Forgotten Moment (NEW)

Bởi ayeshahamani_19

9.8K 1.1K 234

ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu Xem Thêm

EPIGRAF
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13

BAB 8

564 85 30
Bởi ayeshahamani_19




DALAM keadaan kaki yang terhincut-hincut, langkah disusun satu per satu dengan berhati-hati. Risau kalau tersadung ke apa nanti. Elok-elok kaki aku melecur, nanti jadi terkehel pula. Dalam masa yang sama, terasa macam sebeban rasa malu ini melekap pada muka apabila ramai mata kawan-kawan emak melekat pada keadaan diriku yang menyedihkan ini. Rasa macam nak sorokkan sahaja muka aku ni di mana-mana tong sampah.

Leher terpanjang-panjang mencari figura emak di dalam dewan. Bukan apa, hendak bawa motor balik sendiri rasa macam tak mampu sahaja dengan keadaan kaki yang macam ni.

"Dah kenapa kaki kau tu, Rai? Ya Allah..."

Aku hanya mampu menyerigai seraya mengangkat dua jari kepada emak. Tanda keamanan supaya emak tidak memanjangkan hal itu di sini.

"Kau pergi mana ni, hah sampai berbalut macam ni kaki kau? Mak ingat kau tak datang sini sebab merajuk dengan mak."

Aku terpaksa tebalkan wajah apabila suara emak meruah kuat kepadaku dalam dewan ini. Ya Allah, aku pasrahkan segalanya kepada Engkau saat ini. Yang menguasai langit dan bumi. Aku ikhlas, Ya Allah...

"Rai melecur waktu nak beli kambing bakar dekat gerai Cik Som tu, makcik. Saya saksi kejadian. Saya ada dekat situ tadi."

Aku rasa hendak tepuk dahi apabila tiba-tiba Si Sofian anak Mak Rock ni menyelit secara tiba-tiba. Aku tak tahulah dia ni muncul dari dimensi mana. Tiba-tiba boleh masuk dalam situasi ini.

Laju sahaja anak mataku menikam wajah Sofian. Meminta dia supaya tidak bercakap lagi. Kalau keluar sebutir lagi patah perkataan daripada mulut dia tu, memang aku benamkan gigi arnab dia tu dengan selipar jamban yang aku pakai dekat kaki sekarang ni. Huh!

"Dahlah tu, Yam. Ceramah dah nak mula dah dekat depan tu. Pegawai polis tu dah standby dah dekat bawah sana."

Aku mampu menarik nafas lega apabila Mak Leha iaitu jiran sebelah rumah aku datang menyelamatkan keadaan. Akhirnya, aku sudah boleh melabuhkan duduk dengan hati yang senang. Mujurlah di sebelah emak ini terdapat kerusi kosong.

Kesemua makcik-makcik di kampungku ini sudah duduk dalam keadaan bersedia. Mengeluarkan kaca mata dalam beg, masing-masing mengeluarkan sebatang pen dan juga buku catatan.

Aku hanya mampu sembunyi senyum dalam diam. Mereka semua ni memang sangat comel di mata aku. Dengan gincu merah menyala. Itu tak termasuk lagi bau bedak dan losen Avon yang mereka pakai. Bau yang sangat menyamankan dan menyerlahkan aura keibuan.

Seperti mereka, aku memasang mata dan telinga untuk mendengar ceramah. Tatkala anak mataku jatuh pada poster yang tergantung di bahagian pentas, barulah aku tahu program apa yang mereka laksanakan pada hari ini.

Program untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai isu jenayah dan keselamatan di kawasan kejiranan. Satu input yang menarik untuk dikongsikan kepada masyarakat terutamanya kepada warga emas. Bukan apa, zaman sekarang ramai juga kes warga emas yang ditipu oleh scammer. Lagi-lagi secara dalam talian.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat malam saya ucapkan kepada semua penduduk Kampung Bahagia."

Sebaik sahaja suara garau itu bergema melalui corong pembesar suara di dalam dewan, automatik anak mataku terpaku semula di atas pentas.

Ya Tuhan...

Mengapa mesti mamat ni muncul lagi depan mata aku? Hari ini memang hari malang sedunia ke macam mana?

"Segak sungguh pegawai polis dekat depan tu. Aku rasa macam pernah nampak dia. Dekat mana, ek?"

"Itulah tu. Aku pun macam pernah nampak dia. Lupa dekat mana."

"Alah, itulah Harris. Anak buahnya Si Timah tu. Sebelum ni kerja dekat Kolumpo sana. Hari tu Timah ada cerita yang anak buah dia dah pindah dekat balai polis dekat bandar sana."

"Elok sungguh orangnya. Manis je"

"Itulah, aku berkenan juga nak jadikan dia menantu. Aku nak risik-risiklah dekat Timah. Kot boleh dikenankan dengan anak aku Si Athirah tu. Umur tahun depan dah masuk dua puluh lima. Eloklah aku carikan calon untuk dia."

Naik berbulu telinga aku mendengar celoteh makcik-makcik sebelah aku ini bercakap tentang polis sombong dekat depan sana tu. Dia orang tak tahu lagi perangai sebenar Harris, bolehlah sembang itu ini. Cuba mereka nampak perangai tak semenggah Harris tu, silap hari bulan memang terus terkeluar daripada senarai calon menantu. Ahaks!

"Eh Rai, kau tak nak ke try abang polis dekat depan tu? Kau pun lawa apa. Eloklah kalau kau kenal-kenal dengan dia. Sejuk sikit hati mak kau tu dapat menantu," sapa Cik Leha seraya mencuit-cuit bahu aku.

"Betul cakap Cik Leha kau tu, Rai. Eloklah kau cari menantu cepat-cepat untuk mak kau tu. Kesian makcik tengok mak kau kempunan nak ada menantu."

Sudah! Aku pula kini ditarik ke dalam topik ini. Mahu tak mahu, aku paksa bibir untuk ukir senyuman yang tersangat plastik.

"Tak apalah, cik. Mungkin jodoh saya belum sampai lagi. Sekarang saya fokus jaga mak je," jawabku dengan berhati-hati.

"Ya, acik tahu. Tapi kalau kau ada suami, tak adalah kau rasa sunyi sebab ada teman hidup. Hidup berumah tangga ni, seronok. Jangan didengar cakap orang yang cakap kalau dah ada rumah tangga ni hidup jadi tak teruruslah apa. Ikut orang juga. Kita pemilik rumah kita. Tugas kita sendiri untuk corakkannya. Rumah tangga orang nak serabut ke apa, biarkan je. Yang penting, kita sebagai isteri kena taat kepada suami. Kalau ada apa-apa masalah, eloklah ajak berbincang."

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala apabila Mak Cik Leha sudah berceramah panjang kepadaku .Ya, apa dia kata tu ada benarnya. Cuma, aku belum bersedia.

Disebabkan terlalu lelah untuk memikirkan cakap-cakap mereka, tubuhku yang asalnya tegak kini sudah dibawa bersandar pada permukaan kerusi. Nafas dihela lalu dihembus perlahan.

Buat masa ni, aku memang tak ada keperluan untuk berkahwin. Aku serahkan segalanya kepada Yang Kuasa. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, aku tidak kisah.

"Tuan-tuan dan puan-puan harus peka dengan keadaan sekeliling. Contohlah, andai kata ternampak ada orang mencurigakan di kawasan perumahan, perlu segera laporkan dalam group Whatsapp kawasan perumahan. Kenal pasti identiti individu tersebut. Andai individu tersebut tidak dikenali, tugas ketua kampung pula membuat laporan kepada pejabat polis daerah. Insya-Allah, pihak kami akan segera bertindak."

Apabila berdiri di atas pentas dengan uniform lengkap di tubuh sambil memberi ucapan penuh karisma, aku tak sangka yang lelaki itu merupakan pegawai polis yang agak dihormati. Aku tak tahu Harris sebenarnya memegang pangkat ASP. Aku baru tahu tadi melalui paku uniform yang tersemat pada uniform dia.

Pada pandangan aku secara umum, Harris memang mempunyai postur tubuh yang baik untuk menjadi seorang polis. Bahunya tegap dan tubuhnya terbentuk elok. Uniform biru tua yang tersarung pada tubuhnya sangat kemas mengikut potongan bentuk tubuh.

Wajahnya sawo matang. Senyumannya, sedikit manis. Dia ada lesung pipit yang dalam di sebelah kiri. Kening dia sedikit tebal dan terukir kemas. Matanya agak redup. Hidungnya mancung. Bibirnya nipis dan tidak kusam. Menandakan dia bukan seorang perokok.

Aku tak sangka masa silamku sangat gelap sehingga menyebabkan nyawa seseorang terkorban keranaku. Nampak sahaja aku seperti mampu bersikap tenang dan tidak melatah. Tetapi dalam hati, kusutnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku tidak dapat tidur dengan baik apabila memikirkan semua yang terjadi. Kadang nafasku akan menjadi pendek sehingga menyebabkan aku tidak mampu bernafas dengan baik. Aku juga kerap terkena serangan panik apabila terlalu banyak berfikir.

Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.

Tenang Raisa. Tenang...It's okay. Semuanya akan berada dalam keadaan baik-baik sahaja, Raisa Ayana. Insya-Allah, Allah tu ada. Dia nampak segala usaha kau.

Berkali-kali aku pujuk diri supaya tidak meletakkan segala salah ini ke atas pundak. Malangnya, aku gagal.

Tak Raisa, kau memang pembunuh. Kau pembunuh! Memang patut pun Harris benci kau. Hutang nyawa patut dibalas nyawa, Raisa.

Tak, aku tak salah. Aku tak sengaja. Waktu tu aku baru sahaja berusia tujuh belas tahun. Bukan salah aku yang langgar ayah Harris.

Aku rasa mahu tercekik. Berkali-kali aku cuba tarik nafas lalu hembuskannya kembali, malangnya nafasku terasa tidak sampai. Dalam masa yang sama, perutku juga memulas-mulas dengan hebat sehingga menyebabkan tekakku berasa loya dan hendak muntah.

Disebabkan tidak mahu menganggu majlis, cepat-cepat aku bangun dari duduk. Dengan keadaan kaki yang cedera, aku paksa kaki ini untuk berjalan walaupun mataku terasa kabur dan kepala terasa pusing yang amat.

Aku terpaksa melalui kerusi-kerusi yang diduduki oleh makcik-makcik tersebut untuk keluar dari barisan.

Ya Allah, tolong angkat rasa sakit ni. Ya Allah, tolonglah jangan dekat sini.

Hatiku merintih dalam sepi. Aku tidak mahu orang lain tahu mengenai gangguan panik yang aku hadap. Lagi-lagi, emak. Aku tak pernah cerita kepada emak tentang masalah aku. Aku tak nak buat dia risau.

Bum!

"Ya Allah, Raisa!"

Tubuhku sudah jatuh tersembam sehingga berlanggar dengan kerusi-kerusi yang berada di depan. Pegang dada, aku cuba untuk bernafas sekali lagi. Malangnya, aku gagal. Renik peluh sudah membasahi dahi dan seluruh tubuh. Dengan kehadiran ramai manusia berkerumun di sekeliling aku, hendak terasa putus nyawaku dibuatnya.

"Ayah..." Tanpa sedar, bibirku memanggil sebaris nama itu. Walaupun aku tak berapa ingat memoriku bersama arwah ayah, entah mengapa aku dapat rasa dia selalu ada dengan aku jika aku perlukan sesuatu. Aku rindu dia.

"Raisa, kenapa dengan kamu, nak? Raisa..." Emak sudah menangis dan menjerit namaku. Kepalaku sudah selamat terletak di atas ribanya.

Dalam keadaan tercungap-cungap, aku cuba untuk mencapai tangan emak. Tapi aku tak mampu.

Seketika, keadaan menjadi riuh-rendah. Ramai manusia melihat kesakitan yang aku alami. Sehinggalah datangnya seseorang menghentikan kekusutan ini.

Dengan pandangan mata yang kabur, figura seorang lelaki berpakaian uniform polis kini mampir mendekatiku. Mencempung tubuhku serta-merta, terasa tubuhku kini melayang di udara. Hendak menegah, aku tidak mampu. Dadaku terasa sesak yang amat.

Satu yang aku pasti. Bau woody kini menyapa mukus hidung. Aku kenal bau itu.

""Slow breathing. Inhale..." Sipi-sipi suaranya menampar gegendang telingaku.

Menggenggam erat belakang uniformnya, tubuhku bergemelugut hebat. Dada turun naik mencari oksigen. Aku gagal untuk bernafas dengan baik seperti yang diarahkan.

Bunyi tapak kasutnya semakin kuat kedengaran. Tubuhku semakin kuat melayang di udara.

Dan akhirnya, genggaman tanganku pada belakang uniformnya kian melonggar.









BAU ubat yang kuat kini menerobos salur penafasan. Buka mata, aku pandang sekeliling,

Sekali lagi figura beruniform itu menampan penglihatan. Aku tak tahu dia buat apa di sini. Sedar-sedar sahaja, anak matanya sudah melekat pada wajahku.

Dengan keadaan tubuh yang bersandar pada dinding, langkahnya kini sudah dibawa mendekati aku.

Aku tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Sudahnya, aku hanya memandang wajahnya dengan keadaan terkulat-kulat.

"Kau fikir apa dalam dewan tadi boleh sampai terkena panic attack?"

Bibirku terasa digam. Soalannya aku biarkan sahaja ditiup angin lalu. Aku tidak berminat mahu menjawab. Aku tak nak Harris tahu, disebabkan fikirkan dirinya aku jadi begini.

Meraup wajah, keluhan halus kini terlepas dari bibirnya buat pendengaranku.

Entah mengapa, keluhan itu berjaya membuatkan hatiku seperti diusik. Aku pasti dia marahkan aku mengenai kejadian tadi. Dia sendiri yang selamatkan aku dan bawa aku ke sini.

Perlahan-lahan, topeng oksigen yang melekap pada wajah dilucutkan. Memandang wajahnya, aku terus bersuara. "Saya tahu saya dah susahkan awak. Saya tahu, kata maaf sahaja takkan kembalikan tenaga awak sebab tolong saya tadi. Saya dah banyak susahkan awak selama ni. Again, kenapa awak selamatkan saya? Kenapa tak biarkan saya mati je? Dah banyak dah peluang untuk saya mati, tapi kenapa awak pilih untuk lepaskan saya?"

Dia masih diam. Namun, anak matanya masih menikam sepasang mataku dengan tajam.

"Seorang pembunuh macam saya ni, tak layak diberikan peluang untuk terus hidup. Sekarang ni, tak ada sesiapa dekat sini. Awak boleh ambil pistol awak dan tembak saya. Awak boleh hapuskan bukti dan tinggalkan saya dekat sini. Cepatlah ambil pistol awak tembak saya! Awak polis kot. Takkan menembak pun tak pandai!" Aku semakin mengapikan keadaan.

Besi katilku kini digenggam erat oleh tangannya. Rahangnya terkacip-kacip rapat menahan emosi.

"Awak kata awak benci saya, kan? Just kill me and everything will be over! I hate myself more than you hate me! I want to kill myself more than you want to kill me!" Tepuk dada, suaraku kini sudah naik seoktaf.

"Everytime saya fikir, macam mana saya nak akhirkan dendam awak kepada diri saya. Maybe saya perlu fikir cara untuk commit suicide macam sebelum ni. Sama macam waktu Hazim tinggalkan saya dan kahwin dengan Suraya..." Tanpa dapat dikawal, cairan hangat kini mula melimpah dari kolam mata dan akhirnya jatuh ke pipi.

Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya tangisan halusku mengisi suasana antara kami berdua.

"Tolong bunuh saya kalau awak nak hidup awak bahagia. Saya tak sanggup nak menahan rasa benci awak kepada saya. Bila nampak muka awak, saya jadi tak tenteram. Saya rasa bersalah sangat kepada awak, Harris. Tidur malam saya tak lena sebab fikir masa silam saya," luahku lagi dan lagi.

Dengan keadaan wajah yang menunduk, air mataku semakin murah mengalir sehingga membasahi gebar yang berada di atas ribaku. Tubuhku bergemelugut menahan esakan yang menghinggut tubuh.

Bunyi derapan tapak kasut kini menyentuh peluput telinga. Aku pasti, Harris sudah angkat kaki pergi dari sini setelah mendengar penjelasan sampah daripada aku. Selamanya aku akan hidup dalam kebencian Harris kepada aku.

Aku tersentak apabila tiba-tiba sahaja sehelai sapu tangan berwarna biru tua kini diletakkan ke atas ribaku. Tanpa angkat wajah, aku tahu tangan siapa yang menghulurkan sapu tangan itu.

"Please stay alive and make me hate you more and more."

Sejurus itu, bunyi tapak kaki itu kian menyirna sehinggalah bunyi pintu wad yang berdentum halus kini menyentuh peluput telinga.

Angkat wajah, kini bayangan pintu yang terkatup itu menyapa penglihatan.

Aku tak tahu kenapa Harris beri sapu tangan ini kepada aku. Kenapa dia masih pilih untuk berbuat baik meskipun dia mempunyai banyak peluang untuk sakitkan aku? 

Dan dia juga minta aku terus hidup...

Supaya dia boleh terus bencikan aku. Lagi dan lagi. 

Mission : Unlock next chapter with 10 comments

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

4.1K 336 22
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang ke...
1.1K 224 6
Tiada deskripsi. Hanya coretan sunyi tanpa muzik menari di atas papan tulisan maya. Ingin melempiaskan geram kepada sesiapa yang menyakitkan hati? Ma...
1.5M 64K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
7.4K 448 29
KARYA KEDUA - NURUL ASYIQIN Tengku Addyan Zareef | Aisya Raihana "Kau ni memang suka potong barisan orang ekk?" - Tengku Addyan Zareef "Encik c...