Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

By nradlnaa_syh

28.1K 1.7K 310

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 16

401 26 2
By nradlnaa_syh



                Pintu pejabat diketuk dahulu sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam.

" Dyna jum " kata Rezza kepada Dyna.

" Sapa lagi pergi? " Soal Dyna.

" Aku,kau,Darwish dengan Sarah." Jawab Rezza.

" Ohh. Ha jum laa" kata Dyna sambil menyimpan barang-barangnya.

" Weii Dyna.. aku nak naik dengan kau boleh? " Tegur Sarah berlari ke arah Dyna.

" Eh, kenapa pulak? Kau pergi la naik dengan Darwish." Sampuk Rezza yang mendengar permintaan Sarah.

" Aku nak naik dengan Dyna. Kau pergi la naik dengan Darwish, sibukk aje.." kata Sarah.

" Eh, partner kau bukan Dyna. Dah la pergi naik dengan Darwish" Rezza menghalau Sarah. Tetapi Sarah tetap mempertahankan kehendaknya.

" Biar laa... Sepak kang! Aku nak naik dengan Dyna.. dah tepi" kata Sarah. Dia menolak Rezza yang ingin memasuki kereta Dyna.

" Ehh budak ni.. tolak-tolak orang pula" kata Rezza tidak berpuas hati.

" Eh sudah la! Main tolak-tolak pulak. Dua-dua naik dengan aku senang. Tak payah bergaduh " marah Dyna. Rezza menjeling Sarah. Sarah juga menjeling Rezza.

" Ha bila nak habis gaduh? Orang nak cepat dia boleh buat perangai kebudak-budakkan." Kata Darwish yang datang selepas dirinya disidai lama didalam kereta.

" Masuk cepat Rezza. Tinggal kang menangis kau" arah Dyna. Rezza terus masuk kedalam kereta Dyna.

Rezza dan Sarah menumpang kereta Dyna untuk pergi ke kilang daging itu, manakala Darwish memandu sendirian.

Selepas memandu selama 45 minit, mereka pun tiba di kilang tersebut.

Dyna memarkir keretanya berhampiran dengan pintu kilang itu.

" Dah jumm!" Jerit Sarah, teruja. Rezza yang tadinya tidur terus terbangun kerana terkejut mendengar jeritan Sarah.

" Weh, aku mimpi ada gorilla menjerit tadi " kata Rezza selamba dengan muka mamainya.

" Sarah eh gorilla yang kau maksudkan? " Soal Dyna selamba.

" Rasanya la.. sebab macam suara dia dalam tu" jawab Rezza jujur. Sarah tidak mendengar perbualan Dyna dan Rezza kerana dia terlebih dahulu keluar dari kereta.

" Nice.. dah la bangun" kata Dyna. Rezza pun keluar dari kereta dan terus pergi ke Darwish.

" Kamu semua mahu siasat ini kilang? Ada waran ka? " Soal pemilik kilang itu dengan slang cinanya.

" Ya la uncle, ini warannya.. boleh kan? " Kata Darwish sambil mengeluarkan waran dan diserahkan kepada pemilik itu.

" Ya la boleh. Tapi kamu jangan kacau orang lain tengah buat kerja ya.. " pesan pemilik itu.

" Boleh uncle no problem " kata Rezza pula.

Mereka pun masuk ke dalam untuk melihat suasana di sana.

" Err sorry " tegur Sarah kepada seorang pekerja yang sedang memotong daging.

" Ya? " Soal pekerja itu.

" Saya nak tanya.. dekat sini ada pekerja nama Zahrul Zackry tak? " Soal Sarah lembut.

" Ada.. tapi dia tak datang harini " jawabnya.

" Ohh boleh saya tahu kenapa? " Soal Sarah lagi.

" Ohh dia cuma part time jaa.. dia dah berhenti kelmarin sebab dah jumpa kerja tetap tak silap saya " jawab pekerja itu, jujur.

" Ohh kerja apa ya?"

" Itu saya taktau cik " jawabnya lagi.

" Ok baik, terima kasih " kata Sarah lembut sebelum dia pergi ke Dyna.

" Orang tu kata Zackry dah berhenti kerja " kata Sarah kepada Dyna dengan nada yang berbisik.

" Ohh " jawab Dyna, simple. Dia terus meninggalkan Sarah.

" Itu aje? " Soal Sarah sedikit hampa.

" Habistu kau nak suruh dia jawab macam mana?" Soal Darwish yang tiba-tiba datang.

" Jawab la.. ouhh terima kasih wahai Sarah yang cantik lagi baik lagi anggun jelita menawan dan pandai, aku bersyukur ada kau dekat sini. Ha begituuu" jawab Sarah selamba.

" Perasan " kata Darwish. Dia juga terus meninggalkan Sarah bersendirian disitu.

Rezza meminta izin pekerja disana untuk membuka satu ruang penyimpanan daging-daging. Ruang itu seperti peti sejuk.

Dyna ternampak perbuatan Rezza lalu pergi mengikuti langkah Rezza.

" Hmm cuma ruang penyimpanan biasa aje.." kata Rezza sendiri.

" Memang la dah ini kilang halal. Bukannya tempat proses dadah atau kilang dadah" sampuk Dyna. Rezza sedikit terperanjat dengan sampukkan Dyna.

" Bila kau datang? Terkejut aku " soal Rezza.

" Aku follow kau dari tadi kau masuk lagi. Takkan tak perasan?" Kata Dyna, jujur.

" Tak. Eh kau ikut-ikut aku nii.. tak boleh hidup tanpa aku keww??" Soal Rezza selamba dengan nada mengejek.

" Otak kau ! Tak payah perasan sangat lah." Balas Dyna, menyampah.

"Hek elehh" kata Rezza selamba.

" Oiii, aku rasa korang kena tengok ni " sampuk Darwish.

Mereka terus pergi mengikuti Darwish.

Setibanya mereka disana, mereka sedikit terkejut dengan apa yang mereka nampak.

" Gaiss! Jum la join aku...." Kata Sarah, riang.

Sarah sedang membawa forklift untuk mengangkat daging-daging ke dalam lori untuk dijual di pasaraya.

" Minah tu tak betul ke? " Soal Rezza, pelik.

" Hmm susah nak cakap." Jawab Darwish.

" Ish, sapa la ajar dia naik benda tu?" Soal Dyna, sakit kepalanya apabila melihat kelakuan Sarah.

" Sorry cik, saya yang ajar dia tadi... Dia kata dia nak cuba" sampuk salah seorang pekerja disitu.

" Uiii Rezza ! Jum la join aku... Pergi ambik forklift dekat sana... Ada lagi tu.!! " Jerit Sarah. Dia memusing-musing forklift itu.

" Baikk ! " Jerit Rezza. Dia terus berlari dan memandu forklift disitu.

Dyna dan Darwish saling berpandangan sebelum mereka menepuk dahinya mereka. Tingkatkanlah kesabaran ku ya Allah..

Pekerja-pekerja disana tidak mampu berkata apa-apa. Mereka hanya tersenyum melihat Sarah dan Rezza bermain forklift itu.

" Wuhuuu!! " Jerit Rezza.

" Best kan ! Now jum kita lumba! Siapa sampai dekat Dyna dengan Darwish dulu dia menang. " Kata Sarah. Rezza mengangguk.

Lalu, mereka memandu ke arah Dyna dan Darwish dengan lajunya.

" Aku tak sedap hati la " kata Darwish selepas melihat Sarah dan Rezza memecut ke arah mereka.

" Hmm " jawab Dyna.

Sarah dan Rezza memecut ke arah Dyna dan Darwish. Mereka hampir sahaja melanggar Dyna dan Darwish, tetapi Dyna dan Darwish terlebih dahulu mengelak.

" Bodoh. Balik japgi memang aku tinggal dua ekor tu. Biar diorang balik jalan kaki. Daripada 45 minit nak balik, jadi sehari korang berjalan. " Marah Dyna. Dia tidak berpuas hati kerana hampir sahaja dirinya dilanggar.

" Bagus, good idea. Sekarang kita nak buat apa? " Soal Darwish, tidak tahu apa yang patut dilakukan.

" aishhh.. uncle boleh tolong saya kah? " Soal Dyna kepada pemilik kilang itu.

" Ya tolong apa? "

" Nanti bila diorang dah habis main, cakap dekat diorang saya suruh balik jalan kaki. " Kata Dyna selamba.

" Baikk "

" Aikk.. kau nak balik? Diorang ni kau nak tinggal? " Soal Darwish,pelik.

" Ye la... Kau nak hadap karenah diorang? Kalau kau sanggup ha stay la bawa diorang balik japgi.. aku nak pergi makan.. takut hilang selera makan aku bila tengok diorang." Jawab Dyna. Dia terus melangkah pergi.

" Err, aku nak ikut kau la.." kata Darwish. Dia terus mengejar Dyna.

Maka, Dyna dan Darwish pergi meninggalkan Rezza dan Sarah yang sedang bermain forklift.

Pemilik kilang itu hanya mampu pasrah. Dia hanya memerhati Sarah dan Rezza yang sedang bermain. Takut kalau ada yang rosak.





              Dyna dan Darwish berhenti di satu kedai makan untuk makan tengahari.

" Err Dyna" tegur Darwish.

" Ha? " Soal Dyna. Dia yang tadinya mahu menyuap makanan terus menghentikan perbuatannya.

" Lepasni kita nak buat apa? Ye la kilang tu nampak macam kilang biasa aje." Soal Darwish.

" Hmm.. aku tak pasti lagi.. aku harap Fahrin dengan Kyle jumpa something laa... Susah sebenarnya Kes kalini " Jawab Dyna.

" Yaa... Tapi aku rasa tak sedap hati laa " kata Darwish dengan nada yang risau.

" Kenapa? "

" Aku taktau.. " kata Darwish.

" Pasal Rezza dengan Sarah ke? " Soal Dyna.

" Tak.. pasal misi kalini" jawab Darwish.

" Tak payah risau.. kita boleh buat.. selagi kita bekerjasama" kata Dyna cuba untuk menenangkan hati Darwish.


Continue Reading

You'll Also Like

5.5K 208 77
( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti g...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
1.7K 118 14
Seorang pemuda berkaca mata hitam keluar dari kereta itu mendapatkan aku. Aku sangkakan dia nak minta maaf kot-kot takut tengok muka aku yang seperti...
1.3M 62.1K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...