Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

27.7K 1.6K 308

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 38

335 22 1
By nradlnaa_syh

                 Rezza mengetuk pintu pejabat Tuan Suhaimi dahulu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.

" Tuan nak jumpa saya?" Soal Rezza lembut, sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat itu.

" Iya.. saya nak team kita pergi lokasi tu awal sikit. Saya taknak perkara yang sama terjadi. " Ujar Tuan Suhaimi.

" Baik Tuan " kata Rezza.

" Saya harap kamu boleh pimpin pasukan kamu. Saya tengok, kamu sekarang banyak termenung. Kalau ada masalah, tolong buang dulu waktu jalankan misi atau semasa siasatan. Misi ini penting untuk kita." Kata Tuan Suhaimi dengan nada yang tegas.

" Maaf Tuan.."

" Kalau misi kali ini gagal, pihak atasan akan pandang rendah pasukan kamu. Kalau kamu taknak pihak atasan pandang rendah, kamu kena la memainkan peranan yang bagus demi pasukan kamu." Sambung Tuan Suhaimi lagi.

" Baiklah, saya akan cuba fokus" kata Rezza, lembut.

" Lupakan apa yang bermain di fikiran kamu tu. Kalau masalah peribadi, lagi la kamu kena lupakan. Saya taknak hal peribadi bercampur dengan hal di tempat kerja. Faham? "

" Faham tuan" jawab Rezza. Kepalanya ditundukkan kerana dia berasa bersalah.

" Dah, kamu boleh pergi." Arah Tuan Suhaimi. Rezza terus melangkah keluar dari pejabat itu.




" Uii " tegur Ayie yang terserempak dengan Rezza.

Rezza tidak membalas teguran Ayie, dia hanya melihat dengan riak wajah yang suram.

" Kau ok tak? " Soal Ayie selepas melihat riak wajah Rezza itu.

Rezza mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

" Betul? " Soal Ayie lagi. Sekali lagi Rezza hanya mengangguk.

" Jom la bersiap. Nak pergi jalankan misi..." Kata Ayie, lembut.

Rezza hanya mendiamkan diri. Dia mengikuti langkah Ayie untuk bersiap-siap bersama pasukan lain sebelum pergi menjalankan misi kedua mereka.

Hari ini, misi kedua pasukan Alpha akan berlansung. Rezza, Ayie, Darwish, Sarah dan Alya akan pergi menyusup masuk ke kawasan lain Black Haisumi beroperasi. Kali ini, Alya akan turut serta kerana dirinya hampir pulih.












             Dyna memandu motornya menyusuri jalan raya. Khai juga mengikuti Dyna dengan menggunakan keretanya.

Hari ini, hanya Dyna dan Khai sahaja yang akan pergi meneruskan rancangan mereka untuk sabotaj misi team Alpha kerana Rafeeq dan Sam sibuk bekerja.

Dyna dan Khai tiba di lokasi yang ditetapkan. Kelihatan sebuah pangsapuri yang kelihatan usang. Dyna memarkir motornya sedikit jauh dari pintu masuk ke dalam pangsapuri itu. Khai juga memarkir keretanya bersebelahan Dyna.

Tiba-tiba, kedengaran telefon bimbit Dyna berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

" Hello? " Dyna menjawab panggilan itu.

" Team Alpha akan pergi kawasan tu awal sikit. Buat cepat apa yang kau nak buat sebelum diorang sampai." Kedengaran suara Fahrin disebalik Telefon.

" Baik.. diorang on the way? " Soal Dyna.

" Tengah berkumpul. Dalam 30 minit diorang sampai." Jawab Fahrin.

" Baik" kata Dyna. Panggilan dimatikan, dia terus menyimpan semula Telefon bimbitnya.

" Jom Khai. Lagi 30 minit team Alpha sampai." Kata Dyna kepada Khai.

" Ok" jawab Khai.

Mereka berdua terus masuk ke dalam pangsapuri itu.

" Rumah mana? Tingkat berapa? " Soal Khai kepada Dyna.

" Tak tahu laa, yang Dyna tahu blok B aje.. cari aje laa" jawab Dyna.

" Penat laa" kata Khai, mengada.

" Tak naik lagi dah penat? Kalau penat duduk la sini. Biar Dyna naik" kata Dyna. Dia terus menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

" Mana boleh tinggal.. kalau tinggal kejap lagi masak la.. Sam goreng aku habis tak boleh kahwin. Dah la muda lagi." Kata Khai perlahan. Dia terus mengejar Dyna yang sudah sedikit jauh darinya.

" Dyna.. wait for me" jerit Khai. Dyna terus memperlahankan langkahnya.

" Tadi kata penat " kata Dyna.

" Hilang penat bila naik tangga ni. Nak naik turun 20 kali pun boleh nihh" kata Khai. Dyna mengeleng perlahan kepalanya.

" Eh jap" kata Dyna selepas ternampak beberapa orang lelaki keluar dari satu rumah. Khai terus menghentikan langkahnya.

" Why? " Soal Khai, perlahan. Dyna tidak menjawab, dia hanya menunjuk ke arah lelaki-lelaki itu.

" Nak Khai settle kan? " Soal Khai.

" Boleh ke? " Soal Dyna pula.

" Boleh aje.. " jawab Khai, yakin.

" Ha pergi laa" kata Dyna. Khai terus pergi ke arah lelaki-lelaki tadi.

" Bro.. " tegur Khai kepada 3 orang lelaki yang sedang menghisap rokok itu. Kelihatan sepucuk pistol di belakang seluar mereka.

" Kau siapa? " Soal salah seorang lelaki apabila melihat Khai.

" Jiran baru.. aku baru aje pindah" jawab Khai, selamba.

" Bila pindah? " Soal lelaki itu.

" Beberapa minit yang lalu" jawab Khai. Lelaki-lelaki itu mengangguk perlahan kepala mereka.

" Korang dah lama tinggal sini? " Soal Khai, ramah.

Dyna yang mendengar perbualan Khai tidak mampu berkata apa-apa. Dia mengeleng kepalanya.

" Ini bukan rumah kitorang. Ini rumah boss kitorang" jawab lelaki itu.

" Ouhh.. nak tahu something? " Soal Khai.

" Apa? " Soal lelaki lain pula.

" Mak aku pernah kata, tak baik merokok. Tak bagus untuk kesihatan. Mak aku juga kata, orang hensem tak merokok." Kata Khai, selamba.

" Hah? " Soal lelaki-lelaki itu, tidak mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh Khai.

" Korang ni dah la tak hensem. Busuk, merokok, edar dengan hisap dadah pula tu." Sambung Khai dengan selambanya.

" Mana kau tahu kitorang edar dadah? Kau siapa?" Soal lelaki itu.

" Me? Your nightmare. " Kata Khai. Dia terus menyepak kepala lelaki itu sehingga membuatkan dia jatuh pengsan.

Lelaki lain terus mengeluarkan pistol mereka yang tadinya tersimpan di belakang seluar mereka.

" Peraturan pertama, jangan acukan pistol ke arah aku." Kata Khai, mendatar. Dia terus membuat flying kick dengan menyepak kedua-dua tangan lelaki itu sehingga membuatkan pistol ditangan mereka terjatuh sekali gus. Lelaki-lelaki itu tersentak sedikit.

" Peraturan kedua, jangan lalai." Kata Khai, mendatar.

Bang, bang.

Dyna menembak kedua-dua lelaki itu tepat dibahagian kepala mereka. Dyna terus menghampiri Khai.

" Ingatkan nak ajak berkawan tadi" kata Dyna.

" Taknak la.. mulut diorang busuk, bau rokok." Kata Khai, selamba.

" Bangun bro.. mak aku juga pernah kata, tak baik tidur siang. " Kata Khai kepada 2 mayat yang ditembak tadi.

" Jom la masuk " arah Dyna.

Tiba-tiba, peluru pistol bertubi-tubi datang ke arah Dyna dan Khai. Mereka berdua terus masuk ke dalam rumah itu untuk mendapatkan perlindungan.

" Siapa pula main tembak-tembak ni.. " marah Khai.

Dyna melihat ke arah luar dari pintu rumah itu. Kelihatan sekumpulan lelaki menghampiri rumah itu dengan senjata disisi mereka.

" Uishh ramainyaa.. " kata Dyna.

" Diorang datang ramai-ramai kenapa? Kita bukannya buat open house. Hadehh " kata Khai, selamba.

" Ada weapon? " Soal Dyna.

" Takde.. ini Khai laa, berlawan guna tangan bukan weapon." Jawab Khai.

" Nice, Dyna ada pistol. Tapi rasanya peluru tak cukup." Ujar Dyna.

" So? Apa nak dibuat? Nak biar diorang tembak kita? " Soal Khai.

" Gila." Kata Dyna.

" Ha lepastu? " Soal Khai lagi.

" Kita terjun. " Jawab Dyna, selamba.

" Gila." Kata Khai selepas mendengar kata-kata Dyna.

" Eh I mean, terjah." Kata Dyna.

" Terjah diorang?" Soal Khai, untuk mendapat kepastian. Dyna mengangguk.

" Boleh.. tapi dadah-dadah ni?" Soal Khai.

" Nampak botol spray cat tu?" Soal Dyna. Khai mengangguk.

" Kita bakar, biar meletup. Hehe " kata Dyna, selamba.

" Haa ikut la.. meh sini pistol tu" kata Khai. Dyna terus memberikan pistolnya kepada Khai.

" Biar Khai settle kan beruk-beruk dekat luar tu. Dyna settle kan apa yang patut dekat dalam ni." Kata Khai. Dyna mengangguk.

Khai terus menembak musuh yang berada di luar. Dyna pula mengumpulkan setiap botol spray yang dilihatnya. Dia juga juga menuang minyak tanah yang dijumpainya di setiap bahagian rumah itu termasuk dadah-dadah yang berada di dalam itu.

Dyna memusingkan kepala pili cooking gas sehingga membuatkan kesemua gas terkeluar memenuhi ruangan rumah itu.

" Cepat Dyna..! Peluru habis ! " Jerit Khai.

" Yaa jom" kata Dyna.

Dyna dan Khai terus keluar dari rumah itu. Mereka berdua berlawan dengan musuh-musuh yang berada di luar.

Dyna menumbuk seorang lelaki sehingga membuatkan lelaki itu jatuh terteleng.

" Lari bro.. kalau kau nak selamat. Kejap lagi rumah tu meletup." Kata Dyna kepada lelaki itu.

Dyna terus berlari menuruni tangga. Khai juga mengikuti langkah Dyna.

" Berapa minit? " Soal Khai sambil berlari.

" Apanya?" Soal Dyna tidak mengerti.

" Rumah tu nak meletup" jawab Khai.

" Eh, Dyna lupa la.. " kata Dyna. Dia terus menghentikan langkahnya.

" Hah?"

" Lupa bakar kertas. Kalau tak, tak meletup laa" jawab Dyna.

" What?! Lepastu macam mana nak meletup tu?" Soal Khai, sedikit terkejut.

" Tunggu ada orang tembak la.." jawab Dyna.

" Ouhh weapon takda siapa nak tembak? " Soal Khai.

" Err tak tahu.."

" Mantap la.. macam mana Dyna boleh lupa? Makan semut ka breakfast tadi? " Soal Khai.

" Eh Khai yang menjerit minta cepat tadi. So Dyna terlupa la.." kata Dyna.

" Eh salahkan kita pula? Dia yang salah." Kata Khai, tidak berpuas hati.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta menghampiri kawasan perumahan pangsapuri itu. Dyna dan Khai terus berlari bersembunyi.

" Move, move " arah seorang lelaki selepas dia melangkah keluar dari kereta itu.

" Diorang dah sampai la.." bisik Khai.

" Now kita lari." Kata Dyna. Mereka berdua terus berlari mengikuti jalan belakang pangsapuri itu.

Pasukan Alpha menyusup masuk ke dalam pangsapuri itu sebaik sahaja mereka tiba disana.

Sekumpulan lelaki menghampiri mereka. Rezza terus menembak setiap orang yang menghampiri mereka. Darwish juga membantu Rezza. Manakala, Alya, Ayie dan Sarah datang dari arah belakang pangsapuri itu.

Langkah Dyna dan Khai terhenti apabila mereka ternampak Alya, Ayie dan Sarah maju ke arah mereka. Mereka berdua terus bersembunyi semula.

" Susah la.." bisik Khai.

" Diam kejap" kata Dyna.

Alya terus menghentikan langkahnya selepas dia mendengar suara seseorang.

" Kau dengar? " Soal Alya kepada Sarah.

" Apa? "

" Suara orang dari arah tu" kata Alya sambil menunjuk ke arah tempat persembunyian Dyna dan Khai.

" Tak pun.. jum la tolong diorang" arah Ayie. Mereka terus pergi untuk membantu Rezza dan Darwish.

" Dah jum." Kata Khai. Dyna tidak bergerak.

" Kenapa Dyna? " Soal Khai.

" Kita tak boleh biarkan dadah-dadah tu macam tu.." kata Dyna.

" Habistu? Nak buat apa?" Soal Khai.

" I wanna do something crazy." Kata Dyna.

" Apa pula? "

" Khai pergi dekat kereta dulu. Kejap lagi Dyna datang." Kata Dyna.

" Why? "

" Ada laa.. pergi la dulu. Trust me." Kata Dyna.

Khai mengangguk perlahan kepalanya. Dia terus pergi meninggalkan Dyna seperti yang diarahkan. Entah mengapa dia mengikuti sahaja arahan Dyna.



Dyna menutup sedikit mukanya menggunakan face mask yang dibawanya. Dia terus berlari lalu menghampiri seorang lelaki yang sedang fokus menembak pasukan Alpha.

Dyna memukul kepala lelaki itu sehingga membuatkan dia pengsan. Lalu, Dyna mengambil senjata yang digunakan lelaki tadi.

Belum sempat Dyna ingin menembak, Rezza sudah terlebih dahulu mengacukan senjata kearah Dyna.

" Stop, drop your weapon." Arah Rezza dari belakang Dyna.

Dyna meletakkan semula senjata itu.

" Pusing belakang dan angkat tangan kau" arah Rezza lagi.

Dyna mengangkat kedua belah tangannya. Dia juga memusing perlahan badannya. Dyna menunduk kepalanya agar Rezza tidak melihat wajahnya walaupun dia memakai mask.

" Mana dadah-dadah tu?" Soal Rezza, tegas.

Dyna tidak menjawab, dia hanya menunjuk ke arah satu rumah. Rezza terus melihat ke arah yang ditunjukkan Dyna. Tanpa menunggu lama, Dyna terus menyepak tangan Rezza sehingga membuatkan senjata ditangannya terjatuh.

Dyna terus mengambil senjata Rezza lalu lari menjauhi tempat itu. Rezza terus mengejar Dyna.

" Berhenti ! " Jerit Rezza. Dyna terus menghentikan langkahnya.

" Drop your weapon! " Jerit Rezza sambil mengacukan pistol simpanannya ke arah Dyna.

" Rakan kau dah berada jauh dari rumah yang aku tunjuk tadi?" Soal Dyna, mendatar. Dia sedikit pun tidak berkalih.

" Hah?"

" Dah atau tak? " Soal Dyna, mendatar.

" Dah.." jawab Rezza.

" Bagus." Dyna terus memusing badannya lalu menembak rumah itu.

Rumah itu terus meletup dan terbakar. Rezza terduduk selepas mendengar bunyi letupan dari rumah itu.

" Siapa kau?! " Jerit Rezza selepas melihat Dyna yang ingin pergi.

" Just someone who wants revenge." Kata Dyna mendatar.

" Sampaikan salam dekat ketua korang. Cakap dekat dia, mimpi buruk dia akan datang tak lama lagi." Sambung Dyna. Dyna terus berlalu pergi meninggalkan Rezza.

Rezza tergamam, dia tidak tahu mengapa badannya tidak bergerak untuk mengejar Dyna.

" Siapa kau? Kau ka orang yang bagi surat tu?" Soal Rezza sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 95.1K 39
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
5.5K 208 77
( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti g...
197K 9.9K 48
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
2.9K 142 8
Laura Arisha seorang gadis yang berkerja sebagai seorang pensyarah di Spain. Leo Ahmad bin Dato' Rodriguez Aziz 24 tahun seorang anak kepada CEO sya...