In The Dreams

Oleh cikemgee

928 133 124

"Kenapa macam kenal..? Kita pernah kenal ke?" - Hawa Afreen "Kenapa pulak aku nak kenal kau? Kau?!" - Aniq Hu... Lebih Banyak

Zero
One
Two
Three
Four
Five
Six
Seven
Eight
Nine
Ten
Eleven
Twelve
Thirteen
Fourteen
Fifteen
Sixteen
Seventeen
Nineteen
Twenty
Twenty-one
Twenty-two
Twenty-three
Twenty-four
Twenty-five
Twenty-six
Twenty-seven
Twenty-eight
Twenty-nine
Thirtieee
Thirty-one
Thirty-two
Thirty-three
Thirty-four
Thirty-five
Thirty-six
Thirty-seven

Eighteen

20 5 0
Oleh cikemgee

"Aishah, lama tak dengar khabar anak buah awak. Dah lama dia tak balik," kata Cik Haslinda, jiran Mak Ngah sewaktu dia berkunjung ke rumah Mak Ngah untuk mengambil kuih-muih yang dipesan dari Mak Ngah.

Mak Ngah tersenyum.

"Busy la tu. Dia baru bukak kafe, mungkin banyak kerja. Dia selalu je call saya, cuma balik tulah yang susah sikit. Jauh kan," balas Mak Ngah. Cik Haslinda mengangguk faham. Bekas besar berisi kuih cara berlauk diletakkan ke atas meja. Nak sambung borak lagi.

"Faham. Lagipun duduk bandar senang kan nak cari makanan apa semua, tak payah masak selalu pun tak apa. Banyak je pilihan, dahlah best-best. Teringin saya nak jalan-jalan kat sana, nak cuba makanan macam-macam. Aishah kalau free, jomlah kita jalan-jalan, food hunting. Nak?" Cik Haslinda mengangkat sebelah keningnya.

Mak Ngah tersenyum teruja lalu mengangguk pantas. Pasal makan, siapa je yang tak nak. Best jugak jalan-jalan.

Tapi bila dia teringatkan Hawa, senyumannya pudar. Mak Ngah mengeluh.

"Kat sana memang banyak pilihan, tapi Hawa tu..," Mak Ngah menghentikan bicaranya. Macam manalah agaknya hidup anak saudaranya di sana? Risau pulak dia tiba-tiba. Hawa tu, kalau dah sibuk sangat, senang lupa. Lupa beli barang basah, lupa masak.

Lupa nak makan. Haih.

"Kenapa dengan dia? Dia memilih makanan ke? Ada alergik ke?" tanya Cik Haslinda lagi.

Mak Ngah menggumam.

"Hmm..lebih kurang la. Dia..complicated sikit,"


"Ugh, penatnya," kata Hawa sambil meregangkan badannya. Best betul menggeliat. Lepas solat zohor, dia dah terasa segar. Kalau tak, seharian ni dia rasa nak drop dead sebab kepala dia dah biul.

Ni semua sebab dia tak tidur semalam. Langsung. Jadi sekarang otak dia tengah messed up dan di awang-awangan.

Cerita dia macam ni. Tak panjang pun. Ada orang buat tempahan soft cookies melalui Instagramnya beberapa hari lepas. Okey, tu dia okey je. 200 pieces? Takde hal. Dia ingatkan nak start buat petang, malam macam tu dah boleh siap.

Nak dijadikan cerita, pada pukul 9 malam, semasa dia bakar cookies dia untuk trip yang ke..lima kot, dia baru sedar..diulangi, dia baru sedar, yang orang tu mintak tempahan soft cookies soft cookies inti white chocolate.

Dan dia pergi buat soft cookies inti chocolate.

Allah je yang dengar silent screaming dia semalam. Dia takde roommate, jadi dia tak boleh nak mintak tolong orang lain untuk tolong dia, mahupun untuk mendengar kisah sedih dia. Begitulah kisah seorang Hawa Afreen, yang membuat semula batter cookies dari awal...

Dan inilah aftermath kejadian semalam. Dia dah tak betul. Nasib baiklah hari ni Kiera ada kat kafe, boleh tolong dia layan customer masa dia tiba-tiba blur dan otak dia macam terjatuh tergolek-golek.

Haih. Hawa mengerling jam tangan berwarna hitamnya. Dah pukul 2.35 petang. Hari ni Sabtu, dan kafenya tutup pada pukul 1.30. Kiera pun dah balik. Dia memang nak stay sebab nak kutip balik ingatan dan kewarasan akal dia sebelum balik. Dalam erti kata lain, nak stabilkan diri.

Hawa memegang perutnya yang berbunyi. Okey, sekarang dia dah lapar. Maksudnya otak dia dah mula berfungsi sikit. Dia berjalan mendekati tote bag yang sentiasa dibawanya. Tote bag yang berisi bekal makanannya setiap hari. Tote bag yang..

Dia tak bawak. Oh man, aku lupa nak bawak tote bag tu. Maksudnya bekal tu ada kat rumah ke?

Oh, shoot. Aku lupa nak masak.

Hawa memicit kedua pelipisnya. Keluhan panjang dilepaskan. Kalau tak silap dia, groceries kat rumah dah habis. Sebab tu dia tak masak dinner semalam. Dan dia dah plan untuk beli groceries hari ni, sebelum kafe dia bukak. Beli groceries, masak breakfast, bawak bekal lunch.

Tapi tu plan semalam. Plan sebelum dia sedar yang dia tersalah order, dan spend the night siapkan order tu sampai tak tidur.

Hawa mengeluh lagi. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Nak menyesal pun tak guna. Adalah tu hikmah di sebaliknya.

Dia yang berada di dalam bilik di sebelah dapur, tempat untuk berehat dan bersolat melangkah keluar dan berjalan ke arah deretan roti dan dessert. Makan tu pun okeylah, alas perut sebelum dia nak pergi pasar raya untuk beli barang dapur.

Apabila Hawa melihat ke arah deretan roti dan dessert tersebut, dia ternganga.

"Weh, seriuslah kosong?" Hawa pantas mendekati bahagian yang sepatutnya tersusun roti. Roti-roti yang semuanya favourite dia. Dia menoleh pula ke arah bahagian yang tersusun dessert.

Pembetulan, sepatutnya tersusun dessert. Sebab sekarang bahagian tu pun kosong. Habuk pun tak ada.

Tiba-tiba, dia teringat yang Kiera memberitahunya sebentar tadi yang dia akan mengambil semua baki roti dan dessert yang tak terjual untuk dijual di sekolah adik perempuannya. Adik dia ada Hari Kantin, dia kata.

Dan dia angguk je.

Ugh.

Hawa berjalan mundar-mandir di sekeliling kedai. Perlahan jelah, sebab dia penat, takde tenaga. Dia cuma telan air je dari pagi. Nak makannn..

Kunci kereta di atas kaunter dicapai. Patut ke dia pergi je kedai makan..dan makan, macam yang orang lain biasa buat..?

Hawa menelan liur. Nak bayangkan pun dia rasa nak muntah. Dia mengambil tempat di sebuah kerusi berdekatan dengan kaunter. Kepalanya yang mula terasa berdenyut dipicit perlahan. Semua sebab lapar la ni. Apalah kau ni Hawa, bukak kafe, tapi kau sendiri tak makan.

Apa yang susah sangat nak makan kat kedai makan tu? Menyusahkan diri jelah, bebelnya kepada diri sendiri.

Masalahnya, dia tak boleh. Dia memang tak boleh. Sejak peristiwa tu berlaku..dia dah tak mampu.

"Hawa?"

Hawa membuka matanya. Dia pun tak sedar bila matanya terpejam. Matanya memandang wajah Aniq yang sedikit berkerut memandangnya.

"Kau okey tak? Muka kau macam pucat je. Kau sakit ke?" tanya Aniq risau. Dia masih lagi berdiri berdekatan meja di sebelah Hawa.

Hawa menggeleng lemah. Aduh, lelaki ni datang pulak. Macam saving the damsel in distress pula gayanya.

Tapi Aniq dah berpunya. Tak payahlah nak merepek, Hawa. Dia bukan untuk kau.

"Habistu?" tanya Aniq lagi. Kalau tak sakit, kenapa muka Hawa macam mayat hidup je ni?

"Aku lapar," balas Hawa perlahan.

Aniq terpaku.

Terpana.

Ter..kejut?

"Huh?" itu sahaja yang mampu diungkapkannya. Dia mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali, cuba menghadam kata-kata Hawa.

"Kau lapar? Dah tu, makan jelah. Apa masalahnya?" kata Aniq lagi. Tulah ayat paling merepek dia pernah dengar. Hawa bukannya budak kecik lagi. Kalau lapar, makan la. Kedai makan bersepah kat sini. Kalau tolak tergolek-golek pun boleh sampai.

Hawa menghela nafas panjang sebelum mengangguk. Buat apa dia nak explain kat lelaki ni? Bazir tenaga dia adalah.

"Bijaknya jawapan kau. Kenapalah aku tak terfikir dari tadi," perli Hawa. Dia masih lagi memicit pelipisnya. Aduh, minyak angin tak bawak pula.

Kali ini, Aniq duduk di meja sebelah Hawa. Dia masih lagi tidak berpuas hati.

"Tak fahamlah. Betullah kan. Kalau lapar, makan la. Ke kau puasa?" Aniq menyengetkan kepalanya, cuba memikirkan masalah yang dihadapi Hawa.

"Tak. Eh, kau ni. Datang sini nak apa? Pergi balik la. Kafe dah tutup la. Kiera dah bawak semua roti dengan dessert yang tinggal untuk jual kat sekolah adik dia. So sorry sir, but we are closed. So...," Hawa melirik ke arah pintu keluar sambil menghadiahkan senyuman paling lebar dia mampu buat. Semampu dia la, sebab dia pun tengah penat plus lapar ni. Takde tenaga nak bergaduh.

"Oh, aku memang datang nak beli roti sebenarnya. Dah habis eh? Tak apalah. Sekarang ni aku masih lagi tak faham, kenapa kau tak nak makan? Cuba habaq mai," kata Aniq lagi. Ingat senang-senang dia nak lepaskan macamtu je? Selagi dia tak tahu kenapa Hawa jadi macam ni, memang taklah dia nak tinggal perempuan terlebih independent ni sorang-sorang kat sini. Buatnya pengsan, naya pulak.

Hawa mendengus. Sibuk jelah nak tahu. Orang dah suruh balik, tak nak balik. Pandai-pandai la dia urus sendiri masalah dia. Badan dia.

"Macam ni. Kalau nak makan, kena ada makanan. Kalau nak ada makanan, kena masak. Kalau nak masak, kena da barang dapur. Tapi, barang dapur dah habis, dan aku lupa nak beli. Faham?" ish, dia rasa macam nak tampar mulut sendiri sebab beritahu Aniq masalahnya. Masalah yang selalunya dia selesaikan seorang diri. Dengan Mak Ngah pun dia tak bagitahu, dan Mak Ngah tu bestfriend sehidup semati dia.

Lelaki di sebelah dia ni pula, suka sangat mengganggu hidup dia. Dah ada girlfriend tu, buatlah cara ada girlfriend. Tak payah nak menyibuk sangat hal anak dara orang.

Aniq menggaru rahangnya. Dahinya masih berkerut. Hawa yang memandangnya turut berkerut sama. Dia cakap kurang jelas ke? Rasanya dah cukup ringkas dan padat dah ayat dia.

"Tak, aku dah start tak faham part kau cakap 'kalau nak ada makanan, kena masak'. Weh, kedai makan berlambak kat luar sana. FYI, selang dua kedai dari kafe kau ni western food restaurant, in case kau tak tahu. Jadi aku tak faham kenapa kau still tak makan," kata Aniq.

Hawa memandang ke arah meja. Dia tidak membalas kata-kata Aniq. Ni pun, dah cukup jauh Aniq gali pasal dirinya. Dia tak nak Aniq tahu satu perkara pasal dirinya yang tak ramai orang tahu.

Sebab nanti dia akan anggap Aniq lebih dari kawan. Dia kena jauhkan diri dia, cukuplah sekadar Aniq kenal diri dia yang dia tunjuk kat semua orang.

"Alah, tak penting pun. Aku rasa aku dah sihat la sekarang. Aku nak tutup kafe, lepastu pergi supermarket. Kau baliklah," kata Hawa, cuba menceriakan suaranya kembali. Rasanya dia mampu kot untuk pusing supermarket beli barang dapur. Tak besar mana pun kan bahagian barangan dapur tu. Rasanya dia boleh survive.

Rasanya. Hawa lantas bangun dari duduk dan ingin berjalan menuju ke bilik rehat untuk mengambil barang-barangnya.

"Hawa Afreen."

Hawa mengetap bibir. Dia memejamkan matanya sebelum mengeluh. Perlahan-lahan dia berpusing memandang ke arah Aniq yang memandangnya dengan wajah serius.

Muka sama macam masa mula-mula dia kenal Aniq. Muka marah Aniq.

"Y..ya?"

"Duduk."

"Baik." pantas Hawa menuruti kata-kata Aniq. Ah, nanti dia fikir alasan lain. Suara Aniq terlalu seram untuk dia melawan.

Aniq menggeleng kepala perlahan. Dia bangun dari kerusinya.

"Kau tunggu sini jap," kata Aniq sebelum berjalan keluar dari kafe.


Tidak lama kemudian, Aniq masuk semula. Di tangannya terdapat sebuah bekal makanan berwarna kelabu. Ah, kelabu. Sesuai sangat dengan gaya lelaki ni.

Typical.

Aniq meletakkan bekas makanan tersebut di atas meja tempat Hawa duduk. Hawa mengangkat keningnya sebelah, sebelum membuka penutup bekas makanan tersebut.

Terdapat sepotong sandwic telur di dalamnya. Ada salad sikit, telur hancur bersama mayonis, dan sedikit sos cili. Berdasarkan apa yang Hawa nampak.

Hawa langsung tidak tersenyum mahupun berasa terharu. Dia memandang sandwic tersebut lama sebelum memandang semula ke arah Aniq.

"Untuk apa ni?"

Kening Aniq bertaut.

"Biar betul soalan kau? Aku nak bagi kau makan la. Kang pengsan kat sini, kan susah nak kena bawak pergi hospital," kata Aniq. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya apabila mendengar soalan Hawa. Apa lagi yang orang nak buat kalau dia dah hulur makanan depan orang lapar? Mestilah nak suruh orang tu makan, kan?

"Ah," Hawa bagaikan baru menyedari niat Aniq. Aniq rasa nak tepuk dahi sekarang. Hawa ni betul-betul tak terfikir ke?

Hawa masih lagi memandang sandwic yang langsung tak nampak mencurigakan itu lama. Setiap sudut dipandangnya.

"Wei, makan jelah. Buat apa kau tenung dia lama-lama, bukannya bertambah pun," kata Aniq, mula hilang sabar dengan perbuatan Hawa.

"Tak nak la," kata Hawa. Dia menolak semula bekas makanan tersebut ke arah Aniq, tanda dia tidak ingin memakan sandwic tersebut.

Kali ini, Aniq betul-betul tepuk dahi. Sungguh, dia tak faham apa yang ada dalam fikiran wanita di sebelahnya ini.

"Kau nak apa sebenarnya? Kau cakap kau lapar, tapi kau tak nak pergi makan kat luar. Aku dah bagi kau makanan, betul-betul, literally betul-betul depan mata kau. Cukup mudah dah ni, tinggal ngap je. Tak nak makan jugak. Bukannya aku suruh bayar pun. Taste kau tinggi sangat ke apa?" Aniq membebel. Dia menolak semula bekas berisi sandwic tersebut ke arah Hawa, menyuruhnya makan.

Rasa macam nak suap je terus kat mulut Hawa. Dah tahu lapar, sampai muka pucat macam tu, masih jugak degil tak nak makan. Tak tahulah kenapa.

"Sorry. Sandwic kau nampak sedap, by the way. Tapi..aku tak boleh la," kata Hawa perlahan. Dia menggigit bibir bawahnya. Pandang sandwic ni dekat-dekat, buat dia rasa nak muntah dan nak makan sandwic tu pada masa yang sama. Ah, dia keliru dengan diri sendiri.

"Kenapa?"

Hawa mengeluh. Wajah Aniq dipandang, memikirkan sama ada dia patut memberitahu Aniq atau tidak.

Beritahu jelah, nanti sampai bila-bila dia asak kau dengan soalan yang sama, bisik hati Hawa.

Beritahu je, walaupun hati dia dah rasa lain macam sebab dia rasa Aniq terlebih ambil berat terhadapnya.

Beritahu je, walaupun nanti Aniq mungkin hanya akan jadi strangers dengannya.

"Hmm..sebenarnya, aku..tak boleh makan masakan orang lain."

"Hah?"

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

403K 7.4K 72
"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka...
698K 17.1K 63
Qaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dal...
1.5M 49.5K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
21.3K 645 51
"Seluruh suka dan dukamu sepanjang perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada Allah maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah." - Habi...