Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

28.2K 1.7K 310

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 46

340 22 11
By nradlnaa_syh

Sambungan...


                   Selesai menikmati makanan, Rezza terus bangun dari duduknya lalu ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dyna hanya mengikuti langkah Rezza.

" Kau belanja ke? " Soal Dyna kepada Rezza sebaik sahaja tiba di kaunter pembayaran.

" Mestila.. aku yang ajak kau makan. So, aku lah yang kena bayar.." jawab Rezza, lembut.

" Tapi kejap lagi kau nak belanja aku aiskrim yogurt lagi, takpe ke? " Soal Dyna.

" Takpa.. bukan selalu aku belanja kau" jawab Rezza sambil tersenyum. Dyna mengangguk kepalanya.

" Member ada tak? " Soal pekerja di restaurant itu.

" Ada, ni member saya " jawab Rezza sambil menunjuk Dyna.

" Err bukan, maksud saya member restaurant ni " kata pekerja itu.

" Ouhh, takda.. " jawab Rezza sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.

" Aku ada " kata Dyna sambil menahan diri dari ketawa.

Selesai membuat pembayaran, mereka terus berlalu pergi meninggalkan restaurant itu.









              Selepas beberapa minit, mereka tiba di satu kafe yang menjual pencuci mulut. Disebabkan lokasi restaurant dan kafe itu tidak jauh, jadi mereka tidak mengambil masa yang lama untuk tiba.

Rezza memarkir keretanya sebelum mereka melangkah masuk ke dalam kafe itu.

" Macam tau tau aje aku selalu makan aiskrim yogurt dekat sini" kata Dyna, perlahan sahaja suaranya.

" Mestilah aku tahu, semua tentang diri kau aku tahu" bisik Rezza.

" Tak semua. " Kata Dyna, mendatar.

" Ya tak ya juga. Ish baru nak acah sweet.. kau ni potong line laa" kata Rezza sambil mencebik mulutnya.

" Apa? Aku cuma bagitau perkara sebenar la" kata Dyna.

" Ya la.. ha cepat order" kata Rezza.

" Tadi kau kata semua tentang diri aku kau tahu, ha order kan untuk aku. Kalau tak betul aku taknak keluar dengan kau dah." Kata Dyna.

" Ish, mana boleh macam tu.. " kata Rezza, tidak berpuas hati.

" Boleh. Cepat la banyak bunyi pula" kata Dyna.

Rezza terus ke kaunter untuk membeli aiskrim yang Dyna mahukan sementara Dyna menunggu di meja.

Selepas beberapa minit, Rezza datang sambil membawa aiskrim dan makanan yang sudah di order. Dia meletakkan kesemua makanan itu di atas meja.

" Banyak nya.. siapa nak habiskan? " Soal Dyna selepas melihat kesemua hidangan yang berada di atas meja.

" Banyak ke? Aku main order ja tadi.. "

" Banyak la ni.. kita kan baru makan tadi" kata Dyna.

" Sikit aje la... " Kata Rezza.

" Memang sikit, tapi kan kita baru makan tadi. Aiskrim yogurt dua, ini kek siapa nak makan? Kau order air lagi.. donut, waffle banyaknya coklat dia. Soft cookies dengan susu lagi. " Kata Dyna, dia menyebut satu persatu makanan yang sudah dibeli oleh Rezza.

" Sikit aje.. aiskrim untuk kau, kek tu aku nampak macam sedap so aku nak try, donut pun.. waffle tu pun sama.. soft cookies tu aku taktau kenapa aku beli hehe" kata Rezza.

" Semua kau nak try, kenapa tak order aje semua menu yang ada dekat kafe ni? "

" Nafsu makan aku membuak-buak nak buat macam mana? Lagipun kau kan perempuan, mesti kau suka makan dessert ni.. jangan la marah.." kata Rezza.

" Tak marah la, tapi kau kena habiskan. Aku taknak ada pembaziran. " Kata Dyna, lembut.

" Yaa, aku janji aku tak membazir" kata Rezza.

" Ya laa " kata Dyna.

" Betul tak aiskrim ni? Aku beli yang top seller tau"

" Sebenarnya, semua aiskrim yogurt aku makan. " Kata Dyna.

" Kenapa tak bagitau? " Soal Rezza sedikit terkejut.

" Saja.. aku nak tengok cara kau berfikir. Aku dah agak kau akan beli top seller " Ujar Dyna.

" Tapi, kalau kau bagitau, aku beli semua dah perisa yang ada." Kata Rezza, selamba.

" Kau ingat perut aku ni tempat penyimpanan aiskrim ke hah?"

" Hehehe bukan tempat penyimpanan aiskrim, tapi mesin pemakan aiskrim " jawab Rezza , selamba.

" Tak lawak. " Kata Dyna. Rezza terus mencebik mulutnya.

Mereka berdua menikmati makanan yang sudah dibeli.


Tiba-tiba, kedengaran bunyi telefon bimbit milik Rezza berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Nombor Tuan Suhaimi tertera disitu.

" Tunggu kejap eh " kata Rezza. Dyna mengangguk kepalanya.

Rezza menjawab panggilan tersebut sedikit jauh dari meja tempat mereka makan.

" Ya tuan? " Soal Rezza.

" Kamu dekat mana? "

" Saya ada dekat luar.. kenapa ya? "

" Boleh datang pejabat sekarang? Saya ada hal nak dibincangkan dengan kamu. " Kata Tuan Suhaimi.

" Err, tentang misi ke? " Soal Rezza.

" Haah, Ayie, Darwish, Alya dan Sarah pun akan datang. Kyle dan Fahrin sahaja tak perlu. " Jawab Tuan Suhaimi.

" Boleh, tapi mungkin lambat sikit. " Kata Rezza.

" Tak mengapa, datang dulu. Bila semua dah sampai baru saya mulakan mensyuarat" kata Tuan Suhaimi.

" Baik Tuan " kata Rezza. Panggilan dimatikan. Rezza terus menghampiri Dyna semula.

" Err Dyna, kalau aku bagitau ni kau jangan marah eh" kata Rezza.

" Marah? Kenapa? " Soal Dyna, tidak mengerti.

" Tuan Suhaimi call aku, dia nak bincang sesuatu. So, aku kena gerak sekarang.." jawab Rezza.

" Takpa pergilah.. kenapa nak kena marah pula? "

" Ya la, kan aku janji nak belanja kau.. lepastu tiba-tiba aku kena masuk kerja.. sorry yaa" kata Rezza, dia rasa bersalah.

" It's okay.. semua kena ada dekat sana ke? "

" Pasukan siber aje tak" jawab Rezza.

" Ohh ok, pergi la.. tapi aku nak minta tolong sikit, hantar aku dekat restaurant abang aku. Boleh? "

" Haa boleh " jawab Rezza, lembut.

Dyna terus bangun dari duduknya. Rezza menghantar Dyna di hadapan restaurant milik Sam sebelum dia bergerak ke pejabat SPAJR.


" Sorry tau Dyna.. " sempat Rezza meminta maaf kepada Dyna.

" Takpa.. pergila, nanti lambat pula.. ingat eh, jangan bagitau sesiapa yang aku masih hidup" pesan Dyna.

" Baik.. " kata Rezza. Keretanya dipandu pergi meninggalkan kawasan restaurant itu.

Dyna terus masuk ke dalam restaurant itu untuk mencari Sam. Dia menunggu Sam menghabiskan kerjanya sebelum bersama-sama pulang ke rumah.















                      " Rezza " tegur Darwish yang baru keluar dari keretanya.

Rezza terus memandang ke arah Darwish. Keretanya dikunci lalu dia berjalan menghampiri Darwish.

" Mensyuarat apa ni? Kata nak bagi cuti. Ini baru berapa hari dah panggil masuk kerja " soal Rezza, dia tidak berpuas hati. Baru sahaja dia mahu meluangkan masa bersama Dyna.

" Entah la.. aku sedap tidur tadi tiba-tiba dapat call." Kata Darwish.

Mereka berdua terus berjalan masuk ke dalam pejabat SPAJR itu.

Kelihatan Ayie, Sarah dan Alya sedang menunggu di hadapan pintu masuk bilik mensyuarat.

" Lama dah sampai? " Soal Darwish kepada Ayie.

" Tak la lama sangat" jawab Ayie.

" Mensyuarat pasal apa ni? Kacau mood la.. aku baru nak layan kdrama tadi. " Kata Sarah.

" Tak habis- habis dengan kdrama kau. Makan kdrama, tidur kdrama, mandi kdrama dah alang-alang tu kahwin la dengan kdrama kau." Kata Darwish.

" Biarlah yang penting tak guna internet kau nak tengok tu." Kata Sarah sambil mencekak pinggangnya. Dia juga menjeling Darwish.

Darwish membalas jelingan Sarah. Alya pula hanya mendiamkan diri dari awal dia tiba.

" Mari masuk, cepat kita habiskan mensyuarat ni, kamu semua boleh balik cepat" arah Tuan Suhaimi sebaik sahaja dia melihat anak buahnya itu sedang menunggu di luar pintu bilik mensyuarat.

Mereka semua terus masuk lalu mengambil tempat.

" Baiklah, maaf mengganggu waktu cuti kamu. Saya cuma nak bincangkan tentang misi kamu. Saya dah dapat tahu siapa penyebab bukti yang kamu mesti kumpul dimusnahkan." Tuan Suhaimi memulakan perbincangan mereka.

" Siapa Tuan? " Soal Ayie.

" Dyna " jawab Tuan Suhaimi.

Mereka semua sedikit terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Tuan Suhaimi. Alya hanya beriak tenang.

" Dyna? " Soal Sarah.

" Yaa, Endyna Daisha. Bekas rakan setugas kamu semua" kata Tuan Suhaimi.

" Tapi dia dah takda" kata Ayie.

" Sebenarnya dia masih hidup. Dia dah bersubahat dengan Zackry. Berpura-pura mati adalah salah satu jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari ditangkap. " Kata Tuan Suhaimi.

" Tapi how? " Soal Sarah, dia masih tidak dapat mempercayai. Dia tahu dan dia kenal Dyna. Dyna tidak akan mudah untuk mengkhianati mereka.

" Waktu misi terakhir dia. Sebelum bom tu meletup, Dyna ada kejar Zackry kan? Waktu tu lah dia keluar dari bangunan tu. Dia sebenarnya dah rancang dari awal sebelum kamu semua pergi untuk melakukan misi. Segala plan bangunan tu dia tahu.  CCTV dekat kafe berhampiran dengan bangunan tu, dia dah hack. Kamu semua tahu kebolehan dia selain berlawan kan? Hack sistem sudah jadi kepakaran dia. " Ujar Tuan Suhaimi.

" Pihak atasan jumpa sesuatu yang pelik dekat CCTV tu. Diorang juga jumpa saksi mengatakan mereka ternampak Dyna keluar dari lorong belakang bangunan tu. Bom yang dipasang, itu semua kerja Zackry. " Sambungnya lagi.

" Yaa, Zackry yang pasang bom tu. Waktu aku nak tangkap dia, aku nampak dia tengah tekan butang dekat bom tu. Bila aku cuba halang, dia tikam aku. " Sampuk Alya.

" Tapi, kalau dia bekerjasama dengan Zackry, kenapa dia mesti musnahkan semua dadah-dadah yang ada. Itu organisasi Zackry kan? " Soal Sarah.

" Bukti. Dia tahu kita akan sambung untuk mencari bukti. Organisasi dia besar, jadi segala bukti mesti dihapuskan dahulu sebelum jatuh di tangan polis. Itu sebab kenapa dia tak bunuh semua pekerja-pekerja tu. Dadah-dadah bila dihapuskan masih boleh dibuat baru, tapi pekerja susah cari. " Jawab Tuan Suhaimi.

" Eh jap, Alya, kau dah tahu dari awal yang Dyna masih hidup?" Soal Darwish.

" Yaa, dia ada datang untuk ugut aku. Dia cakap dia akan bunuh aku kalau aku bagitau korang yang dia masih hidup. Aku takut. Dia juga ugut nak bunuh orang yang aku sayang. Waktu misi dekat pangsapuri tu, aku ada terdengar suara dia. Tapi, aku abaikan sebab Ayie cakap dia tak dengar apa-apa." Jawab Alya.

" Ayie, kamu ada apa-apa nak cakap? " Soal Tuan Suhaimi.

" Hah? Saya? " Soal Ayie, tidak mengerti.

" Yaa, dalam pasukan kita mungkin ada pengkhianat yang bekerjasama dengan Dyna. " Kata Tuan Suhaimi.

" Maksud Tuan? " Soal Rezza yang dari tadi dia hanya berdiam diri.

" Misi kamu, hanya pasukan kamu dan pihak atasan sahaja yang tahu. Pasukan dari agensi lain taktahu. Dan semua maklumat hanya dibagi kepada kamu semua. Lokasi, waktu, rancangan, semua la.. macam mana Dyna boleh tahu? Dia dah tak lagi bekerja. Lepas saya dan pihak atasan bincang, kami buat keputusan ada pengkhianat dalam pasukan ni." Terang Tuan Suhaimi.

" Jadi, Tuan nak tuduh saya? " Soal Ayie.

" Saya tak tuduh. Saya cuma tanya. Kamu ada tahu apa-apa atau perasan apa-apa yang pelik tentang Dyna? Ya la, kamu dan Dyna sudah bekerjasama lama. Dari waktu kamu berdua bertugas di Perlis sebelum kamu berdua dipindahkan ke sini" Ujar Tuan Suhaimi.

" Saya tak tahu.. dia nampak normal aje. Tapi tak mungkin, dia cakap dia takut dengan misi terakhir tu. Dia takut kita akan gagal misi tu. Takkan la dia nak khianati kita? Mustahil." Kata Ayie.

" Boleh jadi dia nak manipulate kau " sampuk Alya.

" No, aku kenal Dyna macam mana. Dia takkan mudah khianati pasukan sendiri. " Kata Ayie.

" Kau pun tahu kan dia dengan Zackry berkawan dulu. Jadi, dia takkan khianati kawan dia. Zackry tu kawan dia ! Aku kena ugut dengan dia. Dia cakap dia nak bunuh aku. Itu kau cakap tak mudah nak khianati pasukan sendiri?! " Marah Alya.

Ayie hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu berkata apa-apa.

" Betul ka kamu taktahu apa-apa tentang ni? " Soal Tuan Suhaimi kepada Ayie.

" Saya tak tahu.. " jawab Ayie, dia buntu.

" Baiklah, ada apa-apa lagi maklumat Alya? Dyna ada cakap apa lagi dekat kamu? " Soal Tuan Suhaimi.

" Dia cakap siapa yang halang rancangan dia, dia akan bunuh orang tu. Dia juga cakap nak bunuh Tuan Suhaimi. Kalau bukan disebabkan Tuan Suhaimi, mesti dah lama Kes Black Haisumi ditutup. " Terang Alya. Rezza terus mengerutkan keningnya.

" Seriously? " Soal Darwish sedikit terkejut. Alya mengangguk perlahan kepalanya.

" Jadi, lepas kamu bercuti, misi baru akan masuk. Pihak atasan minta kita untuk tangkap Dyna. Dia dah lakukan jenayah besar.  Mengkhianati dan melanggar janji sebagai ejen. Pihak atasan nak kamu semua tangkap dia hidup-hidup. " Kata Tuan Suhaimi.

" Lepas cuti, kita akan adakan mensyuarat lagi. Kita akan susun rancangan untuk menangkap dia. Saya harap pengkhianat yang dikatakan pihak atasan tu tak ada dalam pasukan ini. Cukup lah Dyna seorang. " Sambungnya lagi.

" Macam mana dengan Tuan? " Soal Darwish.

" Tak mengapa. Saya akan lebih berhati-hati. Saya juga nak kamu semua berhati-hati. Dyna tu pandai, ejen terbaik SPAJR. Dia akan lakukan apa sahaja. Jadi, jaga diri kamu. " Pesan Tuan Suhaimi.

" Baik Tuan " kata mereka serentak, kecuali Rezza dan Ayie.

Ayie masih tidak dapat mempercayai tentang apa yang dilakukan Dyna. Rezza pula, keliru. Dia keliru mahu mempercayai Dyna atau pasukannya.

" Tapi Tuan, macam mana dengan Kyle dan Fahrin? " Soal Darwish.

" Jangan risau, diorang pun tahu tentang ni." Jawab Tuan Suhaimi.

" Bukan tu maksud saya, tapi Fahrin kan rapat dengan Dyna.."

" Kita tak boleh tuduh Fahrin, dia nampak seperti tidak mengetahui apa-apa. Dia juga sentiasa ada di pejabat dahulu. Jadi, pihak atasan melepaskan dia. " Terang Tuan Suhaimi. Darwish mengangguk tanda faham.

" Baiklah, saya rasa itu sahaja. Kamu boleh pulang. Ingat, lepas bercuti, saya nak kamu semua fokus dan bersedia untuk misi. Kita nak tangkap seseorang yang pernah menjadi ejen terbaik. Bukan calang-calang musuh." Kata tuan Suhaimi.

Mereka semua mengangguk tanda faham. Selesai bermensyuarat, mereka semua terus beredar untuk pulang.


Rezza memandu keretanya dengan perasaan yang tertanya-tanya. Dia keliru, buntu, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Adakah dia perlu mempercayai Dyna? Atau Dyna hanya mempermainkan dia?








Continue Reading

You'll Also Like

259K 3.7K 18
Noah Isaac x Nayla Izzara Noah Isaac adalah seorang jejaka tampan dan kaya. Perancangan berkahwin tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Disebabkan...
1.7K 163 10
✧⁠*⁠。 ⁠♡~NOAH DARIEAN & DAHLIA AURORA ~✧⁠*⁠。 ⁠♡ 5 Tahun lalu telah berlaku peristiwa hitam bagi Dariean. Dia dikhianati oleh teman wanitanya Bella I...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
280K 20.7K 36
Damien Mikhail & Aryana Dahlia " Kenapa tak boleh pandang? " - Aryana Dahlia " Because you're mine, always mine baby! " - Damien Mikhail ...