Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.9K 128 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

37. Kuat

36 1 0
By luv_ani

Rafi bangun daripada sujudnya yang begitu lama.

Entah mengapa, tetapi hatinya begitu ingin berdoa kepada sang pengirim barang. Oleh itu, di dalam sujudnya penuh dengan doa-doa agar si pengirim itu dipermudahkan urusan.

Masih segar di benak fikirannya tentang ucapan yang tertulis di kertas kecil itu.

'..kerana sesungguhnya aku merinduimu, ayah.'

Ayah..

Menurutnya, si pengirim itu ialah seorang anak yang mendambakan kasih sayang seorang ayah sehingga menganggap Rafi sebagai ayah.

Tetapi itu terlihat seperti tidak masuk akal.

Rafi terpenjara di sini, mana mungkin seseorang yang tidak mengenalinya tiba-tiba mencari dia?

Jubah putih yang dia pakai sekarang baru saja basuh dengan sabun semalam, itupun pegawai penjara yang suruh. Dia tidak pernah terfikir untuk membasuh.

Memandangkan jubah itu hanya ada satu, dia sanggup menggunakannya untuk berminggu-minggu. Jubah itu.. seperti pakaian solatnya.

Omong-omong, barang sudah tidak dikirim hampir satu bulan. Rafi setia menunggu di tirai besi itu.

"Dik.. barang ada sampai tak?" Soalnya apabila bertemu mata dengan pegawai.

Pegawai itu mendekat tersenyum.

"Barang tak sampai, kali ini.. pengirimnya yang sampai."

Rafi mengernyit bingung.

"Keluarlah, bertemu dengannya." Pegawai itu kemudian membuka pintu penjara dengan salah satu kunci yang tergantung di keychain.

"Siapa dia?" Rafi masih saja menyoal.

Pegawai itu tersenyum sebelum mengatakan segaris nama yang begitu asing di telinga Rafi.

"Elfira."

Bab 37: Kuat. •

Elfira dan Rafi kini bertembung mata.

Sesuai dengan keputusannya yang dibuat berbulan-bulan yang lalu, iaitu bertemu dengan bapa kandung setelah habis menjawab SPM.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumusalam." Rafi menjawab salam dengan penuh takjub. Wajah di hadapannya dilirik setiap inci. Mirip seseorang.

Mirip Raudhah.

"Katanya ayah itu cinta pertama," tutur Elfira penuh lembut. "Tapi saya terlahir tanpa mengenali ayah saya."

'Untukmu sang lelaki yang sedunia anggap cinta pertama.'

Kala itu, hanya nota kecil yang tertulis ayat tersebut muncul di fikiran Rafi.

Pada mulanya, dia kira Raudhah yang mengirim barang itu.

Tetapi..

'Kerana sesungguhnya, aku merinduimu, Ayah.'

Apabila perkataan mulia itu berlabuh di akhir ayat, Raudhah tiba-tiba lesap dari fikiran.

Tangan Elfira terasa sejuk saat dia bertutur. "Apa khabar ayah di sini?"

Rafi terkedu.

"Saya Elfira Amelia binti Mohd Rafi. Anak pertama Rafi dan Raudhah.."

Bibirnya melekuk getar. "..saya tak pasti ayah kenal saya atau tak.."

"Tak." Pintas Rafi. "Saya tak percaya. Saya hanya ada seorang anak lelaki. Hanya Aariz. Tak ada anak perempuan."

Hati Elfira terasa dicucuk berkali-kali bila dia mendengar ayat itu.

"Tapi.. saya anak kandung.."

"Bukan anak Adib?"

Elfira tertegun. Terasa sebongkah batu menghempap jantungnya, sungguh berat untuk menerima.

"Bukan.."

Rafi hanya bungkam.

"A.. ayah pakai jubah yang kakak bagi.." suara Elfira bergetar. "Ayah baca Al-Quran yang kakak bagi juga?.."

Rafi tunduk, memandang jubah yang dia pakai sekarang.

"Ya, jubah ini cantik." Puji Rafi. "Kamu yang bagi?"

Elfira angguk perlahan.

"Kakak baru saja habis jawab SPM kelmarin."

Rafi terkedu. "Patutlah.. hati saya terasa dijentik untuk mendoakan kamu."

"Ayah doa?" Mata Elfira berbinar. Dia terasa ada sedikit cahaya menerangi hidupnya.

"Saya bukan ayah kamu." Ujarnya singkat.

Mata Elfira kembali kosong. Renungan dipasakkan ke bawah.

"Apa yang ayah perlukan untuk ayah percaya bahawa kakak anak kandung ayah?"

Rafi terdiam.

Elfira angkat wajah. "Tapi.. mungkin ayah tak perlukan bukti. Saya memang dari dulu dianggap tiada. Elfira memang asing dalam hidup ayah, kan?"

Dia sekuat mungkin menahan diri. "Ayah mungkin tak tahu rasanya ada ibu bapa tapi tak ada peran. Dari kecil saya tak kenal ibu bapa saya sendiri. Ayah tak tahu rasanya dipanggil anak yatim padahal kenyataannya bukan. Tetapi syukurlah ada juga keluarga yang ingin besarkan saya."

Elfira menelan liur sebelum bertutur lagi. "Ayah tak tahu sejauh mana saya merindukan keluarga saya. Ayah tak tahu rasanya bila saya tahu adik saya mati, bahkan saya tak sempat bertemu dengannya."

"Ayah tak tahu.." mata Elfira mula berkaca. "..rasanya perlu jadi dewasa padahal saya masih remaja."

Dia segera menghapuskan air matanya yang ingin mengalir keluar.

"Mungkin betul apa yang saya fikir dulu, saya tak patut cari siapa ayah kandung saya. Kerana dia pun tak pernah anggap saya sebagai anak dia, saya tak pernah wujud dalam dunia dia. Saya hanya menambahkan beban bila kita bertemu lagi, kan?"

Untuk itu, Rafi tersinggung.

"Saya cuba untuk jadi kuat, ayah. Ayah tak tahu apa-apa tentang saya.. dan itu amat.. me.. menyakitkan." Suaranya mula bergetar. Air mata terus mengalir.

"Saya ingat saya sudah cukup kuat untuk bertemu ayah. Tapi rupanya, saya masih jauh dari kata kuat. Saya tetap.. tak dapat gapai ayah.." Elfira tersedu-sedu. "...walaupun ayah sudah dekat.. walaupun ayah sudah ada di depan saya.. saya tetap.. tak dapat."

Rafi terasa sakit bila melihat anak itu menangis.

"Saya nak marah. Tapi saya tak tahu nak marah kat siapa, ayah.." dia terus saja bercakap walaupun dengan suara lemah.

"Mungkin, ini sudah cukup.. saya tetap tak kuat. Berbulan-bulan saya kuatkan diri untuk bertemu ayah, pada akhirnya.. saya tetap runtuh." Elfira menggeleng dan mengesat air matanya.

"Orang yang sedarah dengan saya pun.. tak percayakan saya.." Elfira bangun daripada kerusi. "Orang yang sedarah dengan saya pun.. tak tahu saya wujud."

"Saya tak tahu.. sesakit ini rasanya, ayah." Elfira kemudian tersenyum dalam keadaan mata dan wajah sudah sembab. "Jangan tinggal solat."

Itulah ucapan terakhirnya sebelum melangkah pergi meninggalkan lelaki paruh baya itu.

Rafi membatu.

_________

"Nak mee celup satu!" Jerit Amir kepada pencatat makanan yang membelakanginya. Dia duduk di salah satu kerusi lengkap dengan meja.

Kedai makan ini berada di sebelah jalan raya. Amir mengusap perut yang mula berkeroncong lapar.

"Sabar, ya." Ujarnya perlahan. Dia hanya bermain telefon bimbit. Sungguh dia berasa tenang berada di sini. Angin pun berayun lembut, seperti terdedah dengan alam sekitar.

Beberapa minit berlalu, Amir dengar satu suara yang tidak asing. Tidak terlalu jauh darinya, tapi yang pasti.. suara itu berasal daripada dapur.

"Kak, saya tak nak! Tolonglah kak.. saya sakit perut!"

"Alasan! Pergi aje. Ni mesti berdebar sebab dia hensem, kan?"

Amir terbatuk.

"Bukanlah, kakk!"

"Lepas itu?"

"Dia kawan saya! Saya tak nak lah jumpa dia. Nanti apa pula. Susah saya nak bekerja kat sini."

"Awak ni, baru first day.. relax! Come on, you can do it! Sudah, akak nak sambung masak. Awak pergi hantar mee celup ni kat dia. Tak kira, kena juga!"

Terdengar satu keluhan keluar daripada suara yang dari tadi berkeras tidak mahu menghantar pesanan tersebut. Amir tanpa sedar menghambur tawa kecil.

"Siapa.. agaknya?"

Amir angkat bahu. Dia menganggap itu tidak penting. Oleh itu, dia kembali fokus bermain telefon.

"Silakan," satu suara lunak menyapanya. Amir angguk singkat, menerima mee celup tadi.

"Terima kasih-" saat dia mendongak, dia tergamam.

Perempuan itu segera menutup separuh muka dan pergi meninggalkannya.

"A.. Ayuni!" Amir masih terkejut. Namun, Ayuni tidak menyahut.

Sudut bibirnya terangkat sebelum tangannya diangkat tinggi. "Saya nak pesan!"

Ayuni memejam mata erat sebelum dia mengeluh berat. Kenapa lah lelaki ini harus datang ke sini?

"Ayuni, ada orang nak pesan tu!"

Ayuni menggertak gigi sebelum berpaling ke arah Amir. Dia memaksa senyum.

"Ya, encik. Nak apa?"

"Nak awak, boleh? Available tak?"

Mata Ayuni membulat. "Rasanya, tak ada menu itu di sini."

Amir ketawa. "Nak mee celup satu lagi. Kau suka campur ke?"

"Kenapa tanya aku pula?" Ayuni berbisik keras.

"Cepatlah."

"Ya, campur!"

"Okey, nak mee celup campur satu!"

Ayuni menjeling sebelum masuk ke dapur kembali. Tawa Amir meletus.

"Nak air teh ais dua, eh! Kalau tak ada, nak air love you!"

"Amir!" Ayuni menghala penumbuk dari jauh. Amir tersengih.

Suka betul menyakat!

Selang beberapa minit, Ayuni datang pula membawa sedulang makanan.

Semangkuk mee celup dan dua gelas teh ais diletakkan di atas meja.

Ayuni mengatur langkah ingin pergi lagi, namun Amir menghalang.

"Uni, nak pergi mana?"

"Nak sambung kerjalah. Apa lagi?"

"Temanlah gue."

"Kenapa aku pula?" Ayuni berdecih. "Aku duduk sini nak kerja!"

"Mak ayah kau tahu ke tentang ni?"

Ayuni bungkam sebelum menggeleng. "Tak."

"Kalau begitu, duduk."

"Aku kata aku banyak-"

"Ke nak aku beritahu?" Amir mengugut.

Ayuni menggertak geraham. "Kau ni kan! Janganlah!"

"Lepas itu duduk. Itu saja aku minta." Amir berpeluk tubuh.

Belum sempat Ayuni membalas, Amir menjerit lagi.

"Kak, saya pinjam pekerja akak sebentar, boleh tak?"

Salah seorang pekerja yang lain menyahut. "Boleh! Ayuni pun tak rehat lagi!"

Amir ketawa sebelum memandang Ayuni. "Tengok? Jom, rehat sekali."

Ayuni memaksa senyum sebelum menarik kerusi dan duduk.

"Aik?"

"Apa lagi?!"

"Kenapa kau duduk meja sana! Aku suruh duduk di meja aku!" Amir menatapnya tajam.

"Tadi suruh aku duduk!"

"Aku belikan air dan makanan ini untuk kau! Tak nak ke?"

Ayuni menjeling. Memanglah dia sengaja tarik kerusi di meja lain. Jarak satu meja daripada meja Amir. Setelah difikir-fikirkan, tidak baik menyia-nyiakan rezeki.

Oleh itu, dia bangun dan mengambil makanan itu.

Amir tersenyum. Tulus.

Tiba-tiba Ayuni kembali ke meja tadi. Maksudnya, hanya ambil mee celup dan air!

Amir menatapnya geram. "Kau ni suka cabar aku,"

Ayuni tersenyum jahat. "Terima kasih lah ya."

Amir ingin bangun, namun Ayuni pantas mengangkat tangan, menuding ke arah lelaki itu.

"Jangan datang ke sini! Kalau tak.. aku tak teragak-agak pukul kau!"

Amir terkejut sebelum tersenyum miring. Dia kembali duduk.

Okey, takut!!

Setelah itu, hanya bunyi sudu dan garfu. Mereka menyantap makanan masing-masing.

Amir angkat wajah, memandang Ayuni.

Gadis itu ralit menikmati makanannya. Setahu Amir, mee celup memang kegemaran perempuan itu.

"Kau kerja sambil tunggu keputusan SPM ke?" Soalnya. Ayuni mendongak sebelum mengelap mulut dengan tisu.

"Ya, tak suka menyusahkan."

"Tahu." Amir ketawa.

Selepas itu, mereka diam pula. Sehinggalah Ayuni bersuara kembali.

"Sejak kecil, semua berharap banyak kepada aku." Ayuni menghembus nafas berat.

Amir mengerut bingung. Namun, dia hanya dengarkan. Mungkin, Ayuni perlukan tempat untuk bercerita.

"Semuanya membuat aku stres, sehingga stres itu hampir menghancurkan aku yang masih remaja." Sambung Ayuni lagi. Tangan bermain-main dengan kuah mee celup menggunakan sudu.

"Tapi mungkin aku yang suka memaksa diri, sebab.. keluarga aku tak pernah paksa aku untuk membalas jasa mereka. Apa yang aku terima hanya pujian, tapi aku merasa tak cukup. Entah kenapa." Ayuni angkat bahu.

Amir angguk faham. Dia menghirup kuah itu sebelum menatap Ayuni kembali.

"Aku rasa aku akhirnya dapat memahami kau."

Ayuni tergamam.

"Kau cuma terlalu keras dengan diri sendiri. Kau takut dengan kegagalan. Kau overthinking. Kau takut kau bukan lagi orang yang patut dibanggakan. Aku.. mohon.. jangan fikirkan orang lain, uruskan diri kau dulu."

Ayuni menunduk. Menatap pantulannya sendiri yang terhasil daripada kuah mee celup yang sudah tidak ada isinya.

"Tolong kuat."

Suara itu sentiasa membuat Ayuni tenang. Apalagi kalimatnya.

Ayuni dongak lagi.

"Kau pasti akan bertemu dengan orang yang tepat, yang akan hapuskan segala fikiran buruk kau dengan kata-katanya. Aku yakin. Kau layak."

Tetapi Ayuni merasakan lelaki di hadapannya lah orang yang tepat.

"Layak apa?" Soalnya.

Amir tersenyum manis. Bukan sinis seperti biasanya.

"Layak untuk aku."

Allah, Ayuni terpesona.

+++++++++

"Elok-elok, Baba." Dahlia menolak kerusi roda ayahnya. Hari ini, Baba disahkan berpindah ke blok lain. Kesihatannya semakin membaik.

"Ibu dan along.. ke mana?" Soal Baba.

"Angkat barang Baba lah, letak kat bilik baru."

Baba angguk faham. "Maaf menyusahkan angah."

"Jangan cakap macam tu." Dahlia melarang.

"Dahlia!"

Dia menoleh.

"Eh, Danial. Buat apa kat sini?" Dahlia terkejut. Tiada hujan, tiada ribut, tiba-tiba ada Danial.

"Nak melawat Baba lah." Danial tersengih. "Mak aku suruh bagikan bekal ni. Dia tahu apa yang terjadi pada Baba kau. Dia kirim salam juga."

Dahlia menatap bekal yang berada di tangan Danial.

"Betul ke kau ni?"

"Ya lah. Lagipun aku bosan asyik duduk rumah saja. Sekolah pun dah habis, hem." Dania berujar sedih.

"Jadi, apa kata.." Danial maju, dan tersenyum ke arah Baba. "Nial tengok Baba, kan?"

Baba ketawa kecil. "Terima kasih, Danial."

"Sama-sama, Baba." Danial tersengih lagi.

"Ish!" Dahlia berdecih. "Tepi, nak tolak ni."

"Nak ikut!" Danial berganjak. Dia mengikuti juga ke mana Dahlia menolak kerusi roda ayahnya.

"Eh tahu tak, aku ada terfikir nak bekerja tau sambil tunggu keputusan."

Dahlia angguk. "Kerja lah."

"Nanti dapat duit, aku bagi kau eh."

"Eh, kenapa aku pula?"

"Ya lah. Nak jaga ayah kau."

Dahlia geleng. "Jangan mengada, Danial. Semua bil dah lunas dibayar hari itu. Kau jangan nak baik hati sangat. Tunjuk kaya lah tu." Dia berbisik agar Baba tidak mendengar.

"Eh, niat aku ikhlas lah." Danial melindungi diri. "Guna untuk keperluan Baba lah. Atau.. simpan untuk kau nanti."

"Ish, tak nak lah." Dahlia geleng lagi. "Baik aku kerja sendiri."

"Jadi, marilah." Danial tawar-menawar.

"Kau sengaja promote ke?"

"Eh, mana ada!"

Mereka berdua berbisik-bisik.

"Kalau tak boleh, aku kerja untuk kau lah."

Dahlia menggeleng. "Tak nak aku. Hasil titik peluh orang lain, lagi-lagi tak ada kaitan."

"Tak ada kaitan? Kita kawanlah. Kau kan penolong aku." Danial berpeluk tubuh. "Ke kau nak lebih daripada kawan.. baru kau terima duit itu?"

"Jangan mengada!" Dahlia ingin saja mencubit lengan lelaki itu. Mulut main lepas!

"Gurau sajalah." Danial menghambur ketawa.

"Aku kan ketua keluarga. Kau penolong." Ujarnya lagi.

Dahlia mengeluh panjang. "Kenapa nak guna perkataan keluarga juga, kau ni! Ketua kelas saja lah!"

"Ish, kita kan keluarga!"

"Ya lah, maksud aku.. haih.. biarlah."

Danial tersenyum sinis. "Kau fikir apa, ha?"

Dahlia geleng. Malu pula!

"Kau tu yang fikir jauh!" Danial menuduh.

"Aku pula!"

"Angah, mana bilik Baba ni?"

Tiba-tiba, mereka terdiam. Dahlia merenung sekitar.

"Alamak, dah terlepas. Danial lah ni! Lain kali, halau saja lah dia, Baba."

"Kenapa nak halau akuuu!" Danial menghentak kaki sekilas.

Dahlia menjeling sebelum menolak kerusi roda ayahnya ke penjuru yang lain. Tidak lama selepas itu, sampailah mereka ke destinasi yang ditunggu-tunggu.

Terdengar satu suara garau, padahal hanya ibu dan along angkat barang tadi.

"Letak situ."

"Okey, along."

Dahlia dan Danial tertegun.

Apa? Along?

"Ibu macam mana? Lutut sakit lagi?" Lelaki itu mendekat dan melirik lutut ibu yang diurut sendiri.

"Dah okey dah. Terima kasih tolong angkat barang tadi." Ujar Ibu.

Zayn menghambur ketawa kecil. "Tak ada masalah."

"Eh, Dahlia! Masuklah, masuk!" Ibu memandangnya. "Oh, Danial pun ada?"

Zayn berpaling.

"Oh, ini kerja kau rupanya." Danial berbisik dalam hati.

Zayn tergamam bila menyedari keberadaan si ketua kelas di situ. Dia mula berjalan mendekati Danial.

"Apa kau buat kat sini?" Soal Danial.

"Dia.. jaga mak dia." Tetapi, Dahlia yang menjawab.

"Ni ke sebab kau cuti sekolah panjang tu?" Danial bercekak pinggang. Dia menatap Zayn atas bawah.

Zayn tersenyum tipis, hampir tidak terlihat.

"Aku minta diri dulu. Nak jumpa Syiraz."

"Kita tak selesai lagi!" Tempik Danial, halus.

"Baba, Ibu, Along.. Zayn pergi dulu ya?"

Mereka bertiga mengangguk. "Terima kasih, Zayn."

Bibirnya mengukir senyuman hangat teruntuk keluarga itu sebelum dia keluar daripada bilik tersebut.

Meninggalkan Danial yang menggertak gigi.

Dia sebagai ketua kelas, penat cari alasan semata-mata untuk hindarkan Zayn digantung sekolah dulu!

Dan ternyata.. ini alasan Zayn yang sebenarnya?

Danial mengurut dahi. Haih, penat jadi ketua keluarga ini. Untunglah sekolah sudah habis.

Hikhok!

___________

Elfira berjalan mendalami lautan manusia di sekelilingnya dengan tatapan kosong. Sesekali, dia tersenyum. Sesekali, air matanya jatuh. Tidak ada yang faham betapa nanarnya jiwa saat ini.

Semuanya terasa begitu sulit.

Sehinggalah dia membuka pintu rumah dan apa yang dia temukan ialah Fahrie. Menatapnya risau.

"Elfira! Kau ke mana, huh?!" Fahrie mendekat dan berhenti menyisakan beberapa jarak. Dia merenung gadis itu atas bawah.

"Kalau papa dan mama tanya nanti, aku nak jawab apa?" Fahrie mendengus.

Bohong.

Sebenarnya dia yang risau.

"Tak perlu jawab apa-apa."

Fahrie menghela nafas berat saat mendengar itu.

"Kerana mereka tak akan bertanya. Adik ini hanya anak angkat," ujarnya perlahan.

"Elf.."

"Mereka tak akan risau." Elfira menunduk seraya mengemam bibir. "Mungkin adik pun tak pernah dianggap."

"Apa kau kata ni!" Fahrie geleng. Dia menjadi anak tengah antara dua beradik ini.

Seorang rasa hancurkan hidup orang lain, seorang lagi rasa keberadaannya tak dianggap!

"Jangan fikir negatif. Kau sendiri selalu kata begitu kepada aku! Mana Elfira yang aku kenal dulu? Mana adik aku yang sentiasa positif dalam semua hal? Mana?"

Elfira angkat wajah. Matanya merah menahan tangis.

"Sudah mati."

Allahuakbar. Terasa jantungnya berhenti berdetak seketika bila Elfira kata begitu. Dia tidak tahu alasan apa lagi yang membuat gadis itu berputus asa.

"Adik.."

"Tak ada siapa pun faham El." Elfira menahan tangis. "Semua anggap El macam tunggul!"

Dia memejam mata erat. Tubuhnya bergetar hebat saat kepalanya menunduk.

Tiba-tiba dia rasakan tubuhnya didakap erat. Jantungnya berdegup kencang. Tangan Elfira hampir ingin menolak tubuh itu secara kasar jika saja dia tidak mendengar satu kata yang tidak pernah diharapkan.

"Kakak.."

Dia kira itu Fahrie.

Tetapi..

Zzup!

Elfira terperanjat merasakan tubuhnya bergetar halus. Bila dia membuka mata, hal pertama yang dia lihat ialah kamarnya sendiri. Padahal dia berada di ruang tamu tadi.

Kelibat Fahrie hilang. Hanya tinggal dia dan seorang lelaki yang semakin mengeratkan pelukannya sehingga membuat Elfira hampir kehilangan nafas.

"L.. lepas..!" Elfira meronta-ronta, meminta untuk dilepaskan. Namun, tubuh itu tidak berganjak sedikit pun. Elfira bahkan memukul-mukul dada bidang itu.

"Kakakku..,"

Pukulannya tiba-tiba terhenti.

"..tolong benarkan adik peluk kakak.."

Elfira longlai dalam tubuh itu. Namun, dia tidaklah sedarkan diri. Dia hanya.. merasa lemah.

"Ayah memang begitu.."

Elfira semakin lebat dengan tangisan. Perlahan, dia rasakan tubuhnya mula dilepaskan dari pelukan. Segala kudrat Elfira gunakan untuk menyeimbangi tubuh sendiri. Lelaki itu menjauh setapak.

"Elfira.."

Gadis itu mengangkat wajah.

Iris koko mereka bertemu, sama-sama bercahaya.

Bercahaya dengan kerinduan.

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

520K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
196K 4.6K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
161K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
354K 22.8K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...