Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

37.2K 2.4K 502

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 51

435 33 9
By nradlnaa_syh

                   Dyna mencapai kunci motornya sebelum dia turun ke tingkat bawah.

Kelihatan Sam dan Rafeeq sedang bersarapan. Dyna terus menghampiri abang-abangnya itu.

" Good morning" sapa Sam, lembut selepas dia melihat Dyna.

" Good morning too" balas Dyna.

" Nak pergi mana ni? " Soal Rafeeq.

" Jumpa Zackry lepastu nak pergi jumpa Ayie." jawab Dyna, jujur.

" Tak bahaya?" Soal Sam pula.

" Takpaa.. Ayie tu boleh dipercayai" jawab Dyna.

" Ouhh, pergi laa.. jangan balik lambat " pesan Sam. Dyna mengangguk kepalanya sambil tersenyum.

" Naik motor ke?" Soal Rafeeq.

" Haah " jawab Dyna.

" Kereta Dyna mana?" Soal Sam.

" Khai naik semalam. Tapi sampai harini tak nampak batang hidung dia" kata Dyna.

" Dia cakap dia nak pergi mana semalam?" Soal Sam.

" Kerja"

" Aikk? Kerja apa? Yang mana satu?" Soal Rafeeq.

" Hah? " Soal Dyna, tidak mengerti.

" Mamat tu jarang pergi kerja dekat hotel tu. Dia pergi memburu ke?" Soal Rafeeq.

" Entah. Dyna tak tanya pula kerja yang mana. Dia cuma cakap dia nak pergi kerja." Terang Dyna.

" Ouhh faham.." kata Rafeeq sambil mengangguk perlahan kepalanya.

" Hmm, biar lah dia. Nanti balik la tu" kata Sam pula.

" Haa, Dyna pergi dulu eh. Bye" kata Dyna.

" Jangan balik lambat eh.. take care " pesan Sam.

Dyna mengangguk kepalanya sebelum dia melangkah pergi.





Dyna memandu motornya menyusuri jalan raya untuk ke rumah Fairuz untuk berjumpa dengan Zackry.

Setibanya dia di sana, dia terus memarkir motornya. Matanya tertumpu pada sebuah kereta Audi R8 yang elok terparkir di luar rumah itu.

" Macam kereta aku" gumamnya sendiri. Dia terus mengetuk perlahan pintu rumah itu.

Pintu dikuak perlahan oleh seseorang.

" Eh? " Soal Khai sedikit terkejut selepas dia membuka pintu. Kelihatan wajah Dyna terpampar di hadapannya.

" Apa eh eh? Patut la tak balik rumah.. tidur sini rupanya.." kata Dyna sambil mencekak pinggangnya.

" Hehe... Tertidur semalam.." kata Khai sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.

" Ouhh.. Zackry mana Zackry? " Soal Dyna.

" Dyna datang sini cari Zackry? Bukan cari Khai?" Soal Khai.

" Kenapa kena cari Khai?" Soal Dyna pula.

" Ya la.. Dyna tak rindu Khai ke?"

" Kenapa kena rindu?" Soal Dyna, mendatar.

Khai terus mencebikkan mulutnya.

" Takpa la Dyna.. merajuk la kalau macam ni.." kata Khai.

Dia menutup semula pintu yang dibuka tadi.

" Aik? Aku salah cakap ke?" Soal Dyna sendiri.

Sekali lagi Dyna mengetuk pintu tersebut.

" Ish kalau ya pun panggil la Zackry dulu.." gumamnya sendiri.

Tiba-tiba pintu dibuka oleh Fairuz.

" Eh ayang " tegurnya.

Dyna terus menayangkan senyuman kepada Fairuz.

" Err, Zackry ada? " Soal Dyna.

" Ada.. takkan takda pula.. lama dah sampai?"

" Tak lah baru aje.." jawab Dyna.

" Ouhh masuklah dulu.."

Dyna mengangguk kepalanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

" Duduk dulu kejap lagi Zackry turun. Fairuz nak pergi kerja dulu ya.." kata Fairuz.

" Ok take care" pesan Dyna, lembut.

" Ok bye ayang" kata Fairuz. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Dyna.



" Kenapa dengan abang kau tu? " Soal Zackry sebaik sahaja dia turun dari tingkat atas.

" Kenapa apa?" Soal Dyna, tidak mengerti.

" Tiba-tiba masuk bilik, hempap pintu lepastu selimut diri sambil cebik mulut dia. Rasa nak lempang pun ada." Ujar Zackry.

" Merajuk la tu.." kata Dyna.

" Merajuk sebab?"

" Entah " jawab Dyna.

" Ya la tu.."

" Aku datang sini nak jumpa kau bukan dia. Nak cakap pasal Ayie" kata Dyna.

" Ha cakap la"

" Aku nak jumpa Ayie kejap lagi.. tapi aku perlukan pertolongan kau."

" Apa tu? " Soal Ayie.

" Ayie sekarang dituduh. Dia dijadikan target. Aku rasa Tuan Suhaimi nak target orang yang percayakan aku. Bila aku pergi jumpa Ayie kejap lagi, aku rasa diorang akan tahu. Diorang mungkin akan tangkap aku harini." Terang Dyna.

" Aku nak kau tolong bagitau abang aku nanti. Bila aku kena tangkap. Selalunya diorang akan soal siasat dulu. Diorang akan tanya mana kau. Kau ada gelang yang Eiman bagi kan?" Soal Dyna.

" Ada.." jawab Zackry sambil menunjukkan gelang yang dipakainya.

" Yang Eiman punya mana? Kau ada simpan?" Soal Dyna.

" Ada.. kenapa?"

" Gelang tu ada penjejak. Kita boleh tahu lokasi each other. Aku nak pakai gelang Eiman. Nanti kau check lokasi aku bila aku kena tangkap. Tolong aku lepaskan diri. Aku nak masuk pejabat SPAJR, ada benda yang aku nak settle kan." Ujar Dyna.

" Tapi tak boleh ke minta tolong Fahrin? " Soal Zackry.

" Bahaya.. dia tengah menyamar. Aku takut apa-apa jadi dekat dia. Kau tolong bagitau abang aku tau..."

" Hmm ya la.. tapi kalau abang kau marah jangan salahkan aku." Kata Zackry.

" Diorang takkan marah.. mana gelang tu? aku perlukan sekarang "

" Kejap aku ambil " kata Zackry sebelum dia naik semula ke tingkat atas untuk mengambil gelang yang disebut Dyna.



" Nah " kata Zackry sambil menghulurkan gelang yang diambilnya tadi.

" Thanks. Tapi, kau cuma bagitau abang aku bila aku tak call kau lepas pukul 3. Kalau sebelum pukul 3 aku call, jangan bagitau. Suruh Sam detect lokasi aku dekat mana nanti." Ujar Dyna.

" Baik, tapi hal apa yang kau nak settle kan tu?" Soal Zackry.

" Harini Tuan Nizam balik." Jawab Dyna.

" So, kau.."

Dyna menganggukkan kepalanya dahulu sebelum Zackry sempat menghabiskan ayatnya.

" Aku pergi dulu"

" Baik. Jaga diri." Pesan Zackry.

Dyna mengangguk sebelum dia melangkah pergi.

Motornya dipandu laju menyusuri jalan raya.






Dyna tiba di satu kedai makan ala Thailand. Sempat dia memeriksa dahulu sekiranya terdapat orang yang mencurigakan.

Dyna melangkah menghampiri Ayie yang sedang duduk menikmati makanannya.

" Ayie " tegur Dyna sambil mengambil tempat duduk dihadapan Ayie.

" Dyna? " Soal Ayie.

" Ya.. kau datang sorang kan?"

" Yaa, mana kau tahu aku dekat sini?"

" Aku tahu kau akan makan dekat sini. Waktu kerja dulu pun kau memang selalu makan sini." Jawab Dyna.

" Faham.. tapi kenapa kau datang jumpa aku?" Soal Ayie.

" Aku tahu kau percayakan aku. Kau tahu something yang orang lain tak tahu kan?"

" Maksud kau?" Soal Ayie, tidak mengerti.

" Pasal Eiman. Kawan baik kau yang bekerja sekali Eiman dulu, Fendy kan nama dia?"

Ayie mengangguk perlahan kepalanya.

" Dia ada cerita dekat kau? Hal sebenar yang jadi dekat Eiman. Dia tahu semuanya kan? Waktu kau pergi siasat dengan Alya dekat Puchong, dia ada bagitau kau? Tuan Suhaimi lah dalang sebenar."








Setahun yang lalu.....

(Sambungan)

" Kenapa tangan ketar tu? Tak pernah tembak orang? " Soal Eiman.

" Aku cakap diam ! " Tengking Tuan Suhaimi.

          " Letakkan senjata Tuan! " Jerit Fendy dari arah belakang Tuan Suhaimi. Dia juga sedang mengacukan pistolnya ke arah Tuan Suhaimi.

" Hahaha, kau tak ikut arahan aku. Beraninya kau." Kata Tuan Suhaimi, sinis.

Eiman terus mengerutkan keningnya. Dia melihat Fendy sambil mengeleng perlahan kepalanya.

" Apa yang Tuan buat tu salah! " Tengking Fendy.

" Kau ingat aku kesah? Manusia akan lakukan apa sahaja demi kepentingan diri. " Kata Tuan Suhaimi.

" Nope. Memang manusia akan lakukan apa sahaja demi kepentingan diri. Tapi bukan dengan cara macam kau. Orang lain usaha dengan cara baik. Hanya orang tak guna sahaja sanggup korbankan orang lain demi kepentingan diri." Sampuk Eiman.

" Syaitan macam kau tak layak digelar manusia. Kau rosakkan orang lain dengan dadah-dadah kau. Jadi polis semata-mata nak tutup kerja haram kau. Kau dah rosakkan nama baik agensi. Orang macam kau lah yang sebabkan orang lain tak percayakan polis." Sambungnya lagi.

" Hahaha, semuanya tentang pangkat dekat dunia ni. Baru kau boleh disanjung tinggi. Aku bijak sebab aku pandai gunakan pangkat aku. Dalam Dunia gelap, dan dalam Dunia polis." Kata Tuan Suhaimi.

" Tuan salah. Pangkat takkan boleh mengubah apa-apa. Kita sebagai manusia sama saja taraf. Yang membezakan kita adalah amalan kita. Tuan dah lakukan sesuatu yang buruk. Sekarang, saya akan pastikan Dunia tahu tentang perbuatan Tuan." Kata Fendy.

" Apa kau nak buat? Bunuh aku?" Soal Tuan Suhaimi.

" Saya bukan macam Tuan. Saya takkan bunuh orang suka-suka tanpa arahan." Jawab Fendy.

" Baiklah, kalau macam tu, aku akan bunuh kau." Kata Tuan Suhaimi sebelum dia melepaskan tembakan ke arah Fendy.

Cepat-cepat Eiman menghalang peluru yang dilepaskan daripada terkena Fendy.

Peluru yang dilepaskan terkena tepat dibahagian perut kirinya. Berdekatan dengan jantung.

Fendy tergamam, cepat-cepat dia berlari menghampiri Eiman yang sedang berlumuran darah. Manakala, Tuan Suhaimi sudah terlebih dahulu berlari keluar dari bangunan itu.

" Eiman! " Jerit Fendy.

" Good job kawan. Thanks sebab sokong aku. Ingat, jangan pernah biarkan diri kau tenggelam dalam kegelapan dia. Tolong bagitau orang lain tentang apa yang dia buat. Aku percayakan kau Fendy. Thanks sebab jadi rakan sekerja aku." Kata Eiman sambil tersenyum nipis.

" Kejap Eiman, aku call ambulance. Tahan sikit." Kata Fendy sambil mengeluarkan Telefonnya.

Eiman hanya memandang ke arah penjuru kawasan itu. Dia tersenyum nipis selepas melihat seseorang yang sangat dikenalinya.








" Yaa, dia pernah cerita dekat aku. Waktu aku pergi Puchong, semua rakan sepasukan Eiman dulu tuduh Eiman bukan-bukan. Diorang fitnah dia. Tambah pula bila Alya ada dekat situ, aku takkan percaya diorang sebab aku tahu perkara sebenar." Ujar Ayie, jujur.

" Aku tak bagitau korang supaya kita pun tak bodoh sebab percayakan Tuan Suhaimi tu. Aku tahu sejak Tuan Suhaimi masuk dulu, kau akan lakukan sesuatu. Aku takkan halang kau, sebab aku rasa kau buat perkara yang betul. Tapi, bila Alya cakap kau nak bunuh dia dan Tuan Suhaimi, itu salah Dyna. Kau boleh balas dendam tapi bukan dengan cara membunuh." Sambungnya lagi.

" Jangan risau, aku takkan mudah bunuh orang. Selalunya bukan aku yang bunuh, tapi abang aku. Aku cuma seksa sikit aje.." kata Dyna.

" Aku percayakan kau Dyna. Tapi, kenapa kau nak bunuh Alya?" Soal Ayie.

" Dia bersubahat dengan Tuan Suhaimi." Jawab Dyna, jujur.

" Seriously?" Soal Ayie sedikit terkejut. Dyna mengangguk kepalanya.

" Diorang target kau Ayie. Orang yang percayakan aku, yang terang-terang cakap percayakan aku, diorang akan hapuskan kau. Hancurkan hidup kau. Keluarga kau mungkin dalam bahaya. Diorang akan buat apa sahaja supaya kau percayakan diorang." Terang Dyna.

" Kau kena lebih berhati-hati lepas ni. Kau cakap aje kau percayakan diorang. Jangan risau tentang aku, aku taknak disebabkan aku, kau jadi mangsa." Sambungnya lagi.

" Thanks sebab bagitau aku. Tapi, boleh aku tolong kau?"

" Tolong apa?"

" Aku tahu Fahrin tahu yang kau masih hidup. Dia berlakon aje kan selama ni? Aku boleh tolong kau Dyna. Aku pun nak balas dendam." Kata Ayie.

" Fendy ada bagi kau apa-apa? Pen drive?" Soal Dyna.

" Takda.. tapi dia selalu bawa satu pen drive kemana-mana." Jawab Zackry.

" Aku perlukan tu. Cakap aje aku minta. Lepastu, bagi dekat Zackry." Kata Dyna.

" Tapi, how?" Soal Ayie.

Dyna mengeluarkan Telefonnya lalu menghantar mesej kepada Ayie.

" Pergi hospital tu. Cakap nak jumpa doktor Fairuz. Bagi dekat dia, pesan suruh bagi dekat Zackry. Cakap aje, aku suruh. Tapi jangan sebut Dyna, sebut ayang." Terang Dyna. Ayie mengangguk perlahan kepalanya.

" Sekarang ni, Alya tengah perhatikan kita. Ejen lain ada dekat sini juga. Diorang baru aje sampai tadi. Bila-bila masa saja diorang akan datang untuk tangkap aku." Kata Dyna.

" Mana kau tahu?" Soal Ayie.

" Nampak dua orang yang baru masuk tadi?"

" Yang pakai topi? "

" Ya. Diorang dari ejen SR. Sekarang ni, aku nak kau pura-pura marah aku. Pura-pura macam kau nak tangkap aku. Tapi kau kena bersedia lah, sebab aku akan pura-pura lepaskan diri aku. Sakit sikit aje." Kata Dyna.

Ayie terus bangun dari duduknya. Dia menghentak meja makan itu sekuat hatinya. Orang lain yang berada di dalam kedai itu terus memandang ke arah mereka.

Ayie terus mencengkam tangan Dyna seperti mahu menggarinya. Cepat-cepat Dyna menumbuk perut Ayie.

" Sakit weh " kata Ayie, dengan nada yang berbisik.

Dyna terus mengeluarkan pistol yang berada di belakang seluarnya. Dia menghalakannya kearah Ayie. Orang yang berada di dalam kedai itu terus berlari keluar kerana takut.

Cepat-cepat ejen yang menyamar mengeluarkan pistol mereka.

" Letakkan senjata " kata salah seorang ejen itu.

" Kau cakap kau percayakan aku! Kenapa diorang ada dekat sini?!" Tengking Dyna.

Ayie hanya mendiamkan diri. Dia masih memproses ayat yang perlu dia keluarkan untuk menjawab soalan Dyna.

' Lambat la Ayie. ' kata Dyna didalam hati.

" Letakkan senjata! " Tengking ejen itu lagi.

Dyna terus melemparkan pistolnya lalu mengangkat tangannya.

Ejen itu terus menghampiri Dyna lalu menggarinya.

Alya dan Tuan Suhaimi terus menghampiri Dyna dan Ayie.

" Bawa dia" arah Tuan Suhaimi.

" Bodoh. Aku tak sepatutnya percayakan kau. Tunggu lah, aku akan bunuh kau" sempat Dyna berkata kepada Ayie sebelum dia dibawa pergi.

" Bagus Ayie. Kamu dah buktikan kamu tak mengkhianati pasukan kita." Kata Tuan Suhaimi sebelum dia melangkah pergi.

Ayie hanya mendiamkan diri.

Dyna dibawa menaiki kereta polis untuk ke pejabat SPAJR. Dia akan disoal siasat di sana.










Akan bersambung....

Continue Reading

You'll Also Like

813K 46.9K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
1.8M 79.8K 146
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
246K 8.6K 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang...
1.4M 60.6K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...