MR.BLACK HODDIE (C)

Oleh bellaviena0

17.9K 1K 14

Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah... Lebih Banyak

prolog📌 ✔️
chapter 1 | kerja |🕵‍♀️✔️
chapter 2 | paksa |✔️
Chapter 3 | Lunch |
chapter 4 | dia lagi |
chapter 5 | Wais! |
Chapter 6| Jalan! |
Chapter 7| pofeum|
chapter 8 | mochi |
Chapter 9 | perompak |
Chapter 10 | hoddie |
Chapter 11 | si twin |
Chapter 12 | persiapan |
Chapter 13 | kejutan |
Chapter 14 | Dia? tunang! |
Chapter 15 | bunga? lebah? |
Chapter 16 | Beauty lawyer 🍑 |
Chapter 17 | LBH |
Chapter 18 | Menyelinap masuk |
Chapter 19 | sayu |
chapter 20 | Baju nikah |
Chapter 21 | "Abang" |
Chapter 22 |culik|
Chapter 23 | awak kemana? |
Chapter 24 | Assalamualaikum bidadari ku |
Chapter 25 | coklat |
Chapter 26 | biadap |
Chapter 27 | period pain 🔴 |
Chapter 28| Mimpi |
Chapter 29 | mission |
Chapter 30 | surat misteri |
chepter 31 | Siapa? |
Chapter 32| kecemasan?|
Chapter 33|harta?|
Chapter 34|Apa ni!?|
Chapter 35|suspend?|
Chapter 36|Dendam?|
Chapter 37|Abang? Sayang?|
Chapter 38| I'm promise dear |
Chapter 39|Rahsia|
Chapter 40|Bermulalah..|
Chapter 41| Tak mungkin dia|
Chapter 42|hilang ingatan?|
Chapter 43 |Fida Keysha?|
Chapter 44 |MAHBUB? |
Chapter 45| pregnant?|
Chapter 46|8 tahun lalu?|
Chapter 47|TERBONGKAR!!|
Chapter 48 |No!!|
Chapter 49
Chapter 50|kuat|
Chapter 51|sayang rindu abang|
Chapter 52|Menyesal|
Chapter 53|dah bangun?|
Mukadimah 

Chapter 54 TAMAT~

508 17 0
Oleh bellaviena0

3 tahun berlalu.

Tiga tahun berlalu dengan begitu pantas kini hidup aku semakin meriah dengan kehadiran dua insan yang Allah kurniakan pada kami. Setelah peristiwa hitam itu berlaku semuanya berubah. Aisya sudahpun dibebaskan dan kini gadis itu berada di luar negara untuk menguruskan syarikat bapanya dan alhamdulillah Aisya kini sudah berhijab selepas apa yang terjadi Aisya kata itu perkara yang paling dia menyesal buat, dalam masa yang sama aku dan Farrel turut gembira atas perubahan itu. Tentang Rafael pula lelaki itu dimasukkan kedalam hospital sakit jiwa jangan risau kawalannya begitu ketat dan yang sangat mengejutkan aku adalah selama ini Farrel mencari siapa the Okura, pengedar dadah terbesar di Malaysia itu adalah Rafael dan itu tidak mengejutkan buat Farrel ia mengejutkan aku. Farrel sudah menebak terlebih dahulu siapa dalangnya.

Wais? Wais pula berjaya membina rumah tangga pada tahun lepas dan sekarang kakak ipar aku bernama Bareea Emily nama macam kacukan, ya Emily kacukan cina tapi cina muslim dan ibu dan bapanya itu berasal dari kampung Wais kata dia jumpa Emily waktu tragedi sebelum dia menghilangkan diri. Kini Emily sedang mengandung tujuh bulan, alhamdulillah bertambah keluarga kecil kami. Keysha pula menetap di UK untuk menguruskan salah satu syarikat yang diwariskan pada adik iparnya dan Keysha kini sudah bertudung juga. Cantik saja apabila dilihat. Aku menarik senyum manis apabila mengingati apa yang pernah terjadi.. memberi aku banyak pengajaran.

Aku tersedar sesuatu kini aku berada betul-betul di hadapan pintu bilik aku dan suami.

Pap

Pup

Pap

Aku menolak daun pintu dengan perlahan...

"Abiy, Feryal cayang abiy. Abiy ni handsome la," tangan kecil Feryal Qadira menepuk pipi Farrel beberapa kali. Aku tersenyum kecil. Melihat kerenah anak perempuan aku.

"Iya ke, abiy handsome?"soalan dari Farrel membuatkan kepala si kecil terangguk angguk mengiyakan soalan abiynya. Aku melangkah menghampiri katil yang di duduki mereka.

"Amboi, seronoknya duduk atas badan abiy siap main tepuk tepuk lagi," aku mengangkat Feryal Qadira turun dari bidang dada Farrel.

"Abang, ermm..esok abang cuti tak?"soal aku sambil melabuh punggung ke atas tilam katil. Muka Feryal Qadira usah di kata, mulut dah muncung macam itik. Tergelak aku lihat muka anak perempuan aku yang seorang ini.

"Kenapa sayang, sayang ada nak pergi mana-mana ke?"

Aku memandang Feryal yang memandang aku tajam." Tak ada apa-apa cuma dah lama kita tak bercuti," kepala Farrel terangguk angguk sambil mengusap kepal Feryal Qadira.

"Nanti abang chek jadual kalau abang free abang beritahu sayang okey?" Aku menundukkan kepala.

"Abang selalu busy dengan kerja tak ada pun masa dengan kami, abang pentingkan kerja saja..."

"Sayang kena faham kerja abang macam mana, sayang yang janji nak faham..." percakapannya di potong oleh aku.

"Iya, iya betul tapi kalau dah setiap hari sampai tiada cuti abang nak sayang faham macam mana lagi,"

"Betul kata mama tu, abiy terlalu busy sampai tiada masa dengan keluarga," jawab Faqih Qays merangkap anak kembar pertama kami.

"Qasy, jangan menyampuk mama dengan abiy tengah bercakap," ucap aku.

"No,what you said is right mama," Faqih Qasy bergerak menghampiri aku, tangan kecilnya menarik jari jemari aku untuk berdiri.

"Abiy kalau janji tak nak tepati baik tak payah janji," perli Faqih Qasy. Farrel memandang anak lelakinya, terbit rasa kagum dengan sikap tegas itu. Dia menaruh senyum dalam diam sebenarnya lelaki itu sudah menempah tiket untuk bercuti cuma belum maklumkan sahaja lagi kepada keluarga kecilnya ini.

"Qasy," panggil Farrel. Panggilan itu tidak di hiraukan. Faqih Qasy yang sedang memeluk lengan aku sambil menyorokkan wajah pada belakang aku. Tangan naik mengusap rambut anak lelaki sulung aku. Tidak dinafikan perangainya sama seperti si suami, tegas, dingin dan penyayang.

"Qasy," panggil Farrel lembut.

"Qasy," masih tidak di hiraukan.

Farrel mengambil sesuatu dari poket seluarnya, Feryal Qadira hanya memandang abiynya yang sedang mencari sesuatu.

"Mana pula," Farrel pura pura mencari sesuatu.

"Abang cari apa," soal aku.

"Sekejap,"

"Qasy, Feryal tolong abiy cari sesuatu, boleh?" Farrel sengaja meminta tolong anak kembarnya untuk mencari sesuatu.

"Cari apa abiy ?"Tanya Feryal Qadira bingung. Faqih Qasy memandang abiynya.

"Qasy dengan Feryal tolong cari dalam laci depan tu boleh, tolong cari kertas warna kuning separa kecil," balas Farrel sambil menyimpan senyum.

Feryal dengan bersemangat itu turun dari katil dan terus menarik tangan kembarnya untuk mencari apa yang di suruh oleh abiynya.

Qasy muka usah di kata dingin campur masam sahaja mukanya tapi diturunkan juga. Laci paling atas di tarik dan terus Qasy memandang tangan adiknya yang sedang memegang kertas yang abiynya beritahu sebentar tadi.

"Ini ke abiy?" Farrel hanya mengangguk..

"Bagi pada mama," Feryal menghulurkan tiket itu pada aku. Huluran itu disambut sebelum dibaca.

"Percutian ke Langkawi.. "aku terus memandangnya. Farrel mengangguk sambil tersenyum manis.

"Abang dah tempah hotel untuk kita semua."

"Huh?" Serentak Qasy dan Feryal bersuara tidak faham apa yang dikatakan oleh Farrel.

"Esok kita pergi naik airplane kita pergi bercuti tepi pantai Qasy suka berenang,kan? Feryal kan pernah cakap dekat abiy yang.. manis abiy ni nak belajar berenang." Ujar Farrel sambil menatap anak-anaknya.

Serta merta bersinar mata gadis kecil itu terus Feryal memeluk abiynya ketat. Sebelah tangan di depakan pada Qasy. Qasy berlari anak memeluk abiynya. Aku tersenyum melihat mereka.

"Mama wants to hug too?" Tanya Qasy comel. Aku menggelengkan kepala. Sesungguhnya aku terharu melihat cara layanan Farrel pada anak-anak kami sungguh lembut tapi ada tegasnya juga semuanya di teliti oleh pria itu aku sangat bersyukur Allah hadirkan Farrel di dalam hidup aku.

"Ala mama come la," rungut Qasy. Farrel di situ menghulurkan tangan.

"Tak apa mama nak pergi kemas baju sekejap. Siapa nak tolong mama, cepat."

"Qasy!" Jerit Faqih Qasy.

"Feryal tak nak." Pantas gadis itu menggelengkan kepalanya. Farrel menggelengkan kepala melihat telatah anaknya seorang ini. Begitu malas apabila melihat kain yang banyak apatah lagi menyuruh Feryal untuk tolong lipat memang dia lari cari abiynya. Ikut perangai Wais betul.

"Okey Qasy tolong mama jom," aku memimpin tangan Qasy keluar dari bilik sebelum keluar Qasy membebel pada adik kembarnya.

"Pemalas macam uncle Wais," ringkas dan padat Qasy memerli adiknya. Faqih Qasy petah dan pedas sedikit mulutnya sebab itu Qasy geng dengan aku kalau anak perempuan aku pula sedikit manja kena marah sedikit sudah merah mata. Drama queen betul.

"Qasyy!!!" Jerit Feryal memanggil abangnya kesal dia pantang betul di panggil pemalas dia bukan pemalas. Farrel sudah tergelak besar aku pun ikut tergelak sama.

Qasy pantas berlari apabila menyedari kembarnya cuba memukul dari belakang. Suka betul buat adiknya marah.

"Abiy! Tengok Qasy kacau adik!!" Aku dan Farrel menggelengkan kepala melihat kembar itu bermain kejar-kejar.

"Jom abang tolong sayang kemaskan baju," Farrel menarik tangan aku berlaku ke bilik pakaian.




"Qasy jangan main jauh sangat, jaga adik itu." Jerit aku separa kuat apabila melihat Qasy berlari ke arah ombak kecil tidak jauh dari sini.

"Alright mama!" Qasy menarik tangan adiknya untuk duduk di hadapan ombak kecil yang mengenakan kaki mereka.

Farrel membentangkan tikar dan merapikan sedikit kemudian bakul makanan di letak di tengah ruang tikar tersebut.

"Abang pergi la main dengan anak-anak sayang nak siapkan makanan Qasy dengan Feryal sekejap." Ujar aku sambil keluarkan makanan.

"Kita buat sama-sama anak-anak tak main jauh pun depan tu saja nanti siap kita pergi sama-sama," kata Farrel tangannya lincah membantu aku menyiapkan makanan. Sedang leka kami menyiapkan makanan terdengar tangisan Feryal dari arah pantai.

"Abang Qasy!! Jangan la pedih mata adik!" Jerit Feryal sambil menekup mukanya dengan tapak tangan. Aku dan Farrel pantas bangkit menghampiri mereka.

"Kenapa ni? Qasy buat pada adik?" Soal aku tegas. Aku berlari anak ke arah bag pakaian mereka. Risau kalau ada pasir pantai masuk dalam mata.

"Qasy, sedia?" Ujar Farrel separa berbisik pada anak sulungnya. Rancangan dimulakan. Qasy mengangkat ibu jari menandakan semuanya berjalan dengan lancar. Feryal yang masih menutup muka itu berbisik pada Qasy.

"Adik dah boleh buka kata ke?" Bisik Feryal polos.

"Belum.." Qasy membalas.

Aku melangkah kembali ke arah mereka sambil membetulkan tuala kecil itu. Tanpa di sedari oleh aku Farrel sudah berada di belakang.

"Serang!!" Jerit Qasy dan Feryal. Bahu aku terangkat apabila mendengar jeritan mereka berdua yang nyaring itu. Mata aku mengecil apabila terkena cahaya matahari petang. Tiba-tiba terasa pinggang aku di peluk lalu di angkat.

"Masukkan mama dalam air abiy!" Jerit Qasy.

"Eehhhh!!! Abang!! Sayang tak pandai berenang!! Abang lepas!!" Aku meronta-ronta minta dilepaskan, terdengar gelak tawa si kembar.

Bush!!!

Badan aku di lempar ke arah air pantai. Habis basah lencur baju aku dibuatnya. Nasib baik air pantai ini tidak dalam, tinggi air hanya paras pinggang. Aku kembali berdiri.

"Abang!! Habis basah!" Runggut aku sambil membetulkan baju. Muka usah di kata sudah muncung seperti mulut itik.

"Mama it's okey mama, kita semua pun basah abiy pun basah." Ujar Feryal yang berada dalam dukungan Farrel. Aku berjalan ke arah tepi pantai.

"Siapa punya rancangan ni?" Soal aku sambil bercekak pinggang. Feryal dan Qasy berlari menyorok di belakang betis abiynya.

"Abiy yang suruh!" Jawab si kembar serentak. Aku mencerlung Farrel tajam. Tahu kita takut lemas di usik juga, aku sudah masak dengan perangai kuat mengusik Farrel selepas sihat terus aku di usik habis-habisan pernah sekali aku menangis kerana takut untuk turun dari kerusi mana tidak takut di taburnya anak katak ke atas lantai menjerit aku di situ hampir saja tidak terberanak.

"Pandai ya sekarang berkomplot dengan abiy untuk kenakan mama ya!"

"Heheh lari!!" Qasy dan Feryal terus berlari sambil ketawa besar.

"Mama tak dapat tangkap Qasy!"

"Mama tak dapat tangkap adik!" Mereka berlari sambil memandang belakang. Aku tersengih apabila Farrel berada di hadapan mereka.
Pap

Pap

"Dapat dah!" Farrel menangkap mereka lalu di angkat mereka serentak. Meronta-ronta dibuatnya dua beradik itu.

"Argh!! Abiyyy!!"

"Cepat sayang abang dah dapat tangkap ni." Farrel membawa si kembar ke arah aku.

"Ada hati nak lari yee bodyguard mama ada tau untuk kejar awak berdua." Ujar aku sambil bercekak pinggang. Aku mengenyit mata pada Farrel. Farrel membalas dengan senyuman manis.

"This not fair mama! Abiy yang mula kan rancangan mana aci kita orang yang kena!" Jerit Qasy kesal. Feryal turut mengangguk.

"Qasy marah mama ya mari sini!" Aku menggeletek badan Qasy yang mula berguling di atas pasir pantai. Qasy ketawa terbahak-bahak..

"Mama stop! Hahaha!"

Farrel mengangkat Feryal sambil melambung badan kecil itu ke udara.

"Abiy stop Feryal takut tinggi!" Jerit gadis kecil itu.Aku sekeluarga bergelak tawa sambil mengusik antara satu sama lain. Ini adalah hal yang terindah dalam hidup aku keluarga yang tidak pernah kurang kasih sayang, sesibuk mana pekerjaan Farrel, lelaki itu cuba untuk meluangkan masa dengan keluarga.

Aku tersangat bersyukur  dengan keadaan aku seperti ini bertambah pula dengan si kecil kembar ini membuatkan keluarga kecil aku semakin meriah dengan gelak tawa mereka. Aku sangat bersyukur, terima kasih ya Allah. Setelah apa yang berlaku, setelah apa yang di lalui selama beberapa tahu ini, perkara  yang aku genggam ialah takdir Allah itu indah, sabar itu manis dan ujian itu kasih sayang Allah pada kita. Tidak pernahkah kita berfikir tentang ujian kenapa Allah uji kita sampai kita terduduk menyembah tanah sebab sekiranya Allah tidak menguji kita, apa erti kehidupan? Allah uji kerana Allah sayang tiada manusia tidak di uji oleh Allah dan aku tahu setiap ujian pasti ada indahnya antara cepat atau lambat sahaja.

Kami semua terduduk di atas pasir pantai termegah-megah dibuatnya. Penat bermain kejar mengejar.

"Abiy cantiknya!" Jerit Feryal teruja melihat matahari mula terbenam. Qasy berada dipelukan aku itu ikut mengiyakan kata adik kembarnya.

"Kalau cantik kita cakap apa?"

"Masya-Allah!" Kami serentak mengucapkannya. Aku tersenyum manis sambil menatap matahari petang yang mula terbenam itu. Farrel yang ada di sebelah turut melihat suasana terbenamnya matahari...

"Abang, terima kasih.." ucap aku dan beralih memandangnya. Farrel turut melihat aku sambil mengangkat kening.

"Terima kasih untuk apa?" Soalnya lembut.

"Terima kasih untuk segalanya, terima kasih atas sinar kebahagiaan yang abang semaikan pada keluarga kita dan terima kasih sebab terima sayang, terima kekurangan sayang dan terima kasih untuk segalanya." Farrel menarik senyuman manis.

"Sayang nak tahu tak tanpa sayang abang bukan sesiapa dan tanpa sayang juga abang tak akan setenang ini dan sebahagia ini. Abang yang patut berterima kasih pada sayang. Saya sanggup bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat abang yang comel ini dan abang sangat bersyukur Allah kekalkan sayang untuk abang, sayang selamanya bidadari syurga abang sampai bila akhir hayat abang, " Farrel membelai kepala aku lembut. Aku menarik senyum penuh kebahagiaan.. tangan kami sama-sama membelai anak-anak yang sedang leka melihat matahari yang mula terbenam itu.

Syukur pada Ilahi aku menemukan kebahagiaan dan seorang insan yang boleh saling melengkapi di atas kekurangan antara satu sama lain dan inilah yang Allah tetapkan untuk kami. Keluarga bagaikan roda sekejap di atas sekejap di bawah sama juga ombak di mana ia terlihat tenang tapi ada waktu geloranya, sama juga kehidupan terkadang ada jatuh dan bangun juga. Aku harap mahligai ini berterusan hingga ke akhir hayat amin...





~TAMAT~

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

3.1K 190 18
'Cinta takkan selalu abadi, malah takdir pun tak pasti' Satu rangkap kata yang dipetik dari sebuah lagu untuk dijadikan sandaran kisah antara Radea d...
33.3K 1.1K 25
Kehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak ma...
50.8K 2.3K 62
Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Pelajar yang masih lagi bersekolah di sekolah menengah. Kpopers setia kepada kumpulan nct iaitu Jeno...
498K 16.1K 35
Orang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa senga...