Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

37.3K 2.4K 502

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 48

423 31 10
By nradlnaa_syh


Sambungan....






                    Dyna memarkir keretanya sebaik sahaja dia tiba di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat itu. Kelihatan Khai, Fairuz dan Zackry sedang menunggu di hadapan pintu rumah.

Dyna terus menghampiri ketiga-tiga jejaka itu selepas dia keluar dari keretanya.

" Kenapa? Ada masalah ke? " Soal Fairuz. Dyna tidak menjawab, dia hanya menganggukkan kepalanya.

" Masuklah dulu " kata Fairuz. Dyna terus melangkah masuk ke dalam.



" Masalah apa? " Soal Zackry.

" Pasukan Alpha ada misi baru. Misi diorang adalah untuk tangkap Zackry dan Dyna. " Jawab Dyna.

Ketiga-tiga jejaka itu sedikit terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Dyna.

" But, why? Diorang dah tahu yang korang masih hidup?" Soal Fairuz.

" Haah, Dyna rasa Alya yang bagitau " jawab Dyna.

" Bagitau apa? " Sampuk Rafeeq yang baru sahaja tiba. Fahrin dan Sam juga turut tiba bersama.

" Kenapa korang datang sini? " Soal Dyna, dia pelik.

" Abang Khai yang call tadi. Dia cakap Dyna nak jumpa " jawab Fahrin, jujur.

" Dyna nak jumpa Zackry aje.. bukan korang." Kata Dyna.

" Tadi, Zackry cakap Dyna nak datang sini.. " kata Khai.

" Ya la, sebab nak jumpa Zackry. Kan dia stay sini untuk sementara waktu." Jawab Dyna.

" Ouhh faham. Tapi cakap ajelah dengan kitorang. Kitorang nak dengar juga" kata Khai.

" Ya la, dah alang-alang semua ada dekat sini, senang la sikit" kata Dyna.

" Pasukan Fahrin ada team baru. Betul kan Fahrin? " Soal Dyna sambil melihat Fahrin.

" Ya.. mana kau tahu? " Soal Fahrin. Seingat dia, dia tidak lagi memberitahu Dyna.

" Rezza. Dia datang rumah opah tadi, untuk jumpa Dyna. Dia marah, dia tanya betul ka Dyna ugut Alya untuk bunuh Alya dan Suhaimi tu." Terang Dyna.

" Kau jawab apa? " Soal Zackry.

" Nak tak nak Dyna jujur ajelah. Dyna tak boleh tahan kemarahan waktu tu. Dia cakap Dyna sabotaj misi diorang sebab nak tutup kesalahan Zackry. Dia cakap Dyna tolong Zackry larikan diri. " Kata Dyna.

" Eh jap, siapa Rezza? " Soal Fairuz.

" Haah kan? Siapa Rezza? " Soal Khai pula.

" Alu pun tak kenal siapa Rezza" kata Rafeeq.

Fairuz, Khai dan Rafeeq masih tidak pernah berjumpa dengan Rezza dan mereka tidak mengenali siapa itu Rezza.

" Partner kerja Dyna dulu.. salah seorang ejen terbaik SPAJR juga. " Jawab Fahrin bagi pihak Dyna.

Ketiga-tiga jejaka itu mengangguk perlahan kepala mereka tanda faham.

" Eh, Sam kenal Rezza? " Soal Rafeeq kepada Sam.

" Yaa, aku ada jumpa dia waktu family Dee buat makan-makan. Kan aku pergi rumah opah waktu tu" jawab Sam. Rafeeq mengangguk kepalanya.

" Ok dah sambung. Rezza cakap apa lagi dekat kau?" Soal Zackry.

" Dia cakap pihak atasan dah tahu tentang kematian palsu Dyna. Misi diorang sekarang adalah untuk tangkap Dyna dan Zackry. Dia juga cakap, Alya bagitau diorang Zackry lah penyebab bangunan waktu misi tu meletup. Diorang tuduh Zackry yang hidupkan bom tu sebab Alya ada nampak." Ujar Dyna.

" Aikk? Aku cuma nak tolong matikan bom tu aje.. si minah senget tu yang tiba-tiba pukul aku. So tangan aku terkena butang yang salah la.. tiba-tiba nak tuduh orang. Dah la tak pandai tikam. Yang dia pandai tuduh orang aje." Kata Zackry, dia tidak berpuas hati selepas dirinya dituduh.

" Nanti kita lempar dia dekat loji taik tau! " Kata Khai , penuh manja kepada Zackry.

" Ataupun... Kita gantung dia dekat puncak menara KLCC tu, biar dia terseksa atas tu. Kalau ada petir, biar petir tu sambar dia. Baru la berakal sikit. Suka-suka dia ja tuduh orang. Diri sendiri taknak sedar diri. " Sambung Khai lagi.

" Setuju. " Kata Fairuz, dia sangat bersetuju dengan cadangan Khai.

" Jadi, kita kena buat apa ni? " Soal Fahrin.

" Teruskan aje rancangan Dyna. Tapi, kita kena lebih berhati-hati. Pastikan tak menonjol sangat." Jawab Sam.

" Yaa, Dyna dan Zackry akan cuba untuk lebih menyembunyikan diri. Rancangan tetap diteruskan. Walau apa pun yang terjadi, perkara sebenar mesti diberitahu semua orang" kata Dyna.

" Tapi, kita kena ubah plan. Disebabkan pihak sana dah tahu tentang Dyna dan Zackry, mesti diorang akan buru habis-habisan. Alya dan Suhaimi tu juga mesti akan manipulate diorang lagi. " Sampuk Rafeeq.

" Tapi tidak terjadi untuk aku." Kata Fahrin.

" Yaa. Eh, tapi diorang tak syak kau ke? Kau kan yang paling rapat dan yang paling lama kenal aku.." soal Dyna.

" Tak, aku kan pandai berlakon. Tapi aku kesian dengan Ayie, dia pula yang di syak. Diorang ingat dia lah yang bagi maklumat tentang misi dekat kau.. sebab kau dengan dia kan dah bekerja lama." Ujar Fahrin.

" Ayie? " Soal Dyna sedikit terkejut.

" Yaa, Sarah ada cakap dekat aku perangai Ayie pelik. Jadi diorang akan syak dia. Lagipun, hanya dia sorang sahaja yang terang-terang cakap dia tak percaya yang kau khianati kitorang." Jawab Fahrin.

Dyna terus tersenyum nipis mendengar kata-kata Fahrin itu.

" Ayie? Ayie Aidan tu?" Soal Zackry.

" Yaa " jawab Dyna.

" Bukan ka kawan baik dia pernah bekerja dengan Eiman dulu? Misi tentang Black Haisumi juga kan? " Soal Zackry.

" Haah.. eh! " Kata Dyna.

" Apa eh? Kenapa? " Soal Fairuz.

" Dia dah tahu ke? " Soal Dyna sendiri.

" Tahu apa ni?" Soal Khai, tidak mengerti.

" Dyna rasa Dyna kena jumpa Ayie." Kata Dyna.

" Why? " Soal Rafeeq.

" Ada benda yang Dyna nak tanya.. I think he knows something " jawab Dyna.

" Tapi tak bahaya ke? " Soal Fahrin.

" I will try.. kalau betul dia percayakan Dyna, dia takkan bagitau sesiapa. Dyna kenal dia lama, dia tahu Dyna takkan mudah khianati pasukan sendiri." Kata Dyna.

" So, apa rancangan baru kita? " Soal Zackry.

" Masih sama, kita akan target Suhaimi dulu. Dia selalu pergi kelab Gatell'z, jadi kita akan perangkap dia dekat sana. Pastikan dia mengaku, kalau dia taknak, bunuh aje lah senang. Lagipun dia tak penting pun untuk Black Haisumi. Dia cuma cable. " Terang Dyna.

" Lepas settle Suhaimi beruban tu, baru kita target ketua sebenar Black Haisumi. Dia ingat dia boleh terlepas senang-senang? Dyna yakin dia masih tak tahu yang kita dah tahu tentang diri dia yang sebenar." Sambungnya lagi.

" Bila nak pergi buru beruban tu? " Soal Khai.

" Dia selalu pergi kelab tu hari apa? Waktu bila? Bila dia sampai? Dan bila dia balik? " Soal Dyna kepada Khai.

" Err, selalunya hari Sabtu. Dalam pukul 10 malam macam tu.. dan dia akan balik dalam pukul 2 hingga 3 pagi, dalam keadaan mabuk, diiringi perempuan-perempuan tak cukup kain. Baju ketat nampak paha yang berdaki. Tergelak-gelak macam ada setan geletek diorang." Jawab Khai, selamba.

" Perhh tajam betul mata kau sampai nampak daki" kata Fairuz.

" Dari jauh boleh nampak. " Kata Khai.

" Baik, kita tunggu hari Sabtu. Rancang betul-betul. Semua orang akan berada dekat sana kecuali Zackry " kata Dyna.

" Aikk? Kenapa aku tak boleh ikut sekali?" Soal Zackry.

" Tangan kau.. dah ok ke? " Soal Dyna.

" Ok jaa.. cuma sakit sikit bila angkat benda berat. Tapi kalau setakat pistol tu boleh laa. Sniper aje tak boleh." Balas Zackry.

" Sniper kita dah ada Sam, so kau tak diperlukan " kata Khai, selamba.

" Takpa... Aku tak kesah. Tapi aku nak ikut.. please..." Rayu Zackry.

" Hmm.. ye laa. Tapi Raf kena jaga Zackry " kata Dyna.

" Aku rasa Zackry yang akan jaga Raf" sampuk Khai. Rafeeq terus menghantar jelingan kepada Khai.

" Baiklah, semua pergi. Fahrin dan Fairuz akan tunggu dalam kereta. Bagi arahan dari situ. Dyna, Khai, Rafeeq dan Zackry akan masuk ke dalam kelab tu. Kita akan menyamar. Sam pula, jaga dari luar. Perhatikan sekeliling. Kalau Dyna bagi arahan, terus tembak" terang Dyna.

Mereka semua mengangguk tanda faham.

" Dyna sekarang nak stay mana? Rumah opah juga? " Soal Rafeeq.

" Err tak.. rumah Raf laa.. boleh ke? "

" Mestilah boleh.. kenapa tak boleh pula? Lagipun lebih baik Dyna stay rumah Raf, ya la, kalau Dyna stay rumah opah, mesti senang diorang nak tangkap Dyna." Kata Rafeeq.

" Yeayy !! " Jerit Khai, dia teruja selepas mendengar Dyna akan tinggal di rumah Rafeeq.















                       Rezza mencapai Telefonnya. Nombor Alya di dail.

" Ya Rezza? " Soal Alya sebaik sahaja dia menjawab panggilan dari Rezza.

" Aku nak tanya sikit boleh? " Soal Rezza.

" Boleh.. apa tu? " Jawab Alya.

" Boleh aku tahu bila Dyna ugut kau dan kenapa?" Soal Rezza.

" Dia ugut aku beberapa hari lepas dia mati tu. Sebenarnya aku dah tahu tentang dia dan Zackry. Aku ada tanya dia sebelum misi tu, sebab aku keliru. Tapi dia menafikan. Bila aku siasat lagi, aku jumpa sesuatu. Sejak dari tu aku tau, dia tolong Zackry. Dia dia hanya menipu kita." Jawab Alya.

" Kau jumpa apa?"

" Waktu aku dengan Ayie pergi Puchong untuk tanya pasukan sana tentang misi diorang dulu. Ada sorang ni, dia cakap pasukan diorang sebenarnya ada pengkhianat. Nama dia Eiman Zikry, kau mesti kenal kan? "

" Yaa " jawab Rezza.

" Haa dia bekas tunang Dyna. Dan Eiman tu juga kawan baik kepada Zackry. Dia khianati team dia dulu tu mesti sebab Zackry. Ya la, takkan la dia nak khianati kawan baik sendiri kan? Sama la macam Dyna. Dia mesti tolong Zackry sebab Zackry tu kawan baik bekas tunang dia." Ujar Alya.

" Tapi apa kena mengena dengan Tuan Suhaimi? " Soal Rezza lagi.

" Aku rasa diorang nak balas dendam. Tuan Suhaimi kan yang mengarah Kes Black Haisumi dulu, bila Eiman mati, Dyna dan Zackry akan salahkan Tuan Suhaimi. Diorang mungkin ingat Tuan Suhaimi lah penyebab Eiman tak berjaya diselamatkan dulu. Pasukan yang siasat Kes ni dulu tak berjaya selamatkan Eiman. Lagipun, kan Tuan Suhaimi buka balik Kes ni." Terang Alya.

" Mana kau tahu tentang ni? " Soal Rezza, dia pelik.

" Err, kan aku cakap, aku siasat benda ni." Jawab Alya.

" Kenapa baru sekarang kau nak bagitau? Kenapa tak dari dulu aje? "

" Aku ingatkan Dyna mati betul-betul dalam bangunan tu. Aku ingat tu cuma kesalahan dia. Aku juga berharap dia tak lakukan rancangan dia. So, aku tak bagitau la sesiapa. Bila dia datang untuk ugut aku, aku terus bagitau tuan Suhaimi. Yang lagi aku risau, bila aku terdengar suara dia waktu dekat pangsapuri tu." Terang Alya.

" Baik lah Alya. Thanks sebab bagitau aku." Kata Rezza.

" Tapi, kau tak percayakan Dyna kan? Kau percayakan aku kan? " Soal Alya.

" Hmm, aku tak tahu laa" jawab Rezza.

" Jangan jadi macam Ayie, Rezza. Dia tu dah dibutakan Dyna. Dia kenal Dyna lama, tapi dia taktahu perangai sebenar Dyna. Kalau kau percayakan dia, kau pun akan dituduh juga. Semua orang akan syak kau sekali." Kata Alya.

" Tapi Ayie nampak macam jujur" kata Rezza.

" Jangan mudah percayakan kata-kata dan rayuan dia. Waktu pasukan dekat Puchong bagitau tentang Eiman, dia tak bagitau pun korang. Bila aku nak bagitau dia marah. Aku syak dia pun bersubahat. Orang yang bagitau Dyna tentang misi tu sebenarnya dia. " Kata Alya, penuh yakin.

" Aku tak boleh percayakan sesiapa buat masa sekarang. Aku akan ikut bukti yang kita jumpa. " Kata Rezza.

" Ya la, aku harap kau buat keputusan yang tepat. Tapi, walau apa pun yang terjadi, misi kita tetap diteruskan. Dyna dan Zackry masih akan ditangkap. Pihak atasan pun akan turut sekali membantu kita untuk buru diorang. Agensi lain pun sama." Kata Alya.

" Ya, aku tau. Dah la, thanks sebab bagitau aku. Sorry ganggu waktu kau" kata Rezza.

" Ya " jawab Alya.

Rezza terus mematikan panggilan. Dia meraup kasar wajahnya. Serabut kepalanya memikirkan tentang perkara ini. Dia tidak tahu siapa yang patut dia percaya.

Dia dapat merasakan Ayie sedang jujur, dia juga tidak boleh untuk menuduh Dyna walaupon dia sudah mencuba. Dia keliru dengan arahan untuk misinya. Alya pula menambah lagi kekeliruan di dalam dirinya.

" What should I do? " Soalnya sendiri.












Continue Reading

You'll Also Like

43K 3.1K 25
( DESCRIPTION akan diupdate selepas diedit :) ) [Versi Remake/Edit]
1.8M 80.1K 146
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
814K 46.9K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
1.6M 66.4K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...