Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

37K 2.3K 502

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 54

452 33 7
By nradlnaa_syh

                  " Ya Encik, apa yang boleh saya bantu?" Soal seorang jururawat selepas melihat Ayie datang menghampiri kaunter.

" Saya nak jumpa doktor Fairuz.." kata Ayie, lembut.

" Ada appointment tak?" Soal jururawat itu.

" Takda.. saya nak jumpa dia, ada hal penting. Hal peribadi." Terang Ayie.

" Ouhh, duduk dulu ya.. " kata Jururawat itu.

Ayie mengangguk kepalanya lalu dia mengambil tempat dahulu sementara menunggu Fairuz.

" Err Encik, Encik boleh jumpa doktor Fairuz " kata Jururawat tadi selepas beberapa minit Ayie menunggu.

" Baik" kata Ayie lalu dia bangun dari duduknya.

" Ikut saya yaa" kata Jururawat itu.

Ayie mengikuti jururawat itu untuk pergi ke pejabat milik Fairuz.

Jururawat itu mengetuk dahulu pintu sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam.

" Duduk" arah Fairuz.

Ayie terus mengambil tempat duduk berhadapan Fairuz. Manakala jururawat tadi terus berlalu pergi meninggalkan Fairuz dan Ayie.

" Err, saya Ayie" kata Ayie.

" Aku kenal.. Ayie Aidan kan?" Soal Fairuz.

Ayie mengangguk perlahan kepalanya.

" Kenapa kau datang sini?" Soal Fairuz lagi.

" Dyna minta saya bagi pen drive ni" kata Ayie sambil menghulurkan pen drive kepada Fairuz.

" Jangan formal sangat.. guna gelaran aku kau boleh? Aku rasa macam gay pula bila guna gelaran saya awak." Ujar Fairuz sambil mencapai huluran Ayie.

" Gay? Err boleh-boleh." Kata Ayie.

" Apa isi pen drive ni?" Soal Fairuz.

" Entah, Dyna cuma suruh bagi dekat kau. Nanti kau bagi dekat dia." Jawab Ayie.

" Hmm macam mana aku boleh percayakan kau?"

" Ayang." Kata Ayie.

" Apa ayang-ayang?! Ingat aku gay ke? Takkan la lelaki macam aku minat sejenis?!" Soal Fairuz, terkejut.

" Ehh, bukan.. dia cakap kalau kau tak percaya, dia suruh sebut ayang ka apa tah.. lebih kurang macam tu.." terang Ayie, gelabah.

" Ouhh, ok aku percayakan kau.. dah tu ja kan?"

" Yaa" jawab Ayie.

" Haa, balik la.. aku ada kerja." Arah Fairuz.

Ayie mengangguk kepalanya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Fairuz.












              Dyna mencapai kunci motornya sebelum dia melangkah turun ke tingkat bawah.

" Uii dah nak pergi ke?" Tegur Rafeeq selepas ternampak Dyna.

" Haah" jawab Dyna.

" Hati-hati.. jangan sampai kena tangkap lagi." Pesan Rafeeq, lembut.

" Baik.. ada nampak Khai tak?" Soal Dyna.

" Cari kite ke?" Sampuk Khai.

" Haah, jom la.. kata nak ikut" kata Dyna.

" Okey let's go!" Kata Khai, teruja.

Dyna menunggang motornya untuk ke rumah Fairuz bagi menjemput Zackry, manakala Khai memandu kereta Dyna.

Setibanya di rumah Fairuz, kelihatan Zackry dan Fairuz sedang menunggu di luar rumah.

" Kau naik dengan Khai ajelah.." kata Dyna kepada Zackry.

Zackry mengangguk kepalanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta.

" Eh ayang" kata Fairuz. Dyna terus menghentikan langkahnya.

" Ya?"

" Tadi Ayie ada datang hospital, dia ada bagi ni.." kata Fairuz sambil menghulurkan pen drive kepada Dyna.

" Ok thanks.." kata Dyna sambil mencapai huluran Fairuz.

" Apa isi dalam tu?" Soal Fairuz.

" Bukti" jawab Dyna.

" Ouh.. okey, take care tau.." kata Fairuz.

" Baik.. bye " ucap Dyna sebelum dia berlalu pergi.








                   " Aku ada kerja yang nak kau settle kan." Kata Alya sebaik sahaja panggilan yang dibuatnya dijawab.

" Apa tu?" Soal suara garau dari sebalik telefon.

" Aku akan bagi kau satu lokasi. Pergi sana, bunuh orang yang ada, bakar rumah tu. Jangan tinggal satu sisa pun. Pastikan tak kantoi." Ujar Alya, sinis.

" Baik." Kata lelaki itu.







               " Nak buat apa dulu ni?" Soal Khai sebaik sahaja mereka tiba di kelab Gatell'z.

" Dyna dan Zackry akan masuk, Khai tunggu luar." Kata Dyna.

" Wo wo, kenapa Khai kena percayakan manusia ni?" Soal Khai.

" Sebab aku manusia lah kau kena percaya. Bukannya serigala jadian." Sampuk Zackry.

Khai terus menjeling Zackry.

" Stop bullshitting." Kata Khai.

" Jangan nak bergaduh. Zackry masuk dengan Dyna sebab kitorang nak periksa keadaan dalam. Khai nak masuk ke? Mata tu sanggup nak tengok perempuan-perempuan seksi dekat dalam?" Soal Dyna.

" Uish.. taknak lah, trauma." Kata Khai sambil menutup matanya.

" Haa, tunggu sini. Jangan buat hal. Apa-apa rojer." Pesan Dyna.

" Baik. Woi Zackry, jaga adik aku. Jangan biarkan lelaki-lelaki dekat dalam tu mengorat dia. Kalau tak aku bunuh kau." Kata Khai.

" Ya la.. Abe ni garang la.." kata Zackry.

" Dah jom la" arah Dyna.

Mereka memakai alat mendengar agar mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Dyna dan Zackry terus masuk ke dalam. Khai pula menunggu di dalam kereta.



" Berpecah, kalau jumpa dia bagitau.." arah Dyna.

Mereka berdua terus berpecah untuk mencari kelibat Tuan Suhaimi.

Selepas beberapa minit mencari, kelibat Tuan Suhaimi tidak dijumpai mereka.

" Kau jumpa tak?" Soal Dyna dengan menggunakan alat mendengar.

" Tak" jawab Zackry.

" Tempat ni besar.. Cuba cari dekat atas" arah Dyna.

" Baik" kata Zackry. Zackry terus naik ke tingkat seterusnya bagi mencari di atas.


" Eh Zack" tegur seorang lelaki selepas melihat Zackry.

" Chong? " balas Zackry.

" Buat apa dekat sini?" Soal Chong.

" Err, cari someone" jawab Zackry.

" Ya? Siapa?"

" Suhaimi. Kau kenal?"

" Aku dah lama kerja sini, mestilah kenal." Jawab Chong.

" Ouhh, ada nampak dia?" Soal Zackry.

" Dia tak datang harini.." kata Chong.

" Ouh..baik thanks." Kata Zackry.

" Err Chong.. dia Zahrul Zackry kan?" Soal salah seorang pekerja di situ.

" Ya kenapa?" Soal Chong.

" Suruh dia lari.. polis datang nak tangkap dia" kata pekerja itu.

" Hah?!" Soal Zackry sedikit terkejut.

" Yaa, tadi ada orang report. Muka kau memang wanted sekarang. Kau tak tengok berita ke?" Soal pekerja itu.

" Kau datang dengan siapa?" Soal Chong.

" Kawan aku" jawab Zackry.

" Panggil kawan kau" arah Chong.

" Dyna naik atas, urgent. Polis tahu kita dekat sini." Kata Zackry.

Dyna terus bergegas menghampiri Zackry.

" Ikut aku. Laluan belakang ni selamat untuk korang lari. Ingat, belok kanan bila nampak satu kedai mee. Jangan belok kiri, itu jalan mati." Ujar Chong.

" Baik, thanks bro" kata Zackry.

" Lari cepat gais.. polis dah sampai" kata Khai sebaik sahaja dia ternampak banyak kereta polis datang ke arah kelab itu.

Dyna dan Zackry terus berlari keluar dari kelab itu.

Mereka keluar mengikuti pintu dapur lalu terus ke bahagian belakang kelab.

" Berhenti" jerit Rezza selepas dia ternampak Dyna dan Zackry.

" Ish bahu kena tembak pun masih teruskan misi? Gila." Kata Dyna.

Mereka berdua terus berlari mengikuti lorong yang terdapat di situ. Rezza pula mengejar Dyna dan Zackry.

Mereka tiba di hadapan kedai mee yang dikatakan Chong.

" Sini" kata Zackry.

" Jap, kau pergi dulu.. aku taknak Rezza kejar kita." Kata Dyna.

" Otak kau.. abang kau bunuh aku kejap lagi." Marah Zackry.

" Takpa, kalau dia bunuh kau, aku bunuh dia balik. Pergi dulu." Arah Dyna.

" Ish, dasar degil. Kau janji kau akan balik?" Soal Zackry.

" Yaa, aku janji. Dah pergi lah." Kata Dyna.

Zackry terus pergi meninggalkan Dyna walaupon dia ragu-ragu dengan tindakkannya itu.

" Dyna! " Jerit Rezza.

Dyna terus berlari belok kiri.

Langkahnya terhenti apabila dia tiba di jalan mati.

" Dah la Dyna. Aku penat kejar kau." Kata Rezza dengan nafasnya yang tercungap-cungap.

" Aku tak suruh kau kejar aku pun. Kau yang kejar. Lepastu penat, marah aku pula." Kata Dyna.

" Pandai eh buat lawak sekarang." Kata Rezza.

" Aku tak buat lawak pun." Kata Dyna.

" Dah la, jum ikut aku." Kata Rezza sambil mengeluarkan gari yang tersimpan di poket seluarnya.

Dyna terus mengelak dari ditangkap Rezza.

Maka, terjadilah perlawanan tumbuk menumbuk antara Dyna dan Rezza.

" Kau memang takkan percayakan aku kan?!" Marah Dyna.

" Aku bukan taknak percayakan kau, tapi aku tak boleh. Walau Fahrin dah bagitau aku perkara sebenar, Ayie pun, tapi aku tak boleh. Bukti Dyna, kau takda bukti." Kata Rezza.

" Sebabtu aku akan terus bunuh aje dia tu! Senang kerja aku. Undang-undang semua perlukan bukti. Kalau takda, memang apa pun tak boleh buat. Tambah lagi bila melibatkan polis, dia dah salah, tapi kerajaan tak pernah nak siasat tentang tu. Korang ingat semua polis baik ke?!" Tengking Dyna.

" Kau bodoh sebab masih bekerja dengan orang tua tak guna tu! Senang-senang kena tipu." Sambungnya lagi.

" Aku perlukan bukti Dyna. Aku sentiasa tanya kau kenapa kau nak bunuh Alya dan Tuan Suhaimi, tapi kau tak pernah jujur. Fahrin yang bagitau aku semuanya. Tapi aku tak boleh percayakan dia, aku nak kau yang bagitau aku. Susah Dyna. Kau juga cakap jangan percayakan sesiapa dalam pasukan aku. Aku cuma akan percaya apa yang keluar dari mulut kau Dyna, sebab kau bukan dari pasukan aku. So please, jujur dengan aku. Tell me the truth Dyna." Rayu Rezza.

" Tak payah sibuk. Yang kau perlu tahu sekarang, aku akan bunuh orang tua tu. Aku dah jujur, sekarang lepaskan aku. Atau kau nak aku bunuh kau dekat sini?"

" Aku tak setuju dengan perbuatan kau. Kenapa kau nak sangat bunuh dia? Apa motif kau?! " Tengking Rezza, kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum.

" Kalau aku bagitau kau, kau nak percaya aku ke?! " Tengking Dyna.

" Cuba la jujur dengan aku! Aku penat berfikir Dyna. Aku penat asyik tertanya-tanya tentang tu. Aku sayangkan kau Dyna, aku berharap sangat kau tak jadi pembunuh. Aku taknak tengok kau terperangkap dalam penjara tu." Rayu Rezza.

" Sorry, aku memang dah jadi pembunuh. Sejak dari dulu lagi, aku pernah bunuh orang yang bunuh mak aku. So, jangan sayangkan aku. Jangan pernah menaruh harapan dekat aku. Aku takkan sama dengan Endyna Daisha yang kau harapkan." Kata Dyna. Air matanya bertakung sedikit.

" Sorry juga Dyna. Kau lambat bagitau aku, aku dah terjatuh hati dekat kau dulu.. sejak sebelum kau tinggalkan aku. Aku tak sempat ungkapkan perasaan aku dulu dan aku menyesal." Kata Rezza, jujur.

" Jangan jatuh cinta dengan orang yang masih tersekat dengan masa lalu dia. Aku masih sayangkan Eiman, aku taknak gantikan dia. Selagi aku tak capai apa yang aku nak, aku takkan pernah lupakan dia. Jadi, buanglah perasaan kau sejauh-jauhnya. Jangan sampai kau sakit hati. Aku boleh buat kau benci dengan aku sedalam-dalamnya." Kata Dyna.

Rezza tergamam. Riak wajah Dyna menunjukkan dia tidak main-main dengan kata-katanya.

Tiba-tiba telefon Dyna berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Nombor Mia tertera disitu.

Dyna terus menjawab panggilan.

" A a akak.. hiks hiks" kedengaran suara Mia sedang menangis.

" Kenapa?" Soal Dyna, cemas.

" Balik la rumah. Kalau kau tak sampai dalam masa 15 minit, perempuan ni dan orang tua tu aku bunuh. Cepat tau, lepas 15 minit, kau takkan pernah jumpa diorang lagi." Kata suara garau dari sebalik telefon.

Panggilan terus dimatikan. Muka Dyna bertukar pucat.

" Kenapa?" Soal Rezza selepas melihat wajah Dyna.

" Tolong lepaskan aku untuk kalini Rezza.." rayu Dyna.

" Hah?"

" Aku kena balik rumah opah. Mia dengan opah, dalam bahaya.. tolong Rezza.." rayu Dyna lagi.

" Aku nak ikut.. kita boleh naik kereta aku.." kata Rezza.

Dyna mengangguk, mereka berdua terus bergegas ke kereta Rezza. Mujurlah keretanya terparkir jauh dari kereta polis yang lain.

Dyna mengeluarkan Telefonnya lalu menghubungi Khai.

" Ya Dyna? Dekat mana ni?" Soal Khai sebaik sahaja dia menjawab panggilan Dyna.

" Pergi rumah opah sekarang, tolong bawa motor Dyna sekali. Mia dengan opah, dalam bahaya." Kata Dyna, tanpa dia sedari air matanya jatuh membasahi pipinya.

" Baik " kata Khai sebelum dia mematikan panggilan.

" Bawa motor Dyna pergi rumah opah. Jumpa dekat sana." Arah Khai kepada Zackry.

" Why?" Soal Zackry.

" Jangan banyak tanya. Ini urgent, kalau tak Dyna bunuh kita." Kata Khai. Dia terus memecut kereta meninggalkan Zackry.

Zackry terus menunggang motor Dyna mengikuti Khai.

" Jangan risau Dyna, aku akan pastikan diorang selamat" kata Rezza, lembut. Dia juga memecut keretanya.

Dyna mengangguk kepalanya, dia juga menyeka air matanya menggunakan tangan.

Jantung Dyna berdegup kencang, dia takut. Dia takut perkara yang paling ditakutinya akan berulang lagi. Trauma yang dia cuba untuk lupakan akan memakannya lagi.








Akan bersambung...







• Berdoalah agar tiada yang pergi untuk chapter seterusnya.. 😌




Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 66.3K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
22K 1K 31
becky baliklah aku perlukan kau,i'm sorry- freen maaf freen,aku ingkar janji aku-becky
1.3M 53.5K 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...
39.4K 2.9K 24
"His Pride & His Woman" Asthya Dyeaanra gadis 18 tahun berdarah kacukan itali-melayu, rupa parasnya yang jelita diwarisi dari mamanya, Tengku Qarhea...