Lovedestroyer.co

By fartiraz

14.9K 745 116

2021 "I'm stronger than all of you." [Lovedestroyer.co, syarikat yang menyediakan khidmat memusnahkan hubunga... More

Lovedestroyer.co
agents informantion
Watak dan Perwatakkan
PROLOG
2: LD Members
3: Roomate and Drama
4: Fakhrul's Rival
5: New Friend, Mybe?
6: Zech's Cat on The ResQ
7: The Dramatic Club

1: Kelab Pencinta Bunga Raya

112 13 1
By fartiraz


Hampir 30 minit aku berpusing-pusing. Kalau nama aku Syamel, mesti dah sesuai digunakan perbahasa 'kau ni kenapa Syamel, terpusing-pusing' nasib nama aku Fahra. Aku mula mahu berputus asa. Rasanya tak ada lah teruk sangat kalau aku ponteng perjumpaan kelab buat kali pertama. Nanti perjumpaan seterusnya, aku katalah aku sesat tak tahu jalan.

Also, kenapa kelab yang aku dapat ni pelik betul? Seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa kelab Pencinta Bunga Raya ni. Dahlah bunganya betul-betul spesifik. Kalau kelab Pencinta Bunga je aku bolehlah terima. Nampaknya aku kena cari juga kelab tu supaya aku boleh tarik diri dan cari kelab yang lagi menarik. Nama kelab pun boring, sama boring macam nama kelab catur.

Aku sambung pusing satu blok bahagian kelab dan persatuan ini. Aku sure, tak ada pintu yang bertulis kelab bunga raya sebab ini kali kelima aku pusing bangunan ni. Jadi aku ambil keputusan untuk keluar dari bangunan kelab dan persatuan ikut bahagian belakang bangunan. Mana tahu dekat situ terletaknya kelab pelik tu. Mana tahu belakang ni ada taman bunga raya dan ditakdirkan kelab tu tak ada bilik sendiri?

Aku ambil pilihan untuk tidak bertanya, ketepikan peribahasa malu bertanya sesat jalan tu. Aku tak kesah! Aku tak nak orang tahu aku ahli kelab yang namanya kelakar tu dan aku tak nak minta tolong dua orang monyet tu bantuan. Diorang akan layan aku macam bayi kalau aku cuba untuk mintak diorang tolong aku hari pertama ni.

"Adoi!" Aku hampir jatuh ciun tanah pada hari pertama persekolahan. Semua punca beg aku tersangkut pada papan kenyataan lusuh yang diperbuat daripada batang penyapu dan kertas A4 berwarna putih. Aku sandang beg guna dua tali, risau karang tersadung mana-mana sign board lagi.

Perkataan yang tertulis di kertas A4 itu menarik perhatian aku. Aku ambil masa beberapa saat untuk baca tulisan hodoh yang ditulis guna pen marker berwarna hitam tersebut,

↑↑
Kelab Pencinta Bunga Raya

Kepala mengikut arah anak panah tersebut. Terus ke depan, aku mula mengorak langkah bersama soalan kenapa sign board kelab ni hodoh nak mati. Apa kelab yang aku dapat ni kelab low budget? Menyedihkan betullah kalau macam ni. Beberapa meter di hadapan, ada lagi satu sign board yang sama. Kali ini kertas A4 itu melekat pada pokok bunga hiasan sahaja.

←←
Kelab Pencinta Bunga Raya

Aku sampai di sign board tersebut, sekali lagi kepala mengikut arah anak panah itu. Mata aku terbuntang bila nampak satu bangunan yang agak hodoh atau boleh aku kelaskan sebagai stor terbiar. Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah stor tersebut, mahu mencari sign board yang lain.

Tiba di pintu stor, aku hampa. Dekat pintu tersebut ada bertulis 'Kelab Pencinta Bunga Raya' bersama lukisan bunga raya setaraf kanak-kanak tadika melukis dengan kertas A4 juga. Jadi, stor hodoh ni tempat perjumpaannya? Nampak macam nak roboh aje gayanya?

"Ahli Kelab Pencinta Bunga Raya ke?" Pantas aku pusingkan kepala. Jantung aku seperti mahu terkeluar bila ada orang tegur aku dekat tempat tersembunyi macam ni. Mata aku disapa dengan kelibat budak sangkar kucing tadi. Keluhan lega dilepaskan sambil aku mengusap dada beberapa kali. Fuh, nyaris aje aku nak bagi penampar dekat muka dia ni.

"Haah...ini tempatnya?" Kening aku terjungkit spontan. Betul tak betul aje kelabnya begini?

"Oh, ni lah bilik perjumpaan dia. Jom masuk." Aku melangkah ke tepi, beri laluan untuk dia masuk terlebih dahulu,

"Kenapa tersorok bilik perjumpaan ni?" Aku perhatikan pintu yang nampak seperti stor ini lama. Dah lah bilik ni hujung dunia, bila sampai je nampak macam ni? Betul-betul belakang sekolah pulak tu.

Budak lelaki itu tidak membalas kedua-dua soalan aku, dia cuma mengetuk pintu 'bilik perjumpaan' tiga kali. Aku masih tak faham, sekolah orang kaya. Sekolah elite nombor satu Malaysia, tapi bilik perjumpaan macam ni? Betullah orang kata, indah khabar dari rupa.

"Password." Ada satu suara disebalik pintu tersebut, aku cuma diam sahaja. Ada password? Penuh rahsia sangat ke kelab ni sampaikan ada password untuk masuk?

"Rukun negara ada lima perkara, percaya kepada tuhan. Kesetiaan kepada raja dan negara. Keluhuran—" dia angkat tangan dan mula baca ikrar rukun negara. Aku punya terkejut bukan main lagi. Budak lelaki itu memandang aku sekilas, beri isyarat untuk aku turut serta angkat tangan macam dia. Dengan janggal sekali, aku angkat tangan juga. Betul-betul semangat cinta akan negara lah kelab ni?

"...Kesopanan dan kesusilaan."

"Correct." Pintu dibuka dari dalam, budak lelaki itu berjalan masuk dahulu dan aku masih berdiri di depan pintu. Rasa macam ada malapetaka yang akan datang sekejap lagi. Atau ia cumalah perasaan sahaja?

"Masuklah, ramai lagi dekat dalam." Aku melangkah masuk juga, budak lelaki tersebut arahkan aku untuk membuka kasut dan susun di rak yang tersedia dekat sebelah dalam bilik perjumpaan ini. Aku terkaku sebentar selepas melihat kasut yang ada di rak ini. Sepasang Dr. Marteen dan sepasang Converse. Badan aku keras, aku rasa macam...aku dah termasuk dalam perangkap monyet. Perlahan-lahan, aku pusingkan kepala...

"Adikku sayanggggggg!" Aku terdiam. Suara annoying ni. Aku rasa aku patut agak permainan setan macam ni dari awal lagi. Laju aku angkat kepala memandang punca suara, nampak Fakhrul tersenyum lebar sambil melambai-lambai aku yang masih berada di hadapan pintu.

"No, I can't do this." Kasut Nike Air Force yang aku letakkan atas rak kasut tadi, aku ambil kembali. Aku kena lari! Ni neraka ciptaan dunia! Aku kena lari! Bilik mula menjadi huru-hara. Cilaker betul, patutnya aku perasan semua ni.

"Zaif! Tutup pintu! Jangan bagi dia lari!"

"Dah kunci dah." Dia bersuara tenang. Aku tolak badan dia ke tepi untuk melihat pintu. Pintu telah dikunci sekali dengan manga. Satu keluhan berat aku lepaskan, kurang asam. Budak lelaki sangkar kucing tersengih, segugus kunci dia tayangkan kepada aku. Gila. Budak ni pantas betul buat kerja?

"Dah, adikku sayang. Mari sini duduk sini meh." Fakhrul menepuk-nepuk sofa yang dia sedang duduk, aku lepaskan keluhan berat. Ini malapetaka yang aku rasakan masa dekat luar stor tadi. Betullah, kata hati tak pernah salah.

"Woho, inilah adik kau? Dia tak sama betul macam korang berdua." Budak sangkar kucing letakkan sangkar tersebut di tepi pintu, dia kemudiannya melangkah ke arah swing chair yang ada di dalam bilik ini. Nampak selesa betul swing chair dia, penuh dengan bantal yang kelihatan gebu. Dia berhenti memanjat swing chair dan toleh ke arah aku kembali,

"Kau nak duduk dekat swing chair ni ke?" Dia menyoal, aku kerutkan kening sebab masih tak faham dengan dia ni. Dari tadi, aku rasa macam dia...boleh tangkap apa yang aku fikir? "Duduklah. Aku boleh duduk dekat sofa sana."

Aku cuma akur dengan arahan lelaki tersebut, lagi satu sebab aku nak duduk jauh daripada Fakhrul. Sebelah Fakhrul je tempat duduk yang kosong, tak koser aku. Boleh bercakaran nanti kalau aku duduk dekat dengan dia.

"Jadi, apa agenda kau sebenarnya Fakyu?" Aku duduk di atas swing chair sambil bersila, tangan disilangkan ke dada. Mata pula, memerhati segenap bilik ini. Ada tujuh orang termasuk aku, semuanya lelaki. Dua daripada mereka abang aku. Luthfi dan Fakhrul, diorang dua kembar. Umur 17 tahun.

"Eh, apa cakap macam tu? Mana ada agenda. Aku saja je nak sambut adik aku jadi student Archiver pertama kali." Fakhrul membalas tanpa rasa berdosa,

"Kau lupa yang kau sorokkan kunci kereta aku sampai aku datang lambat?" Dia menutup telinganya. Tidak mahu mendengar kebenaran yang aku katakan,

"Aku nak kau join agency aku." Aku menggaru pipi yang tidak gatal. Tak faham dengan apa yang Fakhrul katakan. Terus melompat kepada predikat. Mana subjeknya pergi? Dia cuba guna hukum D-M? Diterangkan, menerangkan? Hukum tu tak valid untuk perbualan sekarang. Atau dia nak guna ayat songsang? Masih tak valid. Aku tak faham apa yang dia nakkan. Sebagai konklusi, Fakhrul tidak menyatakan ayat kerana ayat itu tiada penerangan dan tidak berdiri sendiri.

"Arghh! Education!" Budak lelaki rambut coklat itu jerit kecil dan tutup telinganya. Dia...baca fikiran aku lagi?

"Kelab Pencinta Bunga Raya ni? Tolonglah abang, aku tak koser dah nak layan perangai kau dengan Ufi lagi. Cukuplah masa sekolah rendah je." Laju Lutfi yang leka menonton Barbie di iPad miliknya menayangkan jari tengah, aku menggulingkan anak mata.

"Bukan kelab ni. Eish, kau ni bodoh eh? Malu aku sebagai abang kau. Kelab Pencinta Bunga Raya ni tak wujudpun." Aku termenung sebentar, merenungkan kebodohan diri sendiri. Aku tak bodoh, abang aku yang bodoh. Dia yang perangkap aku. Lagipun, aku budak baru! Mana lah aku tahu!

"Agency apa? Kau nak belikan aku Kinder Joy pun berkira. Tiba-tiba ada agency." Aku masih berkeras kepala, segala dendam lama aku ungkit balik.

"Kalau kau masuk, aku belikan kau Kinder Joy satu kotak besar. Nak tak?" Budak lelaki yang berada di sebelah Fakhrul menambah, entah apa nama dia. Dari tadi aku 'budak lelaki'kan dia ni.

"Aku Zaifar. Kau boleh panggil aku Zaif." Aku mengerutkan dahi, harini aje dah berkali-kali dahi aku berkerut. Mamat ni melebih. Berapa banyak kali dia jawab soalan yang dekat otak aku dah?

"Kau bijak ke kau memang boleh baca fikiran aku?" Aku melontarkan soalan yang sedari tadi bermain di minda, Zaif tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi,

"Baca fikiran." Aku bulatkan mulut gaya 'o'. Tak terkejut mana sebab aku dah dapat teka benda tu sejak awal lagi,

"So stop baca fikiran aku!"

"I hope I can." Balasnya lembut dengan muka serba salah,

"Back to the topic, agency apa ni?" Aku alihkan tumpuan kepada Fakhrul kembali. Cuba untuk ubah topik lepas nampak Zaifar macam sedih. Fakhrul pula seperti baru sedar dari mimpi. Leka mendengar perbualan aku dan Zaif.

"Lovedestroyer." Aku tersentak, terus menegak badan aku yang terlentok di buaian tadi.

"Pardon?" Kening aku melantun bila dengar nama syarikat tersebut. Siapa tak tahu? Syarikat ni baru naik beberapa minggu ni. Tiba-tiba abang ajak aku masuk syarikat tu?

"You heard it clearly Manis." Luthfi membalas sambil matanya ditumpukan pada screen iPad.























--
22 Mar 2023

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
59.9K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...