SATU PELUANG

By rsya_rose

1.4K 278 41

SEQUEL FAJAR BAIHAQI Belum... Belum ada sinopsis lagi. Nanti penulis fikir. More

SNEEK PEAK
ANEKDOT 1
ANEKDOT 2
ANEKDOT 3
ANEKDOT 4
ANEKDOT 5
ANEKDOT 6
ANEKDOT 7
ANEKDOT 8
ANEKDOT 9
ANEKDOT 10
ANEKDOT 11
ANEKDOT 12
ANEKDOT 13
ANEKDOT 14
ANEKDOT 15
ANEKDOT 16
ANEKDOT 17
ANEKDOT 18
ANEKDOT 19
ANEKDOT 18
ANEKDOT 20
ANEKDOT 21
ANEKDOT 23
ANEKDOT 24
ANEKDOT 25
ANEKDOT 26
ANEKDOT 27
ANEKDOT 28
ANEKDOT 29
ANEKDOT 30
ANEKDOT 31
ANEKDOT 32
ANEKDOT 33

ANEKDOT 22

36 9 1
By rsya_rose

SATU PELUANG
Kita mula semula tak boleh ke?

Nahlan menelan liur. Sepasang anak mata sedang memandangnya. Tajam bak mata helang. Nahlan bernafas dengan tenang seraya kepala diangkat. Terus sahaja anak matanya dipasung dalam sepasang mata helang itu.

  "Untuk apa, Ae'in suruh kamu berjumpa dengan aunty. Aunty rasa jelas dah haritu aunty cakap yang aunty tak suka kamu berkawan dengan Ae'in."

  Serangkai soalan itu ringkas namun bisanya terasa menyengat hingga ke ulu hati Nahlan. Sebenarnya, dia sudah dapat mengagak. Sudah tentu, Ae'in tidak memberitahu semuanya kepada Puan Jasmine.  Manakan tidak, Ae'in sendiri kurang jelas tentang asbab apa Puan Jasmine memarahi Nahlan sewaktu kali pertama mereka berdua bertemu.

  Nahlan tahu... jauh di sudut Ae'in, gadis itu menyambut baik pelawaan Nahlan tempoh hari namun... Nahlan sendiri sedar betapa tidak patutnya mereka membelakangkan Puan Jasmine dalam hal berkaitan anak daranya.

  Sangat tidak sopan.

  "Saya... minta maaf aunty. Sebenarnya..." Nahlan terkemam sebentar. Dia berkira-kira sebelum nafasnya dihela tenang dan dihembus perlahan. Meyakini pilihan aksara pengisi bicaranya. "El dah tahu tenang siapa saya sebenarnya." Mata Nahlan terangkat ke arah Puan Jasmine.

  Jelas, riak Puan Jasmine berubah saat pernyataan itu termuntah dari mulut Nahlan. Pun begitu, wanita itu berusaha mengekalkan raut wajahnya. "Kamu berhubungan dengan Ae'in selama ni?"

  Nahlan mengangguk. "Saya minta maaf sebab saya tak berjaya untuk jauhi dia. El... perlukan bantuan saya aunty." Nahlan menelan liur kesat saat hujung bibir Puan Jasmine terjongket sinis. "Dia..."
  "Dia? Perlukan bantuan kamu? Untuk apa?"

  "Untuk... dia dapatkan kembali hak dia, aunty. Memory dia."

  Puan Jasmin tertawa sinis. Kali ini, daripada riak kosong, wajah wanita itu semakin keruh dan gelap auranya. "Sebab apa? Sebab ada kamu dalam memori dia yang dah hilang tu? Sebab itu kamu beria-ia hendak berkawan dengan dia? Sebab kamu nak dia tahu betapa rapatnya kamu berdua dulu?" Bertali-temali soalan tajam dari Puan Jasmin menghunjam Nahlan sehingga Nahlan terasa sedikit sesak.

  Dalam diam, benaknya sendiri tertanya-tanya. Kenapa... kenapa Aunty Jasmine nampak sangat protective? Ada apa dengan memori lama Elyana? Apa yang terjadi suatu masa dahulu saat Nahlan sedang sibuk di asrama, jauh dari keluarga Elyana?

  "Saya tak tahu kenapa aunty anggap macam tu tapi percayalah... saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan dia. Kalau pun saya tak berjaya untuk tolong dia dapatkan balik memori dia, tak mengapalah. Saya sudi mulakan segalanya dengan dia. Start fresh."

  Sekali lagi Puan Jasmine tertawa kecil. "Jangan tipu aunty, Nahlan. Aunty tahu kamu ni macam mana. Kamu selfish, kamu hanya mahu dia tahu siapa kamu dalam hidup dia sebelum ni kan?! Sebab tu kamu beria-ia hendak tolong dia ingatkan balik apa yang dia lupa kan" Suara Puan Jasmine sedikit meninggi. Kedengaran menggertak.

  Tidak dapat tidak, kesabaran Nahlan sedikit tercabar. "Saya tak faham... saya betul-betul tak faham aunty. Kenapa aunty tak nak El tahu tentang childhood age dia sedangkan saya sendiri nampak macam mana El struggle dengan kesedihan dia setiap kali dia bercakap tentang masa kecil dia yang hilang. Kenapa aunty?"

  "Berhenti panggil dia Elyana. Dia dah tak gunakan nama tu." Tega Puan Jasmine memberi amaran.
  "Tapi—" Baru Nahlan hendak membidas, Puan Jasmine lebih dahulu memotong.
  "Kamu tak tahu apa yang ada dalam memori Ae'in yang hilang Nahlan. Kamu tak berhak untuk persoalkan tindakan aunty sedangkan auntylah yang sentiasa ada dengan dia. Aunty lebih tahu. Dia akan lebih bahagia tanpa dia tahu apa yang dia tak perlu." Puan Jasmine membidas laju.

  "Kalau saya tahu... saya boleh tolong Ae'in?" soal Nahlan tanpa sedar. Saat sepasang mata Puan Jasmine semakin tajam merenungnya, barulah Nahlan perasaan betapa soalannya tidak bertepatan dengan keadaaan waktu ini.

"Kalau kamu tahu Nahlan... aunty yakin kamu tak akan bersungguh begini demi Ae'in." Sekali lagi Puan Jasmine mencabar kesabaran Nahlan. Bagaikan sengaja hendak Nahlan berputus asa. Agaknya... inilah sebab mengapa Imamul Addeen mengundur diri dari Ae'in dahulu?

  "Saya yakin... kalau saya tahu, saya boleh bantu El, aunty. Saya betul-betul ikhlas nak tolong El." Sekali lagi Nahlan memujuk. Kalau Puan Jasmine hendak dia melutut merayu sekalipun waktu ini, sejujurnya dia sudi. Asalkan Puan Jasmine memberi izin kepada Nahlan untuk meneruskan niatnya.

  Dia betul-betul ikhlas dengan Elyana!

  Suasana sepi seketika. Puan Jasmine dan Nahlan masing-masing berdiam diri. Hanya bunyi dari kaunter kafe kedengaran. Bunyi barista menyediakan kopi buat pelanggan menjadi latar mereka.

  "Fine... Aunty izinkan kamu berhubungan dengan Ae'in." Puan Jasmine menjedakan ayatnya sesaat. "Bukan sebab kamu tapi sebab... pujukan Ae'in pada aunty malam tadi. Cuma..."

  Entah mengapa, Nahlan dapat mengesan satu emosi yang sarat di balik bicara Puan Jasmine yang tergantung. Seperti adanya sebuah pengharapan yang cuba diselindungkan.

   "Aunty nak kamu bertanggungjawab kalau ada apa-apa yang terjadi pada anak aunty nanti. Kalau waktu itu, kamu tinggalkan dia terkontang-kanting, aunty akan cari kamu..." Puan Jasmine mengeraskan suara. "...sampai dapat."  Puan Jasmin bangkit dari duduknya. Berura-ura hendak beredar.

  Nahlan langsung tidak berkira. Dia menghadiahkan senyuman lebar kepada Puan Jasmine. Berazam sedaya upaya untuk melembutkan hati wanita yang sudah dia anggap sebagai ibunya sendiri suatu masa dahulu. Entah apa yang membuatkan Puan Jasmine berubah sehingga begini rupa. Barangkali, ada kaitannya dengan masa silam Ae'in.

  Tidak mengapa, Nahlan akan berusaha memperbetul semuanya.

  "Saya janji... saya tak akan sia-siakan peluang yang aunty bagi untuk saya dengan El. Terima kasih... terima kasih banyak aunty," ucap Nahlan bersungguh-sungguh sambil kaki ditegakkan. Bangkit dari duduknya. Dapat dia lihat, biasan mata Puan Jasmine melembut ke arahnya sebelum wanita itu beredar.

  "Terima kasih aunty," ujarnya sekali lagi walaupun Puan Jasmine langsung tidak menoleh.

  Sebaik sahaja figura Puan Jasmine sudah keluar dari balik pintu kaca premis, Nahlan menghela nafas lepas. Kedua tangan diangkat mengucap syukur sebelum meraup muka.

  Semoga Allah permudahkan jalan mereka.

 
"TUAN."

  Ae'in mengetap bibir apabila Nahlan selamba sahaja berjalan di hadapannya. Langsung tidak menoleh. Sudah seminggu sejak pertemuan antara Nahlan dengan Puan Jasmine. Sejak seminggu itu juga, tiada apa yang berubah seperti sebelum ini. Puan Jasmine pula... susah hendak dikata. Kadang-kadang Ae'in rasa ibunya itu seperti separuh restu sahaja hubungannya dengan Nahlan.

  Tanpa aba-aba, Nahlan berhenti. Hampir-hampir sahaja Ae'in terlanggar tulang belikat si jejaka dek henti yang tiada isyarat itu. "Kita makan dekat Black Canyon boleh?" Nahlan bertanya dengan hanya sisi wajahnya sahaja berpaling ke belakang. Langsung tidak berpusing badan.

  Ae'in jadi geram.

  "Tuan..." Ae'in menarik nafas panjang-panjang sebelum menyambung. "Tuan ni kenapa sebenarnya? Yang ajak saya keluar ni tuan tapi kenapa tuan macam tak nak bercakap dengan saya? Jalan pun laju-laju?" Sedas terus Ae'in bertanya. Tidak lagi bertapis-tapis.

  Setelah mendengar soalan berisi keluhan tidak puas hati dari Ae'in. Bersama senyuman yang disembunyikan, Nahlan berpusing badan. "Mana ada saya tak nak bercakap dengan awak. Elok je ni kita bercakap?" Nahlan menekankan perkataan 'awak' sengaja hendak memberitahu Ae'in tentang apa yang Ae'in gagal untuk fahami dari perilakunya.

  Mendengar sebaris kata-kata Nahlan, fahamlah Ae'in. Rupa-rupanya Nahlan masih marah kerana dia tidak habis-habis memanggil Nahlan dengan panggilan 'tuan'. Hish, apa Nahlan ingat nak tukar gelaran ni senang ke? Lihat ni terkeliut nak panggil Nahlan sebagai 'awak'. Tahu tak?

  "Saya tak bolehlah tuan. Tak reti." Ae'in membuat muka seposen. Menuntut kasihan dari mata seorang Nahlan. Malangnya, Nahlan hanya menggeleng.

"Dengan kawan lelaki awak dulu, awak panggil apa?"

  Terjongket sebelah kening Ae'in mendengar persoalan Nahlan. "Mana tuan tahu saya pernah ada kawan lelaki?"

  "Instict?" Nahlan menjawab bersama kedua belah kening terangkat. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek. Selamba betul mereka berhenti di tengah-tengah mall begini semata-mata hendak bergaduh. Langsung tak kekok dipandang orang.

  "Tipu, ni mesti Nasu beritahu tuan kan?" Ae'in bertanya sekali lagi.

  Nahlan tidak menjawab. Hanya kedua belah bahu terangkat sekali. Tanda tidak mahu menjawab.

  "Saya dengan dia panggil nama je sebab kami memang dah lama sekelas. Dia pun tak ada apa-apa pangkat macam tuan." Ae'in pantas mencari alasan. Dia tidak pasti kawan mana satu yang dimaksudkan oleh Nahlan jadi dia hanya mengagak, mungkin kawan yang 'itu' yang dimaksudkan oleh Nahlan.

  "I see... okey saya faham. Cuma saya rasa saya nak buat satu deal dengan awak."

  "Tengah jalan ni tuan. Kita tunggu dekat meja makan nanti tak boleh ke?"

  Nahlan menggeleng tanda tidak mahu berkompromi dengan Ae'in. "Nanti saya terlupa."
  Ae'in mengeluh kecil. Haih... macam-macamlah penguatkuasa yang seorang ni. Dia mengangguk sesaat kemudiannya.

  "Saya nak soal siasat awak tentang kawan awak tu, sebaik sahaja kita sampai meja makan nanti. Okey jom." Pantas Nahlan berpusing dan berjalan meninggalkan Ae'in terpinga-pinga. Terkebil-kebil Ae'in di belakang. Dia merengus perlahan dek geram sebelum mengejar langkah Nahlan. Itu bukan deal! Itu perintah!

  Sesampainya di Black Canyon dan sebaik sahaja mereka memesan juadah makan tengah hari, Nahlan tidak berlengah lagi. Terus dia tegakkan duduk dan memusatkan perhatian penuh ke arah Ae'in.

  "Ceritalah," suruh Nahlan.

  Ae'in mengetap bibir sejenak. "Nak cerita apa, tuan? Tak ada apa yang best pun."

  Nahlan menggeleng. Dia menongkat badannya dengan kedua belah siku di atas meja. Badan mencondong ke arah Ae'in di hadapannya. "I told you that I wanted to know everything Semuanya. In return, awak boleh tanya saya soalan pula lepas awak jawab soalan saya. Fair enough right?" soal Nahlan.

  Ae'in menggaru sisi kepala yang bersalut tudung. "Errr... saya nak mula dari mana ni?"

  "Macam mana awak kenal dengan dia, Nasu dah pernah beritahu saya. Saya nak tahu serapat apa awak dengan dia dan kenapa... tiba-tiba kau orang dah tak rapat? Mesti ada sesuatu yang terjadi in between kan?" Nahlan bertanya santai. Dia tidak mahu menimbulkan suasana yang tegang. Kalau boleh, dia tak hendak buat Ae'in rasa bahawa dia seorang yang memaksa.

  "Seberapa rapat tu... hmmm... susah sebenarnya nak beritahu tuan. Sebab saya rapat dengan dia cuba sebab kami banyak kebetulan satu group dalam assignment je masa belajar dulu. Lepastu..."

  "Lepastu?" Nahlan menyoal sambil dia memindahkan ke atas meja pesanan yang dihantar oleh robot putih. Dia menekan tombol 'Done' pada paparan skrin robot penghantar makanan berkenaan setelah pesanan mereka berjaya diletakkan ke atas meja makan.

  "Lepastu, makin lama kami makin rapat sasmpailah one day dia cakap... dia nak... errr..." Sekali lagi bicara Ae'in terbejat. Rasa segan menerpa diri. Manakan tidak, sudahlah perlu bercerita tentang kisah cinta tidak kesampaiannya dulu, ditenung secara dekat oleh Nahlan pula.

  "Tak apa, cerita je. Saya janji saya tak judge." Nahlan mengangkat sebelah tangan tanda berjanji. Pun begitu, ada senyuman yang terukir di bibirnya melihat pipi Ae'in yang sedikit kemerahan.

  "Dia ajak saya kawan sampai kahwin. Waktu tu, dia masih tak tahu tentang saya dan penyakit saya. I mean... sepanjang saya berkawan dengan dia, dia belum pernah nampak saya kena panic attack jadi dia memang tak tahu. Lepastu adalah sehari ni, dia beriya-iya ajak saya dengan Nasu pergi sambutan hari tentera darat dekat Segamat. Rasanya betullah kot namanya saya pun tak ingat sangat sebab dah lama."

  "Dan awak kena panic attack?" tebak Nahlan.

"Haah. Awal-awal tu memang Nasu dah nasihatkan saya supaya tolak je permintaan Imam untuk pergi tapi saya kasihan pula dengan dia sebab dia memang ada cita-cita nak masuk askar dulu tapi tak lepas."

  "Chup. Sekarang dia kerja apa? Saya dengar dia sambung belajar dekat luar. Bidang apa?" potong Nahlan. Tangan sama yang tadinya mengangkat ikrar, tangan itu juga yang ditayangkan kepada Ae'in memberhentikan kata-kata si gadis.

  "Electrical engineering."

  "Uish engineering. Dengar cerita dia sekelas dengan awak. Jadi awak pun ambil engineering?"

  "Tak... saya ambil civil engineering tapi dekat uni saya tu kita orang ada certain kuliah yang kena campur dengan course engine yang lain. Alah, university required courses macam civilization and so on," jelas Ae'in.

  "I see... teruskan teruskan."

  "Bila saya dah kena panic attack tu, memang Nasu yang dah biasa tenangkan saya... tenangkan saya. After keadaan tu, saya masih ingat macam mana Imam minta maaf teruk-teruk dengan saya tapi saya tak marah pun sebab dia tak tahu."

  Nahlan mengangguk-angguk.

  "Sampailah mama tahu fasal tu. Mama waktu tu marah dekat saya sebab mama tak kenal siapa Imam. Tiba-tiba je dia kawan baik dengan saya siap kami bertiga keluar malam kan jadi saya faham je mama marahkan saya cumanya... saya tak sangka pula belakang saya, mama dengan Imam berjumpa."

  Entah kenapa, Nahlan dapat rasakan yang penceritaan Ae'in sudah semakin mencapai klimaksnya. Pun begitu dia tidak menyampuk. Hanya memasang telinga dengan tekun.

  "Saya tak tahu apa yang jadi tapi... Imam kena marah dengan mama. Itu yang saya tahu. Lepastu... entahlah, tiba-tiba je Imam menjauh dari saya. Saya faham kalau mama agak protective dengan saya disebabkan apa yang jadi dulu tapi... sampai sekarang saya tak faham kenapa mama sangat sensitive bila saya sebut tentang dulu. Seolah-olah macam mama memang nak saya move on, pandang depan terus. Masa lampau tak penting lagi untuk saya. Macam tulah kurang lebih."

  Nahlan terangguk-angguk. Agaknya... Puan Jasmine juga beritahu Imamul Addeen tentang situasi Ae'in. Agaknya juga... Imamul Addeen juga menerima kata-kata yang sama dengan Nahlan sehingga lelaki itu memilih untuk menjauhi Ae'in.

  "Jadi... sampai situ jelah persahabatan kami. Sekarang masih ada contact, masih ada IG tapi masing-masing tak bertegur sangat." Ada senyuman kelat yang terpateri di wajah Ae'in saat dia menyudahkan bicaranya. Barangkali masih ada secebis rasa terkilan yang berladung dalam dada dicampuri dengan rasa serba-salah.

  Nahlan mengangguk-anggukkan kepalanya. Kini, barulah dia boleh duduk bersandar. Minumannya disedut sedikit.

  "Saya dah faham. Jadi... apa yang awak nak tanya pada saya? One question only."

  Ae'in tidak terus menjawab. Dengan tenang, dia turut sama menyedut minumannya. "Hmmm... boleh ke kalau saya nak tanya tuan fasal keluarga tuan?" tanyanya.

  "Bukan... awak dah tanya before this? Dekat rumah mak su?" Soalan berbalas dengan soalan.

  "Maksud saya... boleh ke kalau saya nak tahu lebih detail?" soal Ae'in teragak-agak. Dia menghadiahkan senyum janggal ke arah Nahlan. "Ta— tapi kalau tuan tak sudi cerita saya..."

  "Tak apa... saya cerita. Since you are an important person to me and awak pernah kenal keluarga saya suatu masa dulu jadi... I guess it is appropriate untuk saya ceritakan kepada awak. Sambil-sambil tu awak makanlah." Nahlan mempelawa Ae'in. Kasihan pula nanti gadis itu makan tomyam sejuk dek khusyuk mendengar penceritaannya.

  "Panjang ke yang tuan nak cerita ni?"

  Nahlan tertawa kecil. Sedikit terhibur dengan soalan Ae'in yang kedengaran polos itu. Dia berdehem sesaat. "Saya rasa mungkin akan jadi agak panjang. Lagipun awak tu makan tomyam, karang tomyam sejuk dek aircond dak tak sedap. Saya ni dah biasa makan nasi goreng sejuk masa latihan sebelum jadi pegawai dulu."

  "Aaa... baik. Kalau macam tu, saya makan dulu ye tuan?" Ae'in mengangkat sudu dan garfunya. Nahlan mengangguk dua kali tanda membenarkan.

"Okey kita start dengan pekerjaan sebab tempat tinggal awak dah tahu kan? Dulu, ayah saya, Encik Fajar Baihaqi bin Fakhrullah As-Salam, seorang peguam dekat Pontian. Dekat firma guaman milik kawan kepada atuk saya dulu. Okey cerita dia panjang tapi ayah saya..." Nahlan mencondongkan badannya ke hadapan. Ae'in tidak jadi hendak menyuap nasi dengan tomyam ke mulut. Dia turut sama mencondongkan badan ke arah meja. Nahlan kemudiannya sedikit berbisik. "... juga adalah salah seorang ejen dalam badan risikan kerajaan."

  Mata Ae'in membulat sementara Nahlan kembali menegakkan duduk. "Serious, saya tak tipu," sambung Nahlan.
 
  "Umi saya, Najla Khairiyyah Binti Khair Jamalyanto juga peguam tapi lepas je umi saya beranakkan adik saya, terus umi berhenti kerja. Adik saya, Nayla umur kurang lebih dengan adik awak, Elinda. Kita berjiran beza dua rumah. Since kecil adik saya kecil lagi memang keluarga kita dah rapat."

  Ada rasa pilu yang menyinggah di dada Nahlan saat dia memuntahkan ayat terakhirnya. Sedikit terkilan dengan perubahan yang berlaku kepada Puan Jasmine. Wanita itu kini tidak lagi mesra dengannya menjadikan Nahlan terfikir. Kalaulah abi dan uminya masih ada... adakah Puan Jasmine akan melayan kedua orang tuan Nahlan sedingin layanannya kepada Nahlan?

  Kalau iya... kerana apa?

  "Tuan?" Ae'in melambai tangan di hadapan Nahlan yang sepertinya tenggelam dalam benak sendiri. Nahlan yang baru tersedar, berdehem sejenak.

  "Saya, Muhammad Nahlan Al-Farouq berkawan dengan awak sejak kita sekolah rendah. Pernah sekelas masa tahun satu dengan tahun enam sebab dulu sekolah tu jenis rombak student dalam susunan kelas. Tak ikut pencapaian akademik sangat pun. Sampailah dekat sekolah menengah, barulah kita sekelas sampai tingkatan tiga." Nahlan menyudahkan bicaranya dengan senyuman manis. Diam-diam, dia menelek wajah Ae'in yang sedang tenang menyantap hidangan tengah harinya.

  Nahlan menjedakan kata-katanya seketika. Berkira-kira sama ada sudah tiba masa untuk dia bercerita tentang kematian keluarga kepada Ae'in ataupun masih terlalu awal untuk gadis itu tahu tentang peristiwa yang hampir meruntuhkan seluruh ruang hati Nahlan suatu masa dahulu.

  "Masa saya tingkatan empat... saya masuk MRSM. Jauh... dekat Melaka. Siapa sangka, tahun yang sama juga... keluarga saya meninggal dalam satu kemalangan dalam bangunan." Nahlan bercerita dengan tekak yang terasa perit. Akhirnya dia memilih untuk menyembunyikan dahulu tentang hakikat bagaimana keluarganya boleh terbunuh.

  Ae'in mendengar dengan tekun.

  "Umi saya anak tunggal, abi saya ada dua adik beradik, mak su dengan mak ngah tapi mak ngah saya single woman jadi mak su yang ambil keputusan untuk jaga saya. Nanti ada masa saya kenalkan awak dengan mak ngah. Mak ngah saya duduk dengan nenek dekat Mekah. Pak su pula, kerja dekat Mekah sebab tolong mak ngah bina balik syarikat atuk yang pernah collapse dulu."

  "Tok ma dengan tok ayah pula... dia orang berdua ada je dekat kampung. Nanti, bila kita dah bertunang, saya akan bawa awak jumpa my whole family." Nahlan menyudahkan penceritaannya.

  Ae'in meletakkan sudu dan garfunya seketika. Meraikan Nahlan yang baru habis bercerita panjang lebar kepadanya. "Faham... jadi kampung tuan pun dekat Pontian?"

  "Iya... Dulu sebelum mak su kahwin, mak su duduk mansion arwah atuk dekat Pontian juga. Tapi lepas je umi dengan abi saya meninggal, mak su decide untuk pindah ke JB jadi rumah yang dekat Pontian. Jadi rumah arwah atuk tu... entahlah saya pun tak tahu mak su jual ke or buat apa."

  "I see... mak su kerja apa dulu?"

  "Mak su tak kerja. Jadi suri rumah je. Even though mak su pun ada degree macam pak su, mak su pilih untuk tak bekerja sebab mak su lagi suka duduk rumah dan bersosial cara dia. Biasalah, orang perempuan kan."

  Ae'in terangguk-angguk.

  "Jadi kira settle lah kan? Hutang satu soalan berbalas satu?"

"Betul. Saya pun berpuas hati dengan jawapan tuan. Sekarang, apa kata tuan makan dulu sebab nanti karang nasi tu jadi keras kejung dah tak sedap," pelawa Ae'in pula. Nahlan tidak banyak kerenah. Terus dia mencapai sudu dan garfu yang sudah lama tersidai di sisi pinggan.

  Dalam diam, Ae'in menyimpan rasa gugupnya mendengar perkataan 'tunang' terpacul keluar dari mulut Nahlan di antara aksara yang disusun lelaki itu dalam penerangannya. Nampaknya, Nahlan benar-benar serius dengan kata-katanya hendak menjadi sebahagian dari hidup Ae'in. Entah kenapa Ae'in jadi gementar.

  "Awak pun jangan termenung Ae'in. Sekejap lagi kita nak pergi kedai... cari cincin tanda."

  Ae'in hampir terpelongo mendengar kata-kata Nahlan. Sepasang anak mata membulat. Dia hilang kosa-kata sementara Nahlan sudah tertawa melihat reaksi polos si gadis. 

-

SATU PELUANG
Kita mula semula tak boleh ke?

Continue Reading

You'll Also Like

191M 4.5M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
2.3M 81.8K 41
Emilia I was so sure I'd never see him again. Not that I didn't want to. But not that I did. After all, he was the one that bailed on me. The one who...
885K 35.8K 98
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
THEA By lightivity

General Fiction

136K 3.7K 42
Thea Grey: co-owner of a flower shop by day, underground fighter by night, but that isn't her only secret. What will happen when her past catches up...