Mrs. Hazrael: His Belonging

By hatonocho

305 33 0

"Aku cintakan kau sekalipun, takkan mengubah dendam aku pada kegilaan keluarga kau." Begitulah ayat lelaki be... More

Prolog & Pengenalan
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36

Bab 24

7 1 0
By hatonocho

"Ya Allah... Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini. Andai menjadi isteri lelaki ini adalah takdirku, aku berserah kepada-Mu, ya Allah. Engkau berikanlah aku kekuatan. Engkau berikanlah aku petunjuk ya Allah. Apa lagi yang harus hamba lakukan, ya Allah..." Esakan kecil terutus di hujung bibir Jasmine. Tangannya ditadah memohon doa dari yang Maha Esa. Hamparan sejadah menjadi tempat dia mengadukan semua rasa sakit yang dideritainya. Rindu, pada auntie, Atirah, Hazif... rindu pada kehidupannya sebelum menjadi tahanan di rumah agam ini.

Usai membaca dua lembar al-Quran kecilnya, Jasmine melipat sejadah dan telekung lalu dimasukkan kembali ke dalam beg berwarna hitam miliknya. Selepas itu, dia berjalan mendekati beg berisi buku-buku. Rindu dengan suasana kehidupan normal sebelum ini. Sepi yang dia rasakan saat terkurung di dalam bilik kecil ini, tuhan sahaja yang tahu.

Beep!

Bunyi deringan sepintas tanda tombol pintu automatik tersebut berjaya diakses masuk menjengah telinga Jasmine. Segera dia pakaikan kembali telekung pada kepala kerana tidak sempat meraih tudung sarungnya.

Terdiam apabila melihat sosok tubuh yang masuk ke dalam bilik tersebut tidak lain hanyalah Hazrael. Lelaki tersebut terlihat agak tegang. Pantas kakinya dihayunkan menuju tempat Jasmine bersimpuh.

"W- woi-!" Teriakan Jasmine tidak dihiraukan. Tangan Hazrael pantas merangkul pinggang gadis itu. Begitu kuat sehingga berkerut dahi Jasmine menahan sakit.

Tubuhnya diletakkan di atas riba Hazrael. Tiada ucapan daripada mulut lelaki itu. Hanya wajah yang tegang tanpa ekspresi. Menyedari perkara itu, Jasmine mencuba berkomunikasi dengannya.

"Kau k- kau ni dah kenapa?!"

Hazrael diam sahaja. Tanpa fikir panjang dia menyembamkan wajah ke ceruk leher Jasmine. Rontaan gadis itu meminta dilepaskan jatuh ke telinga yang dibisukan. Jasmine rasa amat benci dengan lelaki itu. Tetapi, apa lagi yang harus menjadi alasannya untuk menolak lelaki tersebut selain daripada kebencian?

Lelaki tersebut sudah menjadi mahramnya.

Sunyi. 5 minit berlalu. Hazrael membatu, kepalanya masih tersandar pada ceruk leher Jasmine. Genggamannya kuat pada pinggang gadis itu. Jasmine termengah-mengah. Keliru dan rasa bersalah. Ingin menampar wajah lelaki itu tetapi bukankah dia adalah isteri kepada Hazrael? Tetapi, ah sudahlah! Bukannya lelaki itu menjadi suami atas kemahuannya!

Pak!

Satu tamparan singgah ke pipi lelaki itu.

"Shit, it hurts... S- It fucking hurts..."

Entah itu rasa bersalah atau sekadar naluri sejati manusia milik Jasmine, hatinya terasa lirih mendengar suara Hazrael. Serak meskipun perlahan, tetapi nadanya seperti merintih.

"A- Aku minta maaf." Jasmine bersuara perlahan. Tidak, dia bukanlah syaitan seperti Hazrael. Dia mempunyai perasaan. Tidak seperti lelaki itu yang hanya sesuka hati menjadikannya seperti dadu kecil yang dimainkan sesuka hati.

Tiada respon daripada Hazrael. Tetapi dada lelaki itu berombak kencang. Seperti ada sesuatu yang mengganggu pernafasannya. Menyedari perkara tersebut, Jasmine dengan berat hati menyentuh kepala Hazrael. Mencuba mengangkat kepala lelaki itu daripada terus tersembam pada lehernya. Tetapi tangan Hazrael terlebih dahulu
pantas menghentikan gerakan tangan Jasmine.

"W- Woi..." Tidak tahu mahu berbuat apa lagi, Jasmine terdiam. Tangan Hazrael yang menahan tangannya tersebut dialihkan. Jasmine tidak dapat menerima hakikat tersebut. Dia menjadi objek yang dapat disentuh oleh lelaki yang paling dibencinya itu.

Deburan nafas yang kencang tadi, beransur lega. Jasmine masih mengeraskan diri. Tidak mahu bergerak sama sekali. Hazrael yang sejak tadi tidak berganjak diperhatikan. Tertidur barangkali.

"Hazrael. Bangunlah! Kau kenapa tidur dekat sini?!" Geram, Jasmine bersuara kecil untuk menyedarkan Hazrael tersebut. Jari-jemari runcing milik Jasmine berusaha meleraikan ikatan kemas pada pinggangnya. Nihil. Masih gagal.

"Woi, kau baringlah. Tidur dekat leher aku nak buat apa? Aku bukan bantallah, woi! Bangunlah, lelaki gila! " Tertekan dengan Hazrael yang sama sekali tidak merespon, Jasmine menggaru kepala yang masih tertutup oleh telekung. Wajahnya begitu menggambarkan perasaan yang dialami saat itu. Bak seekor beruk miang.

10 minit berlalu. Masih dalam keadaan yang sama. Tiada pergerakan sama sekali. Jasmine masih kental semangatnya untuk meleraikan ikatan kuat yang mengunci dirinya di atas ribaan Hazrael tersebut. Mahu berteriak sekuat hati.

Tidak semena-mena, Hazrael bergerak sedikit.

"Naura." Panggilnya, perlahan. Jasmine membuat muka menyampah. Mahu dia teriakkan terus telinga lelaki itu. Benci.

"Apa?" Dia menjawab, nadanya ketara penuh geram. "Kau nak apa?!"

Hazrael tidak menjawab. Sepi.

Tanpa dijangka, tiba-tiba sahaja Hazrael menurunkan Jasmine dari pangkuannya. Kasar sehingga terduduk gadis itu di atas lantai kaca di dalam bilik tersebut.

Hazrael dipandang penuh tanda tanya. Riak lelaki itu berubah. Seperti dirundung rasa amarah.

Tanpa sebarang perkataan, Hazrael berlalu keluar dari bilik tersebut. Mengunci pintu dengan cukup rapat, dan kuat. Bunyi daun pintu yang dihempas kasar bergema.

Jasmine terdiam.

Lelaki tersebut memang gila.

...


Hazrael melangkahkan kaki keluar dari bilik tempatnya 'memenjarakan' Jasmine dengan riak yang penuh kebencian. Pada diri sendiri dan gadis tersebut. Segera dia menghayunkan tubuh memasuki biliknya yang tersergam megah melebihi keadaan bilik-bilik hotel mewah.

Pantas lelaki itu mendekati tingkap kaca yang menjadi tempat kegemarannya melepaskan semua perasaan. Dia juga memiliki perasaan yang susah dia sendiri gambarkan. Satu per satu emosi menghentam dirinya.

"Fuck, damn it..." Dia berbisik sendiri. Tangannya disilangkan ke dada berotot yang berselindung di sebalik baju kemeja lengan panjang berwarna pantone. Mata difokuskan ke arah bangunan-bangunan yang bercahaya dengan lampu-lampu yang menerangi anjung matanya.

Nafas kasar dihembuskan. Tangan kekar dihiasi urat-urat hijau yang menjalar diraupkan ke wajah yang sentiasa terlihat sugul tersebut. Mengambil nafas dalam-dalam.

Beberapa saat berlalu. Bunyi interkom bilik yang berbunyi beep tanda ada kehadiran seseorang yang mahu berbicara dengannya menarik perhatian lelaki tersebut. Dituju sebuah butang kecil berwarna putih, lalu ditekan.

Pintu bilik terbuka.

"Yo, Hazrael!" Lantunan suara seorang lelaki seusia Hazrael dibalas dengan sedikit pergerakan iris kelabunya sahaja. Gray Herzov, 'tetamu' Hazrael dari Rusia tersebut mendekati tubuh lampainya lalu ditepuk bahu lelaki itu dengan perlahan.

"Found the---" Belum sempat Gray mengujarkan pertanyaannya, Hazrael memintas. "Not yet."

Kening Gray bertaut. "Seriously? But, you got the person 'in charge' of it, didn't you?"

Tiada jawapan daripada Hazrael. Matanya masih tetap setia memandang bangunan-bangunan pencakar langit yang jelas terpampang di hadapan matanya. Gray menghembuskan nafas, perlahan. Hazrael ditenung lama. Riak lelaki Jerman itu sama sahaja. Tiada perubahannya.

"I heard that you married that girl." Turut memandang ke hadapan, Gray berbicara tenang. Hazrael mengangguk.

"Why?"

Soalan Gray mematikan respon tubuh Hazrael. Lelaki itu tidak membalas apa-apa, seolah tumpul otaknya untuk mencari reaksi mahupun jawapan untuk diberikan. Menyedari perihal tersebut, Gray memandang ke samping. Matanya ditajamkan ke arah wajah sahabatnya itu.

"Don't tell me you---"

Hazrael menggeleng. Sinis senyumannya yang berhiaskan taring cantik. Gray menghela nafas lega. Fikirnya Hazrael jatuh cinta pada Jasmine, anak kepada 'pembunuh' sahabatnya itu sendiri. Mustahil, fikirnya. Dan kalaupun benda tersebut berlaku, Gray sendirilah yang akan membunuh Jasmine. Tidak kiralah apapun alasannya, gadis tersebut berasal daripada keturunan lelaki tidak berperikemanusiaan yang menjadikan Hazrael mangsa kekejamannya.

Gray menghalakan matanya ke arah Hazrael sekali lagi. Diteliti wajah rakan baiknya tersebut. Masih sama sahaja seperti beberapa tahun terakhir mereka berjumpa sebelum ini.

"Yo, I brought some good drinks. Your favourites." Gray menepuk bahu Hazrael yang lebih tinggi sedikit berbanding dirinya. Mungkin lebih 5 sentimeter berbanding ketinggian lelaki asal Rusia tersebut.

"Great. I missed them."

Keadaan sunyi kembali. Gray akhirnya meninggalkan Hazrael sendiri, kerana dia yakin sahabatnya tersebut lebih selesa tidak bertemankan sesiapa. Hazrael hanya mengiringi kepergian Gray melalui ekor matanya. Apabila pintu ditutup, Hazrael kembali memandang ke hadapan.

Tidak berselang lama, Hazrael memejamkan mata. Titisan air merenik jatuh ke atas tingkap kaca. Hujan.

"Kau orang Islam, kenapa sikap kau macam ni?" Dikenang semula ayat Jasmine. Sengihan kecil terutus di bibirnya.

Terimbas kenangan lalu.

. . .

"Mommy... Daddy... What are we doing here?"

"Where is Rael, mommy?"

"Ah, your brother will be staying with uncle. He needs to learn his lesson because he's been naughty! Don't be like him, okay honey?"

"But mommy, Rael isn't naughty. Rael isn't naughty, mommy. Can we bring him along?"

"No, honey. He needs to stay with uncle. He is naughty, unlike you and baby Bastian. You can come with mommy and daddy because... my babies are such good boys, aren't they? Say yippie, baby!"

"Yippie!"

"Aww... My beloved."

. . .


"Ya Allah, kesiannya budak ni. Haji, tengok ni! Kesiannya, ya Allah! Siapa sanggup buat macam ni dekat budak-budak? Astaghfirullahalazim..."

"I told you I'm out from all this dirt, George! Keeping him will risk my family!"

. . .

"Nama aku Farid. Kau siapa?"

"Rael kena jadi good boy, ya. Solat, mengaji, belajar elok-elok. Dah, pergi ikut Farid dengan kawan-kawan. Pergi main."

. . .

Benak yang semakin hanyut menongkah memori lalu, akhirnya direhatkan. Hazrael tertidur ketika mengenang masa lalu yang semakin pudar di ingatannya.

Matanya terpejam erat, wajah tampan yang disaluti ekspresi kosong tersebut terlihat sudah tidak sedarkan diri, menuju alam lena.

— Bab 24 selesai.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 72 22
Jilid II 'Hanya kopi dan puisi yang setia menemani' Dengan nama tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Idea asal 'Aku , Kopi dan Puisi' diterbi...
165K 14.4K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
578K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
14K 738 20
"Miang bah ni lelaki..Nga kadangΒ² gentleman juga..tapi kadangΒ² juga bikin panas." -Nelly Olson- "Sia suka kacau dia.sebab dia kiut ehe" -Habel Pius- ...