Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

By inspectoside

1.1K 68 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... More

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
2- SYAH
3- AIDAN
4- HILANG
5 - KEMBALI
6 - DANI
7- PERTEMUAN
8 - JANJI
9 - SISI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
17 - DALANG
18 - BOSS
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
21 - INARA
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
EPILOG

25 - MR. BOO

38 2 0
By inspectoside

PINTU bilik Hakeem ditolak dan mata terus melihat ke dalam. Pintu itu diketuk sebelum masuk tapi tiada jawapan. Patutlah, Hakeem masih terbongkang di atas katil. Matahari dah tinggi pun Hakeem masih memproses air liur basi.

Pintu bilik ditutup dan kaki terus menapak ke ruang tamu. Sampai sahaja ke ruang tamu, Inara terus melabuhkan diri di atas sofa empuk menghadap televisyen. Punat alat kawalan jauh ditekan-tekan.

"Tak ada cerita best ke?" Inara menyoal diri sendiri sambil alat kawalan jauh itu diletak ke lantai. Kini dia sudah terbaring di atas sofa. Siling ruang tamu ditenung bagai nak tembus.

Tangan kanan dibawa ke muka manakala tangan kiri pula dibiarkan seakan tergantung di atas sofa. Cuti sekolah sangat membosankan jika tak ke mana-mana. Mak Ila dan ibubapanya tiada di rumah. Hanya Hakeem dan Inara yang mengisi ruang rumah.

"Kalau kau ada mesti best. Tak ada lah aku bosan macam ini," kata Inara seorang diri.

Kata-kata itu ditujukan pada Irfan yang sudah sebulan lebih tidak kembali. Loket yang terletak dileher diambil dan dibelek. Loket itu dibuka untuk melihat gambar di dalamnya. Gambar di sebelah kiri secara spesifiknya.

Telefon bimbitnya dicapai. Nombor Puan Syazwin didail laju. Tak sampai lima belas saat panggilan itu diangkat.

"Assalamualaikum, umi," ucap Inara sambil bermain dengan loketnya.

"Waalaikumsalam. Kenapa Hannah call umi? Ada apa-apa jadi di rumah ke?" soal Puan Syazwin. Cemas nadanya.

Baru dua jam dia meninggalkan rumah tak akan sudah huru-hara keadaannya. Puan Syazwin yakin kalau Hannah dan Hakeem bergaduh sekali pun bukan sekarang waktunya kerana Hakeem mesti belum bangun.

"Tak ada apa jadi. Hannah bosan. Nak pergi hospital boleh? Lawat abang Irfan," jelas Inara. Lagipun sudah dua minggu dia tidak ke hospital, biasanya kalau ke sana dia pergi dengan Dani atau keluarga angkatnya.

Inara masih tidak tinggal dengan Datin Afeeya kerana dia mahu luangkan masa dengan Puan Syazwin. Katanya tak puas lagi. Minggu hadapan baru dia akan tinggal dengan Datin Afeeya, ibu kandungnya.

Segala urusan hak penjagaan dan hal-hal lain semua sudah diselesaikan oleh Datin Afeeya. Ujian DNA juga telah dilakukan untuk memastikan yang Inara betul-betul anak kandungya. Ujian itu mendapat keputusan yang positif, menandakan Inara ialah bayi yang Datin Afeeya tinggalkan di tepi surau rumah lamanya.

"Hannah nak naik apa sayang? Grab? Umi izinkan. Nanti nak gerak inform umi dulu. Life360 jangan off ya. Senang umi cari nanti kalau apa-apa jadi," pesan Puan Syazwin.

"Okay. Hannah nak siap. Nanti apa-apa Hannah call umi balik. Sorry kacau umi dengan abi tengah dating," usik Inara. Puan Syazwin hanya tergelak kecil dengan usikan anak gadisnya itu sebelum talian dimatikan.

Inara terus bangkit dari sofa menuju ke biliknya untuk bersiap. Dalam perjalanan ke bilik, Inara terlihat Hakeem yang baru bangun dan berjalan keluar dari bilik. Hakeem memandang Inara dengan kepala disengetkan ke kanan sambil mengosok mata. Masih mamai.

"Tengah hari baru nak tengok dunia, dik? Akak nak pergi lawat abang Irfan. Hakeem kalau lapar order Grab. Mak Ila tak ada. Demam umi kata. Umi dengan abi pergi dating," jelas Inara. Hakeem hanya mengangguk faham dan menuju ke dapur.


TELEFON dimatikan dan dimasukkan ke dalam beg. Baru selesai menelefon Puan Syazwin untuk memberitahu yang dia sudah sampai di hospital. Mesej Datin Afeeya yang mengatakan dia tak dapat ikut melawat Irfan juga sudah dibaca dan dibalas.

Nampaknya hanya Inara seorang yang melawat Irfan hari ini. Lagi Inara suka. Dia boleh bersembang dengan Irfan lama-lama. Rindu sudah hatinya ini. Laju langkah kaki menuju ke bilik Irfan.

"Assalamualaikum, abang," ucap Inara sejurus menapak ke dalam bilik itu.

Kerusi di sebelah katil Irfan diduduki. Rambut Irfan dielus lembut dan tangan dicapai untuk disalam. Itulah rutin Inara setiap kali melawat Irfan.

Impiannya menginginkan seorang abang yang dianggap mustahil kini nyata. Walaupun abangnya kini tidak mampu melayan kerenah dirinya. Inara tersenyum sendiri memikirkannya.

"Abang. Kalau abang masih Irfan versi roh yang Inara nampak, abang akan layan Inara macam adik ke tak? Inara tertanya-tanyalah. Cepatlah bangun, abang. Tak bosan ke dengar Inara aje yang bebel. Biasanya ni kerja abang bukan Inara," omel Inara sendirian.

Sudah biasa kata-katanya itu dibawa pergi bersama angin setiap kali melawat Irfan. Dia sudah tidak endah dan kurang berasa sedih. Dia yakin yang Irfan sedang mendengar setiap bebelannya. Dia hanya perlu tunggu.

Inara yang rancak meluahkan segala-segalanya kepada Irfan langsung tidak kisah akan keadaan sekeliling. Pintu yang dibuka itu juga dia tidak sedar. Seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu, terbeliak matanya melihat Inara yang mengenggam erat tangan Irfan.

"Hannah! Apa awak buat?" soal Dani yang terkejut melihat Inara memegang Irfan.

"Dani? Apa saya―"

Inara tersedar yang Dani memandang tangannya yang memegang tangan Irfan. Dani masih belum tahu perkara sebenar. Inara tidak menceritakan kerana dia rasa Dani tak perlu tahu.

"Saya explain. Awak tahu Irfan ada adik?" Inara memandang Dani yang sudah berada di sebelah katil Irfan. Bertentangan dengan dirinya.

"Inara? Irfan pernah cakap. Tapi dia kata adik dia dah tak ada," balas Dani.

Mukanya masih berkerut memandang tangan Inara yang langsung tak melepaskan tangan sahabatnya. Geram pun ada. Suka hati pegang anak teruna orang.

"Inara bukan dah tak ada. Dia hilang," balas Inara. Tergelak kecil dia melihat Dani yang berkerut melihat tindakan Inara.

"Macam mana awak tahu? Apa kaitannya pula dengan awak yang pegang tangan Irfan ni? Haram Hannah," balas Dani.

"Sebab saya Inara."

Dani yang mendengar itu membesar matanya. Tidak mempercayai kata-kata Inara.

"Macam mana?" soal Dani masih keliru.

"Saya ringkaskan aje lah. Saya jumpa umi saya kebetulan hari itu. Then kami share cerita. Kuasa Allah pertemukan kami semula. Mungkin berkat doa umi dan abang yang tak putus-putus," jelas Inara.

Dani mendengar tekun. Wajahnya berubah tenang tidak lagi kisah dengan tangan Inara yang masih bermain dengan jari jemari Irfan.

"Jadi awak Inara dan bukan Hannahlah kan sekarang?" soal Dani.

"Boleh aje panggil saya Hannah. Sama aje dua-dua. Saya masih orang yang sama," balas Inara.

Dani pula hanya mengangguk. Inara tiba-tiba bangkit dari duduknya membuatkan Dani menoleh memandangnya. Kening kiri terjongket memandang Inara.

"Awak boraklah dengan abang. Saya keluar kejap nak makan. Nanti kalau awak nak balik, balik aje. Tak perlu tunggu saya."

Inara berpesan. Dia tahu Dani memang tidak akan pergi tanpa izin keluarga Irfan jika ada ahli keluarga Irfan di situ. Inara tidak mahu Dani menunggunya kerana dia rasa dia mungkin akan ambil masa yang lama.


MATA memerhati sekeling kafe sambil menyedut teh ais yang dibelinya tadi. Inara masih menantikan pesanannya. Hampir semua orang di situ diperhatikan.

Mahu baca ebook di dalam telefonnya semua baru habis dibaca sepanjang cuti sekolah. Itu yang dia merenung semua orang. Tiba-tiba rasa diri sedang diperhatikan lama.

Kepala ditoleh memandang kanan. Tiada pula orang memandang ke arahnya. Kemudian kepala ditoleh ke kiri. Masih tiada. Hatinya sahaja barangkali.

Nombor pesanannya dijerit lantang oleh pekerja gerai yang disinggahnya tadi. Kaki terus melangkah meninggalkan meja yang diduduki. Hatinya masih kuat mengatakan yang dia masih diperhatikan.

"Inara."

Suara itu. Suara Irfan.

Inara memandang sekeliling. Irfan tidak ada di situ. Suara itu terasa benar-benar dekat. Bagai betul-betul di sebelah telinganya. Perasaan itu diabaikan dan terus kembali mendapatkan pesanannya tadi.


PINTU bilik itu ditolak dari dalam. Inara memandang Dani yang baru sahaja keluar dari bilik Irfan. Dani tersenyum melihat Inara, Inara juga membalas senyuman Dani.

"Nak balik dah?" soal Inara. Dani angguk.

"Okey. Elok-elok," ucap Inara.

"Tahniah, Hannah." Inara berkerut. Sudah kenapa tiba-tba tahniah pula si Dani ini. Buang tabiat ke?

"Sebab jumpa abang awak balik. Lagi satu, ini hari terakhir saya dekat sini. Saya akan fly ke Jepun untuk setahun. Sambung belajar dekat sana," jelas Dani masih tersenyum.

Ternganga sedikit mulut Inara. Terkedunya memang tak disorok. Tergelak kecil Dani melihat reaksi Inara. Sama seperti Irfan.

"Tahniah dekat awak sepatutnya. Nanti balik Malaysia bawa balik ole-ole jangan lupa bagi saya," usik Inara.

"Mestilah. Awakkan adik kawan baik saya. Saya kena pergi dah ni. Jumpa lagi kalau ada rezeki."

Dani mengorak langkah menjauhi Inara. Dani jalan mengundur sambil membalas lambaian Inara. Inara melambainya sambil tersenyum. Dani yang pergi belajar di luar negara dia yang rasa gembira dan bangga.

Setelah Dani hilang dari pandangan Inara terus masuk bertemu Irfan. Mahu sambung membebel kepada abangnya.


PERASAAN itu datang lagi. Rasa diperhatikan. Inara sudah tidak sedap hati. Dia terus melangkah keluar bilik dan melihat sekeliling. Sunyi saja.

Inara menggeleng membuang rasa tidak sedap hati. Pintu ditolak untuk kembali ke dalam. Terlihat satu tubuh di hadapannya. Rasanya dalam bilik ini tadi ada dia sahaja. Ini kaki siapa?

Kepala mendongak. Jantung rasa bagai nak meletup. Darahnya dipam laju, sangat laju. Tangannya mula menyejuk dan menggigil. Bibir ditekup dengan tangan. Mata terasa panas dan diri dipaksa untuk tidak mengeluarkan setitis air mata.

Irfan!

"Boo! Terkejut tak?"

Tubuh di depannya itu cuba dicapai. Tembus.

Inara sedikit kecewa.

"Mana boleh. Belum bangun lagi. Member tengah chill lagi atas katil tu." Irfan meunding ke jasadnya yang terbaring kaku di atas katil.

Inara terus melangkah ke dalam. Air mata ditahan, tak mahu dilihat lemah di hadapan Irfan. Kerusi yang didudukinya tadi menjadi tempat yang sama dia duduk ketika ini.

"So, how are you, Hannah? Or should I call Inara, my little sister?" soal Irfan tersenyum lebar.

"Kenapa abang hilang lama sangat?" Inara balas dengan soalan.

"Sebab semuanya dah selesai. Adik abang ni kenapa nampak sedih?"

Irfan mendekati Inara. Wajah Inara dipandang redup. Mahu dilap air mata Inara yang mengalir itu dia tahu tak akan berhasil. Jadi Irfan hanya memandang tepat ke dalam anak matanya.

Inara kini menunduk memadang lantai. Kedua-dua tanggannya mengenggam satu sama lain. Air mata dibiar mengalir laju. Perasaannya bercampur. Gembira kerana dapat melihat Irfan kembali tetapi sedih kerana dia bukan bertemu dengan jasadnya.

"Inara, kenapa ini? Jangan nangis. Abang buat salah ke?"

Inara menggeleng. Hati Irfan juga sakit. Dia hanya mampu menyaksikan adiknya yang selama ini dicari menangis. Dia sakit kerana tidak dapat menenangkan Inara ketika ini.

"Abang tak nak bangun ke? Umi dengan Inara hari-hari tunggu abang bangun. Abang tak nak jumpa Inara ke?" soal Inara memandang tepat ke arah Irfan. Tangan Irfan yang diletakkan atas peha Inara dipandang tapi tiada rasa.

"Abang bukan tak nak. Belum boleh. Abang pun nak jumpa umi, jumpa Inara. Abang rindu nak peluk umi, abang rindu dekat Inara. Tunggu sikit aje lagi," kata Irfan. Kini dia juga turut mengalirkan air mata.

"Inara..." panggil Irfan perlahan.

"Terima kasih sebab tolong abang. Terima kasih sebab jumpa abang. Terima kasih juga sebab kembali ke pangkuan umi. Umi rindu sangat dekat Inara. Nanti kita jumpa ya. Inara, the girl I love and miss the most."

Tubuh Inara cuba didakap. Entah kenapa kehangatan dakapan itu terasa seperti realiti. Inara juga dapat merasakan hangat yang sama. Bunyi esakan Irfan semakin menghilang.

Kehangatan dakapan Irfan kian memudar. Inara membuka matanya melihat Irfan yang berada di atas katil. Tangan Irfan digenggam. Sejuk.

Mesin yang mengira bacaan jantung Irfan dipandang. Aneh.

"Kenapa makin perlahan?" soal Inara sendirian.

TITTT!

Panjang bunyi deringan mesin itu. Inara kini sedar akan realiti yang dihadapinya. Tangan Irfan dilepaskan, kaki terus berlari keluar mencari sesiapa sahaja yang dapat membantu Irfan.

"Doktor! Doktor! Abang saya!" jerit Inara mendapatkan staf hospital yang berdekatan.

Beberapa orang jururawat dan doktor mendapatkan Inara. Mereka tahu apa yang berlaku dan bergegas ke dalam bilik Irfan tanpa mendengar penjelasan Inara.

Inara yang terkaku diluar bilik terus berlari masuk ke dalam. Dia menyaksikan sendiri detik cemas itu.

"Defibrillator!" jerit seorang doktor yang menekan-nekan bahagian jantung Irfan.

Degupan jantung Inara sangat laju ketika ini. Takut, cemas dan berdebar semua dirasai sekali. Air mata mengalir laju. Inara cuba melangkah mendekati Irfan namun dihalang oleh seorang jururawat.

"Adik awak tak boleh masuk. Tunggu di luar ya. Doktor akan cuba yang terbaik." Tangan Inara ditarik lembut jururawat tadi dan membawanya keluar.

Inara tidak melawan hanya menurut. Hatinya hancur ketika ini.

"Ya Allah, selamatkan abang."

"Inara!" satu suara memanggil namanya lantang.

Tubuh Inara dipeluk erat. Datin Afeeya dan Dato' Luthfi sudah tiba. Kebetulan mereka memang mahu melawat Irfan sehingga pihak hospital menelefon dan memberi tahu keadaan Irfan. Terus berlari pasangan itu mendapatkan anak mereka.

"Umi...abang..." Inara tidak mampu menyusun kata. Hanya tangisan yang berbicara untuknya.

"Umi faham sayang. Kita doa, ya. Abang Irfan kuat. Umi yakin dia tak apa-apa," pujuk Datin Afeeya.

Pintu bilik Irfan yang tadinya tertutup rapat kini dibuka luas. Seorang lelaki berkot putih labuh keluar dari bilik itu. Dato' Lutfhi terus mendekati lelaki itu.

"Anak aku? Anak aku macam mana, Luq?" soal Dato' Lutfhi kepada doktor itu.

"Maafkan aku, Lutfhi. Aku dah buat yang terbaik. Irfan dah tak bersama kita lagi." Bahu Dato' Lutfhi ditepuk lembut memberi kekuatan.

Inara dan Datin Afeeya yang turut sama mendengar terkaku. Datin Afeeya kini sudah melutut di lantai. Esakan tangisannya jelas kedengaran. Empat tahun dia menantikan anak sulungnya untuk kembali bersamanya namun pengakhirannya begini.

Selepas satu anaknya kembali, satu lagi pergi meninggalkannya. Pergi buat selamanya.

Inara menarik lemah kot putih doktor itu.

"Doktor tipu. Abang kata nanti abang nak jumpa. Abang masih hidupkan?" desak Inara.

Hanya 'ya' jawapan yang mahu didengarinya ketika ini. Bahu Inara dipeluk lembut Dato' Lutfhi.

"Maaf, Inara. Irfan memang dah tiada," balas doktor itu.

Inara menggeleng tidak mahu mempercayai apa yang berlaku. Baru sekejap tadi Irfan bertemu dengannya. Irfan juga menyuruh Inara tunggu dan Irfan jugalah yang mengatakan mereka akan berjumpa.

'Abang tipu Inara,' kata Inara di dalam hati.

Mereka bertiga kini memasuki bilik itu untuk kali terakhir. Masing-masing diam tidak bersuara. Hanya kesedihan dan kehilangan yang memenuhi ruang ketika itu.


JENAZAH Irfan ditenung dari jauh. Hatinya sangat berat untuk melepaskan Irfan. Datin Afeeya juga begitu. Dato' Lutfhi mendekati dua beranak itu.

"Sayang, Inara. Pergi cium jenazah untuk kali terakhir. Kuatkan hati," pujuk Dato' Lutfhi. Tangannya mengusap lembut belakang kedua-dua wanita itu.

Inara kuatkan diri untuk pergi dahulu. Biarlah Datin Afeeya menjadi orang terakhir yang mencium jenazah.

"Assalamualaikum, abang," ucap Inara perlahan. Air mata yang tadinya menghilang datang kembali. Jatuh setitis air matanya pada pipi Irfan. Dahi Irfan dikucup lembut.

"Inara sayang abang. Kita jumpa di syurga nanti, ya," Inara kini mula bangkit memberi ruang kepada Datin Afeeya pula.

Inara merenung lama wajah arwah. Tenang seakan hilang segala masalahnya. Datin Afeeya yang semakin teresak-esak didekati dan dipujuk lembut.

"Umi, kita kena kuat untuk abang. Abang mesti tak happy tengok umi nangis. Inara akan jaga umi untuk abang. Umi kuat tau."

Nafas dihela berat selepas memujuk Datin Afeeya. Inara membawa Datin Afeeya menjauh sedikit dari arwah untuk urusan pengebumian.

Kuat? Mampukah dia?


BELAKANG tubuhnya digosok berkali-kali oleh Fateen. Tangisan masih menemani. Kini mata menyaksikan Irfan yang sudah dibawa ke dalam tanah.

"Fateen, abang tak pernah jumpa aku pun," kata Inara tiba-tiba.

"Abang tak pernah tahu yang aku dah kembali. Abang tak tahu yang aku masih hidup. Abang..." Nafasnya tersangkut menyebabkan kata-katanya terpotong.

"Hannah, kau sendiri tadi cerita dekat aku kau jumpa Irfan balik before dia pergi. Dia tahu yang kau dah kembali. Ya bukan depan-depan tapi aku yakin dia sebenarnya dah tahu semuanya. Semua sebab kau tolong dia dari mula," pujuk Fateen lembut.

Inara hanya mengangguk tidak membantah. Dia harapkan apa yang Fateen katakan itu betul belaka.

Kini air mata sudah tidak mengalir. Hanya sunyi yang dirasai. Sunyi yang tak akan kembali diisi.

Irfan Faleeq sudah tiada lagi untuk menemani kehidupan seorang Inara Faeeqa.



Yang seronok cerita ni dah habis,

Side 📦

Continue Reading

You'll Also Like

198K 7.4K 28
My Partime Wife by fairyshaax 🀍 Warning : ⚠️ Sexy Storyline ⚠️Uncensored ⚠️18+ ⚠️Matured works ⚠️Red Flag hero { No Plagiarism allowed } { Read you...
50.8K 3.2K 44
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
440K 4.4K 10
Written by Itsfarraa [New Version] " Catch her, NOW!! " - Carl Zafran " Cari tentang dia, Tempat tinggal, umur, everything about her.." - Carl Zafr...
2.2K 166 15
SINOPSIS MUIZ FOR DAHLIA ====================== Nur Dahlia Awatif, puteri manja Tuan Marzuki. Gadis yang sentiasa bebas, tidak suka dikongkong. Tidak...