Cinta Dua Dunia

sarahdianamarcella द्वारा

71.8K 6.2K 677

Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pega... अधिक

Words
Prolog (Edit)
1
2
3
4
5
6 ( Edit)
7 (Edit)
8 (Edit)
9 ( Edit)
10 (Edit)
11 ( Edit)
12 ( Edit)
13 (Edit)
14 (Edit)
15 ( Edit )
16 ( Edit)
17 (Edit)
18 Edit
19 (Edit)
20 ( Edit)
21 (Edit)
22 (Edit)
23 ( Edit)
24 ( edit)
25 ( edit)
26 ( edit)
27 ( edit)
28 ( edit)
29 edit
30 ( edit)
32 ( edit)
33 ( edit)
34 ( edit)
35 ( edit)
36 ( edit)
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51

31 ( edit)

953 101 6
sarahdianamarcella द्वारा


Dada langit yang gelap direnung dengan penuh rasa sesak. Hazel rasa nak menangis. Betul betul dia rasa nak menumpahkan air mata. Dia rasa lost, rasa seperti tercampak di satu pulau jauh tidak berpenghuni, yang dia sendiri tidak tahu di mana mana, rasa terasing dan dia dipaksa menjalani satu kehidupan lain yang dia sendiri tidak mahu.

Lelaki tadi entah hilang ke mana. Seharian bersama lelaki itu, setiap 2,3 jam sekali pada jangkaannya, lelaki itu pasti akan berhenti dan masuk ke celah hutan selama beberapa ketika dan muncul semula.

Kalaulah kakinya tidak luka, dia pasti akan mengikuti lelaki itu, menjenguk ke mana dia pergi dan apa yang dia buat.

Dan kini, pada malam hari, dia ditinggalkan lagi. Lelaki itu tadi berhenti di satu tempat ruang yang agak luas ketika senja mula melabuhkan tirai, menyalakan unggun api, menghamparkan kain diatas tanah dan memberi isyarat agar Hazel duduk di atas kain tersebut. Setelah itu, dia hilang dari pandangan hingga sekarang.

Tetapi Hazel merasakan lelaki itu bukan pergi jauh mana pun apantah lagi meninggalkannya. Letih letih selamatkan Hazel takkanlah senang senang nak tinggalkan gadis itu. Mungkin dia cari makanan kot.

Seharian Hazel tak makan apa pun lagi. Last semalam dia makan pun roti buku yang diberi penculik itu. Sudahlah hampir berkulat, tak sedap langsung. Tapi Hazel malas hendak fikir, dia makan sajalah.

Bukan dia tidak biasa makan lambat. Masa dia shift malam dulu lagi kerap dia makan lambat. ICU pula suka sangat terima pesakit waktu malam, jadi mendapat lah kau, kadang tak makan pun satu hari.

Desiran daun daun menyentakkan Hazel dari lamunan. Dia ternampak susuk tubuh lelaki itu menghampirinya. Masih bertopeng seperti tadi. Kadang Hazel tertanya dalam hati, tak panas ke mamat ni? Tak lemas ke? Apa yang susah sangat nak bukak topeng dia tu.

Lelaki itu menghulurkan satu bekas daun besar, berisikan beberapa biji buah kecil.

" Makan?" Soal Hazel.

Lelaki itu mengangguk.

Tetapi Hazel tidak mengambil buah tersebut. Pandangan matanya bersabung dengan mata lelaki itu. Entah kenapa rasa seperti dia pernah melihat mata itu.

"Siapa tuan hamba? Kenapa selamatkan hamba?" Laju meluncur kata kata Hazel, tidak tahan diselubungi misteri, lantas bertanyakan soalan itu lagi kepada lelaki itu.

Lelaki itu masih kekal diam. Tangannya yang menghulur masih statik diangkat.

Hazel akhirnya mengalah dan dia mengambil satu buah kecil itu. Sedap! Matanya terpejam menikmati rasa buah yang mengasyikkan.

" Sedapnyaaaa! Mana tuan hamba dapat buah ni!!" Mata Hazel terbuka, dan bebola matanya memandang tepat ke arah lelaki yang setia merenungnya sedari tadi.

Lantas Hazel menunduk ke bawah. Segan pula berperangai macam budak tak makan setahun. Merah membahang rasa dipipi.

"Terima kasih, selamatkan hamba." Ucap Hazel ikhlas, merenung ke tanah. Baik aku tengok tanah dari tengok dia.

Diam hanya menjadi jawapan. Lelaki itu memberikan bekas daun itu semula, tanda mahu Hazel mengambil buah itu lagi. Hazel ukir senyum, entah kenapa dia terasa sayu ketika ini. Dia memang tiada sesiapa yang boleh bergantung.

Dia, seorang diri. Di tempat asing ini. Di Langkasuka yang dia langsung tidak kenali.

Lelaki itu meletakkan bekas daun buah itu, mengambil bekas kole yang mengandungi campuran herba itu pula dan menyuakan ke arah Hazel, meminta izin untuk meletakkan ubat di kakinya lagi.

Hazel geleng kepala.

" Hamba boleh lakukannya sendiri."

Lelaki itu mengangguk dan meletakkan kole itu dihadapan Hazel.

Perasaan Hazel bercampur baur. Dia tidak pernah rasa benar benar terasing begini. Untuk sapu luka, dia perlukan sapuan Cetrimide Antibiotic atau Bepanthen First Aid, bukan daun daun yang tidak diketahui asal usul. Jauh disudut hati, bukan daun itu isunya.

Tapi ini bukan tempatnya. Pasti keluarganya mencari dimana Hazel. Sudah hampir 2 bulan Hazel disini. Mungkin 2 bulan mereka mencari anak perempuan bongsu mereka ini.

Mama, papa, abang Harraz!

Hazel tak tahu cara bagaimanakah lagi Hazel perlu buat untuk Hazel kembali. Adakah Hazel akan disini ke selama lamanya?

Setitik air matanya jatuh ke pipi, dan Hazel menyapu perlahan. Tapi nyata dia sukar untuk mengawal esakan yang mula terbit, akhirnya dia lepaskan semua yang terbuku dihati. Tidak dia hirau pada sepasang mata yang asyik merenungnya tanpa diketahui tafsirnya. Dia dah tidak peduli. Selama ini pun dia memang menanggung seorang diri.

Mungkin ini masa untuk dia luah segalanya. Sebab dia tidak kuat langsung untuk menghadapi hari hari mendatang.

Cebisan kain berwarna kuning diberikan pada Hazel yang kemudian disambut oleh gadis itu.

" Terima kasih," ucap Hazel dengan suara seraknya. Lelaki itu macam biasa hanya mengangguk, perlahan lahan menarik lutut dan memeluk kepala lutut erat. Seolah setia untuk menunggu Hazel melepaskan rasa.

Tanpa sebarang tafsiran, atau pandangan judgement.

" Saya rasa tuan hamba ini bisu kerana itu tuan hamba tidak bersuara. Mungkin itu kebaikan juga untuk saya. Saya perlukan orang untuk mendengar rasa hati saya," ujar Hazel, menyapu hidungnya yang basah dengan hingus. Teruk betul dia menangis.

Lelaki itu, diam sahaja. Tapi Hazel sudah biasa akan situasi itu. Lagi pun sampai setengah hari bersama sama, lelaki itu memang membisu terus dengannya.

"Mahukah awak tahu siapa saya?"

Hazel rasa benar benar beremosi, perasaan telah melawan akal logika. Dia sudah tidak boleh berfikir akan bahaya identitinya diketahui. Dia cuma mahu meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

" Saya bukan berasal dari sini. Saya bukan rakyat Langkasuka. Saya tersesat ke sini. Saya sendiri tidak tahu mengapa saya ke sini. Saya nak menangis, mengetahui betapa saya keseorangan dalam dunia ini." Tersebek sebek tangisannya seperti kanak kanak hilang gula gula.

" Tapi apa boleh buat, saya kena bertahan di sini. Saya hilang sesuatu milik saya, harta pusaka datuk saya. Itu juga asbab kenapa saya tak boleh mencari jalan keluar saya lagi."

" Saya rindu papa dan mama. Saya rindu abang Harraz. Saya cuma nak balikkkkkkk. Saya tak tahan dah duduk sini. Huaaaaaaa..." tak semena mena, dia meraung kuat tanpa mempeduli sudah dengan si figura yang wujud dihadapannya.

Lelaki itu setia mendengar, tanpa ada riak sedikit pun mahu menyampuk. Ini yang menyebabkan Hazel makin bersemangat untuk bercerita.

" Saya tak tahu kenapa saya menyertai pemilihan calon gundik Putera Mahkota. Saya tak nak pun tapi saya terpaksa kerana saya mahukan jawapan. Saya nak cari jalan balik ke tempat asal saya."

Hazel mengusap wajahnya yang penuh dengan juraian air mata. Bodoh lah kau ingat lelaki itu akan sapu air mata kau ke Hazel?

Hazel menarik lutut perlahan lahan. Lutut dilipat dan dia menekup kepalanya, menyambung tangisan disitu.

" Saya tak kenal awak siapa tapi saya dapat rasa awak ni orang yang baik. Saya cuma nak balik ke tempat asal saya." Serak suara Hazel menutur kata, terlalu banyak tangisan dihambur.

" Saya cuma nak pulang. Itu sahaja." Semakin perlahan suara Hazel berbicara. Lelaki tu hanya senyap membatu memerhatikan tingkah laku Hazel. Tidak sedikitpun dia menyampuk mahupun melakukan apa apa. Dia hanya memandang wajah sembap Hazel.

Sehingga Hazel akhirnya terlena sendiri di atas lututnya yang dilipat. Kedengaran nafas perlahan menandanya dia sedang dibuai mimpi.

Lelaki itu mengensot mendekati tubuh Hazel dan meletakkan tangannya ke atas kepala gadis itu. Diusap usap perlahan tidak mahu menganggu lena Hazel. Arah pandangan matanya melihat kesan air mata yang masih ada disekeliling birai mata Hazel yang terlindung oleh lengannya. Segera dia hembus nafas panjang.

Tangannya masih setia mengusap rambut beralun milik Hazel.

Terasa ada pergerakan dari Hazel menyebabkan usapan dan kata kata itu terhenti. Namun Hazel terus lena menyebabkan lelaki itu terus mengangkat tangannya dari Hazel. Akhirnya dia juga melipat lutut dan kepalanya menghadap wajah lena Hazel. Bibirnya ukir senyum, melihat kerutan dahi si gadis yang sekali sekala terukir, mungkin di alam mimpi gamaknya.

" Katakan padaku,mengapa hatiku ini rasa terusik setiap kali memandang tuan hamba."

————————————

Bunyi kicauan burung menyedarkan Hazel dari lena. Sedap sangat dia tidur, rasa tidur berlapikkan kain baldu sutera menyebabkan dia terasa tidak mahu bangun langsung. Bestnya tidur.

Terasa seperti ada satu gerakan tepukan di bahu. Namun segera ditepis Hazel.

" Kacaulah, aku nak tidur."

Tetapi tangan itu terus menepuk bahu Hazel bahkan lebih kuat lagi.

" Cik Puan.. bangun Cik Puan..Tuanku Puteri Mahkota mahu ke sini.."

Cik Puan?

Hazel lantas mencelikkan mata dan bangkit dari pembaringan. Sumpah kali ini dia terasa aneh. Terasa dejavu.

Kenapa setiap kali dia bangkit, yang aneh aneh sahaja yang terjadi?

Seperti sekarang.

Dia bangkit dalam sebuah kamar yang mewah. Ada 3 orang gadis dihadapannya sedang menunduk. Hazel mengangkat kakinya yang terluka dan melihat kakinya sedang elok berbalut.

" Cik Puan.."

Mata Hazel laju menatang gadis yang memanggilnya Cik Puan tadi.

" Kenapa panggil hamba Cik Puan? Hamba kat mana?" Soal Hazel jelas dia sedang bingung dan keliru. Fikirannya teringat lelaki bertopeng hitam yang menyelamatkannya. Mana dia?

" Mana lelaki yang bertopeng hitam tu?" Soal Hazel lagi menyebabkan ketiga gadis itu tercengang. Salah seorangnya meluru ke arah Hazel dan melutut.

" Ampun Cik Puan, jangan katakan begitu disini. Jika Tuanku Putera terdengar tentangnya, habislah."

Kali ini Hazel yang tercengang.

"Eh kejap kejap. Apa yang korang merepek ni?" Suara Hazel naik seoktaf.

Ketiga tiga gadis itu saling berpandangan kebingungan.

"Cik Puan..."

Tetapi suara diluar mematikan jawapan balas oleh salah seorang gadis itu.

"Pengumuman kedatangan masuk Tuanku Puteri Mahkota, Puteri Liza ke kamar Cik Puan Hazel Elmeera."

Dan Hazel ketika itu terkedu habis. Cik Puan Hazel Elmeera?

What the......

———————————-

Air teh yang dihidang di meja kecil yang menempatkan dua orang gadis. Hazel hanya membatu, masih tidak faham dengan apa yang berlaku. Gadis gadis yang mengiringi tadi semua sudah berlalu keluar atas arahan Puteri Liza.

" Apa khabar?"

Suare Puteri Liza memecah suasana. Hazel melihat wajah Puteri Liza yang tenang tidak beriak.

Tenang betul minah ni. Tetapi persoalannya, kenapa aku disini?

Puteri Liza ukir senyum melihat wajah Hazel penuh bingung.

" Nampak betul wajah tuan hamba terkejut dengan semua ini..." dia berhenti berkata kata sambil memandang Hazel.

"....dan mungkin juga tuan hamba akan terkejut dengan asbabnya."

" Hamba tidak faham.." hanya itu saja yang mampu ditutur oleh Hazel. Dia memerhati pakaian Puteri Liza. Tampak mewah dengan hiasan diraja. Emas sini sana. Mata Hazel sempat mengerling ke arah leher Puteri Liza, loket tersebut tiada.

Puteri Liza memberikan senyuman pada Hazel, tampak dia faham akan kebingungan yang dialami oleh Hazel.

" Tuan Hamba diculik oleh satu kumpulan perompak. Tetapi dua hari kemudian tuan hamba diselamatkan oleh seseorang yang membawa tuan hamba pulang ke istana."

" Siapa dia?" Celah Hazel mahu tahu siapa lelaki itu. Tetapi Puteri Liza mengangkat bahu.

" Hamba juga tidak tahu. Sedar sedar tuan hamba sudah berada diatas kamar Istana Rimbun. Dan keputusan pemilihan juga diberitahu pada hari Tuan Hamba dibawa pulang itu."

Hampa sebentar Hazel. Dia mahu ucapkan terima kasih pada si lelaki bertopeng itu dan mengucap kata maaf atas kebiadabannya juga. Tapi nampaknya tiada rezeki.

" Setelah Tuan Hamba hilang, Putera Mahkota mengeluarkan arahan agar menangguhkan hari keputusan pemilihan dan kawalan istana dipertingkatkan."

"Oh!"

Itu sahaja kata yang dikeluarkan Hazel. Entah kenapa, dia rasakan, biarlah persoalan tentang siulan dan loket itu, dikuburkan sahaja. Kalau begini menjadi orang atasan istana ini sungguh membahayakan, lebih baik dia menjadi orang biasa. Dia rasa semangat untuk memenangi pertandingan itu mula luntur.

Jadi orang biasa lebih senang, tak payah fikir apa dah.

Kejap, tapi Puteri Liza menyatakan keputusan pemilihan sudah dikeluarkan.

" Jadi siapa memenangi pertandingan ini?" Akhirnya soalan yang telah ditahan lama sekian tadi, terkeluar juga.

Wajah Puteri Liza mula berubah riak.

" Puteri Sophia yang memenangi pertandingan itu. Tetapi tuan hamba pula..." dia terdiam sebentar sambil matanya memandang Hazel.

"......dipilih oleh Tuanku Sultan Ibrahim."

Hah? Tercengang Hazel mendengarnya.

".....sekaligus menjadi gundik kedua Tuanku Putera."

Biru terus wajah Hazel disitu.

———————————-

Hi, update terbaru..

selamat berpuasa korang❤️

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

2.2M 98K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
3.7K 186 4
HAYLA REQAL "Kan saya cakap kita dah takde hubungan lagi, Dato!!" - HAYLA TENGKU DATO' RAIF ISKANDAR "Aku tak pernah anggap yang kita dah bercerai...
32.5K 2.2K 36
Watak : Haydan Haydar Haykal _ Kembar tiga itu berlari sekeliling sekolah berkejaran dengan pengetua dan guru-guru sekolah. "kamu bertiga! berhenti!"...
[C] Arabella 🦋 द्वारा

लघु कहानी

203K 4.8K 17
"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak k...