Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

28.2K 1.7K 310

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 33

331 22 5
By nradlnaa_syh


                      Alya mengetuk pintu dahulu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam. Kelihatan Tuan Suhaimi yang sedang duduk menunggu Alya tiba.

" Ada apa Tuan panggil saya? " Soal Alya.

" Duduk " arah Tuan Suhaimi.

Alya terus duduk di kerusi berhadapan Tuan Suhaimi selepas diberi arahan.

" Ada sesuatu yang kau tak bagitau aku? " Soal Tuan Suhaimi dengan wajah yang serius.

" Tak bagitau? Err apa eh? " Soal Alya. Pucat mukanya selepas Tuan Suhaimi menanyakan soalan tadi secara mengejut.

" Baik kau jujur " kata Tuan Suhaimi.

" Baiklah.. Dyna ada jumpa saya kelmarin " kata Alya. Tuan Suhaimi terus menayangkan senyuman sinis.

" Dia masih hidup? " Soal Tuan Suhaimi. Alya menganggukkan kepalanya.

" Dia tahu pasal aku? " Soal Tuan Suhaimi lagi. Sekali lagi, Alya menganggukkan kepalanya.

" Haha jadi.. dia ada tanya apa-apa dekat kau? " Soal Tuan Suhaimi dengan wajah yang sinis.

" Ada.. dia tanya kenapa saya selalu ekori dia dulu " jawab Alya, jujur.

" Kau jawab apa? " soal Tuan Suhaimi, penuh dengan rasa ingin tahu.

" Saya tipu dia. Saya kata sebab Tuan ugut saya nak bunuh keluarga saya. Dan dia percaya. " Jawab Alya.

" Hahaha bagus.. nasib baik kau masih ingat asal usul kau. Kalau kau bagitau dia perkara sebenar kau tahu apa akan jadi dekat kau kan? So.. jangan kantoikan." Pesan Tuan Suhaimi.

" Baik.. tapi dia ada tanya lagi " kata Alya lagi.

" Apa? "

" Dia tanya saya tahu tak ketua Black Haisumi yang sebenar. Saya cakap taktahu " jawab Alya.

" Bagus.. yang itu kau tak perlu tahu. Buat aje kerja kau. Jangan kantoikan kerja aku dekat orang lain. Faham? " Soal Tuan Suhaimi penuh serius.

" Faham tuan " kata Alya.

" Perhatikan Fahrin. Dia tu rapat dengan Dyna. " Arah Tuan Suhaimi.

" Tapi saya rasa tak perlu, dia nampak macam tak tahu yang Dyna masih hidup. " Kata Alya.

" Dia masih sedih? " Soal Tuan Suhaimi.

" Ya.. dia banyak diam. Tak macam selalu, jadi saya rasa dia masih tak tahu " kata Alya.

" Baguslah kalau dia tak tahu. Senang sikit kerja aku. Kalau macam tu, kau pastikan team kau taktau rancangan sebenar aku. Aku taknak rancangan aku rosak. " Kata Tuan Suhaimi.

" Baik.. "

" Kau boleh keluar " arah Tuan Suhaimi. Alya terus melangkah meninggalkan Tuan Suhaimi.















                         Dyna membuka matanya. Dia terbangun dari tidurnya kerana terdengar bunyi Muzik yang kuat.

" Anak sapa pula buka Muzik malam-malam nihhh, haishh " kata Dyna.

Dia menekap telinganya menggunakan bantal. Tetapi Muzik itu masih dapat didengarinya. Dyna bangun lalu meraup wajahnya.

" Ishh takkan la monyet tepi hutan buka lagu malam-malam? Pukul 2 pagi pula tu." Soalnya sendiri.

Dia terus turun dari katilnya lalu mengikuti bunyi Muzik yang sudah mengganggu tidurnya.

Dia tiba di tingkat bawah. Alangkah terkejutnya dia selepas melihat Khai dan Fahrin sedang seronok menyanyikan lagu Senggol senggolan cubit cubitan yang dinyanyikan oleh Mas Idayu itu.

"Seminggu sekali kau datang padaku
Membawa cinta yang suci.. " Nyanyi Khai. Dia mengelek pinggul dengan lembutnya.

" Amboi amboi enak amboi amboi enak" sambung Fahrin. Dia juga mengoyang pinggulnya.

"Seminggu sekali ku dimanja-manja dan disayang-sayang dirimu" sambung Khai lagi.

" Amboi amboi enak amboi amboi enak " Fahrin menyambung.

"Duduk berdua di bangku bambu, Merenda cinta aku bahagia !!!!" Khai bernyanyi lagi. Tetapi kali ini, lagu itu sudah seperti lagu rock bukan lagu dangdut lagi.

"Duduk berdua di bangku bambu bercanda ria dunia terasa... " Sambung Fahrin.

"Milik berdua" nyanyi Khai.

"Amboi " sambung Fahrin.

"Indahnya cinta..." sambung Khai pula

" Amboi, indahnya cinta..." Fahrin memusing badannya seperti penari balet.

" Senggol-senggolan! , cubit-cubitan! ,Aku bernyanyi! kau petik gitar..... Senandungkan cinta.. " mereka bernyanyi bersama-sama. Mereka berdua juga menari mengoyang pinggul masing-masing.

Asekk.

Dyna tidak mampu berkata apa-apa. Dia tergamam.

" Ingatkan monyet dekat hutan. Rupa-rupanya dalam rumah ni. " Kata Dyna. Dia menepuk dahinya.

Dia terus berjalan menghampiri Khai dan Fahrin yang sedang bergelek.

" Woiiii !!!! " Jerit Dyna. Khai dan Fahrin terus menghentikan perbuatan mereka.

" Orang nak tidur pun bising lah ! Sekarang pukul 2 pagi ! Bukan 2 petang! " Marah Dyna.

" Alooo kitorang bosan.. lagipun tadi main game asyik mati awal aje.. so kitorang nyanyi laa " kata Khai penuh manja.

" Tidur la senang. Ini memekak macam takda hari esok! Nasib baik rumah ni terpencil! Kalau tak memang jiran datang baling kuali dekat korang dua ! " Marah Dyna lagi.

" Dyna.. kitorang tak boleh tidur.. nak buat macam mana.. " kata Fahrin pula.

" Ehh tidur ja la ! Pura-pura tidur. Tutup mata tu!" Kata Dyna.

Khai dan Fahrin terus menutup mata mereka menggunakan tangan.

" Macam ni eh? Tak nampak la.. gelap" kata Khai. Badannya masih berdiri tegak tetapi matanya ditutupi tangan.

" Haah kan? Macam mana nak gerak ni.. " kata Fahrin pula. Dyna menepuk dahinya selepas melihat karenah Khai dan Fahrin.

" Ish bukan disini! Kemas tu semua. Tutup TV tu. Lepastu masuk bilik tidur! " Marah Dyna. Dia terus pergi meninggalkan Khai dan Fahrin yang masih menutup mata mereka.

" Dyna.. jangan tinggalkan aku.. gelap ni.. " kata Fahrin.

" Ayokk dia dah pergi la.. " kata Khai pula.

" Ha kemas sekarang! Kalau tak kemas memang esok aku halau korang. Biar merempat dekat luar. " Sampuk Rafeeq.

Dia sebenarnya sudah berada disana sewaktu Dyna memarahi Khai dan Fahrin. Dia juga terbangun dari tidurnya kerana terdengar bunyi bising.

Khai dan Fahrin membuka mata mereka.

" Ye laa " kata Fahrin, pasrah.

" Bagus. Lepastu terus tidur. " Kata Rafeeq. Dia terus berlalu pergi.

" Jum la kemas, kejap lagi boleh tidur. Biar aku bacakan buku cerita dekat kau sebelum tidur. Nak? " Soal Khai.

" Cerita tentang apa? " Soal Fahrin.

" Tentang... Cowboy. Boleh la kita berangan jadi cowboy kan.." kata Khai.

" Wahhh nak nak! " Kata Fahrin penuh teruja.

Mereka terus mengemas ruang keluarga itu sebelum masuk tidur.

Eh? Tidur? Macam tak ja...





Dyna masuk semula kedalam biliknya selepas selesai memarahi orang yang sudah membuatkan dia terjaga dari lenanya.

" Masalah betul la. Makan apa la tadi, menari macam orang gila. " Marah Dyna.

Serabut kepalanya apabila melihat kelakuan Khai dan Fahrin tadi.

" Hmm... Dia tengah buat apa eh? Dah tidur ke belum? " Soal Dyna sendiri. Tiba-tiba sahaja dirinya teringatkan seseorang.

Dia terus mencapai komputer ribanya. Jarinya bergerak pantas melakukan kerja.

" Dah tidur...."

"Eh? " Dia ternampak sesuatu yang pelik dari skrin komputer ribanya itu.

" Kenapa kau siasat pasal benda ni? Kau tak tahu kan? " Soal Dyna, pelik.

" Ini mesti kerja mamat tu... Tunggu la esok Fahrin. Aku lumat-lumatkan kau kalau kau tak jujur. " Kata Dyna. Dia menutup kembali komputer ribanya lalu sambung tidur.

Continue Reading

You'll Also Like

49K 3.8K 27
[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"...
259K 3.7K 18
Noah Isaac x Nayla Izzara Noah Isaac adalah seorang jejaka tampan dan kaya. Perancangan berkahwin tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Disebabkan...
22.1K 1.3K 28
HAWA DALILA × HARRAZ DZAQWAN
204K 10.1K 48
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...