Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

28.1K 1.7K 310

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 55

375 28 7
By nradlnaa_syh


Sambungan....




                 
                " Kau tunggu sini" sempat Dyna berkata kepada Rezza.

Rezza turut dengan arahan Dyna. Dia menunggu didalam keretannya.

Dyna pula berlari masuk ke dalam rumah sebaik sahaja mereka tiba di rumah opah.

Kelihatan opah sedang terbaring tidak sedarkan diri sambil kepalanya berlumuran darah. Manakala Mia, sedang duduk menangis di sisi opah. Badannya juga berlumuran darah seperti ditikam.

" Sampai pun.. cepat pula kau datang. Sikit lagi ja nak arwah dua orang ni.." kata seorang lelaki berbadan tegap yang sedang duduk di kerusi ruang tamu utama rumah itu.

Dyna tidak menghiraukan lelaki itu, cepat-cepat dia menghampiri opah dan Mia tetapi dihalang oleh lelaki berbadan tegap yang lain.

Dyna terus menyepak lelaki itu, tetapi ada lelaki lain yang menyepak Dyna pula sehingga membuatkan dia jatuh.

" Kau ingat senang-senang ke aku nak lepaskan diorang ni? Haha" soal lelaki itu, sinis.

" Apa kau nak?!" Tengking Dyna.

" Emm, aku hanya terima dua arahan.. satu, bunuh orang dalam rumah ni. Yang kedua, bakar rumah ni." Jawab lelaki itu, jujur.

" Aku takkan biarkan." Kata Dyna, mendatar.

Dyna terus bangun lalu menumbuk lelaki itu sehingga membuatkan cecair merah keluar dari mulutnya. Lelaki lain cuba untuk menghalang tetapi Dyna terlebih dahulu bertindak.

Dyna membelasah satu-persatu orang disitu. Dyna mengeluarkan pisau lipat yang berada di belakang seluarnya lalu menikam mereka. Satu-persatu lelaki itu tumbang ditikam Dyna.

Sekarang, hanya tinggal Dyna dan lelaki tadi, nampak seperti ketua dikalangan mereka.

Dyna menikam dada lelaki itu, dia juga mengores lengan dan badannya. Banyak cecair darah keluar dari badan lelaki itu. Lelaki itu rebah kerana kehilangan banyak darah.

Dyna mencengkam leher baju lelaki itu, tangannya yang sebelah lagi elok memegang pisau yang berlumuran darah. Dyna merenung tajam lelaki itu.

" Dyna! " Jerit Rezza yang datang selepas lama menunggu di dalam kereta.

Dia terkejut, kawasan ruang tamu penuh dengan darah. Banyak tubuh badan manusia terbaring. Kesemuanya tidak bernyawa. Ngeri.

" Apa kau buat ni?" Soal Rezza.

" Dyna?" Sampuk Khai yang datang bersama Zackry. Mereka juga terkejut dengan keadaan rumah itu.

" Musibat ni dengan kawan-kawan dia dah cari pasal." Kata Dyna, mendatar. Lelaki tadi masih elok dicengkam Dyna.

" Jangan macam ni Dyna.." pujuk Rezza sambil menghampiri Dyna.

" Jangan datang. Korang bergerak selangkah aku potong kepala musibat ni." Kata Dyna. Dia sudah tidak dapat dikawal.

" Shit. Zackry call Raf dengan Sam sekarang." Bisik Khai kepada Zackry.

Zackry terus berlari keluar dari rumah itu. Dia mengeluarkan Telefonnya lalu menghubungi Rafeeq dan Sam.

" Dyna.. letak pisau tu Dyna.." pujuk Khai, cemas. Dia tahu apa yang akan terjadi sekiranya Dyna hilang kawalan.

Dyna tidak menghiraukan kata-kata Khai.

" Kau nak hidup?" Soal Dyna, mendatar kepada lelaki itu.

Lelaki itu mengangguk lemah.

" Jawab soalan aku. Siapa hantar kau?" Soal Dyna sambil pisau yang dipegangnya dicucuk perlahan di bahagian leher lelaki itu.

" A al Alya.." kata lelaki itu, menahan kesakitan.

" Alya Amanda?" Soal Dyna. Lelaki itu mengangguk kepalanya.

" Dia dekat mana sekarang?" Soal Dyna lagi.

" Rumah dia.. tengah berehat. Kan dia kena tembak." Jawab lelaki itu, jujur.

" Bagus. Now, go to hell." Kata Dyna sebelum dia menghiris leher lelaki itu.

Darah terpercik terkena muka Dyna. Dyna membiarkan sahaja lelaki itu perlahan-lahan meninggal.

Rezza dan Khai tidak mahu melakukan apa-apa. Dyna menghampiri Mia dan opah. Dia memeriksa nadi opah, tiada degupan.

" Opah dah takda akak.. hiks hiks" kata Mia sambil air matanya mengalir membasahi pipinya.

Dyna mengempalkan tangannya.

" Kita kena keluar akak.. diorang pasang bom.. rumah ni akan meletup " kata Mia.

Cepat-cepat Dyna menolong Mia untuk bangun.

" Tolong bawa opah" kata Dyna kepada Khai dan Rezza.

Mereka berdua terus memimpin opah untuk bersama-sama keluar dari sana.


Selepas berjaya keluar, tanpa menunggu lama, rumah itu terus meletup. Disebabkan letupan tidak teruk, hanya rumah itu sahaja yang meletup tanpa menjejaskan kawasan lain.

" Call ambulans. Pastikan Mia selamat. Kalau tak, aku hiris leher korang pula." Kata Dyna kepada Rezza, Khai dan Zackry.

" Kau nak pergi mana?" Soal Zackry.

" Nanti, polis akan sampai, jangan lupa lari. Kalau kau kena tangkap, aku akan pastikan kau mati dulu sebelum masuk penjara." Kata Dyna, mendatar. Soalan Zackry tadi dibiarkan tanpa jawapan.

" Err, baik " kata Zackry, sedikit takut.

" Dyna nak pergi mana?" Soal Khai selepas melihat Dyna mencapai helmetnya lalu menghidupkan motornya.

" Ambil tugas malaikat maut." Jawab Dyna, mendatar. Dia terus menunggang motornya berlalu pergi.

" Apa maksud dia?" Soal Rezza kepada Khai.

" Ada orang akan mati kejap lagi. Mati dengan cara yang kejam. Semoga orang tu sempat bertaubat." Kata Khai, jujur.



Dyna keluar melalui simpang dari kampung itu, dia terserempak dengan Rafeeq dan Sam yang sedang memandu kereta masing-masing.

Rafeeq terus membuka tingkapnya selepas melihat Dyna. Dyna menghentikan motornya.

" Apa yang jadi? Zackry cakap Dyna hilang kawalan?" Soal Rafeeq.

" No, I'm fine. Tolong jaga Mia." Kata Dyna.

" Dyna nak pergi mana?" Sampuk Sam.

" Ada orang dah cari pasal. Dia dah ambil nyawa seseorang, jadi Dyna akan ambil nyawa dia sebagai pengganti." Kata Dyna, mendatar.

Dyna terus memandu pergi meninggalkan Rafeeq dan Sam.

" Ikut dia. Aku risau orang lain yang akan terbunuh sekali." Kata Rafeeq kepada Sam.

Sam mengangguk kepalanya. Dia mengikuti Dyna seperti yang diarahkan Rafeeq.





            Dyna tiba di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Dia memarkir motornya lalu melangkah masuk ke dalam.

Pintu diketuk dahulu, seseorang membuka pintu selepas mendengar ketukan.

" Ya? Cari siapa? Err, kenapa muka kamu berdarah ni?" Soal seorang wanita berumur 30-an.

Alya yang baru turun dari tingkat atas terus terkejut dengan apa yang dilihatnya. Cepat-cepat dia berlari untuk menutup pintu semula. Tetapi, Dyna terlebih dahulu masuk ke dalam.

Alya menarik tangan kakaknya itu naik ke tingkat atas. Pintu bilik dikunci. Dyna hanya berjalan sambil tangannya elok memegang pisau.

" Kenapa ni?" Soal kakak Alya.

" Mana Nafis?" Soal Alya kepada kakaknya.

Nafis merupakan anah buahnya iaitu anak kepada kakaknya.

" Dekat bawah"

" Ish.." Alya mendengus kasar.

" Kenapa ni?!" Marah kakaknya.

Belum sempat Alya menjawab, pintu bilik itu diketuk seseorang dari arah luar. Belum sempat kakak Alya ingin membuka, dia sudah terlebih dahulu menghalang.

Sekali lagi pintu bilik itu diketuk.

" Mama.. kenapa ni? Buka pintu ni.. ada kakak ni nak masuk.." kata Nafis, suaranya dikuatkan sedikit agar mereka yang didalam mendengar.

Dyna hanya berdiri bersebelahan Nafis. Pisau yang dipegangnya disembunyikan. Dia tadinya terjumpa Nafis yang sedang bermain di bawah bersendirian.

" Buka la mama.. kesian akak ni.. muka dia tercedera.. mama kata kalau orang dalam kesusahan kita kena tolong." Kata Nafis lagi.

Kakak Alya terus membuka pintu. Dyna menayangkan senyuman sinis selepas pintu dibuka.

" Nafis tunggu dekat bawah boleh? Akak nak cakap dengan mama Nafis dan auntie Alya.. boleh?" Soal Dyna, lembut.

" Okey" kata Nafis.

" Good boy.. terima kasih tau tolong akak." Kata Dyna sambil tersenyum.

Nafis mengangguk kepalanya sebelum dia berlari turun ke tingkat bawah.


" Haii, saya Dyna. Bekas kawan Alya. And you?" Soal Dyna sebaik sahaja kelibat Nafis hilang dari pandangannya.

" Saya Ayla.. kakak dia.." kata kakak Alya. Alya hanya mendiamkan diri.

" Ouh.. akak tahu tak apa yang adik akak ni dah buat?" Soal Dyna.

" Dia buat apa ya?"

" She just killed someone." Kata Dyna, jujur.

Ayla terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia memandang Alya supaya Alya menerangkan apa yang sedang terjadi.

" Jangan pandang dia macam tu.. dia takkan jujur. Kerja dia tipu aje setiap masa." Kata Dyna.

" Sekarang saya kena pilih, akak atau dia. How about, both?" Sambungnya lagi sebelum dia menikam perut Ayla.

Ayla jatuh terduduk sambil memegang perutnya. Alya ingin berlari tetapi Dyna terlebih dahulu menarik rambut Alya sehingga membuatkan dia jatuh.

" Jangan lari.. nanti lagi teruk kau kena." Kata Dyna.



Sam memarkir keretanya. Dia melihat pintu rumah teres dua tingkat itu terbuka. Cepat-cepat dia masuk ke dalam.

Kelihatan Nafis sedang bermain mainannya.

" Eh, abang ni siapa?" Soal Nafis selepas melihat Sam.

Sam mengerutkan keningnya.

" Mama takda cakap apa-apa pun, selalunya kalau mama order barang mama bagitau. Tapi, selalunya abang yang hantar barang tak masuk dalam rumah pun." Kata Nafis lagi.

" Ada sorang akak datang kan tadi?" Soal Sam.

" Ada.. cantik akak tu.. Nafis suka. Tapi, muka dia banyak darah. Kesian dia.." kata Nafis.

" Mana dia?" Soal Sam lagi.

" Dekat atas. Tengah mensyu su mensyua rat! " Kata Nafis, susah betul dirinya ingin menyebut mensyuarat.

Sam ingin naik ke tingkat atas tetapi Nafis terlebih dahulu memeluk kaki Sam.

" Jangan! Mama cakap kalau mama tengah men me mensyua rat jangan kacau! Nanti mama rotan Nafis. Abang nak kena rotan dengan mama ke?" Soal Nafis.

" Tak.. abang dah lambat. Kalau abang tak naik sekarang lagi la mama Nafis rotan." Kata Sam.

" Ouhh, ok pergilah." Kata Nafis. Sam terus berlari naik ke atas.

Matanya tertumpu mata Dyna, Alya dan Ayla. Mereka bertiga sama-sama berlumuran darah.

" Tolong.." rayu Ayla, lemah.

" Jangan kacau Sam. Jangan berani melangkah pun." Kata Dyna, mendatar.

" Stop Dyna.. this is not you." Rayu Sam.

" This is me, but the other side." Kata Dyna.

" Tolong.. jangan apa-apakan kakak aku.." rayu Alya.

" Jangan risau, aku hanya akan tikam dia. Aku takkan bunuh dia." Kata Dyna, sinis.

" Jom la aku seksa kau." Kata Dyna lagi sebelum dia menarik Alya masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.

Sam tidak mampu melakukan apa-apa, jika dia masuk campur, perkara yang lebih buruk akan berlaku.



" Kau sedar tak apa kesalahan terbesar yang kau buat harini hah?!" Tengking Dyna sambil mencekik Alya.

" Aku minta maaf.." kata Alya.

" Kau ingat dengan kemaafan kau tu boleh hidupkan orang yang kau ambil nyawa tadi?" Soal Dyna, sinis.

" Haha.. maaf kau tak diterima. Sekarang biar aku hantar kau masuk kubur." Kata Dyna.

Dyna menghiris perlahan pergelangan tangan Alya. Dia juga mengukir perkataan ' Die ' di pipi Alya menggunakan pisaunya.

" Tolong Dyna.. jangan bunuh aku.." rayu Alya sambil air matanya mengalir kerana menahan kesakitan.

" Aku janji aku bunuh kau. Tapi aku akan pastikan kau mati perlahan-lahan. " Kata Dyna, mendatar.

Dyna menampar pipi kanan Alya sekuat hatinya.

" Itu sebab kau fitnah Zackry." kata Dyna.

Sekali lagi dia menampar pipi kiri Alya pula.

" Itu sebab kau tuduh Ayie." Kata Dyna.

Alya terbaring lemah. Dyna mencengkam leher baju Alya.

" Aku hantar kau dulu, nanti aku hantar ketua kesayangan kau. Semoga perjalanan kau ke neraka lancar." Kata Dyna sebelum dia mengelar leher Alya.

Alya jatuh terbaring. Darah banyak terkeluar sehingga mengotori lantai bilik itu. Dyna melangkah ke arah pintu lalu membukanya.

Kelihatan Sam sedang menahan darah Ayla dari keluar.

" Tinggal aje dia dekat situ. Dia akan hidup. Tikaman tu tak dalam." Kata Dyna, mendatar.

Dyna terus melangkah turun ke tingkat bawah. Sam hanya mengikuti Dyna.

" Nafis" panggil Dyna. Nafis terus menghampiri Dyna.

" Ya akak?" Soal Nafis.

" Nafis tahu tak apa nak dibuat kalau ada kecemasan?"

" Tahu.. mama cakap call babah atau mama, lepastu call 999" jawab Nafis.

" Bagus.. Nafis call 999 dulu, lepastu call babah Nafis. Tapi, Nafis janji dengan akak, jangan naik atas selagi babah Nafis tak sampai rumah. Boleh?"

" Err ada kecemasan ke?" Soal Nafis.

" Haah, tolong ya.. janji tau jangan naik atas"

" Okey!" Kata Nafis.

" Good boy. Jangan nakal-nakal tau. Jadi orang yang berguna bila besar nanti. Jangan jadi macam auntie Nafis yang bongok tu." Sempat Dyna berpesan sebelum dia berlalu pergi.

" Err abang, bongok tu apa?" Soal Nafis.

" Bongok tu suka menyusahkan orang. Tak baik tau menyusahkan orang." Kata Sam.

" Ouhh... Nafis taknak jadi bongok." Kata Nafis.

Sam tersenyum kekok, dia terus melangkah pergi meninggalkan Nafis.

Nafis mencapai Telefon rumahnya, talian kecemasan didail.

" 999 apa yang boleh saya bantu?"

" Eh, akak tak bagitau pun nak cakap apa bila dah telefon 999." Kata Nafis sambil menggaru kepalanya.

" Balik dulu.. tolong jagakan Mia. Nanti Dyna balik." Kata Dyna kepada Sam.

" Dyna nak pergi mana?" Soal Sam.

" I need time." Kata Dyna sebelum dia memandu pergi meninggalkan Sam.

" Jangan lama-lama Dyna.. jangan lakukan perkara yang tak sepatutnya berlaku.." kata Sam, hanya dia sahaja yang mampu mendengar.







• Takziah untuk opah, Dyna kehilangan lagi seorang orang yang dia sayang. Trauma yang dia nak lupakan sebelum ni, kembali menghantui dia. 🙂

• So, itulah pengakhiran Alya. Mati dikelar.

Nak tahu siapa seterusnya? Jumpa dekat next chapter. 🍭

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 56.1K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
822 61 9
Aayan Faqieh & Hayra Qistina Start: 23 January 2024 End : ?
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
202K 10K 48
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...