Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

By inspectoside

655 10 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... More

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
2- SYAH
3- AIDAN
4- HILANG
5 - KEMBALI
6 - DANI
7- PERTEMUAN
8 - JANJI
9 - SISI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
17 - DALANG
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
21 - INARA
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
25 - MR. BOO
EPILOG

18 - BOSS

13 0 0
By inspectoside

"BOSS ini dia budak yang bos minta saya cari hari itu." Pembantu peribadinya memberikan sebuah fail yang dipenuhi kertas.

Fail dibelek sambil mata meneliti setiap informasi yang ada. Fail ditutup setelah segala butiran 'budak itu' diteliti.

"Bagus. Macam biasa, cari budak itu dan settle kan dia. Pastikan Haziq sedar ancaman kita." Boss bersuara sambil meletakkan fail di atas mejanya.

Pembantu peribadinya terus mengangguk laju dan keluar dari pejabatnya.

"Haziq, kau akan terima balasan sebab cuba kacau kehidupan aku." Lelaki yang digelar boss itu berkata pada diri sendiri.


SYAH dapat rasakan ada seseorang yang dari tadi mengekorinya. Tetapi apabila kepala berpaling ke belakang bayang itu hilang. Langkah kaki semakin laju hampir berlari.

"Kau nak lari mana, budak?" Seorang lelaki sasa dan tinggi berdiri betul-betul di hadapannya. Jalan mati!

"Ya, saya kenal abang ke?" soal Syah. Nafas diatur supaya tidak kelihatan cemas. Suasana sekeliling dianalisa. Gelap dan sunyi. Malang sungguh!

"Tak. Tapi bos aku suruh cari kau," balas lelaki sasa itu. Penumbuk digenggam dan ditumbuk tapak tangan sendiri.

"Bos abang? Buat apa? Saya mana ada pinjam ahlong. Mak saya mengamuk nanti," balas Syah selamba. Masih berlagak tenang walaupun jantung sudah mengepam darah dengan laju. Peluh yang mengalir di dahi mula dirasai.

Kalau tak lari ini, mati aku, getus Syah. Mata lincah memandang sekeliling masih mencari lubang untuk melarikan diri

Aku tahu!

"Bang. Abang pijak taik kucing ke? Abang datang aje terus bau busuk. Tadi elok aje," kata Syah cuba mengalihkan tumpuan lelaki sasa itu.

Lelaki sasa itu melihat tapak kasutnya dengan bersungguh. Hidung bekerja keras mencium bau tapak kasutnya.

"Mana ad―" Tak sempat lelaki itu menghabiskan kata, Syah dihadapannya sudah lesap dari penglihatan.

"Woi!"

"Saya ada nama bang! Nama saya Yusuf. Mak saya punya idea sebab dia nak anak dia handsome. Saya kena balik sekarang nanti mak saya risau!" jerit Syah sambil kaki laju berlari ke tempat yang lebih terang dan mempunyai beberapa orang.

Syukurlah kawasan yang dilalui hari ini agak riuh pada waktu malam. Kalau tidak memang jadi lempeng dia malam ini. Cukuplah tangan Dani sahaja yang memukulnya.

Tangan dibawa ke lutut , sedikit membongkok. Kepala ditoleh kebelakang memastikan lelaki yang mengejarnya sudah hilang.

"Syukur, Alhamdulillah." Nafas dihela panjang setelah mengucapkan rasa syukur. Kaki terus melangkah mendekati bangunan rumahnya.


MATA rakus melihat kawasan sekeliling. Laju betul budak itu lari. Sekejap sahaja masa yang diambil untuk melihat tapak kasutnya. Tapi budak itu sudah jauh meninggalkannya. Lincah!

Telefon di dalam poket dicapai. Nama 'Boss' dicari sebelum mula menelefon nombor tersebut.

"Terlepaslah, bos." Nadanya sedikit takut-takut.

"Tak guna. Budak mentah pun kau tak boleh settle. Nanti aku hantar Zayden ajelah."

Talian terus dimatikan oleh Boss. Memang tak boleh pakai budak sekarang. Budak mentah pun tak boleh selesaikan. Membazir masa sahaja.

Nama Zayden dicari di dalam telefonnya. Nombor itu terus didail tanpa berlengah.

"Hello, bos. Ada kerja ke?" balas Zayden dihujung talian.


ZAYDEN menghampiri Botak yang memerhatikan Syah dibelasah oleh anak-anak buahnya.

"Sampai mampus?" bisik Zayden pada Botak.

"Ya, tapi mampus bukan kita. Ada team lain nanti settle. Bos suruh kita lunyai manja saja budak ini." Zayden angguk dan kembali ke arah Syah sambil melompat-lompat.

Dani sudah lama meninggalkan mereka yang masih tekun memukul Syah dengan rakus. Tiada belas kasihan yang diberikan padanya. Raung dan tangisnya bagai ditiup angin sepoi bahasa malam itu.

Ya Allah, ampunkan dosa Syah. Kata-kata itu diulang berkali-kali di dalam hati sambil tubuh menahan sakit yang bersisa.

"Dah kita stop sampai sini aje malam ini." Botak mula bersuara. Sedikit menjerit. Anak-anak buahnya mula berhenti memukul dan berlalu pergi.

Zayden melangkah mendekati Syah yang separuh mati dibuatnya. Dagu Syah digenggam dan ditolak sedikit ke atas. Kini anak mata Syah selari dengan anak mata Zayden.

"Kau dah boleh lari. Kita orang bebaskan kau untuk malam ini." Senyum sinis terukir diwajah Zayden sebelum muka Syah dicampak ke tanah.

Syah hanya memerhatikan semua manusia yang tidak langsung bersimpati kepada dirinya. Rakus seperti binatang.

Wajah Dani tiba-tiba terngiang di kepalanya. Kaki cuba dipaksa untuk berdiri. Jalan raya tak jauh sangat dari tempatnya kini. Mungkin dia dapat mencari bantuan di sana. Maka digagahkan diri untuk menuju ke jalan raya.

Satu cahaya yang mencucuk matanya dipandang. Kenal sangat cahaya itu. Cahaya dari motor Dani. Dia yakin kerana nombor plat Dani dibacanya.

"Ya Allah, aku tahu Dani tiada niat. Aku maafkan dia. Detikkan hati dia untuk berubah, ya Allah," doa Syah sebelum satu cahaya lain mula menusuk tajam anak matanya.

Kereta yang dipandu laju oleh entah siapa pemandunya semakin mendekati diri Syah yang melemah. Langkah kaki mula dipaksa untuk mula berlari.

Namun dia hanya terkaku di situ. Hati kuat menyuruhnya lari tetapi otaknya tidak dapat memberi signal kepada otot kaki untuk melangkah pergi.

"Ampuni aku, ya Allah." Kaki yang tadi keras membeku tiba-tiba mampu bergerak. Namun takdir tidak menyebelahinya.

Kereta tadi tanpa segan silu melanggarnya tanpa simpati. Tubuh Syah kini terkulai di atas jalan tar yang dipenuhi cecair merah dari tubuhnya.

Syahadah diucap perlahan semampunya sebelum dapat dirasakan dunia mula meninggalkannya. Mata dapat menangkap satu tubuh yang berlari mendekatinya tetapi berhenti dan berdiri tepat di sebelahnya. Dani ialah tubuh tersebut.

Aku maafkan kau, Daniall Qays. Jaga diri.

Kata-kata itu diucap di dalam hati apabila melihat Dani yang menggeletar tubuhnya. Kini semuanya gelap. Said Yusuf tidak ada lagi di dunia. Meninggalkan kisah dan kenangan hidupnya di dalam jiwa yang masih bernyawa.

Dani terus berlari meninggalkan Syah keseorangan. Gentar dan rasa berdosa menyinggah. Motor yang tadi dipandunya dinaiki kembali dan dipandu laju.

Tangisannya yang entah kenapa muncul mula membasahi wajahnya di sebalik helmet yang dipakai. Bibir dari tadi mengucapkan keji untuk diri sendiri.

Aku berdosa.


NOMBOR tidak dikenali mula menyebabkan telefonnya berdering lagi. Hari ini sahaja sudah sepuluh kali telefonnya berdering. Rasa mahu campak sahaja telefonnya masuk kolam ikan koi uminya. Memang boleh naik gila gamaknya.

"Apa masalah call orang banyak kali ini? Tak ada life ke scam orang." Irfan bersuara sedikit garang apabila menjawab panggilan yang dari tadi menganggunya.

"Irfan Faleeq. Anak Dato' Luthfi," balas gerangan dihujung talian.

"Ya. Berapa kali kau nak call dan tanya soalan sama?" Naik seoktaf nadanya. Mujur biliknya itu kedap bunyi kalau tidak mahu disergah oleh orang tuanya.

"Kau nak tahu siapa pembunuh Said Yusuf kan?"

Soalan itu menyebabkan Irfan yang tadinya marah kini tersentak. Orang aneh ini kenal Syah?

"Kau siapa?" soal Irfan tidak menjawab persoalan orang di hujung talian.

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Kalau kau nak tahu siapa pembunuh kawan baik kau. Jumpa aku dekat alamat yang aku send nanti. Kau tak datang, mungkin Daniall Qays pula jadi mangsa."

Sedikit tawa didengari di hujung talian. Naik darah Irfan dibuatnya. Lepas Syah, Dani pula. Selepas itu siapa? Umi dan abinya pula?

"Kau jangan apa-apakan Dani. Bagi aku alamat itu. Kau apa-apakan dia kau mati."

"Wow. Garangnya budak baru habis SPM ini," balas suara itu. Sinis habis nadanya memerli Irfan yang cuba mengoyahkannya. Tidak berkesan langsung.

"Kau tak tahu apa yang budak lepas SPM ini boleh buat, orang tua gila," balas Irfan garang dan tegas.

Panggilan dimatikan secara tiba-tiba. Telefon dicampak ke atas katil dengan kuat. Rambut diraup kasar sambil mendengus kasar sekasarnya.

Apa yang dia orang nak sebenarnya? Irfan mula menyoal diri sendiri. Tubuh dicampak ke atas katil cuba menenangkan diri yang sangat serabut ketika ini.

Sudahlah kehilangan Syah bagaikan meragut nyawanya juga. Ini Dani pula yang turut menjadi mangsa.


KINI dia sudah tiba di alamat yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali itu semalam. Telefon yang berdering minta diangkat dikeluarkan dari poket seluar. Mata merenung tajam nombor yang terpapar dan diangkat.

"Aku dah sampai. Mana kau?" Kasar sahaja nadanya Irfan. Mata masih melilau melihat orang di sekelilingnya.

Irfan membuat spekulasi yang tak ada apa yang akan terjadi pada dirinya. Tempat ini sangat ramai orang. Mustahil orang itu cukup gila untuk membuat sesuatu yang buruk padanya di kawasan ini.

"Tahu. Kau nampak pondok kecil depan itu?" soal suara itu di dalam talian. Irfan sedar yang dia sedang diperhatikan.

"Kau mana?" soal Irfan masih berdegil.

"Tak penting. Kau pergi pondok itu dan ambil sampul coklat dekat situ. Then boleh balik. Ingat sebulan sahaja masa kau ada. Kalau tak Dani mati," balas suara itu sebelum talian dimatikan.

"Tak guna." Irfan mendengus kasar sebelum memasukkan telefonnya ke dalam poket semula. Kini langkah kaki menuju ke pondok yang dikehendaki si pemanggil tadi.


PINTU pejabatnya dikuak oleh orang di luar. Pembantu peribadinya mula menapak mendekati mejanya. Kening dijongket sedikit memandang pembantu peribadinya.

"Anak Dato' Lutfhi saya dah selesaikan. Macam bos cakap, saya bagi dia masa sebulan. Nanti saya update lagi." Pembantu peribadinya hanya merenung lantai. Takut mahu memandang mata majikannya yang mampu membunuh.

"Bagus kau memang boleh dipercayai." Senyum senget mula terukir.

"Boss tak mahu—"

"Tak perlu. Aku percaya kau."

Tidak sempat dia menghabiskan kata-kata majikannya sudah memotong. Sudah lali dengan dirinya. Kemudian langkah kaki mengundur ke belakang dan menunduk sedikit sebelum keluar dari pejabat majikannya.


SEBULAN sudah berlalu. Namun Irfan gagal memberi apa yang mereka mahukan. Tetapi Irfan tetap menggagahkan diri pergi ke tempat yang dijanjikan mereka.

Isi di dalam sampul itu mendesaknya memberikan sejumlah wang yang sangat banyak. Duit itu haruslah datang dari aset Dato' Luthfi, abinya.

Irfan cuba beberapa kali untuk menjelaskan apa yang dilalui olehnya. Beberapa kali itu jugalah dia gagal, tidak berani entah kenapa. Dia juga buntu.

Hati asyik membuat spekulasi sendiri tentang abinya. Apa yang mereka mahukan dari abi? Kenapa aku yang menjadi medium mereka mendapatkan apa yang mereka mahu? Abi terlibat dengan mana-mana kongsi gelap ke?

Hari-hari persoalan tanpa jawapan ini bermain difikiran Irfan. Namun digagahkan jua diri untuk berhadapan dengan mereka. Irfan hanya membawa sejumlah wang yang menjadi simpanannya. Dia tahu itu langsung tidak cukup tapi dia sudah fikirkan untuk berbincang dengan mereka.

Bangunan usang itu ditenung lama. Kawasan sekitar gelap gelita. Memang sangat jauh dari manusia.

"Aku akan mati ke hari ini? Nasib baiklah terdetik nak minta maaf pada umi dan abi semalam," kata Irfan kepada diri sendiri.

Hati mula membaca dan mengulang-ulang doa agar Allah melindunginya. Jiwanya memang tak perlu cerita. Seram, risau, gelisah dan takut semua ada dan terlebih perisa.

"Masuk." Satu suara menerpa gegendang telinga. Dapat dirasakan satu tepukan di bahunya. Kepala menoleh melihat gerangan tersebut. Tinggi, sasa dan bertubuh lebih besar daripada dirinya.

Irfan tidak berlengah dan menurut. Langkah kaki mula menapak ke dalam bagunan tinggal itu. Hati tak henti-henti memanjatkan doa.

Aku buat ini untuk Dani.


TUBUH yang diikat ketat pada sebuah kerusi cuba meminta untuk dilepaskan. Kepala didongak memandang orang yang berada dihadapannya.

Masuk sahaja dia ke dalam bangunan itu, kepalanya dipukul kuat oleh lelaki yang bersamanya. Memang tidak dapat melawan waktu itu kerana terlalu terkejut. Hentakan yang dirasakan itu membuatkan di hilang sedar.

"Lama juga kau pengsan. Masa aku call bukan main berlagak kuat. Ini baru kena pukul manja dah pengsan. Mentah."

Gelombang suara yang masuk ke dalam telinganya sangat dikenali. Inilah suara yang sering menganggunya.

"Kau nak apa? Aku dah bawa apa kau nak. Lepaskan aku!" Tawa tersembur mendengar kata-kata Irfan.

"Kau ingat aku tak reti mengira ke? Mana cukup itu." Jari telunjuk menunjuk ke arah beg kecil yang dibawa Irfan tadi. Irfan juga turut memandang ke arah yang ditunjuk. Jadi mereka sudah kira, getus Irfan.

"Aku bagi kau lagi lepas ini. Tapi lepaskan aku. Bagi aku masa dan jangan apa-apakan Dani," balas Irfan masih cuba memujuk dan mahu berbincang.

Senyum senget di sebalik pelitup muka muncul. Lelaki itu menggengam dalam pipi Irfan dengan jemarinya.

"Hei budak! Dalam fail itu suruh buat apa? Kau tak reti membaca ke? Sia-sia bapak kau hantar sekolah mahal-mahal dapat anak bodoh macam engkau."

Kepala Irfan ditunjal kasar sambil tawanya mula memenuhi ruang. Irfan tanpa segan silu menanduk kepala lelaki itu apabila kepalanya berada dekat dengan kepala lelaki itu. Keras kepala Irfan seperti batu menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Apa main tunjal kepala orang! Bapak kau tak bayar zakat ke?" balas Irfan selamba.

Lelaki sasa yang dari tadi hanya memerhati tertawa sedikit melihat rakannya. Terhibur dia melihat Irfan yang mulutnya langsung tak berlapik. Cakap melepas sahaja.

"Bapak aku dah mampus!" balas lelaki tadi. Tangan mengosok dahinya. Dapat dirasakan satu benjolan pada kepalanya. Memang lagi keras dari batu kepala budak ini. Makan batu ke hari-hari?

"Alamak. Maaf bang, memang dengan niat gurau kasar. Abang yang main tunjal kepala saya. Penat umi saya jaga supaya kepala saya tak leper," karut Irfan.

Walaupun jiwanya sudah bagai nak gila rasa takutnya tapi sempat lagi dia mengarut. Tawa lelaki sasa tadi semakin kuat.

"Kau ketawa apa? Ingat kelakar ke?" Mata lelaki di hadapan Irfan merenung tajam lelaki sasa itu. Lelaki sasa itu tanpa perlu diarah mengangguk laju.

Pipi tiba-tiba terasa bisa. Lelaki dihapadannya menampar kuat mukanya. Kepalanya terteleng ke kanan. Bibir bawah digigit perlahan menahan sakit.

"Apa hal main sepak-sepak pula ini!" Irfan menjerit lantang. Tidak berpuas hati. Dia yang cari fasal dulu apahal aku yang kena sepak.

"Kau itu yang macam tak ambil pendidikan moral dekat sekolah. Mak bapak kau tak ajar adab ke dekat rumah?"

"Kau pun apa kurangnya! Sama tak ada adab macam aku," bentak Irfan. Darah yang berkumpul di mulut diludah ke arah lelaki di hadapanya.

"Kurang ajar!" Muka Irfan disepak sekali lagi. Kali ini tekanan yang dikenakan sedikit kuat dari tadi.

"Botak. Kau settlelah budak tak ada adab ini. Sakit hati pula aku. Aku settle luar kejap." Lelaki di hadapannya melangkah keluar dengan wajah bengis. Tapi Irfan langsung tak ambil endah.

"Koyak ke bang? Sorry lah. Saya memang kurang adab dengan orang tak ada adab macam abang!" Sengaja Irfan menambah minyak ke dalam jiwanya yang sudah marak dengan api yang menyala.

"Berani kau kutuk Zack kan? Kau tak takut?" soal lelaki sasa yang dikenali sebagai Botak itu menyoal sambil mendekatinya.

"Dia yang biadap dulu. Aku balas dengan energy yang sama aje. Lepas itu dia juga yang koyak," balas Irfan selamba seakan tidak takut dengan apa yang bakal berlaku pada dirinya selepas ini.

"Kau nak buat apa pula dekat aku. Nak lepaskan aku? Kita bincang. Bagi aku masa untuk kumpul duit sebanyak yang kau orang nak―"

"Kau nak Dani mati macam mana Said Yusuf mati ke?" soal Zack yang sudah kembali kepada mereka. Sekejap betul masa yang diambil untuk selesaikan perkara di luar.

Mendengar pernyataan itu membuatkan Irfan membisu dan merenungnya seakan mahu membunuhnya jika dia cuba mengusik Dani.

Irfan menjauhkan diri daripada Dani sejak dia terlibat dengan mereka. Irfan takut jika dia masih rapat dengan Dani, nyawa Dani akan terancam. Cukuplah seorang sahaja sahabatnya yang pergi dari dunia. Itu pun sudah cukup menyeksa jiwa. Tak sanggup dia memikirkan apa yang akan berlaku jika Dani juga hilang tidak berganti.

"Kau nak buat apa dekat aku buatlah. Jangan sentuh Dani. Dia tak terlibat!" balas Irfan. Nadanya tidak seperti tadi. Nadanya kini tegas dan beku.

"Botak, tunggu apa lagi? Dia dah kasi green light. Kasi lunyailah macam biasa." Zack tersenyum sinis memandang Irfan yang merenung tajam ke dalam matanya.

Pelik sungguh Zack dengan Irfan. Sanggup gadai nyawa demi orang yang bukan darah dagingnya. Tapi Zack tidak tahu seberapa dalam persahabatan yang tercipta antara tiga insan itu. Masing-masing memang sanggup mati demi kesejahteraan yang lain.


NAFAS diatur perlahan-lahan. Tali yang sejak tadi mengikat tangan dan kakinya sudah terlerai. Zack membuka ikatan tali tersebut setelah dia sudah hampir terkulai layu.

Lebam dan luka yang memenuhi tubuhnya sangat berbisa ketika itu. Rasa syukur diucapkan, paling kurang belum ajalnya lagi. Pahala tak cukup lagi untuk tunaikan janji tiga sahabat itu.

"Aku kena pergi dari sini," ucap Irfan kepada diri sendiri. Suaranya perlahan sahaja, cukup untuk telinganya sahaja yang mendengar.

"Agaknya macam ni ke Syah rasa dulu?" soal Irfan kepada diri sendiri.

Pukulan-pukulan yang diberikan tidaklah teruk mana. Masih mampu gagahkan diri untuk berjalan tapi sakitnya berbisa juga. Terasa darah yang berkumpul di dalam mulutnya terus diludahkan ke tanah. Tak sedap!

Kaki kini berada di luar bangunan kosong itu. Mata merenung langit yang dihiasi bintang yang menyinar. Indah.

"Subhanaallah. Cantiknya malam ni. Umi mesti suka." Irfan bersuara sambil kepala mendongak ke langit malam.

"Ya Allah, betul ke apa aku buat ni?" Soalan itu tiba-tiba muncul di benak fikirannya. Kini kaki terkaku melihat langit. Langsung tidak mahu beralih.

Cahaya tajam dari kirinya menarik perhatian. Kepala ditoleh sambil tangan kanan menghalang cahaya yang tepat menusuk ke dalam matanya. Silau.

"Ya Allah!"

Laju kaki dipaksa untuk berlari jauh dari kereta itu. Kereta itu laju mengejarnya yang cuba sedayanya untuk meloloskan diri. Bibir tidak henti-henti menyebut kalimah sunyi dan menyebut nama-nama Allah.

"Ya Allah tolong aku. Andai aku mati hari ini, ampuni aku. Aku berdosa. Ampuni aku, Allah."

Bibir terus menerus memanjatkan doa dan mengucap kalimah syahadah. Terasa ajalnya semakin mendekat. Kaki masih gagah berlari.

DUSH!

Salah langkah ketika berlari menyebabkan Irfan tersebam ke bumi. Laju tangan dibawa ke tanah menongkat diri untuk terus berlari. Kini kedua tapak kaki memijak Bumi. Berjaya!

BAMM!

Tubuh Irfan terpelanting hampir lima meter dari tempat dia berdiri buat kali terakhir. Senyuman terukir entah kenapa. Dani kau selamat, getus hati Irfan sebelum semuanya menjadi gelap.


TANGAN Zack bergetar ketakutan. Bukan nyawa Irfan sahaja yang bakal hilang malam ini. Mungkin juga dia. Mati memang mati dia malam ini.

Zack kini berlari keluar di sebalik bangunan kosong itu. Mata melilau melihat keadaan sekarang. Mampus!

"Woi! Pergi bawa budak tu ke hospital atau mana-mana sahaja! Jangan biar dia mati, kalau tak kau orang ikut masuk kubur sekali. Arahan bos! Buat sekarang!" arah Zack bengis.

Nadanya sangat menakutkan. Nada yang akan membuatkan sesiapa sahaja terus akur dengan apa yang dikatakan.

Laju pemandu tadi dan juga Botak mengangkat tubuh Irfan yang terkulai lemah masuk ke dalam kereta. Irfan masih tidak menyedarkan diri ketika masuk ke dalam kereta.

Zack yang dari tadi memerhati semakin risau. Kereta yang dipandunya didekati dan dipandu mengikut kereta yang melanggar Irfan tadi. Tolong jangan mati lagi.


TELEFON yang berbunyi menandakan notifkasi masuk. Nama Zack terpapar, pembantu peribadinya. Perkembangan anak Dato' Luthfi mungkin. Dia memang menyerahkan sepenuhnya hal itu kepada Zack kerana dia tahu budak itu memang pandai buat kerja sebegini.

'Boss, kita orang dah kasi lunyai budak ni. Nanti dia keluar kami kasi langgar sampai mampus' — Zack

Mesej dibaca dan mata terus tertancap pada gambar seorang remaja yang duduk lemah di atas kerusi sambil kaki dan tangannya diikat ketat.

Video yang diberikan juga ditonton sehingga habis. Video yang menunjukkan remaja itu dipukul teruk oleh Botak. Tiada langsung walau sedikit simpati kepada remaja tersebut.

Tangannya terketar-ketar laju. Mesej yang dihantar Zack tadi dibaca sekali lagi. Tangan terus menekan ikon ganggang telefon.

"Hello boss. Dah tengok update saya bagi?" soal Zack riang sahaja nadanya.

"Bodoh! Itu anak aku! Pastikan dia masih hidup kalau tak kau mati sekali!"

Satu tekingan kasar diberikan pada Zack yang berada dihujung talian. Talian tadi terus dimatikan. Kaki mula melemah menyebabkan dia jatuh ke tanah.

"Irfan Faleeq. Anak aku."

pengajaran chapter ini :-

- banyakkan berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan yang kita hadapi. Tak kiralah di ambang kematian ke atau detik paling gembira dalam hidup. Teruskan berdoa.

Yang masih tak sabar nak story ni complete(Alhamdulillah complete dah),

Side 📦



Continue Reading

You'll Also Like

21.8K 1.7K 23
[ 2022 ] : SHEM S2 Kejadian mistik menimpa keluarga Tengku Afiq hingga memaksa Syahirah untuk merungkai segala rahsia dan masa silam untuk mendapatka...
1K 75 12
Mengisahkan seorang jejaka dan seorang gadis yang saling mengenali sejak sekolah menengah lagi, si gadis ini bekerja di sebuah syarikat bernama AH Co...
10.5K 679 43
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’š๐’‚๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’~ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ...