Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

By inspectoside

655 10 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... More

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
2- SYAH
3- AIDAN
4- HILANG
5 - KEMBALI
6 - DANI
7- PERTEMUAN
8 - JANJI
9 - SISI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
17 - DALANG
18 - BOSS
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
25 - MR. BOO
EPILOG

21 - INARA

9 0 0
By inspectoside

BAHUNYA ditepuk perlahan oleh seseorang. Kepala menoleh sembari bibir mengukir senyum. Wajah gerangan yang menepuk bahunya dipandang.

"Lama ke tunggu?" soal Fateen mengambil tempat di sebelah Hannah. Farhani pula mengambil tempat di hadapan mereka berdua.

"Baru aje. Dani kata dalam sepuluh minit lagi dia sampai. Jalan jem sikit," jelas Hannah.

Hari ini hari yang dijanjikan untuk bawa Farhani berjumpa dengan Irfan. Hannah yang menjadi perantara kerana Farhani tidak begitu rapat dengan Dani. Walaupun dahulunya mereka satu sekolah.

"Aidan ikut kan? Mana dia?" soal Fateen sambil melihat sekeliling. Tak nampak langsung kelibat Aidan di dalam kafe itu.

"Ikut. Dia kena paksa basuh pinggan kejap. Nanti siaplah itu," balas Hannah.

Farhani pula hanya mendiamkan diri, tidak banyak bersuara. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia sudah tidak sabar mahu berjumpa Irfan. Setelah empat tahun tidak bersua walaupun pertemuan kali ini mereka tidak lagi boleh berkongsi kisah seperti di bangku sekolah. Pertemuan tanpa Syah.

Setelah sepuluh minit menunggu akhirnya Dani tiba. Hannah yang perasan kedatangannya terus melambai. Kebetulan Aidan juga baru keluar dari dapur. Aidan dan Dani bertegur sapa sebelum mendekati tiga gadis itu.

Wajah Farhani dipandang oleh Dani setelah berada dekat dengan gadis-gadis itu. Lama sudah Dani tidak nampak sesiapa dari sekolahnya dahulu. Maklumlah dulu di sekolah pun dia tidak ramai kawan. Semua takut dengannya, takut dibuli. Hanya Syah sahaja yang tak kenal erti takut bila bersama Dani.

"Farhani kan? Classmate Irfan dan Syah?" Sengaja soalan diutarakan walaupun Dani sudah tahu jawapannya. Buat modal untuk besembang.

"Ya. Dani kelas Science 2?" Dani angguk.

"So nak gerak sekarang kan?" Aidan menyoal. Dia mahu tanya Hannah kenapa Irfan tidak ikut sekali tapi ditangguh dahulu.

"Boleh aje. Jom." Dani mengajak mereka semua. Mereka semua menumpang kereta Dani hari ini. Mudah pergi satu kereta sahaja lagipun jalan yang digunakan untuk ke hospital sentiasa sesak. Terlampau tinggi populasi manusia di kawasan itu.


SEPANJANG perjalanan mereka diisi dengan bual kosong tentang sekolah mereka. Dani dan Farhani mengenang semula memori di bangku sekolah manakala Aidan, Hannah dan Fateen menceritakan keadaan semasa sekolah mereka.

"Puan Lina ajar kau orang tak?" soal Dani teringat guru subjek matematik tambahannya.

"Puan Lina ajar form 5 aje sekarang. Tapi haritu aku pergi tolong cikgu lain hantar barang dekat building form 5. Aku nampak depan mata buku melayang keluar dari kelas. Nyaris tak kena aku. Kalau kena tu memang boleh maut." Aidan bersungguh bercerita.

Siapa sahaja dalam sekolah itu tidak kenal cikgu paling garang dan terkenal di sekolah itu. Pantang tugasnya tidak disiapkan mesti didenda teruk.

"Akak dulu satu kelas kena jalan itik sebab tak ada siapa tahu dapat jawapan betul. Kebetulan pula Syah tak datang time tu. Memang masing-masing tak ada sumber rujukan."

Farhani menambah. Syah memang sumber utama kelasnya menyiapkan tugas-tugas yang diberikan cikgu mereka. Tak pelik Syah merupakan pelajar terbaik akademi untuk batch mereka. Tapi malang Syah tidak sempat mengambil keputusan SPM.

"Kelas aku pun kena. Tapi aku kena tambah lepas jalan itik kena lompat bintang sebab tertidur. Boleh pula kantoi time tu. Malang sungguh." Dani bercerita sambil fokus memandu.

Ketawa masing-masing pecah. Seronok mengamit memori. Setiap memori ada yang indah yang mahu disimpan lama dan ada menyakitkan yang mahu dilupakan untuk selamanya.


HAMPIR sejam perjalan akhirnya mereka tiba di pekarangan hospital. Dani terus memandu ke tempat letak kenderaan dan memarkir kereta. Setelah enjin dimatikan masing-masing keluar dari perut kereta.

Azan yang berkumandang di masjid berdekatan didengari oleh mereka.

"Kita solat dulu lah sebelum ziarah Irfan. Boleh?" Dani menyoal mereka yang lain. Semua angguk tanda setuju dan masing-masing terus menuju ke surau berhampiran bilik Irfan.

"Kau dengan kakak kau tak boleh solat ke?" soal Hannah apabila Farhani dan Fateen tidak membuka kasut untuk masuk ke dalam surau.

Mereka menggeleng.

Aidan dan Dani pula sudah ke surau lelaki yang terletak bersebelahan dengan surau wanita.


SELESAI membaca doa terasa bahu ditepuk perlahan. Wanita itu tersenyum mesra melihat Hannah. Hannah membalas senyuman wanita yang kira-kira seusia uminya.

"Kenapa ya puan?" soal Hannah masih tersenyum mesra. Wanita itu wajahnya seperti inginkan sesuatu daripada Hannah.

"Makcik nak borak dengan kamu sekejap boleh?" Hannah mengangguk.

"Saya Whatsapp kawan saya kejap ya." Wanita itu menepuk lembut pehanya.

"Eh kalau kamu busy tak apa. Makcik tak paksa," ucap wanita itu. Lembut sahaja tuturnya.

"Tak busy pun. Setakat nak sembang boleh sangat. Saya memang suka berborak." Hannah masih tersenyum. Tangan mencapai telefon di dalam beg dan terus menghantar pesanan ringkas kepada Fateen untuk mereka pergi melawat Irfan tanpanya.

Selesai menghantar pesanan ringkas Hannah melipat sejadah yang digunakan dan menanggalkan telekung yang dipakai.

Wanita itu merenung lama wajah Hannah entah kenapa. Tapi Hannah tidak merasa janggal malah dibiarkan sahaja wanita itu merenungnya. Hannah biarkannya kerana fikirkan mungkin wanita itu teringatkan keluarganya.

Selesai memasukkan telekung ke dalam begnya tangan Hannah dicapai dan diusap lembut wanita itu. Hannah sedikit terkejut tetapi wajahnya masih dikawal takut wanita itu terasa hati.

"Cantik awak ini." Tangannya masih mengusap lembut tangan Hannah.

"Haza min fadli rabbi. Terima kasih," ucap Hannah. Mukanya membahang malu dipuji. Bibirnya pula masih mengukir senyum indah.

"Rantai yang awak pakai cantik. Sama macam anak perempuan makcik punya." Topik ditukar wanita itu. Kata-katanya menyebabkan Hannah membelek rantai yang tergantung kemas di lehernya. Rantai yang diberikan oleh Puan Syazwin sejak dia kecil.

"Umi saya yang beri. Saya pakai saja," balas Hannah mesra.

"Mana anak makcik yang sama rantai macam saya?" soal Hannah memanjangkan perbualan.

Wanita itu tersenyum sebelum menjawab perlahan.

"Dah tiada. Sebenarnya, makcik pun tak tahu dia masih hidup atau tidak. Hari-hari makcik doa Allah lindungi dia."

Hannah berkerut sedikit kerana tidak memahami konteks yang disampaikan. Tangannya tidak lagi diusap tapi digenggam erat seakan tidak akan dilepaskan.

"Maksud makcik?"

"Dia hilang. Tapi makcik dah reda dengan ketentuan Allah. Ini ujian untuk makcik. Makcik tegur awak sebab teringat dekat dia. Muka awak dengan anak makcik ada iras. Tanda lahir dekat  tangan ini pun lebih kurang," balas wanita itu. Suaranya sedikit rendah menahan sebak barangkali. Ibu mana yang tidak sedih anak yang dikandungkan sembilan bulan tidak lagi berada di hadapannya malah tidak diketahui khabar beritanya.

"Apa nama dia?" soal Hannah cuba menenangkan wanita itu.

"Inara. Inara Faeeqa," balas wanita itu. Masih dengan suara yang perlahan.

"Nama makcik pula? Mana tahu lepas ini kita jumpa lagi senang saya tegur makcik." Hannah senyum lebar sedikit daripada sebelum ini.

"Nama makcik Afeeya. Panggil saja cik Feeya. Awak?" Puan Afeeya membalas mesra. Tidak lagi berbaur sedih dalam tuturnya.

"Nama saya Hannah Syazlee. Panggil saja Hannah. Cik Feeya datang sini buat ada apa? Nampak sihat saja lagi," gurau Hannah mesra.

"Alhamdulillah Allah masih beri nikmat kesihatan. Acik ke sini melawat anak. Baru aje habis melawat dengan suami makcik." Bibir Hannah membentuk 'O' tanda faham.

"Jadi makcik ada dua anaklah kan? Satu yang dekat sini satu lagi yang iras muka saya?" soal Hannah masih mesra. Puan Afeeya mengangguk.

"Mesti anak cik Feeya yang iras saya itu lagi cantik daripada saya kan? Cik Feeya pun nampak cantik aje. Saya nak jadi cantik macam cik Feeya jugalah dah besar nanti," puji Hannah ikhlas walaupun tampak seperti sedang bergurau.

"Ke situ pula kamu."

Tak sempat menyambung kata telefon Puan Afeeya berdering. Hanya mereka berdua sahaja di dalam surau itu jadi tidaklah menganggu orang lain yang sedang solat.

"Ya abang. Sayang nak keluar dah ni. Kejap ya." Talian dimatikan. Wajah Hannah dipandang kembali.

"Acik kena pergi. Suami acik dah suruh balik. Hannah, kalau makcik nak peluk kamu boleh?"

"Apa pula tak boleh."

Hannah tersenyum dan terus mendakap tubuh Puan Afeeya. Dakapan itu dibalas erat. Lama juga mereka ambil masa untuk meleraikan pelukan itu.

"Terima kasih, Hannah." Puan Afeeya mengeluarkan not RM 50 dari dalam begnya. Not itu kemudian dihulurkan pada Hannah. Hannah menggeleng dan menolak lembut tangan Puan Afeeya.

"Ambil ni buat belanja sekolah." Tangan Hannah dicapai dan diletakkan not itu di atas tampak tangan Hannah. Puan Afeeya terus berdiri dan berjalan laju meninggalkan Hannah.

"Assalamualaikum, jumpa lagi." Puan Afeeya melambai ke arah Hannah sebelum menutup pintu surau. Kini Puan Afeeya sudah tidak kelihatan.

"Sayang sembang dengan siapa?" soal Dato' Lutfhi yang mendekati isterinya.

"Ada seorang budak dalam itu. Muka dia macam Irfan. Mungkin kalau Inara masih dengan kita muka dia macam budak itu. Cantik, Hannah namanya. Sopan sahaja orangnya."

Datin Afeeya bercerita. Wajahnya tampak gembira tetapi nada suaranya sedikit sebak. Dato' Lutfhi terus mengusap tangan isterinya setelah sedar dengan perubahan suara si isteri. Senyuman yang dihidang itu hanya sekadar menyembunyikan sunyi di jiwa.


PINTU bilik itu ditolak perlahan. Mata-mata milik yang berada di dalam bilik itu menumpu kepada Hannah.

"Dari mana?" soal Aidan sambil mata mengikuti Hannah yang baru masuk ke dalam bilik itu.

"Surau. Ada makcik ajak borak. Aku layanlah dia dulu. Dia nampak sunyi tak sampai hati nak tolak," balas Hannah.

Kini dia melihat tubuh Irfan yang terbaring kaku. Teringat kata-kata terakhir Irfan sebelum dia menghilang lagi hari itu.

Aidan memanggil Hannah dan Fateen untuk berada sedikit jauh dari Irfan. Memberi ruang kepada Farhani melihat Irfan. Mungkin sedang berkata-kata dengan Irfan dalam hatinya.

Sejak sampai ke bilik itu, Farhani terus duduk di kerusi sebelah katil Irfan. Setelah mereka sama-sama membaca Yasin yang diketuai oleh Dani seperti biasa, Farhani masih berdiam diri. Kejap mata menunduk memandang lantai, sekejap mata memandang Irfan.

"Kenapa?" soal Fateen. Perbualan mereka langsung tidak didengari Farhani.

"Irfan tak ikut kenapa?" soal Aidan kepada Hannah. Hannah yang memandang tubuh Irfan berpaling.

"Hilang lagi," balas Hannah malas-malas.

"Berapa lama dah? Asal tak bagitahu?" Aidan menyoal sedikit tak puas hati. Kebiasaannya Hannah akan beritahu pada dia dan Farhani kalau Irfan hilang atau teringat sesuatu tapi hari ini lain pula.

"Seminggu lebih dah. Malas. Nanti dia datang balik juga," balas Hannah. Muka langsung tak bersalah.

"Yalah, memang datang balik tapi lain kali bagitahu aje lah. Bukan susah pun. Dah lah aku nak keluar jap. Haus. Dani kata dia pergi tandas tadi. Nanti nak balik dah call lah. Aku nak round hospital ni kejap." Aidan sudah angkat kaki dan berlalu pergi.

Fateen dan Hannah mendekati Farhani yang masih setia tidak berbunyi. Fateen menepuk lembut belakang kakaknya yang masih bersedih. Faham kehilangan seseorang bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuhi.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3K 69 7
SETELAH beberapa tahun tidak bersua muka, Elnaura Faiha dipertemukan kembali dengan crush lamanya, iaitu Thaqif Mikael yang juga merupakan rakan seke...
10.3K 677 43
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’š๐’‚๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’~ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ...
4.2K 109 19
BOOK | 1 Raykal Iskandar sangat obsessed dengan seorang gadis bernama Wan Nurul Medinna. Mereka pernah satu sekolah and Iskandar menyukainya walaupun...
9.9K 285 3
SEASON 2 SECRET MISSION : BLACK MARIA "Hello everybody!! Ouwww hello Megat Harash, woups- Kapten Megat Harash" Dylan Keith, lelaki kacukan Itali musu...