OUR DESTINY

By Lynn_sweety

768 177 0

Mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu yang terpaksa harungi segala ujian dalam usia muda. Sifatnya ya... More

PROLOG
CHARACTERS
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 23
PART 24
PART 25

PART 22

12 3 0
By Lynn_sweety

Arissa jalani hari-harinya seperti biasa.Dia juga sudah bagitahu kepada kawan-kawannya yang dia tetap akan hadir ke sekolah meskipun musibah akan berlaku.Dia percaya akan kata-kata jejaka itu.

Seperti biasa waktu dia memasuki perkarangan sekolah pasti ada saja pelajar yang melihat dirinya dengan pandangan yang tidak boleh ditafsir.Tetapi apa dia kisah?Dia datang pun sebab nak belajar kalau tiada sebab memang dia sudah tidak mahu jejak kaki disitu lagi.Langkah diatur terus memasuki kawasan kelasnya.Ternyata sahabat-sahabatnya lebih risaukan akan keselamat dia berbanding dia sendiri.Dia juga bersyukur kerana memiliki sahabat-sahabatnya seperti ini.

"Kau yakin ke dengan apa yang mamat tu cakap?" Soalan pertama yang dilontarkan setelah Arissa menceritakan kejadian semalam.

"Sejak bila kau mudah percayakan lelaki?"Terkejut akan tindakan sahabatnya yang mengambil risiko. 

"Kalau dia tak buat macam apa yang dia cakap macam mana?Kau yang kena tanggung sengsara tau bukan dia."Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya,kata-kata dari mulut yang dipenuhi dengan gula.

Arissa sendiri tidak yakin dengan dirinya.Dia juga masih ragu-ragu dengan kata-kata jejaka itu.Tapi firasatnya tika ini adalah hanya ikut saja apa yang dikatakan jejaka itu.Kalau betul jejaka itu hanya manis dimulut saja memang sampai bila-bila Arissa tidak akan percaya lagi jejaka itu.

"Ris,petang ni kita ada perjumpaan koko.Kau tahu kan?"Soal Naura yang mematikan lamunan Arissa.

 "Hah?Ouhhh tahu-tahu."Dirinya turut mengeluh apabila mengenang yang hari ini akan diadakan perjumpaan kelab dan persatuan.Entah kenapa dia daftar namanya dalam kelab usahawan muda.Nasiblah Izham turut daftar dalam kelab yang sama.Tak adalah dia rasa bosan.

Keadaan kelas 5 Serendipity,iaitu kelas Arissa seperti tidak terkawal.Tambah pula ada geng Slaydies memang tidak akan tenteramlah.Walaupun dirinya seorang pengawas sekolah,dia tahu bahawa dia tidak layak untuk menyuruh mereka senyap jika tidak dia yang akan kena semula.Lebih baik dia berdiam diri di tempat duduknya tanpa ada sebarang gangguan.

"Okey Arissa,aku rasa kau boleh tarik balik kata-kata kau.Tanpa ada gangguan?Tengok siapa yang datang dekat meja kau ni?"Monolog Arissa dalam hatinya.Air liurnya ditelan kesat.Raut wajah ditayang seakan-akan tidak ada apa-apa yang terjadi.

Kepala diangkat tatkala meja belajarnya diatarik oleh Helena.Pantas saja kepala Arissa mencari kelibat Izham.Mungkin dia boleh tolong Arissa tika ini tapi malangnya jejaka itu tidak ada di dalam kelas.

"Aku ingatkan kau dah tak nak tunjuk muka kau kat sini lagi.rupanya ada lagi muka sampah ni."Sindir Helena sambil mencengkam kedua-dua belah pipi Arissa dengan kasar.Terasa pedih dibahagian itu dek kerana kuku Helena yang panjang.Ini dinamakan sahabat pena syaitan.

Arissa hanya diam dan tak mampu buat apa-apa.Dia tak mahu ambil risiko lebih lagi.Mana mungkin seorang lawan satu kelas?Tambah pula satu kelas dia kebanyakannya peminat-peminat Aisar.Memang sudah sedia ada perasaan dengki dan sakit hati mereka terhadap Arissa.

"Muka sampah macam kau ni tak sepatutnya masuk ISSFS,dengan Aisar pula tu.Eiiiiuwww tolonglah.Aku rasa cikgu-cikgu mesti dah kena buatan kau kan perempuan?Kalau tak,takkanlah cikgu-cikgu suruh kau dengan Aisar masuk ISSFS."Herdik Helena lalu menconteng wajah Arissa dengan marker pen whiteboard.Tanpa belas kasihan,mereka yang turut ada disitu hanya ketawa besar dan merakam gambar saja apabila Arissa diperlakukan sebegitu.

Naura dan Lily pula pergi  berjumpa dengan cikgu Matematik.izham tak tahu pergi mana.Dalam hati Arissa tika ini hanya berharap sahabat-sahabatnya atau Izham datang untuk hentikan perbuatan Helena.Makin menajdi-jadi Helena menconteng mukanya dengan warna marker yang berlainan.

"What are you doing witch?!"Jerkah Aisar lalu menepis tangan Helena yang sedang menconteng wajah Arissa itu.Urat-urat di tengkuknya menegang dan jelas kelihatan.Wajahnya juga turut bertukar kepada kemerah-merahan akibat amarah.Disbabkan tepisan kuat daripada Aisar,Helena hilang keseimbangan dan selamat mendarat di lantai.

Pantas pergelangan tangan Arissa yang berlapik ditarik dan dibawa keluar dari kelas.Cepat-cepat Arissa menarik tangannya semula daripada terus dalam genggaman jejaka itu.Lantas,Arissa berlari ke tandas.Dia perlu cuci mukanya dengan segera.

Sambil air paip membasahi  di seluruh wajahnya,air matanya juga turut sama mengalir.Wajahnya yang terpantul di cermin sudah jelas menggambarkan yang dia seorang yang lemah.Makin dia kesat air mata dia,makin deras cecair itu mengalir dari tubir matanya.

"Teruk sangat ke aku ni?Kenapa semua orang nak ganggu hidup aku?Aku tak ganggu pun hidup dia orang."Bisik Arissa pada dirinya di hadapan cermin. 

"Hey,Arissa tak baiklah macam tu.Ingat,ini semua ujian.Kau kan kuat.Janganlah sedih-sedih.Tiada siapa boleh bantu kau selain diri kau sendiri okay?Sabar dalam setiap ujian dan kau akan nampak kenikmatan dan kemanisan ujian itu." Bisik hati kecil Arissa.

Arissa yang cuba memujuk dirinya untuk kembali tersenyum dan tenang itu dikejutkan dengan satu pelukan yang membuatkan dirinya hampir terjerit.

"Ya Allah!Terkejut aku!Siapa ajar masuk-masuk tandas terus peluk orang ni?"Bebel Arissa kepada kedua-dua orang sahabatnya itu. 

"Ris,aku minta maaf.Aku tak dapat nak lindungi kau.Teruknya aku."Kata Lily yang sedang mendakap tubuh Arissa dengan kemas.

 "Tahu pun kau."Jawab Arissa sambil tersenyum dengan gelagat mereka dua orang.

 "Aku pun nak minta maaf sebab aku tak dapat jadi kawan yang sentiasa ada waktu kau susah."Tambah Naura pula. 

"Shut up.I can't."Arissa bukan marah kerana sahabat-sahabatnya tiada waktu dia memerlukan mereka,tetapi dia tidak boleh melihat sahabat-sahabatnya berasa serba salah sampai begitu.Lagi bertambah perasaan sedih dia tika itu.

Mereka juga sudah dimaklumkan bahawa Arissa seorang yang mudah menangis dan sukar untuk berhenti kalau cecair jernih itu sudah tumpah.Mengambil masa yang lama untuk gadis itu meredakan tangisan dia.

"Kau orang tak salah pun.Janganlah sampai berfikir macam tu sekali.Salah diri aku sebab tak lawan balik dan seorang yang lemah."Ungkap Arissa sambil menggosok-gosok belakang tubuh sahabat-sahabatnya.

"Mana Imani?"Baru dia tersedar sahabatnya lagi seorang tiada. 

"Minah tu memang tau selalu sangat tertinggal gerabak lepastu mulalah drama tv3 pukul 7 dia tu."Kata Lily sambil mencekak pinggang. 

"Tak silap aku dia ada latihan pagi ni dekat padang."Jawab Naura.

 "Patutlah Izham tak ada dalam kelas tadi."Kata Arissa. "Hah?Izham tak ada dalam kelas?Habistu siapa yang tolong kau tadi?"Soal Naura. 

"Hah,si Aisar tu ada ke datang tolong kau?Atau dia cakap je.Tu lah aku dah cakap jangan senang percaya dia lagi-lagi yang goodlooking.Bahaya."Tambah Lily dengan wajah yang tidak puas hati. 

"Masalahnya orang yang kau cakap jangan percaya tu lah yang tolong aku tadi tau."Tak mahu biar sahabatnya fikir buruk tentang jejaka itu.

(PADANG)

"Hey,what's wrong?Badmood je."Tegur Izham apabila perasan yang Aisar baru sampai di padang.

  "You know what,if I late that time I don't know what will happend to Arissa."Kata Aisar dengan nada amarahnya.Dadanya masih terasa berombak dengan situasi  yang dia lihat tadi. 

"Why?" Soal Izham yang tertanya-tanya apa punca sehinggakan sahabatnya itu datang lewat bersama amarah. 

"That witch.Dia boleh conteng muka Arissa guna pen marker!"Jelas Aisar.Izham yang mendengar akan berita itu terus ketawa dengan kuat.

 "Berani ye perempuan tu.Just give that witch to me and I'll settle it."Kata Izham bersama senyuman sinisnya.

Kesemua atlet CHS melakukan latihan bersungguh-sungguh kerana pemilihan wakil sekolah dinilai pada waktu petang nanti.Tidak terkecuali dengan Aisar,Izham dan Imani.Masing-masing konsisten dengan latihan yang sudah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih mereka.

Ketika waktu rehat mereka,Izham pergi ke arah Imani yang sedang duduk di tepi padang sambil meneguk air botolnya.

"Hey,macam mana tadi?Okay?"izham beranikan diri buka perbualan. 

"Macam biasa."Balas Imani yang sudah jelas dia tidak begitu senang dengan kehadiran jejaka itu. 

"Aku nak pesan sikit kat kau.Jaga Arissa elok-elok.Lepas latihan ni pergi jumpa dia dulu.Aku dengar dia kena dengan Slaydies tadi."Jelas Izham lalu mengambil tempat di sebelah Imani tetapi masih mengekalkan jarak anatara mereka.

"Apa lagi yang geng aedes tu tak puas hati dengan Arissa?Tak boleh terima ke diri tu memang tak layak?Baju pun macam balut buah nangka,ada hati nak ambil tempat Arissa.Ish,tak fahamlah aku dengan orang yang busuk hati ni.Selama dia hidup tak pernah cermin diri ke?" Panas hatinya apabila mengenangkan gadis yang bernama Helena itu.

"Sabar kak,sabar.Bawa istighfar banyak sangat dosa mengutuk tu." Tegur Izham dalam menahan tawanya daripada terlepas.Tidak disangka olehnya gadis yang dia anggap lembut itu rupanya tidaklah selembut yang dia sangkakan.

Terasa sentap jugalah apabila ditegur oleh jejaka itu kerana kata-katanya  yang tidak boleh dikawal.Lantas dia istighfar.

 "Hish,kalau bukan sebab perempuan tu mesti aku tak buka mulut fasal dia."Nak hairan tapi perempuan.Izham hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.

Tepat jam 11 pagi,semua atlet dibenarkan menukar pakaian dan kembali ke kelas masing-masing.

"Imani!"Panggil Aisar. 

"Nanti ingatkan Arissa petang ni macam biasa."Pesan Aisar sambil senyuman segarisnya dan berlalu pergi.Imani hanya mengangguk sebagai balasan saja.

Sebaik saja kaki Imani jejak di dalam Kelas 5 Serendipity,dia terus berjalan menuju meja yang menempatkan Arissa.Dapat dia lihat si gadis itu sedang tertidur berbantalkan tangannya asbab penat menangis.Lantas,Imani pergi pula ke arah meja Naura dan Lily untuk minta penjelasan semasa tiada kehadirannya.

Keadaan kelas yang riuh rendah itu bertukar menjadi bunyi bisikan para pelajar saja tatkala kelibat Aisar lalu dihadapan kelas mereka.

"Teruk sangat ke Aisar tu mengamuk sampai dia orang jadi macam kucing kurap tepi jalan?"Sindir Imani bersama senyuman sinisnya apabila melihat riak setiap pelajar di dalam kelas itu.

"Yang tu aku tak tahu sebab kami pergi jumpa cikgu Nora tadi."Jawab Naura. 

"Entah kenapa aku teringin nak tengok dengan mata kepala aku sendiri si Aisar  marah pontianak tu."Kata Lily dengan senyuman angannya.

 "Hurmmmm,,aku kasihan tengok nasib si Arissa tu.Dekat rumah dah teruk dia kena dengan mak long dia.Sekarang dekat sekolah pula dia menajdi mangsa."Kata Imani sambil melihat dari jauh Arissa yang sedang dibuai mimpi.

 "Kalau aku kat tempat dia,aku rasa boleh jadi gila aku." Tambah Naura.

"Itulatu,tak pun macam zaman sekarang ni kan terkenal dengan bunuh diri."Sambung Lily lalu dia menggosok-gosok tubuhnya seakan dapat membayang tragedi berikut.

 "Mustahil Arissa terfikir nak bunuh diri.Dia bukan macam tu.Kita sendiri tahu dia kuat.Insyaallah dia tak buat perkara yang tak waras."Tak mahu terus berfikir negatif. 

"Betul.Sekarang ni,dia perlukan sangat kita.Dia hanya ada kita je.Jadi,kita kena ada dengan dia selalu."Lantas,ketiga-tiga mereka memandang ke arah Arissa.

"Okaylah weyh,aku kena balik kelas aku.nanti ingatkan Arissa yang Aisar kata petang ni macam biasa."Pesan Imani lalu berjalan keluar dari kelas itu.Sewaktu Imani berjalan ke kelasnya,dia berselisih dengan Izham yang ingin masuk ke kelasnya.Izham cuba senyum pada Imani tetapi Imani hanya menjeling saja.

Setelah tamat sesi pembelajaran,Arissa segera mendapatkan Izham untuk mendapat kepastian.

"Izham!"Panggil Arissa dengan suara yang sedikit kuat agar Izham dapat mendengarnya. "Yes?"Sahut Izham bersama senyumannya.

 "Kau orang ada pemilihan kan petang ni?"Soal Arissa.

 "Haah.Kenapa?"Jawab izham dengan senang hati.

 "Kalau macam tu,petang ni aku shoot seorang je la?"Pertanyaan yang perlu dia tanyakan. 

"Nope.Aisar tarik diri dari pemilihan.So,dia ada dengan kau petang ni kecuali aku."Jawab Izham.

 "Ke-kenapa?"Terkejut dengan jawapan jejaka dihadapannya.

 "Better you should ask him."Jawab Izham lalu beredar dari situ.

Rutin harian Arissa pada waktu petang seperti biasa.Kini,dia hanya ingin menunggu kehadiran orang yang dia tertunggu-tunggu untuk mendapatkan jawapan.Walaupun dirinya sudah lengkap berpakaian mengikut tema baru kali ni iaitu Bos.

"Waiting for me pendek?"tegur Aisar dari arah belakang Arissa yang sedang duduk termenung.Naris-nyaris saja beg tangan milik Arissa dibaling pada jejaka itu akibat terkejut.

"Awal sangat kau hari ni."Perli Arissa dengan senyuman yang dibuat-buatnya. Aisar hanya tersengih dan mengambil busana pakaiannya.

 "Wait a minute."Pintanya pada gadis itu.Bukan dia sengaja datang lambat cuma ada perkara yang perlu dia selesaikan sebelum datang ke situ.

"Should we start now?"Soal jurugambar.Aisar hanya mengangguk lalu memandang ke arah Arissa.Arissa hanya memandnag jejaka itu seperti tidak puas hati.Aisar tahu kenapa gadis itu sebegitu tetapi baginya lebih baik dia bercerita setelah mereka tamat penggambaran.




"Alright,we are done right?"Soal Arissa dengan senyuman puas. 

"Yes!"Jawab jurugambar. 

"So,Aisar Hayza Dato'Elias.Explain to me now."Ujar Arissa dengan muka yang tegas. 

"What?"Aisar hanya menayangkan muka tidak tahu apa-apa. 

"Haih,tak faham soalan atau buat-buat tak faham?"Balas Arissa lalu menggulingkan bebola matanya sebagai tanda menyampah dengan reaksi jejaka itu.Tetapi jejaka itu hanya buat kerjanya saja iaitu bermain telefon tanpa mempedulikan persoalan daripada gadis itu. 

"Sudahlah,buang masa aku je cakap dengan manusia macam ni."balas Arissa lantas mengambil beg tangannya dan berura-ura untuk pergi.

"Fine,fine.I'll explain."Tidak sangka riaksi gadis itu seperti itu dan dia pun akhirnya mengalah saja. 

"Aku-"Baru saja Arissa ingin mendengar pengakuan daripada jejaka itu,deringan telefon milik jejaka itu berbunyi dan sekaligus memotong percakapan Aisar.

"Sorry,I have to go now.Later,I'll explain."Selepas tamat perbualan dengan si pemanggil,Aisar bergegas ke arah Arissa dan kembali semula ke keretanya lalu meninggalkan Arissa terpinga-pinga disitu.





















TBC

VOTE,COMMMENT,SHARE

Continue Reading

You'll Also Like

6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
1.7K 593 57
[ THE FLAWS OF LOVE PART II ] © lastsarang | December 2020, May 2021 ❝ He lost someone who didn't care about him, and she lost someone who could do a...
116K 2.7K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
11.9K 565 100
Ayat-ayat yang aku jumpa dekat telegram dan social media yang lain. Words that reach my soul. Include: -quote -poetry -pictures -gifs