelaki berwajah tegas dengan kaca mata hitam yang duduk bersebelahan dengan Jasmine menjawab pantas.

"Sir Hazrael's residential." Ujarnya, dengan loghat pekat Rusia. Jasmine mengangguk faham. Entah mengapa hatinya terasa lebih lega saat mendengar nama Hazrael walhal sudah jelas lelaki itu merupakan penyebab dia terjatuh ke dalam semua perkara aneh ini.

Jasmine melihat ke arah luar tingkap kereta. Gelap. Mungkin waktu sekitar pukul 3 pagi. Dia mengeluh perlahan. Dahulu, pada waktu inilah dia akan belajar sehingga subuh. Kadang auntie akan mengunjungi biliknya yang diterangi lampu belajar lalu memberinya segelas chrysanthemum tea.

Rindu.

"Miss. We're here." Entah itu jarak yang dekat sehingga masa tidak terasa ataupun lamunan Jasmine yang memakan kesedarannya, tanpa dia sedari mereka sudahpun tiba di perkarangan rumah agam yang tidak kalah gahnya dengan milik Hazrael di Malaysia. Gadis itu mencuba menyembunyikan rasa kagum tetapi tidak dapat dia nafikan kecantikan dan kemewahan tempat itu.

Pintu dibuka. Tiada orang di dalam rumah mewah itu. Hanya beberapa orang yang sedang bertugas. Jasmine dibawa menuju sebuah bilik yang mempunyai akses pintu automatik.

"(Bahasa Rusia) Sir, the lady has arrived." Suara garau milik lelaki yang berdiri di sebelah Jasmine tersebut sedikit sebanyak membuatkan gadis itu agak gugup.

"(Bahasa Rusia) Enter."

Suara Hazrael kedengaran. Suara itu. Suara yang Jasmine... rindui?

Mustahil. Dia tidak akan pernah terfikirkan hal tersebut!

Pintu terbuka. Jasmine melangkah masuk lalu pintu tersebut ditutup kembali oleh sistem yang sudah terpasang. Apabila Jasmine melihat ke hadapan, Hazrael terlihat masih segar walaupun waktu sudah sekitar 4 pagi.

"Come." Panggil lelaki itu, perlahan. Jasmine teragak-agak tetapi terasa canggung sekiranya dia tetap berdiri seperti orang-orang sawah di situ.

Akhirnya, dia berjalan mendekati Hazrael. Tubuhnya dicempung lelaki tersebut lalu hidung mancungnya digeselkan ke belakang kepala Jasmine yang masih bersarung tudung. Perlahan, jari-jari panjang Hazrael menanggalkan tudungnya. Mencium lembut belakang kepala gadis tersebut.

Jasmine menutup mata erat-erat apabila terasa kucupan hangat di belakang kepalanya. Dia ingin menghindar dan mengelak tetapi terasa seperti ada sesuatu yang menghalang diri. Setelah beberapa lama, dia mengeluarkan telefon pintar Hazrael dan menyuakan telefon tersebut kepadanya.

Hazrael senyum kecil. Mata kelabunya masih tidak berekspresi.

"Oh, you're done with it?" Hazrael menyoal. Jasmine mengangguk.

Terasa sesuatu pada hatinya tatkala melihat Jasmine mengiyakan soalannya tanpa jerkahan.

"Telefon aku dulu... mana?" Soal Jasmine. Hazrael memandang ke hadapan meskipun kedua-dua tangannya masih erat memeluk pinggang sang isteri.

"Tak tahu." Tanpa rasa bersalah, Hazrael merapatkan lagi jarak tubuh mereka berdua. Jasmine mengerutkan dahi. Ingin sahaja dia menampar lelaki ini tetapi niatnya hanya sampai sebatas fikiran sahaja.

Jasmine berdiam diri apabila terasa ombak dada Hazrael semakin tenang. Lelaki itu sudah pasti tidur, fikirnya. Gadis tersebut tidak dapat bergerak dengan selesa. Tubuhnya dikunci dengan segenap kekuatan lelaki itu.

"Aku nak mandi. Lepaslah." Bisik Jasmine. Tiba-tiba sahaja tangan Hazrael naik mengusap rambutnya lalu suara garau itu menjawab perlahan, "Mmm."

Tubuh Jasmine dilepaskan. Gadis itu menghadap Hazrael lalu mengambil tudung sarungnya kembali. "Bilik mandi... bahagian mana? Tolong tunjuk boleh?" Soalnya. Lelaki Jerman tersebut menaikkan wajah lalu matanya dibuka. Senyum ke arah Jasmine yang terlihat merona merah ketika menyedari soalannya.

"Nak aku temankan, Naura?" Lelaki tersebut menyakat. Taringnya terserlah apabila menyeringai. Jasmine memalingkan wajah. Gila! Ada-ada sahaja lelaki ini. Suka membuatnya merasa malu sendiri.

"Hisy, memang tak nak lah. Kan aku cakap tolong tunjukkan arah, bukannya minta teman sekali." Gadis itu menjelingnya. Tajam. Hazrael senyum sinis, dia lalu mendekati Jasmine dan mendadak mengunci gadis itu dengan kedua belah tangannya. Meronta-ronta Jasmine minta dilepaskan. Bimbang jika Hazrael sedar yang wajahnya ketara berubah merah.

Sejak dahulu, memang Jasmine akan mengalami fenomena itu jika berasa malu mahupun tidak selesa. Sering kali diusik-usik Hazif dan Atirah.

"Woi, lepaslah!" Kening cantik milik Jasmine bertaut. Tanpa dia sedari, bibirnya muncung ke hadapan. Tanpa disengajakan sifat cemberut miliknya terlihat oleh Hazrael.

"Woi, lepaslah." Ajuk lelaki itu, senyum nakal.

"Woi, lelaki gila!" Jasmine mengamuk. Wajahnya merah padam. Tangan naik ingin memukul Hazrael.

"Woi, lelaki gila!" Mendapat pukulan di dada sasanya menyebabkan usikan Hazrael semakin menjadi-jadi. Jasmine menelengkan wajah ke sisi. Tidak sanggup mahu melayan lelaki gila itu lagi.

"Woi!"

"Woi."

"Hazrael!"

"Hazrael!"

Geram, Jasmine menggigit bibirnya menahan keinginan untuk menghentam kepala lelaki tersebut. Melihat wajah Jasmine yang sudah begitu merah, Hazrael ketawa besar lalu memeluknya.

Jasmine terdiam.

Itu adalah kali pertama Hazrael memeluknya tanpa kekejaman di sebalik aksinya. Tidak menahan tubuhnya sehingga terasa patah, tidak juga menghina dirinya.

Bahkan itu adalah kali pertama dia mendengar tawa besar lelaki itu dengan penuh perasaan.

"Naura... Naura." Suara Hazrael mengendur perlahan. Nafas hangat lelaki tampan itu sesekali menyentuh pipi Jasmine yang masih membatu dalam pelukannya. "You entertained me."

"Le- lepaslah. Aku nak pergi bilik mandi lah, Hazrael!" Gadis itu menggerutu. Hazrael tersenyum kecil lalu akhirnya dakapan erat pada tubuh Jasmine dilepaskan. Lelaki tersebut menaikkan tangan ke pipi Jasmine.

"Call me mister." Suara lelaki itu serak basah, dengan alunan lembut yang tidak pernah Jasmine dengar sebelum ini. Gadis itu mengerutkan dahi tetapi tiada pilihan selain mengangguk.

"Kenapa pulak mesti mister? Berlagak je." Hazrael dijeling sekali lagi.

"Aku dah pernah suruh kau pilih nama samaran untuk aku dulu, Naura. Kau yang pilih nama ni. Tapi kau lupa." Hazrael bersuara perlahan. Jasmine terdiam. Baru dia teringat hal tersebut. Tetapi yang lebih mengesankan, ternyata Hazrael masih menyedari hal itu dan mengingatnya!

"Yelah, H- Haz- haih. Mister." Berat untuk dia ucapkan tetapi digagahkan sahaja lidah untuk menyebut nama panggilannya terhadap Hazrael tersebut. Lelaki Jerman itu senyum kecil kendatipun matanya masih kosong.

"Someone will show you the way to the bathroom. I'll come if I feel like I want to." Sempat lagi Hazrael senyum sinis. Ayat keduanya menyebabkan Jasmine mengepalkan tangan ingin menujah ke wajah suaminya tersebut. Memang mahu penyepak, fikirnya.

"Kau diamlah." Jasmine menjeling Hazrael, lalu keluar setelah seorang pelayan wanita mengetuk pintu selepas dipanggil Hazrael melalui interkom biliknya.

Hazrael tersenyum sendiri. Entah kenapa, dia tidak dapat menolak rasa yang asing itu saat bersama dengan anak pembunuhnya.

Naura Jasmine Ying miliknya.

— Bab 30 selesai.

Side notes:
daaamnnn hazrael's such a greenie flag pookie he's a cutie patootie 😫✨ womp womp daddyy ~





Продовжити читання

Вам також сподобається

88.1K 4.6K 38
Everything happens have a reason ♡♡♡ CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA DAN DIPUBLISH DALAM SABAHAN LANGUAGE
410K 14.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
My Annoying Guy | Malay story Від :)

Підліткова література

2.7K 253 21
STARTED: [10/5/21] FINISHED:[🤷‍♀️🤷🏻‍♀️🤷🏽‍♀️] ______________________ HE IS TROUBLE . Fayye Airyan, lelaki yang akan mendapatkan apa sahaja yang d...
73.7K 7.4K 31
Xenia Noah bangun saja daripada tidur dan perasan ada Tattoo di bahu sama dada dia. Tattoo bukan corak biasa- biasa, tapi nama seorang Tanak Wagu ( L...