Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

By inspectoside

655 10 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... More

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
2- SYAH
3- AIDAN
4- HILANG
5 - KEMBALI
6 - DANI
7- PERTEMUAN
8 - JANJI
9 - SISI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
18 - BOSS
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
21 - INARA
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
25 - MR. BOO
EPILOG

17 - DALANG

15 0 0
By inspectoside

PINTU yang tadi diketuk perlahan dari luar dipandang seketika. Tidak dapat meneka gerangan di sebalik pintu biliknya.

"Hannah tak kunci," balas Hannah sedikit kuat cukup untuk membuatkan orang di sebalik pintu mendengarnya.

"Umi kau," kata Irfan yang menembusi pintu biliknya sebelum pintu dibuka oleh Puan Syazwin.

"Hannah banyak lagi ke homework itu? Abi ajak makan luar hari ni. Kalau banyak lagi abi kata abi tunggu sampai Hannah siap," jelas Puan Syazwin menghampiri anak perempuannya yang duduk di meja belajarnya.

"Dah nak habis ini. Satu soalan lagi lepas itu Hannah siap, boleh?" soal Hannah apabila dapat dirasakan tangan Puan Syazwin mengurut lembut bahu anaknya.

Suka Puan Syazwin melihat Hannah yang sangat suka belajar. Dia memang sentiasa belajar tanpa perlu disuruh. Impian seorang ibu.

"Boleh aje. Umi keluar beritahu abi. Nanti dah siap turun terus. Umi dan abi tunggu di ruang tamu." Ubun-ubun anaknya dikucup lembut kemudian diusap perlahan rambut Hannah yang dibiar lepas hingga bawah bahu.

"Okay. Dalam 15 minit lagi Hannah turun." Hannah berpaling memandang latihannya kembali setelah Puan Syazwin berlalu keluar.

"Nak ikut," kata Irfan teruja. Hannah hanya mengangguk sahaja.

Memang sudah menjadi kebiasaan sejak kewujudan Irfan, ke mana keluarga Hannah pergi dia akan ikut sekali. Tidak boleh berpisah dengan Hannah. Dia bosan kalau duduk di rumah itu sahaja. Sudahlah Hannah sahaja yang mampu melayan dia.


SETELAH hampir 15 minit Hannah sudah laju menuruni tangga. Berlari anak ke ruang tamu mendapatkan Puan Syazwin dan Tuan Fazlee yang rancak berbual mesra.

Suka Hannah melihat hubungan baik suami isteri itu. Hannah tekad mahu mencari bakal suami yang mempunyai sifat seperti abinya. Baik, lembut, memahami dan paling penting sangat menitikberatkan soal agama.

Umi pernah bercerita kalau tidak kerana abi mungkin uminya sudah terpesong. Kata umi lagi abi dulu memang seperti ustaz-ustaz. Tapi sekarang abi sorok sikit vibes ustaznya, tak mahu dicop alim takut ke lain niatnya. Cukuplah tampak biasa-biasa tetapi sentiasa hauskan ilmu agama.

"Umi, Abi. Hannah dah siap," tegur Hannah gembira. Bukan selalu Tuan Fazlee mahu makan di luar.

Hakeem tiada hari ini. Masih di asrama, tetapi kebiasaannya selepas Hakeem pulang Tuan Fazlee akan membawa Hakeem ke tempat yang sama. Katanya baru adil.

"Jom. Abi dah book dah. Hari ini abi bawa kereta. Lama tak bawa," jelas Tuan Fazlee yang memusing-musingkan kunci kereta di jari.

Tuan Fazlee jarang membawa kereta kerana dia mengupah pemandu peribadi untuk kemana-mana. Itulah sebabnya dia memberitahu Hannah.

"Mantap abi. Race lah apa lagi abi," usik Hannah. Puan Syazwin hanya menggeleng melihat anak dan suaminya.

"Bawa Alphardlah Hannah. Bawa Porsche boleh lah nak race. Alphard besar nak cilok mana. Kalau naik Porsche dengan umi nanti digenggamnya peha abi suruh bawa berhemah sikit. Nanti abi bawa Hannah kita race okey?"

Saja Tuan Fazlee mengusik isteri kesayanganya sambil meranapkan awning tudung anaknya. Hannah merenung tangan Tuan Fazlee yang sudah merangkul tangan Puan Syazwin.

"Abi rosak tudung Hannah," kata Hannah sambil membontoti pasangan itu. Sudah berkahwin lama pun masih macam baru bercinta semalam.

"Tak apa. Anak abi comel dah pakai macam tu," usik Tuan Fazlee.

Itu memang apa yang dia sukakan. Mengusik keluarga tercinta kerana dia jarang meluangkan masa bersama mereka. Itu cara dia menjaga hubungan kekeluargaan keluarganya. Kerja, kerja juga anak isteri juga tanggungjawab utamanya.

Irfan yang dari tadi memerhati juga tersenyum melihat keluarga itu. Satu persoalan mula muncul dalam dirinya.

Agaknya macam ini tak keluarga aku, getus Irfan di dalam hati.

Kepala cuba mencari memori bersama keluarganya. Kosong.

Seperti biasa.


BANGUNAN usang di tepi jalan itu dipandang agak lama. Hannah dipandang pula, sedang tidur. Terbantut niatnya untuk berbual dengan Hannah. Pandangan dibuang kembali ke luar tingkap.

Kepala rasa terhentak kuat. Kereta yang dipandu Tuan Fazlee masih elok sahaja keadaannya di atas jalan raya. Mana datang pula rasa hentakan ini.

Irfan memegang kuat kepalanya yang semakin sakit. Hannah dipandang cuba meminta bantuan. Malang, Hannah masih terlelap.

Sakit semakin menggila. Penglihatan mula bersilir ganti dengan kegelapan.

Tiga saat tepat berlalu.

Gelap sepenuhnya.


TEMPAT duduk di sebelah dipandang sedikit terkejut. Irfan sudah kembali.

Semasa tiba di restoran Irfan menghilangkan diri. Hannah tidak dapat meneka langsung dia ke mana. Dibiarkan sahaja Irfan yang menghilang dengan sedikit perasaan risau.

Namun kini Irfan tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya ketika mahu pulang ke rumah. Mata memandang Irfan yang memegang kepala dan masih menutup mata.

"Tak sampai lagi ke?" soal Irfan yang memandang Hannah yang memandangnya.

Laju jari-jemari Hannah menaip sesuatu di telefonnya. Itulah caranya berkomunikasi dengan Irfan setiap kali berada dengan orang yang tidak mengetahui kelebihan dirinya.

'Dah balik dah pun. Kau pergi mana?'

Ayat itu terpapar di skrin telefon Hannah. Irfan membacanya di dalam hati.

"Balik dah? Aku hilang? Lagi?" soal Irfan membalas soalan Hannah yang keliru. Kening kiri terangkat sedikit.

Hannah mengangguk dalam diam supaya tidak ditangkap oleh umi dan abinya.

"Faham. Macam hari itu. Aku teringat sesuatu lepas rasa sakit kepala," jelas Irfan memandang Hannah. Jari Hannah lincah menaip sesuatu tetapi terbantut niatnya apabila Irfan menyambung kata.

"Sampai rumah aku cerita." Nadanya sedikit lain dan membuatkan Hannah berkerut sedikit. Irfan pula terus menoleh ke tingkap setelah tiba-tiba menyepi.

Sepanjang perjalanan pulang Irfan hanya mendiamkan diri dan tidak langsung memandang Hannah.

Misteri.


"KAU nak cakap fasal apa? Apa yang kau teringat kali ini?" soal Hannah yang sedang melipat sejadahnya. Irfan sedang bersila sambil terapung di atas katil Hannah. Soalan Hannah dibiar tanpa jawapan untuk beberapa ketika.

"Irfan." Hannah memanggil lagi. Masih tiada sahutan.

"Irfan Faleeq." Kini Hannah duduk di atas katil berhadapan dengan Irfan. Pandangan yang dari tadi dihalakan ke luar bilik kini beralih kepada Hannah.

"Kau nak cerita apa?" soal Hannah sambil kepala terteleng sikit ke bahu kanannya.

"Aku tak tahu nak mula dari mana," balas Irfan masih dengan nada luar daripada kebiasaanya. Nadanya sedikit sedih, kosong dan tidak mempunyai rasa. Monoton berhabis!

Ini aneh bagi Hannah. Irfan selalunya ceria dan suka membuatnya naik menyampah. Sisi yang ini tak pernah dilihatnya.

"Kau okey?" soal Hannah langsung tidak menyembunyikan kerisauannya.

Irfan menggeleng.

"Langsung tak."

"Tak apa. Take your time. Aku tunggu," balas Hannah memandang tepat anak mata Irfan yang sedari tadi langsung tidak memandang Hannah di hadapanya.

Irfan diam tidak membalas. Dia kini terbang ke balkoni bilik Hannah. Seperti biasa melihat bintang dan mencari siapa dia sebenarnya.


BARU sahaja Hannah menutup lampu bilik, Irfan masuk ke dalam biliknya kembali menembusi pintu balkoni.

"Nak tidur dah ke?" soal Irfan masih terbang mendekati Hannah.

"Nak cerita?" balas Hannah dengan soalan.

Irfan mengagguk. Hannah membuka lampu tidur di sebelah katilnya. Lampu kuning malap itu menerangi sedikit ruang bilik.

"Kau tolong aku minta maaf dekat Dani boleh?" soal Irfan. Rawak sungguh soalannya.

"Aku cuba. Tapi fasal apa?" soal Hannah.

"Ingat tak hari itu aku suspicious fasal cerita Dani?" Irfan menyoal.

Belum sempat Hannah menjawab persoalannya Irfan sudah menyambung kata.

"Aku rasa bersalah sebab tuduh dia sebenarnya dalang kematian Syah dan kemalangan aku." Senada lagi ton suaranya.

"Tadi masa kita keluar, aku ada nampak satu bangunan terbiar. Aku macam kenal tempat itu. Tiba-tiba kepala aku sakit macam hari itu," sambung Irfan.

Hannah masih setia mendengarnya. Mukanya sekejap dikerutkan sekejap tidak. Perhatian sepenuhnya diberikan pada Irfan yang masih mahu berkata-kata.

"Lepas itu, aku teringat. Aku teringat yang aku dipukul dalam satu bangunan kosong. Tapi dalam semua orang yang buat itu, semuanya bukan Dani."

"Kau kena pukul?" soal Hannah. Matanya sedikit membesar mendengar kenyataan Irfan. Ini info penting baharu.

"Then?"

"Lepas itu dia macam ada time skip sikit. Aku teringat aku kena langgar kereta. Masa antara macam mana aku boleh terkeluar dari bangunan itu dan dilanggar kereta, aku tak dapat ingat."

Irfan memandang wajah Hannah yang masih terkejut mendengar memorinya.

"Kau boleh cuba ingat?"

Irfan diam seketika.

"Kau tahu kereta apa yang langgar kau? Nombor plat dia ke?" soal Hannah lagi. Anak mata tepat memandang Irfan yang menunduk ke bawah.

"Oh! Lepas aku kena pukul, mereka lepaskan aku untuk lari. Time tu kereta yang entah dari mana laju langgar aku. Kereta itu langsung tak berhenti lepas itu. Macam memang dirancang. Kan?"

Hannah berkerut lagi dan mengangguk.


BUKU teks Matematik Tambahan diketuk perlahan. Kepala terus menoleh melihat gerangan yang menganggu konsentrasinya.

"Mana Irfan?" soal Aidan mengambil tempat duduknya di sebelah Hannah.

"Tak ikut. Dia tengah stress fikirkan sesuatu. Malas nak tengok sekolah ini katanya. Bertambah stress." Hannah membalas sambil tangan ralit menekan-nekan kalkulator.

"Aik? Bukan ke sepatutnya sekolah ini akan bagi dia banyak klu?" soal Aidan kembali sambil mengaru kepalanya yang tak gatal.

"Dia tak nak fikir fasal Syah dan Dani sekarang. Ish nantilah aku cerita." Hannah mendengus kasar.

Banyak-banyak nombor ditekan di kalkulator salah juga jawapannya. Kerusi dipusingkan menghadap ke belakang. Fateen melihat ke arah Hannah dengan wajah keliru.

"Kenapa?"

"Tolong ajar," pinta Hannah. Buku latihan tambahannya dihulurkan bersama kertas A4 putih penuh contengan. Bukan buat addmathlah kalau kertas tak rabak.

Dia malas mahu minta Aidan mengajarnya. Mahu menangis dikutuknya nanti. Aidan memang keras sedikit apabila bab mengajar. Automatik rasa bodoh.

"Boleh aje." Fateen mengeluarkan pensel mekanikalnya dari kotak pensel di bawah meja.

Hannah diajar dengan lembut dan baik. Suka Hannah dibuatnya. Mudah faham kalau Fateen yang mengajarnya kerana Fateen memang sudah mengetahui di mana kelemahan Hannah. Kalau Fateen mengajarnya Addmath, Hannah pula mengajarnya Biologi. Subjek kegemarannya.


"JADI Syah itu Irfanlah?" soal Fateen memandang Hannah. Masih tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh sahabatnya.

"Ya, aku pun ada. Syah tu Irfan bukan Said Yusuf." Aidan yang tadi menghirup kuah laksa tiba-tiba bersuara.

"Unbelievable. Boleh aku beritahu kakak aku? Dia cerita haritu dia tak tahu Irfan pergi mana lepas result SPM. Mungkin berita ini akan ubat rindu dia dekat kawan bangku sekolah dia."

"Nanti aku tanya Dani dan Irfan. Tapi aku rasa boleh aje." Hannah membalas.

"Oh tadi kau kata nak cerita fasal Irfan. Cerita apa?" soal Aidan yang sudah mengelap bibirnya dengan tisu. Sedap sungguh laksa kantin sekolah mereka!

"Malam tadi Irfan kata dia teringat macam mana dia boleh terlibat dengan kemalangan itu. Then dia cerita dekat aku," balas Hannah.

"Cerita lah, cerita lah." Serentak Fateen dan Aidan bersuara. Masing-masing teruja ingin tahu. Ini info penting!

Maka Hannah menyambung ceritanya. Segala yang diceritakan Irfan malam tadi diceritakan kembali kepada Aidan dan Fateen. Mereka berdua sangat fokus mendengar cerita Hannah.


"JOM jumpa Dani." Hannah bersuara. Irfan yang melihat burung-burung yang menghiasi langit menoleh ke arah Hannah.

"Asal? Rindu buah hati ke?" usik Irfan.

Sejak Hannah pulang ke rumah tadi, Irfan sudah kembali ke dirinya yang normal. Irfan yang gembira dan suka membuatkan Hannah menyampah.

"Banyak lah kau." Hannah mendengus dengan senyuman kecil terukir di bibir. Gembira Irfan mengusiknya bukan kerana gembira hendak bertemu Dani.

"Aku ada satu aje, Hannah." Irfan balas acuh tak acuh.

"Kau nak aku tolong ke tak? Malas aku dengan kau ini." Hannah mula bangkit dari kerusi yang didudukinya di halaman rumah. Laju langkahnya menuju ke dalam rumah meninggalkan Irfan.

"Ehh nak lah. Kenapa nak jumpa Dani?" soal Irfan sambil terbang laju mendapatkan Hannah. Hannah pula hanya membiarkan soalan Irfan melintas gegendang telinganya.

"Hannah Syazlee." Irfan merengek dengan sedikit mengada sambil mengejar Hannah yang semakin laju.


Yang tak sabar nak story ni complete(dah complete),

Side 📦

Continue Reading

You'll Also Like

13.6K 422 39
"Please comeback to me Maira. Aku tak boleh tanpa kau" kasih isterinya cuba ditagih. Dia hanya mampu memujuk gadis itu melalui telefon sahaja. Kesala...
1.3K 69 7
SETELAH beberapa tahun tidak bersua muka, Elnaura Faiha dipertemukan kembali dengan crush lamanya, iaitu Thaqif Mikael yang juga merupakan rakan seke...
1K 75 12
Mengisahkan seorang jejaka dan seorang gadis yang saling mengenali sejak sekolah menengah lagi, si gadis ini bekerja di sebuah syarikat bernama AH Co...
241K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...