Rewrite This Love

By _Aisywa

282 36 2

A ROMANCE STORY BY AISYWA Forever still for your love... Dua insan iaitu DIAN AMARA dan AIDAN HAZIF, seorang... More

Rewrite This Love
Prolog
Bab 1
Bab 2

Bab 3

19 3 0
By _Aisywa

AIDAN berlari keluar dari kafe tadi bersama sekuntum bunga tulip ungu dalam genggamannya. Bunga tulip itu milik perempuan yang dia perhatikan di kafe tadi. Matanya melingas ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat figura itu.

Kaki Aidan melangkah tanpa hala tuju. Sampai di tempat dia melihat perempuan yang sama sedang bersandar pada dinding bangunan yang kurang orang lalu-lalang di situ. Langkah Aidan mati. Matanya tidak lepas daripada merenung setiap pergerakan perempuan itu.

Apabila melihat perempuan itu sedang bergelut untuk berswafoto sendirian, Aidan mengoyak senyuman nipis. Comel! Perlahan-lahan dia mendekati perempuan tersebut bersama kuntuman bunga tulip.

Sementara itu, Dian merengus apabila setiap gambar yang diambil langsung tak menarik di matanya. Inilah kesusahan yang dia alami apabila bercuti sendirian. Sukar untuk mengambil gambar sendiri dan tiada teman untuk jadi jurugambar tak bertauliah untuk dirinya. Dian mengundur beberapa tapak ke belakang untuk mencari sudut yang sesuai berswafoto lalu entah bagaimana dia terlanggar seseorang dan telefonnya hampir terjatuh. Tubuhnya mula hilang keseimbangan.

Pantas satu tangan menangkap pinggang Dian dan memeluknya erat. Satu tangan lagi menyambut telefon milik Dian. Buat seketika Dian terkaku dengan posisinya bersama seorang lelaki asing. Dia tidak tahu siapa yang berada di belakangnya kini, yang pasti seorang lelaki.

Apabila Dian kembali ke realiti, Dian gelabah berdiri tegak lalu berpusing menghadap figura tersebut yang membantunya dari menghempap tanah tadi.

"Do you need help, my lady?"

Berkerut dahi Dian mendengar kata-kata lelaki asing itu. Apa maksud lelaki ini? Tolong apa? Dia belum sempat lagi nak ucap terima kasih. Eh la... mamat Perancis ni pelik-pelik. Eh, mamat Perancis ke? Macam lain aje rupa lelaki di hadapannya kini.

"Siapa 'my lady' kau? Eh, tak ingin aku!" gerutu Dian. Lantak la mamat Perancis ni faham bahasa ibundanya atau tak. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja panggil dia ni 'my lady'. Sejak bila dan ketikanya dia jadi perempuan kepunyaan lelaki Perancis ini?

Aidan mengoyak sengihan lebar.

"Err... thank you." Dian menunduk sedikit. Ikhlas. Ya, ikhlas kerana bantu dia dari jatuh dan sambut telefonnya. Kalau tak, bergegar bumi Paris ini.

"My pleasure," jawab Aidan.

Tiba-tiba Aidan menghulur sekuntum bunga tulip ungu milik Dian.

Dian berasa aneh. Berapa bunga dia kena dapat hari ini? Bunga tulip pula tu. Sama dengan budak lelaki bernama Thomas yang beri dia bunga hari ini. Hari ni memang hari sedunia bunga tulip ke apa?

Teragak-agak Dian mahu menerima huluran lelaki yang tidak dikenali ini.

"It's yours."

"Pardon?"

"This tulip belongs to you, my lady," ujar Aidan bersama senyuman yang bergayut di hujung bibirnya.

Apabila melihat Dian masih menayang muka pelik dengan dahi berlapis-lapis itu, Aidan menarik lengan Dian tanpa memikirkan apa-apa dan terus meletakkan bunga tulip ungu itu dalam genggaman Dian.

"Bunga awak. Awak tertinggal kat kafe tadi, my lady."

Ternganga luas mulut Dian. Bukan kerana lelaki asing itu menarik tangannya. Bukan kerana bunga tulip miliknya itu tertinggal di kafe juga. Tapi... kerana lelaki itu cakap bahasa Melayu! Bahasa ibundanya sendiri. Kejap... maksudnya lelaki itu faham la kan apa yang dia cakap tadi?

Oh... My... God!

Aidan pula menahan tawanya dari meletus.

"Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk baru tahu." Tipikal ayat orang Melayu. Asyik lalat saja, tak boleh ke cakap rama-rama ke? Emas ke? Tak pun, makanan... kenyang perut dan senang hati. Eh?

Dian mengetap bibirnya kuat. Dia cuba mengawal riak wajah. Mukanya mula terasa membahang kerana malu. Tak senonoh betul la mulut tu ternganga seluas alam depan lelaki. Buruk betul perangai kau, Dian!

"Hmm... terima kasih fasal tadi." Ekoran mata Dian terarah pada telefon miliknya yang masih berada dalam pegangan lelaki di hadapannya itu.

Aidan sedar akan hal itu dari ekoran mata Dian lalu terus mengundur beberapa langkah. Dia mengerutkan wajahnya.

"Eh, bagi balik telefon saya! Awak nak mencuri ke apa?" Bengang pula dia apabila lelaki itu menjauhkan diri daripada dia.

"Senyum," ujar Aidan. Telefon milik Dian sudah terhala ke arah Dian.

Dian menjeling tajam. Jadah apa nak senyum?

Klik!

"Cakap... saya cantik!" kata Aidan lagi.

"Bagi la balik telefon saya!" Dian mula mencekak pinggang sambil memandang tajam ke arah Aidan.

Klik!

Aidan tersengih sambil melihat beberapa keping gambar Dian yang diambil tadi. Aduhai, kandid pun lawa! Tak nampak macam orang Melayu langsung. Sesaat... telefon itu hilang daripada genggaman Aidan. Baru saja dia mahu mengangkat kepala, tiba-tiba...

Pak!

Pakk!

Beg tangan Dian sudah hinggap pada bahu Aidan. Pantas dan kuat! Aidan mengaduh kesakitan sambil menggosok bahunya. Terkejut dia apabila dipukul secara mengejut. Eh, beg minah ni diperbuat daripada besi ke apa? Keras gila!

"Siapa awak nak pegang telefon saya? Ha? Suruh saya senyum la itu la. Dasar lelaki tak guna. Gatal!" Kening Dian mula bercantum. Wajahnya kelihatan tegang semacam. Tak gemar apabila barang privasi miliknya disentuh oleh orang lain. Bukan sekadar orang lain, malah... orang asing!

Jelingan tajam dihadiahkan khas buat Aidan. Dengan helaan nafas kasar, Dian membuka langkah lalu meninggalkan lelaki itu terkebil-kebil. Geram. Buat pertama kali dia jumpa manusia spesies tak ada adab ketika bercuti.

***

PUAS dia pusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Namun, dia masih tak boleh tidur. Kenapa pula malam ni dia tak boleh lelapkan mata langsung? Dian duduk dari perbaringan  kemudian dia berdiri sebelum berjalan ke arah meja. Botol air mineral dicapai.

Punggung dilabuhkan ke atas kerusi yang terletak bersebelahan dengan tingkap. Lama Dian merenung ke luar jendela. Suasana malam di bumi Paris sangat cantik dengan angin yang sejuk. Dia tak berhenti mengagumi ciptaan Tuhan. Dari tempat penginapannya ini, dia boleh lihat dengan jelas Eiffel Tower.

Dian mempunyai rancangan untuk ke Eiffel Tower apabila siang menjelma tapi sudah lewat malam dia masih belum tidur. Lagu instrumental dipasang untuk menaikkan suasana malam ini dengan tenang.

Sambil mendengar lagu, dia membelek galeri telefonnya. Gambar yang dia ambil siang tadi hanya sedikit. Kebanyakan gambar dalam telefon itu semua hanya pemandangan dan bangunan di Paris. Muka dia? Sukar benar untuk dia berswafoto dan dia juga agak segan untuk minta orang asing bantu.

Kemudian, jarinya berhenti daripada membelek apabila tiba pada satu gambar. Lidahnya kelu.

Gambar dia.

Bukan ke pada ketika itu dia sedang memarahi lelaki asing yang dia terjumpa petang tadi?

Ada dua keping gambarnya secara kandid dan ia sangat cantik! Walaupun mukanya tiada secalit senyuman namun gambar itu kelihatan cantik dari segi sudut dan pencahayaan. Tiba-tiba rasa bersalah mula berselirat. Bukan main dia marah dan menuduh lelaki itu gatal. Tapi, dia memang tak suka apabila ada yang menyentuh barangnya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Malah lelaki itu pun langsung tak cakap nak tolong ke apa. Betul tak?

Dian cuba menghilangkan rasa bersalah itu dari dalam dirinya. Kemudian, dia memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram. Kerana tidak pasti mahu letak kapsyen apa, maka dia hanya sekadar letak emoji.

Andai suatu hari nanti jika masih diberi peluang untuk bertemu dengan lelaki itu semula, dia mahu berterima kasih dan memohon maaf atas kekasarannya. Tapi, bumi Paris ini agak luas. Agak mustahil untuk dia berjumpa dengan lelaki itu sekali lagi.

***

TANGAN ralit mengeringkan rambut sambil berdiri di hadapan cermin. Deringan telefon yang berbunyi sejak tadi dipandang sepi. Kemudian, Aidan menyapu sedikit toner pada wajahnya dan pakai krim pelembap.

Tiba-tiba dia mendengus kuat sebelum berpaling ke arah katil. Tidak betah bunyi telefonnya yang langsung tak berhenti sejak tadi terus tangannya laju mencapai telefon di atas katil. Panggilan daripada siapa lagi kalau bukan Emelia? Dasar perempuan gila. Ni sudah masuk lapan puluh dua kali panggilan dibuat.

Aidan menjawab panggilan tersebut.

"Finally! You jawab juga call ni. Aidan, tolong jangan letak telefon lagi. Bagi I cakap dengan you..."

Aidan diam membisu dengan mulutnya dikunci rapat. Dia memasang pembesar suara lalu meletakkan telefonnya di atas meja. Manakala, dia pula elok duduk sambil menghadap suasana malam kota Paris.

"I rindu suara you. I sangat rindukan you, Aidan. You tak rindukan I ke?" Suara manja Emelia mula bergema.

"Aidan..." Sengaja Emelia menyeru nama bekas kekasihnya dengan meleret. Hati Aidan benar-benar tertutup ke? Benci sangat ke pada dia?

Rengusan kasar dilepaskan. Aidan meraup rambutnya ke belakang.

"Kau tak tahu malu ke? Dah puas tidur dengan lelaki lain, lepas tu kau nak cakap kau rindu aku pula? Kau tak ada harga diri? Eh, masa kau sibuk layan Lee tu... ada kau fikir perasaan aku? Ada kau fikir yang kau rindukan aku? Ada ke?!" tempik Aidan. Dadanya mula berombak kasar.

Emelia terdiam apabila Aidan mula bersuara.

Tak lama kemudian, suara Emelia kembali berbunyi.

"Tapi... I masih sayangkan you. You percaya ke I dengan Lee buat bukan-bukan belakang you? Kitaorang cuma kawan aje, Aidan. Not more than that." Hujung ayat Emelia sengaja buat suara sedihnya. Memohon simpati daripada Aidan.

Aidan tertawa sinis apabila mendengarkan kata-kata Emelia. Fikir dia ni bodoh sangat ke? Dia mula berdiri.

"Hoi, perempuan! Kau fikir aku ni buta dan bodoh ke apa? Terang lagi bersuluh kau tidur dengan Lee dalam kondo yang aku bagi kau duduk. Kau memang perempuan tak sedar diri, kan? Kau nak tahu tak? Aku menyesal kutip kau dulu. Kalau aku tahu perangai kau macam bapak setan ni, tak ingin la aku nak kutip kau!"

"Aidan!" teriak Emelia.

"Apa? Kau nak sentap? Aku tak pernah tau nak berkasar dengan perempuan, dan kau orang pertama yang layak kena maki dengan aku. Sekarang ni, kau jangan ganggu aku dan keluarga aku lagi. Kalau tak... aku sendiri akan hancurkan karier kau. Kau jangan lupa, aku yang tolong kau selama ni. Dengan satu panggilan aje, lenyap nama kau dari dunia ni." Nafas Aidan turun naik dengan kelajuan tinggi menunjukkan dia benar-benar marah ketika ini.

Karier Emelia seperti yang dikatakan oleh Aidan adalah dalam bidang permodelan. Emelia seorang model yang agak terkenal. Dengan bantuan Aidan yang menaikkan namanya dalam industri permodelan.

Sepi di antara mereka berdua. Emelia teresak-esak di hujung talian. Manakala, Aidan sedang menenangkan diri dari dikuasai amarah yang menggunung.

"You bagi I peluang kedua. I... I takkan ulangi kesilapan ni. I janji, Aidan. I..."

Satu senyuman sinis menghiasi bibir Aidan.

"Sure... in hell!"

Serentak dengan itu, Aidan memutuskan talian mereka. Selepas itu dia menyekat nombor Emelia dalam telefon. Biar perempuan gila tu meroyan tak dapat hubunginya lagi selepas ini. Cukuplah setakat ini.

Aidan terduduk di atas kerusi semula. Dia menghela nafas panjang.

Ting tong!

Ting tong!

Berlapis-lapis dahi Aidan apabila loceng biliknya ditekan berkali-kali. Siapa pula singgah biliknya pada tengah malam buta macam ni? Nak kata perkhidmatan, tak ada pula dia pesan apa-apa. Lagipun dah lewat sangat ni, mustahil la.

Ting tong!

Dum!

Kali ini pintunya pula diketuk dengan sedikit kuat. Hah, sudah! Ini bukan manusia kalau macam ni. Baru nak redakan amarahnya, dia kena hadap situasi sekarang ni pula. Aidan menggapai payung dan dibawa bersama mendekati pintu. Mulutnya sudah terkumat-kamit membaca doa. Ini adalah kali pertama dia berhadapan dengan hantu Perancis. Harap hantu tu faham doa dia la.

Tombol pintu dipulas hingga habis. Kemudian, ditarik langsung dibuka sedikit.

Kreeekkkk

"Arrghhhh! Allahuakbar! Nyah kau setan dari sini!" Dengan degupan jantung yang laju bagai baru lari dari jumpa hantu, Aidan menjerit kuat sebaik pintu dibuka. Satu figura perempuan membelakangi tubuhnya dengan rambut mengurai panjang hingga ke paras pinggang.

Aidan pejam matanya erat. Dia sudah jatuh terduduk dengan payung yang dibawa bersamanya tadi.

"Helo?" sapa satu suara.

"Siapa setan?" sambung suara itu lagi.

Aidan mengangkat kepalanya perlahan. Setan pun tak mengaku setan ke? Aidan melihat figura itu semula.

"Awak?!" Terjerit Dian apabila jelas melihat wajah lelaki yang sama dia jumpa petang tadi.

Aidan pula menggelabah lalu berdiri berhadapan dengan Dian. Sedaya upaya dia mengawal dirinya dan berdeham seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Dia berharap Dian lupa babak di mana dia menjerit ketakutan tadi. Ia sangat memalukan. Haih, jatuh saham!

"Hai, my lady." Aidan sengih.

"Awak buat apa kat sini?" tanya Dian. Pelik apabila bertemu lelaki itu di sini. Macam mana lelaki itu boleh berada di sini? Terjongket sebelah kening Dian.

Aidan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Soalan Dian, dia pun tak pasti mahu jawab macam mana.

"Err... ini bilik saya? Kenapa?"

"No. How?"

"How? What? Saya tak faham. Awak pula, apa awak buat kat sini? Awak ikut saya ke?" Kali ini giliran Aidan pula menyoal. Pelik bin hairan, bagaimana perempuan ini boleh terpacak berdiri di hadapan biliknya pada tengah malam buta sekarang ini.

Dian menayang muka geli-geleman.

"Eww, please la! Tak kuasa saya nak ikut awak sampai ke sini. Untuk apa? Saya ni duduk kat bilik sebelah ni." Perasan betul mamat celup ni!

Aidan mengerling ke arah pintu bilik sebelah. Dian menginap di bilik bersebelahannya ke? Kenapa dia tak perasan sebelum ini?

"Then, apa awak buat kat sini? Depan bilik saya... atau awak ni..." Aidan koyak sengih, mahu mengusik Dian.

Pap!

Sepantas kilat tangan Dian menampar bahu Aidan agak kuat. Aidan terus mengusap bahunya tempat yang ditampar tadi. Ni dah kali kedua bahunya dipukul oleh Dian. Perit gila. Kalau petang tadi beg, sekarang ni tangan. Betul ke ni tangan? Bukan besi?

Dian mencekak pinggang.

"Awak jangan nak fikir bukan-bukan eh. Saya datang sini sebab nak suruh penghuni bilik ini iaitu awak senyap sikit. Kalau awak nak 'karok' ke menjerit terpekik-pekik sampai nak terkeluar anak tekak tu, saya tak hairan dan langsung tak peduli! Tapi, boleh tak hormat keamanan dan keselesaan orang lain? Tutup tingkap tu. Suara buruk gagak awak tu bingit gila sampai ke bilik saya boleh dengar tau. Nak bergusti ke apa, tutup la tingkap tu dulu!" bebel Dian berjela. Rambut yang terjuntai ditiup ke atas. Marah sangat ni.

Aidan menelan liurnya yang terasa kesat. Garang juga si Dian ni. Petang tadi apabila tengok rasa macam bidadari aje sebab lemah lembut. Muka pun boleh buat orang tertarik untuk terus menilik. Tapi, sekarang ni depan mata dia dan macam Kak Long kawasan. Garang betul!

"Err... saya lupa nak tutup tingkap. Sorry." Salah Aidan juga kerana tak tutup tingkap biliknya tadi. Kemudian, dia tak mampu kawal emosinya dan memarahi Emelia sampai tak ingat dunia.

Dian merengus lalu menjeling tajam.

"Okey la saya nak masuk bilik dulu. Ingat, nak jerit terlolong-lolong tu, fikir orang lain juga." Dian sudah memusingkan tubuhnya membelakangi Aidan. Baru beberapa langkah, kakinya berhenti menapak.

Dian kembali berdiri menghadap Aidan yang masih setia di muka pintu sambil memerhati ke arahnya. "Awak."

Mata Aidan terkebil-kebil apabila diseru. "Ya?"

"Apa nama awak?" soal Dian.

Aidan menyengih hingga kelihatan barisan giginya.

"Kenapa? Awak nak mengorat saya ke?" Entah mengapa, dia suka usik Dian walhal mereka tidak kenal satu sama lain.

"Jangan nak perasan boleh tak? Lagi satu, jangan nak buat iklan Colgate awak tu kat sini." Geram Dian dibuatnya, sikit-sikit nak sengih. Model ubat gigi ke gigi palsu?

Tawa kecil terletus dari mulut Aidan. Bergegar sedikit tubuhnya kerana ketawa.

"Cepatlah," desak Dian. Dia malas mahu berlama-lamaan di koridor ini.

"Aidan."

Dian menggumam sambil angguk kepala perlahan.

"Terima kasih sebab ambil gambar saya siang tadi, Aidan." Dian mengucap sebaris ayat itu lalu beri senyuman nipis untuk dua saat. Ikhlas dari hati. Tanpa berlengah lagi, dia berpusing semula untuk kembali ke biliknya.

Sengihan Aidan semakin melebar sehingga menampakkan lekuk di hujung bibir. Dari singa jadian terus bertukar menjadi seekor kucing. Meow.

"Sama-sama," balas Aidan.

Dian dapat dengar balasan daripada Aidan. Namun, dia terus masuk ke dalam biliknya tanpa menoleh lagi. Kantuk mula menguasai dirinya. Dia mahu berehat dan tidur.

Manakala, Aidan yang berada di dalam bilik masih tidak lekang dengan senyuman. Telatah Dian sedikit sebanyak mencuit hatinya tanpa dia sedari. Tapi, dia tak sempat untuk bertanya nama perempuan itu. Ah, hari esok masih ada. Bila-bila masa saja dia boleh ketuk pintu bilik jiran sebelah.





To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

931K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
117K 2.6K 36
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
89.7K 4.6K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
565K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...