Aku hanya seorang wanita pend...

By sofiafiya4

26.1K 1.3K 47

Aku seorang pendosa yang engkau cintai More

Aku hanya seorang wanita pendosa
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45

Bab 36

352 31 0
By sofiafiya4

"Cinta!"Panggil Aydan yang berada di dapur tadinya dia ingin makan bersama isterinya namun kelibat isterinya tidak ada dari tadi.

"Aydan cari Ayra ke?"Soal Dayana yang berada di meja makan bersama Mikha sambil menyuap Mikha makan.

"Haah, kak Yana ada nampak dia tak Aydan ingat nak ajak dia makan"

"Dia ada dekat luar, akak minta dia tolong jagakan Dayyan dekat luar si Mikha ni lapar pula"Ucap Dayana.

"Oh tak apa kak, Aydan pergi luar dulu"Aydan terus berlalu pergi meninggalkan dapur lalu dia mendekati isterinya yang sedang main dengan Dayyan di atas pondok kecil.

"Dekat sini rupanya isteri abang ni"Tegur Aydan dari berlakang.

"Eh abang dah bangun, abang nak makan tak tadi cinta nak ajak abang makan tapi abang tengah tidur cinta lapar sangat jadi cinta makan dulu sorry abang"Ayra tersenyum kecil Dayyan yang berada dalam dukungan Ayra itu juga turut tersenyum.

"Tak apa, tapi cinta kena teman abang makan"

"Okay, jom masuk dalam"Ucap Ayra lalu ingin berlalu pergi dari pondok tersebut.

"Eh, abang nak makan dekat sini meh sini Dayyan tu abang jaga cinta pergi ambil makanan dekat dalam lepastu bawa datang sini tau"Aydan terus mengambil Dayyan yang berada dalam dukungan Ayra itu dibawa kembali ke pondok.

"Taknak makan dekat dalam? tak panas ke?"Ayra mengkerutkan dahinya.

"Tak apa ni ada kipas, pergi ambil cepat yang berdiri tengah panas tu dah kenapa memang la panas"Aydan menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat comel isterinya yang berdiri ditengah panas.

Setelah Ayra ditegur oleh suaminya kerana berdiri ditengah panas dia terus berlari masuk kedalam rumah lalu berjalan ke arah dapur untuk mengambil makanan Aydan.

"Ayra mana Dayyan?"Dayana yang melihat Ayra masuk kedalam rumah tanpa membawa anaknya itu terus bertanya dimana Dayyan.

"Ada dekat Aydan kak dia nak main dengan Dayyan"Balas Ayra.

"Ni nak kemana pula?"Soal Dayana apabila melihat Ayra membawa satu pinggan ingin ke pintu rumah.

"Nak ke luar Aydan nak makan dekat pondok tu ha tak tahu la kenapa dia nak makan dekat situ elok dah ada rumah nak makan dekat luar juga haih"Bebel Ayra.

"Wow macam best je mommy Na makan dekat luar Mikha pun nak makan dekat luar la"Mikha terus mengambil pinggannya lalu dibawa ke arah luar rumah.

"Eh!"

"Tak apa la kak biar je dia Ayra pergi dulu"Ayra juga turut mengikut langkah Mikha.

"Tadi masuk sorang keluar dah jadi dua orang"Ucap Aydan.

"hehe"Mikha tersenyum kecil.

"Nah abang makan la meh sini Dayyan tu"Ayra membuka tangannya untuk mengambil Dayyan dari pelukkan Aydan.

"Cinta suap la abang, Dayyan ni tak apa abang boleh pengang"Aydan membuka mulutnya untuk disuap Dayyan juga meniru gaya Aydan membuka mulut.

"Mana satu eh cinta nak suap Dayyan ke Aydan hm"Ayra menunjukkan gaya sedang memikir manakala Dayyan pula air liur sudah meleleh ke atas bajunya.

"Haha ni dah sampai meleleh air liur cinta suap yang ni dulu lah"Ayra ingin menyuap Dayyan namun Aydan pula yang makan terus merengek budak kecil itu.

"Ayok! abang buat Dayyan nangis"

"Mana ada! lagipun dia memang tak boleh makan nasi ni lagi Emph!"Aydan membuat gaya merajuk dengan isterinya.

"Haha okay okay jangan merajuk, cinta rasa Dayyan lapar meh sini cinta nak bagi susu abang makan sendiri ya"Ayra terus mengambil botol susu lalu menyuap kedalam mulut Dayyan diam terus budak kecil itu.

"Haih lepas Mikha Dayyan pula jadi penyondol lepas ni siapa lagi hm?"Aydan membuat muka sedih.

"Tu soalan ke cemburu?"

"Ish! cinta ni main-main la dah la malas cakap dengan cinta"Aydan menjeling ke arah Ayra.

"Okay! kalau abang tak nak cakap dengan cinta tak apa cinta boleh cakap dengan Mikha or Dayyan kan Dayyan kan"Ayra mencuit perut Dayyan perlahan membuat kan Dayyan tertawa kerana geli.

"Ee comelnya dia!"Ayra melepaskan geramnya terhadap Dayyan.

"Mommy you look like fat"Ucap Mikha membuatkan Aydan tergelak kuat Ayra terus memandang tajam ke arah Aydan.

"Apa fat fat! mana ada mommy fat dah la tak nak kawan Mikha dengan daddy huh!"Ayra ingin berlalu pergi namun lengannya ditarik oleh Aydan.

"Ish tak payah la tarik tarik! kalau jatuh macam mana tak nampak ke orang tengah bawa Dayyan ni!"Marah Ayra.

"Okay okay sorry cinta, cinta tak fat la cinta kurus je mata Mikha kut salah"Aydan ingin memujuk isterinya.

"Abang pun salah! abang gelak tadi maknanya betul la Ayra ni gemuk!"

"Mikha! minta maaf balik tengok mommy tak marah awak kata dia fat"Ucap Aydan.

"Betul la Mikha cakap mommy look like fat at here"Mikha menunjuk ke arah perut Ayra terus Ayra memandang ke arah perutnya sendiri.

"Ala sikit je tak nampak sangat pun cinta, tapi nampak sikit hehe"Aydan tersenyum kecil.

"Ish!"Ayra memukul bahu Aydan dengan kuat.

"Aduh!"

"Padan muka! dah la cinta nak masuk dalam malas layan dua ekor beruk ni"Ayra terus berlalu pergi dari situ.

"Beruk dia panggil kita Mikha, ni semua salah Mikha kenapa la Mikha cakap mommy fat aduh"Aydan menepuk dahinya.

"Betul la Mikha cakap, dulu Mikha tengok mommy Na pun fat dekat perut lepastu mommy Na cakap ada baby dalam perut mommy Na baby tu baby Dayyan la"Ucap Mikha.

"Tu bukan fat la Mikha tu pregnant sayang oi"Aydan menggelengkan kepalanya.

"Mommy pregnant la kan daddy?"Soal Mikha.

"Daddy tak tahu, dah bye daddy masuk dulu"Aydan berlalu pergi meninggalkan Mikha.

"Cinta, cinta dekat mana tu"Panggil Aydan apabila dia masuk kedalam bilik mereka berdua tetapi tidak nampak kelibat Ayra.

"Kenapa cinta tak duduk dekat dalam hm? tak sejuk ke dekat luar ni?"Soal Aydan sambil mendekati isterinya yang berada di balkoni bilik mereka.

"Saja"

"Cinta merajuk lagi ke?"

"Tak"

"Jangan la merajuk, cinta jangan dengar la apa yang budak tu cakap budak tu cakap bukan betul pun cinta kalau gemuk ke kurus ke cinta tetap sempurna dekat mata abang dah jangan merajuk dah jom kita masuk ya tak elok duduk dekat luar malam-malam ni tak takut ada poco..."Belum sempat Aydan menghabiskan ayatnya tanganya sudah ditarik oleh Ayra dibawa masuk kedalam bilik.

"Abang ni takutkan orang je tak payah la sebut kuat-kuat nanti dia datang betul-betul nanti"Marah Ayra.

"Tahu pun yang cinta duduk dekat luar tu dari tadi tak takut pula"Aydan berlalu pergi ke arah katil lalu berbaring di atas katil sambil memejamkan matanya.

"Abang penat ke? nak cinta urut?"Soal Ayra apabila melihat suaminya macam keletihan.

"Tak apa la cinta pun nampak macam penat jom la kita tidur"Aydan menarik lembut lengan Ayra untuk baring diatas katil.

"Cinta ngantuk tapi..."

"Tapi apa sayang?"Soal Aydan.

"Cinta lapar"Ayra mencebikkan bibirnya lalu menggosok perlahan perutnya menunjukkan dia sedang lapar.

"Lapar? tadi bukan dah makan ke?"Aydan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah tapi lapar lagi tapi tak apa la kita tidur nanti lapar tu hilang la kan jom tidur!"Ayra tersenyum kecil lalu terus dia mengambil selimut menutup separuh tubuhnya.

"Jom la makan, abang pun lapar ni"Ucap Aydan sebenarnya dia tidak lapar tetapi kesian pula isterinya tidur dalam kelaparan.

"Betul ke abang pun lapar?"Soal Ayra.

"Ya jom la makan"Ucap Aydan.

"Okay!"


*Maaf kalau ada kekurangan*

~Happy Reading~

Continue Reading

You'll Also Like

178K 3.2K 10
[MALAY FICTION] 9th Wattpad Story by _ljskwb. Kesinambungan kisah Alif dan Ara selepas 'Some'. Alif Arqem dan Jihan Maisarah. Kisah persoalan hati ya...
1.4M 44K 133
Medyna Fatehah yang berusia 22 tahun merupakan seorang gadis kampung nerd bakal dijodohkan dengan sepupu nya sendiri iaitu Andiq Fateh , 24 tahun...
78.8K 3.6K 29
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
6.8K 414 14
' 𝐇𝐒𝐬 𝐏𝐫𝐒𝐝𝐞 ' "Kau pasti isteri kau akan setia dengan kau kalau dia tau siapa diri kau yang sebenarnya?" "Kau bawa bala, Zafran." [tekan 'REA...