Aku hanya seorang wanita pend...

By sofiafiya4

26.5K 1.3K 47

Aku seorang pendosa yang engkau cintai More

Aku hanya seorang wanita pendosa
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45

Bab 39

324 28 0
By sofiafiya4

Di pagi hari yang indah, terdengar pula rintik-rintik hujan di balcony biliknya ingin sahaja Aydan menyambung tidur selepas membuka mata sedikit kerana terdengar guruh tetapi apabila dia membuka mata dia tidak melihat kelibat Ayra tidur disampingnya terus diterbangun duduk.

"Cinta!"Aydan mencari sekeliling biliknya namun masih lagi tidak nampak kelibat Ayra, terus dia keluar dari bilik dicari pula diruang tamu.

"MakTimah ada nampak isteri saya tak?"Soal Aydan pada MakTimah yang sedang fokus memasak.

"Eh saya tak nampak pula puan keluar dari bilik"Balas MakTimah dengan jujur, memang dia tidak nampak kelibat Ayra kerana dia dari tadi didapur sahaja.

"Yanti mana?"Soal Aydan.

"Yanti keluar sekejap tuan dengan PakMan beli barang dapur tak nampak pula puan ikut mereka"Ucap MakTimah.

"Yeay! mandi hujan! bestnya!!"

Selepas terdengar jeritan gembira Ayra yang berada di luar rumah itu MakTimah terus terdiam kerana takut dengan pandangan tajam Aydan ke arahnya.

"Siapa bagi dia mandi hujan?"Soal Aydan dengan nada tegas.

"Sa...saya tak tahu pula puan mandi hujan tuan"Tergagap-gagap MakTimah untuk menjawab pertanyaan Aydan.

"Tak akan la MakTimah tak nampak dia keluar pergi halaman rumah, dah buta hm? sampaikan dia keluar pun MakTimah tak nampak!"Tengking Aydan kepada MakTimah.

"Sa...saya minta maaf tuan"MakTimah menunduk kebawah.

Selepas dengar maaf dari MakTimah Aydan terus berlalu meninggalkan MakTimah didapur lalu dia berjalan ke pintu rumah dibukanya pintu rumah perlahan lalu memandang tajam ke arah Ayra yang sedang seronok bermain air hujan.

"Best mandi hujan?"Soal Aydan dengan nada tegas, terus Ayra berhenti melompat-lompat diatas rumput yang dibasahi air hujan itu Ayra terdiam seketika apabila melihat muka Aydan yang penuh dengan amarah.

"Aku ulang lagi sekali soalan aku, best mandi hujan hm?"Aydan cuba mengawal emosinya kerana dia tahu isterinya belum sihat walaupun sudah ke klinik tetapi Ayra masih selalu ingin muntah dan tidak ada selera mahu makan jadi dia tak mahu menengking atau menyakiti isterinya.

"Siapa bagi kau mandi hujan?"Disebabkan soalan pertama tidak dijawab oleh Ayra dia terus ke soalan kedua.

"Ta...tak ada siapa ba...bagi"Terasa sejuk sahaja seluruh tubuh Ayra untuk berdepan dan bersuara dengan suaminya.

"Lepastu kenapa kau mandi?"

"Erk...."Ayra sudah tak tahu mahu balas apa jadi dia berdiam diri sahaja.

"Jawab lah!"Tengking Aydan dengan tidak sengaja lalu dia menumbuk pintu dengan kuat, terhinjut bahu Ayra bukan setakat Ayra yang terkejut MakTimah yang berada didapur pun terkejut.

"Sa...saya teringin nak mandi hujan, saya dah lama tak mandi hujan"Balas Ayra.

"Lepastu kalau dah lama tak mandi hujan kena mandi hujan la?"Soal Aydan.

"Ala abang jangan la marah cinta, ni cinta dah siap dah jangan marah pwess"Ayra membuat muka comelnya.

"Dah pergi masuk mandi bilas kepala tu, lepastu makan ubat"Arah Aydan.

"Yeay abang tak marah dah maceh abang, atapu abang"Ayra mencium pipi Aydan lalu terus berlari ke arah tangga.

"Ayaiyuu cinta, jangan lari nanti jatuh!"Jerit Aydan.

***

"Cinta"Panggil Aydan yang berada di pintu bilik mereka.

"Ya"

"Jom makan, ke nak makan dekat bilik kalau nak makan dekat bilik abang bawa makanan kesini"Ucap Aydan.

"Tak apa cinta nak makan dekat bawah"Balas Ayra lalu menarik tangan Aydan untuk memasuki lift.

"Abang"

"Hm"

"Yanti dah balik?"Soal Ayra.

"Dah, kenapa?"

"Tak ada apa!"Ayra terus berlari keluar dari lift lalu ke arah Yanti yang berada didapur itu.

"Mana aiskrim yang saya suruh beli tu?"Bisik Ayra supaya Aydan tidak dengar apa yang dia cakap.

"Ada dalam peti puan"Balas Yanti.

"Okay thank you Yanti"Ayra terus ke arah peti ais dibukanya pintu peti ais lalu mengambil aiskrim, namun ketika dia mahu menutup pintu peti ais itu tiba-tiba Aydan yang berada dibelakangnya bersuara.

"Buat apa hm?"Suara Aydan itu membuatkan Ayra terkejut aiskrim yang berada ditangannya terjatuh ke lantai.

"Erk... tu... em..."Ayra menunjuk aiskrimnya yang sudah jatuh ke lantai.

"Tu apa?"Soal Aydan sahaja ingin mengusik isterinya.

"Ish abang la ni aiskrim cinta dah jatuh hiks...dah tak boleh makan hiks..."Ayra memukul dada Aydan air matanya sudah mengalir dipipi.

"No more aiskrim, now pergi makan and then  makan ubat"Arah Aydan

"Ish benci!"Ayra menghentak kakinya lalu berjalan ke arah meja makan dengan muka monyok.

"Tak payah duk monyok sangat muka tu, buruk"Sinis Aydan.

"Astu tengok buat apa dah tahu buruk tak payah la tengok huh!"Marah Ayra lalu ingin menyuap makanan ke mulutnya tetapi belum sempat dia menyuap makanan kedalam mulutnya dia sudah rasa mual ingin muntah terus dia berlari ke arah singki.

"Hmph, uwerk!"

Aydan yang melihat isterinya berlari ke arah singki itu turut juga mengikuti jejak Ayra lalu mengusap perlahan belakang Ayra.

"Puan mengandung kut tuan"Ucap MakTimah yang tadinya tengah membasuh pinggan apabila Ayra berlari ke arah singki yang dia basuh pinggan dia terus ke tepi.

"Eh tak akan la kami dah check dekat doctor, doctor tu cakap puan masuk angin je"Balas Aydan.

"Mana tahu doctor tu salah check"Ucap MakTimah.

"Mengarut la MakTimah ni dah sambung buat kerja saya nak bawa isteri saya naik atas nanti tolong buat bubur lepastu hantar dekat bilik dengan ubat sekali jangan lupa"Arah Aydan lalu membawa Ayra masuk kedalam bilik mereka.

"Cinta baring dulu"Aydan membantu Ayra untuk baring selimut ditarik hingga paras pinggang Ayra lalu mengusap perlahan kepala Ayra.

"Abang cinta penat la asyik muntah je tak larat dah hiks..."Air matanya kembali mengalir dipipi lalu mencebikkan bibirnya.

"Shh, sabar sayang abang pun tak tahu kenapa cinta asyik muntah je kita ke hospital la senang sikit detail doctor bagi cinta sakit apa"Ucap Aydan.

"Tak nak hikss..."Semakin deras air mata Ayra mengalir.

"Okay, okay kita pergi hospital tapi janji dengan abang cinta kena makan ubat, jangan mandi hujan and jangan makan aiskrim"

"Em okay"Balas Ayra.

"Em abang siapa dua orang lelaki tu?"Soal Ayra yang sedang menuruni tangga mengikut jejak Aydan.

"Bodyguard kita"Balas Aydan dengan ringkas.

"Bodyguard? buat apa ada bodyguard?"Soal Ayra.

"Saja nak tambah orang dalam rumah ni, dah sini ikut abang"Aydan menarik tangan isterinya lalu dibawa ke ruang tamu.

"Ni isteri aku panggil dia puan je, ha perkenalkan la diri korang dekat dia"Arah Aydan.

"Hai puan, nama saya Tengku Arif Martin puan boleh panggil saya Mar je"Ucap Martin.

"Kenapa nama dia macam abang?"Bisik Ayra kepada Aydan.

"Mana ada, dia je tiru nama abang okay next"Ucap Aydan.

"Jayden Eriss, panggil Jayden"Ucap Jayden.

"Okay dah la tu jangan lebih-lebih pergi buat kerja korang"Aydan kini menarik tangan Ayra dibawa kedalam bilik mereka kembali.

"Abang minggu depan kita pergi rumah mama tau"Ucap Ayra dengan teruja tak sabar dia ingin bertemu dengan mamanya.

"Okay sayang, tapi kena tengok dulu takut abang busy kalau abang tak busy kita pergi ya"Aydan mengusap kepala isterinya.

"Okay!"

                    *Maaf kalau ada kekurangan*

                          ~Happy Reading🫶🏻~

Continue Reading

You'll Also Like

491 68 7
[ON GOING] MARISSA QAIREEN "Seorang gadis yang berumur 17 tahun dan seorang yang sopan satun dan pemalu orangnya. dia ni ada crush waktu kat sekola...
7.1K 313 13
"Assalamualaikum, Bunga abang" "Waalaikumsalam, syurga Bunga" Keep praying to god that one day you'll be mine Start:- 3/10/2023 End :- ?
187K 14.6K 42
[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance + Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan dugaan. Pelbagai ujian yang perlu dihad...
5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...