Cinta Dua Dunia

By sarahdianamarcella

71.7K 6.2K 677

Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pega... More

Words
Prolog (Edit)
1
2
3
4
5
6 ( Edit)
7 (Edit)
8 (Edit)
9 ( Edit)
10 (Edit)
11 ( Edit)
12 ( Edit)
13 (Edit)
14 (Edit)
15 ( Edit )
16 ( Edit)
17 (Edit)
18 Edit
19 (Edit)
20 ( Edit)
21 (Edit)
22 (Edit)
23 ( Edit)
24 ( edit)
25 ( edit)
26 ( edit)
27 ( edit)
28 ( edit)
29 edit
30 ( edit)
31 ( edit)
33 ( edit)
34 ( edit)
35 ( edit)
36 ( edit)
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51

32 ( edit)

753 95 10
By sarahdianamarcella


Jawapan itu membuatkan Hazel terlopong.

Namanya dipilih oleh Tuanku Sultan sendiri? Kenapa?

Tapi kan Hazel, cuba kau fikir, apa yang kau nak sebenarnya? Kau memang target nak position Gundik kan. Jadi apa yang kau nak fikir banyak sangat ni? Sekarang ni misi kau perlu bermula sekarang. Cepat kau ambil tahu pasal loket tu, cepat kau dapat jawapan, cepat kau jumpa jalan untuk balik ke keluarga kau semula.

Dengan fikiran itu, Hazel hela nafas dan memberikan  senyuman sekilas.

" Jadi patik adalah gundik kedua Tuanku Putera?" soal Hazel sekadar memastikan status dirinya. Puteri Liza tidak menjawab tapi hanya merenung Hazel tanpa riak. Tampak dia seperti tidak gembira tetapi terpaksa berpura pura gembira.

Seketika kemudian, Puteri Liza hanya menggeleng.

" Tidak malahan Tuan Hamba adalah Gundik Utama kerana dipilih oleh Sultan Ibrahim sendiri."

Hampir jatuh rahang Hazel Elmeera. Gundik Utama? Wow posisi yang langsung tidak dijangka olehnya.Mata Hazel memandang Puteri Liza seakan mencari kepastian di wajah gadis itu. Wajah Puteri Liza sedih dan muram.

Hazel mengeluh perlahan, faham akan perasaan Puteri Liza sebenarnya.

Wanita mana yang gembira jika bakal suami sudah mengangkat gundik sebelum perkahwinan mereka. Atau senang cerita, skandal yang diiktiraf. Mungkin sahaja adat budaya mereka yang terpaksa diterima dan ditelan tanpa perlu mempersoal apa apa.

Bimbang juga jika kedudukan akan terjejas jika berani mempersoalkan.

Timbul pula rasa kasihan kepada Puteri Liza. Rasa berdosa kerana sudah merampas hak dan kebahagiaan gadis itu walau baru sahaja bergelar Gundik Utama. Puteri Liza ni tampak lembut sahaja, mungkin pasrah menerima.

Tak apa Puteri Liza, jangan risau, aku akan menjaga jarak dengan mamat tu.

" Kelak, kita akan duduk bersama dan membincangkan beberapa perkara dalam istana ini. Harap Hazel boleh hadir. Selepas ini beta akan berjumpa dengan Sophia selaku Gundik Kedua. Beta tahu hubungan Hazel dan Sophia tidak baik tetapi ingatlah bahawa kita sudah satu keluarga. Harap keduanya boleh berbaik semula demi setia kita pada Tuanku Putera." ujar Puteri Liza, mengukir senyum.

Alahai, baiknya Puteri Liza ni.

Aku tak pe, tapi minah kerek Peah tu anti tengok muka aku. Tambah pula dia dah tahu kelemahan aku tentang kucing.

Malas nak panjang isu, Hazel hanya mengangguk.

" Baik Tuanku. Junjung perintah."

—————————————-

Perkahwinan Putera Andhika dan Puteri Liza puteri Kerajaan Halqi akan dilangsungkan lebih kurang sebulan setengah lagi setelah Puteri Liza selesai kelas kelas adab dan undang undang. Itu antara permintaan Andhika sendiri. Manakala sesi perkahwinan Andhika dengan Hazel serta Sophia akan dilangsungkan setelah upacara perkahwinan Puteri Liza.

Dan Hazel tercengang .

Bagaimana istiadat perkahwinan dia dan Andhika itu nak diadakan? Mereka bukan islam. Bukan sekufu, bukan seagama. Tang ini, Hazel telan air liur. Bermaksud, dia perlu mencari jawapan siulan itu sebelum perkahwinan mereka.

Dan dia perlu lari dari sini.

Untuk itu, dia tidak mahu Andhika memberi perhatian kepadanya. Biar je lah si Liza dan Sophia yang banyak bersama sama. Dia ada misi untuk dilakukan disini. Bukan nak menggatal dengan anak teruna orang.

" Ada hari hari yang Putera Mahkota akan bermalam bersama. Hamba akan mengambil 4 hari, Puteri Sophia 1 hari dan Hazel 2 hari." Ujar Puteri Liza ketika mereka bertiga berada dalam satu ruangan perbincangan bersama.

Dia, Puteri Liza dan Puteri Sophia.

Wajah Puteri Sophia tampak diam. Mungkin dia sedar bahawa dia hanya taraf gundik kedua. Hazel dengar, Puteri Sophia dipilih atas pilihan Permaisuri Chempaka.

"Hazel, setuju?" Soal Puteri Liza menyebabkan Hazel mendongak melihat gadis itu.

" Mm.." Hazel seakan teragak agak untuk menyatakan sesuatu. Tapi gasaklah.

" Hamba rasa hamba tidak mahu lah giliran itu. Tuan hamba ambil lah. Hamba boleh jumpa Tuanku Putera bila bila sahaja waktu siang. Tapi waktu malam, hamba selesa seorang sahaja." Laju sahaja Hazel menuturkan alasan yang direka cepat dalam kepala otaknya.

Kedengaran bunyi cukup merepek dan canggung.

Puteri Sophia pula yang tercengang.

" Tuan Hamba sudah biul? Atau gila? Setelah diculik penculik itu, kepala Tuan Hamba sudah mereng? Apa tujuan Tuan Hamba masuk pemilihan jika tidak mahu melahirkan zuriat bagi Tuanku Putera." Spontan dia bertanya, kedengaran dia keliru.

Hazel ketap bibir. Sedap betul mulut minah ni kata aku biul dan gila.

Aku kena culik sebab kau la babun. Dorang ingat aku ni Puteri Sophia iaitu kau.

Kau ingat aku ni mesin nak beranak. Kalau kau nak beranak, kau je lah tidur dengan si Andhika tu. Aku ni ada iman lagi, mesti kena nikah dulu sebelum nak tidur sekatil. Ini semua maksiat terang terang.

Tapi segala maki hamun disimpan ketat dalam hati. Dia rasakan benda itu tidak penting.

Hazel hela nafas. Fuh!

" Hamba tidak mahu giliran bermalam itu. Katakan sahaja pada Putera Mahkota, bahawa hamba menolak." Kata Hazel. Gasak je lah lepas ini memang comfirm dia akan dipanggil nanti.

Puteri Liza merenung Hazel sebentar sebelum mengangguk.

" Nanti hamba akan sampaikan pada Tuanku Putera sendiri. Adakah tuan hamba tidak sihat?" Soal Liza prihatin nadanya. Hazel hanya angguk, malas mahu menjawab. Untuk sekarang ini dia mahu berkurung sahaja dalam bilik.

Serious dia tiada mood langsung. Setelah apa yang terjadi.

" Jikalau begitu, rehatlah Hazel, malam ini ada majlis santapan pengenalan."

Hazel yang berkira kira mahu bangkit, duduk semula.

" Santapan pengenalan?"

Puteri Liza mengangguk.

" Makan malam untuk kita, kerana kita semua ahli keluarga baru dalam istana ini. Bersama dengan Tuanku Putera, Tuanku Sultan Ibrahim, Permaisuri Chempaka, Cik Puan Seroja dan juga Putera Emir."

Makan malam keluarga la ni?

Hadoi. Dah la ada si Emir tu pulak.

———————————-

Dayang dayang yang ditugaskan untuk mengiringi Hazel sepanjang masa bernama Orked, Sura dan Kaseh. Ketiga tiga gadis ini tampak baik dan manis. Orked tampak lebih matang dan serius, manakala Kaseh pula seperti kebudak budakan. Sura pula kelihatan tenang.

Majlis makan malam itu akan berlangsung beberapa jam lagi tetapi Hazel sedang mencari idea untuk tidak menghadirinya. Sudah dia bertekad, dia tidak mahu perhatian sikit pun dari Andhika. Dia sudah menolak giliran bermalam. Nampak pelik tapi itu lah, gila ke nak tidur sekatil tanpa nikah.

Rambut Hazel yang panjang disisir elok oleh Orked. Sura sedang menyiapkan pakaian Hazel manakala Kaseh sedang menyapu bedak di wajah Hazel.

" Rambut Cik Puan cantik. Beralun elok." Puji Orked, kembang rasa hati dipuji sebegini. Speechless kejap.

" Terima kasih Orked." Sempat lagi Hazel senyum nipis.

" Dalam istana ini ada perpustakaan?" Soal Hazel.

Orked kelihatan memikirkan sesuatu.

" Tempat simpan buku buku tu ya? Ada, di sayap Barat Istana Utama."

Kamar Hazel kini dipindahkan ke Istana Badar, manakala Puteri Sophia kekal di Istana Rimbun. Hanya kamar Puteri Liza sahaja ditempatkan di Istana Biru, bersebelahan Istana Nanding, tempat Putera Mahkota Andhika menetap. Mungkin khas untuk Puteri Mahkota. Istana Bayan masih kosong. Manakala istana Bunga menjadi tempat tinggal Cik Puan Seroja dan Putera Emir.

Senang cerita, seorang satu ditempatkan diistana berlainan dan diberi dayang dayang yang akan melayan setiap permintaan.

" Tapi itu simpanan buku lama yang lama tidak dimasuki sesiapa. Tempat terlarang," celah Sura, sibuk mengemas lipatan kain emas itu.

Hazel mengerut dahi.

" Kenapa menjadi tempat terlarang? Kan itu buku?" Soal Hazel, hairan.  Buku pun jadi benda terlarang ke?

Sura terdiam sambil memikir sesuatu.

" Hamba tidak pasti Cik Puan, tapi kawasan itu menjadi tempat terlarang apabila Sultan Ibrahim yang mula memegang takhta."

Oh okay. Biasa tempat terlarang pasti menyimpan banyak rahsia. Mungkin jawapan itu ada disana.

" Ada satu lagi kawasan terlarang dalam istana ini yang Cik Puan tidak boleh jejak kaki langsung," ujar Kaseh pula. Hazel berpaling ke arah Kaseh.

Banyaknya tempat terlarang. Ini istana ke penjara?

"Mana?"

Ketiga tiga berpandangan seolah olah berkira kira untuk memberi jawapan.

" Tuanku Putera Mahkota ada sebuah bilik peribadi hanya untuk dirinya sahaja. Tiada siapa yang berani masuk kedalam tanpa keizinannya. Hatta, dayang pengemas juga tidak dibenarkan masuk," jelas Orked membuatkan Hazel terlopong.

Mamat tu simpan emas ke?

" Apa yang ada dalam bilik tu sampai macam tu sekali dia tidak benarkan?"Hazel mula tertarik akan cerita itu. Pasti sulit rahsia sampai begitu sekali.

Sura mengemam bibir sambil berfikir sesuatu.

" Tiada siapa yang tahu isi dalamnya Cik Puan. Hanya pemiliknya Tuanku Putera Mahkota sahaja yang tahu. Mungkin sesuatu yang menjadi kesayangannya. Beruntung orang itu jika dibenarkan oleh Tuanku sendiri untuk masuk kedalam," ujar Sura perlahan.

Hazel terdiam membisu.

" Cik Puan, dah siap." Ujar Kaseh tampak bangga, menyebabkan Hazel tersentak. Sekilas Hazel melihat wajahnya dicermin.

Uih lawa pulak minah ni mekap aku. Cantik. Puji Hazel pada diri sendiri.

Tapi Hazel ada rancangan sendiri.

Korang ingat aku nak join sangat ke makan malam tu?

Bunyi guruh dan turunnya hujan makin melebarkan lagi senyum diwajah Hazel.

————————————-

Kenapa rasa macam makin lari je jalan cerita🤣

Layan je lah eh

Continue Reading

You'll Also Like

68.9K 2.2K 48
Tengku Ayaaz Γ— Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuany...
785K 62.8K 63
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara ked...
2.2M 98K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
3.7K 186 4
HAYLA REQAL "Kan saya cakap kita dah takde hubungan lagi, Dato!!" - HAYLA TENGKU DATO' RAIF ISKANDAR "Aku tak pernah anggap yang kita dah bercerai...