SATU PELUANG

By rsya_rose

1.4K 278 41

SEQUEL FAJAR BAIHAQI Belum... Belum ada sinopsis lagi. Nanti penulis fikir. More

SNEEK PEAK
ANEKDOT 1
ANEKDOT 2
ANEKDOT 3
ANEKDOT 4
ANEKDOT 5
ANEKDOT 6
ANEKDOT 7
ANEKDOT 8
ANEKDOT 9
ANEKDOT 10
ANEKDOT 11
ANEKDOT 12
ANEKDOT 13
ANEKDOT 15
ANEKDOT 16
ANEKDOT 17
ANEKDOT 18
ANEKDOT 19
ANEKDOT 18
ANEKDOT 20
ANEKDOT 21
ANEKDOT 22
ANEKDOT 23
ANEKDOT 24
ANEKDOT 25
ANEKDOT 26
ANEKDOT 27
ANEKDOT 28
ANEKDOT 29
ANEKDOT 30
ANEKDOT 31
ANEKDOT 32
ANEKDOT 33

ANEKDOT 14

36 11 0
By rsya_rose

SATU PELUANG
Kita mula semula tak boleh ke?

Ae'in menggaru kepala yang tidak gatal. Bibir bawahnya digigit cuba menyembunyikan rasa gelisah yang membaluti hati sejak tadi. Sesekali anak matanya jatuh pada cermin pandang belakang. Sambil-sambil itu pemanduannya cuba dia kekalkan dalam kadar yang selamat.

  Malam ini, dia ada janji temu. Disebabkan Nasuha mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan, dialah yang menggantikan Nasuha dalam perjumpaan antara event decorator dan pelanggannya. Tidak Ae'in sangka perbincangan dua hala malam ini di salah satu coffee shop yang dipilih oleh pelanggannya akan berakhir saat jam mencecah pukul dua belas malam.

  Berbekalkan keberanian yang hanya secebis dari segenggam, Ae'in memandu keretanya sendirian menuju ke rumahnya. Baru setengah jalan, hatinya berasa tidak sedap. Saat dia melirik pada cermin pandang belakang, dapat dia perhatikan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer sedang dipandu di belakangnya.

  Awalnya, Ae'in enggan overthinking. Oleh itu, dia kurangkan kelajuan pemanduannya supaya pemandu kenderaan jenis sedan itu boleh memotong dan mengambil laluan di hadapannya. Pun begitu, tidak pula dia dipotong. Sebaliknya, kenderaan tersebut terus mengekori Ae'in dengan pemanduan tidak kurang perlahan dari Ae'in.

  Ae'in menggigit bibir. Dari perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya sepuluh minit ke rumahnya, sudah hampir lima belas minit masanya dihabiskan di atas jalan. Dia sengaja membelok ke jalan yang jauh demi mengambil masa. Berkira-kira sama ada perlu atau tidak dia memandu ke balai polis yang terdekat.

  Tiba-tiba, mata Ae'in disilaukan oleh lampu tinggi yang datangnya dari kereta sama mengekorinya tadi. Terus Ae'in memandang ke arah cermin sisi. Ae'in kembali memandang ke hadapan. Sontak, kaki menekan brek apabila lampu isyarat bertukar merah serta-merta. Kurang seminit, kereta sedan berwarna hitam yang mengekorinya tadi berhenti di lorong bersebelahan dengannya. Cermin kereta berkenaan diturunkan.

  Ae'in hanya memandang. Tidak menurunkan tingkap keretanya meskipun penumpang Lancer itu memberi isyarat kepadanya.

  "Apa?" Ae'in memasang wajah garang dan dahinya dikerutkan.

  Lelaki di kerusi penumpang hadalam bersebelahannya tidak kurang memaksa. Dia melaung sedikit agar Ae'in mendengar arahannya. "Berhenti tepi, cik!"

  Ae'in menurunkan sedikit cermin bahagiannya. "Taknak!" marahnya sebelum pantas jarinya menaikkan cermin.

  Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah, terus keretanya dipacu laju meninggalkan tempat kejadian. Jantungnya berdegup kencang. Kepala sudah mula terisi dengan segala macam kebarangkalian buruk yang akan berlaku. Apatah lagi apabila kali ini, terang-terang Mitsubishi Lancer itu mengejarnya. Siap dimain-mainkan lampu tinggi, sengaja hendak menakut-nakutkan Ae'in supaya mengikut perintahnya.

  Dalam keadaan sebegitu, fokus Ae'in terganggu apabila nada dering telefonnya tiba-tiba sahaja bergema dari dalam dashboard kereta. Bersama tangan yang sejuk, peranti tersebut dicapai dan terus sahaja panggilan entah siapa pun itu, dia angkat.

  "Assalamualaikum Ae'in awak dekat mana?"

  "Waalaikumussalam tuan, tolong saya." Soalan yang diajukan oleh suara yang dapat dia cam itu tidak dijawab. Mengambil kesempatan ini, Ae'in terus sahaja meminta pertolongan Nahlan. Dianggap atas sebab apapun Nahlan menelefonnya malam ini adalah salah satu cara Allah membantunya.

  "What happened?" Dalam masa yang sama, Nahlan di hujung talian sudah cemas. Dia yang tadinya duduk, terus terbangun. Hilang terus segala macam hal yang hendak dia utarakan kepada Ae'in setelah beberapa malam tidurnya tidak lena memikirkan caranya untuk berbicara kepada Ae'in.

  "Saya baru balik meeting dengan client. Ada kereta follow saya all the way. Tadi dia berhenti sebelah saya suruh saya berhenti tepi. Sekarang, dia kejar saya dengan lampu tinggi." Ae'in menerangkan secara ringkas keadaannya.

  Nahlan di talian mengangguk mengerti. Dahinya berkerut seribu. "Possible tak untuk awak send live location dekat saya?"

Ae'in mengangguk. "Boleh tuan, sekejap." Ae'in mengerling ke arah cermin belakangnya sesaat sebelum membuka aplikasi Whatsapp. Tidak dia hiraukan panggilan yang masih bersambung.

  Nahlan menanti dengan penuh sabar. Saat ini, telefonnya masih terlelap di telinga sementara dia sudah berada di dalam kereta. Tidak sempat dia hendak mengkhabarkan kepada Puan Fauqiyya yang bertanya akan akan pemergiannya malam ini. Sesaat kemudian, perantinya bergetar menandakan ada mesej baru yang masuk.

  "Dah hantar, tuan."

  Nahlan mengangguk. "Kereta apa? Nampak plate?"

"Lancer. VKR 291" Ae'in menjawab lancar.

"Awak teruskan drive. Jangan laju sangat, keep a safe speed. Dekat dengan location saya ni, I will try to keep up with you. Jangan tutup panggilan, let me listen to you what ever it is."

  "Baik tuan."

  Nahlan terus menghidupkan enjin keretanya. Audio panggilan ditetapkan kepada pembesar suara lalu telefonnya dia letakkan di riba dalam keadaan jejak Ae'in dapat dia lihat dari paparan skrin. Tanpa berlengah, dia memacu kenderaannya dengan berlatar belakangkan hembusan nafas Ae'in. Beberapa ketika kemudian, dapat dia dengar bunyi hon kedengaran membuatkan gadis yang berada di hujung talian terjerit sedikit.

  "Ae'in, are you doing fine?" Nahlan bertanya risau. Dia menekan pedal minyak lebih kuat. Sesekali, dia memotong kereta yang berada di hadapan jalannya.

  Ae'in yang saat itu sedang menggigil, menelan liurnya perit. Dia berdehem. "Okey tuan... cuma terkejut sikit."

  "Stay calm, kawal your breathe. Jangan risau, saya dekat dah ni," bohong Nahlan. Meskipun dia sudah menekan pedal minyak semampunya, masih ada kurang lebih tiga kilometer lagi antaranya dengan lokasi kereta Ae'in sedang berada. Mendengarkan nafas Ae'in yang berhembus kuat, Nahlan meraup muka. Dia mencari akal untuk menenangkan gadis itu dari kejauhan.

  "Ae'in... tell me about your day."

  Ae'in terkesima mendengar soalan yang kedengaran tiba-tiba oleh jejaka di hujung talian saat ini. Dia terkebil-kebil sesaat. "Saya... tak salah dengar ke, tuan?"

  "Tell me about your day. Lupakan kejap tentang kereta yang tengah ikut awak tu. Relax yourself." Nahlan memberi arahan tenang. Sesekali dia melirik ke arah paparan skrin telefon di riba. Nampaknya, jarak di antara keretanya dengan kereta Ae'in semakin dekat.

  "Aaa... harini tak ada apa benda jadi sangat. Cumanya tadi siang..." Ae'in jeda seketika. Dia cuba mengingat perihal yang terjadi siang tadi.

  "Tadi siang?" Nahlan bertanya. Memberi isyarat bahawa dia mendengar bicara Ae'in dengan penuh minat.

  "Tadi siang ada budak perempuan ni tiba-tiba datang Florista bagi saya crochet yang dia buat sendiri. Saya kenal budak tu. Saya selalu hantar bunga dekat rumah dia. Budak tu comel sangat tapi dia sakit. Bunga yang saya hantar tu mak dia guna buat hias bilik budak tu." Ae'in terus bercerita. Dia tidak lagi menghiraukan kenderaan yang masih mengekorinya di belakang.

  "Awak rapat ke dengan budak tu? Dia sakit apa?" Nahlan mengambil belokan. Ada lagi kurang sekilometer.

  "Rapat sangat, dia rajin ajak saya bual masa saya hantar bunga dekat rumah dia. Macam-macam dia tanya pada saya pasal bunga. Dia ada sakit buah pinggang, genetik katanya. Kesian dia... bilik dia penuh dengan mesin."

  Nahlan tersenyum di hujung talian. Dia sedang membayangkan wajah sayu yang ditunjukkan oleh Ae'in. Kurang seminit, anak matanya tertancap ke arah sebuah Lancer berwarna hitam di hadapannya. Saat anak mata mengenal pasti nombor pendaftaran kereta itu sama dengan nombor pendaftaran yang Ae'in sebutkan tadi, terus sahaja dia mengejar kereta berkenaan.

  "Orang baik-baik, selalu akan dikelilingi oleh orang yang baik-baik."

  Ae'in hanya mengangguk di hujung talian.

  Nahlan menyambung. "At ease, saya ada belakang Lancer tu tadi. Awak dah boleh berhenti tepi. Trust me, Ae'in."

Ae'in tidak terus menjawab. Dia melirik dahulu dari cermin sisi. Saat sepasang anak amta dapat menangkap kelibat Maserati Ghibli milik Nahlan berada di belakang Lancer yang mengekorinya, dia menghidupkan signal. Kurang seminit, kereta diberhentikan di bahu jalan. Jelas di matanya, kereta asing yang mengekorinya sejak tadi berhenti betul-betul di belakangnya sementara dalam sela masa yang singkat, Nahlan memberhentikan kereta sedannya di sebelah kereta Ae'in. Sedikit memakan jalan.

  Nahlan memberi isyarat agar Ae'in tidak keluar dari keretanya. Ae'in sekadar mengangguk tanda mengerti. Gadis itu berpaling ke belakang. Dia hanya memerhatikan Nahlan berbicara dengan seorang daripada dua lelaki yang mengekorinya sejak tadi. Entah apa yang mereka bualkan, dalam masa beberapa minti sahaja pemandu Mitsubishi hitam itu kembali ke dalam keretanya lalu berlalu pergi.

  Nahlan berpusing badan. Saat anak matanya tertancap ke arah Ae'in, senyuman dia kirimkan buat gadis itu memberi isyarat bahawa segalanya telah selesai. Nahlan membuka langkah menghampiri Ae'in. Sebaik sahaja dia berada benar-benar di sisi pintu pemandu SUV yang dipandu Ae'in, gadis itu menurunkan tingkap keretanya.

  "All done. Dua orang tu most probably try nak rompak Ae'in." Berderau darah Ae'in saat Nahlan memberitahunya tentang hal itu. Nasib baik Ae'in tidak berhenti tadi. Kalau tak, silap-silap dia balik jalan kaki malam ni. "Well done, sebab handle it well. Lain kali, kalau rasa curiga terus drive pergi mana-mana balai polis. There is no harm in being suspicious." Ae'in hanya tersenyum segaris terhadap teguran Nahlan. Hanya mengakui sahaja kesilapannya meskipun dia sendiri tidak berapa perasan kalau-kalau dia ada melepasi mana-mana balai polis tadi.

  'Otak jammed tuan,' ujarnya di dalam hati.

  "Rumah awak area mana? Saya hantarkan. Lewat dah ni."

  "Sebenarnya, ni... dah jauh dari rumah saya, tuan. Saya main belok je mana-mana tadi," jujur Ae'in. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu sejauh ini sudah dia pandu keretanya dengan rasa berdebar sebentar tadi.

  Nahlan menggeleng perlahan. "Awak u-turn dekat depan tu. Malam ni awak stay rumah mak su saya. Jangan risau, nanti saya beritahu mak su. Boleh? Ke awak ada apa-apa urgent awal pagi esok?" tawar Nahlan diakhiri dengan soalan.

  Ae'in berfikir sejenak. Hendak menolak, dia rasa tidak sedap. Sudahlah tengah-tengah malam begini dia menyusahkan Nahlan. Silap-silap, awal pagi esok Nahlan dah kena pergi kerja. Ae'in tak apalah, business dia buka paling awal pun pukul sembilan pagi. Enggan membuatkan Nahlan menunggu, Ae'in menganggukkan kepalanya.

  "Okey. Awak tahu rumah Mak Su saya taman mana kan? Awak drive depan, saya escort belakang." Nahlan memberi pesan terakhir sebelum beredar.

  Belum pun Nahlan menjauhinya, Ae'in sempat menghalang. "Tuan!"

  Nahlan berhenti melangkah. Dia berpusing semula ke belakang. Kening dijongketkan ke arah Ae'in yang sedang menjenguknya dari tingkap kereta yang terbuka.

  "Terima kasih banyak." Ae'in tersenyum manis ke arah Nahlan. Tidak dia sedar bahawa senyumnya itu berjaya menghangatkan hati Nahlan meskipun pawana larut malam tidak segan silu menampar kulit wajah lelaki itu.

  Nahlan hanya mengangguk seraya berpusing semula menuju ke arah keretanya. "Sama-sama, El. Anything for you," bisiknya kepada diri sendiri. Dia menyimpan senyum sebelum memasuki keretanya.

  Sungguh, dia berbesar hati dapat membantu Ae'in Elyana. Demi apapun, dia gembira wanita itu sudi meminta pertolongannya. Walaupun dia tahu sekadar kebetulan, biarlah hati lelakinya berharap seketika.

  Berharap bahawa masih ada peluang untuk dia berteman dengan Elyana.

"AE'IN." Turun sahaja dari kereta, Puan Fauqiyya sudah mendapatkan Ae'in. Dipeluknya gadis itu erat. Bagaikan mengerti akan rasa trauma yang masih menghuni secebis ruang hati gadis bertudung bawal kapas itu. Dakapan dileraikan beberapa saat kemudian. "Ae'in okey tak ni?"

Ae'in menghadiahkan senyuman manis ke arah Puan Fauqiyya. Menghargai keperihatinan wanita separuh baya itu kepadanya. "Ae'in okey je, cik. Tak ada apa-apa pun."

  "Serious ke? Ada luka mana-mana ke?" Puan Fauqiyya menelek seluruh badan Ae'in.

  Nahlan yang baru keluar dari keretnya menyampuk. "Tak ada apapun mak su. Kena buli dengan perompak hingusan je tadi, Ae'in ni." Nahlan menjawab dengan kedua belah tangan dia masukkan ke dalam poket. Menahan rasa sejuk yang menerpa diri.

  "Kamu cakap ada emergency sampai kena escort Ae'in balik sini. Tak sempat mak su tanya, kamu dah tutup telefon dulu. Mana mak su tak risau." Puan Fauqiyya menjeling ke arah Nahlan. Menegur anak saudara lelakinya yang telah menyebabkan pelbagai kerisauan menjengah minda tuanya sebaik sahaja panggilan mereka diputuskan tadi.

  "Saja je, Nahlan nak buat mata mak su celik. Karang mak su tidur, susah." Nahlan tertawa kecil. Satu tamparan hinggap di lengannya yang berbalut hoodie. Kuat sehingga dia mengaduh. "Adoi, mak su. Sakit." Nahlan mencebik sedikit ke arah Puan Fauqiyya. Malangnya, hanya jelingan sahaja yang dia perolehi.

  "Dah, malam ni kamu tidur ruang luar. Mak su nak bawa Ae'in masuk." Puan Fauqiyya memalingkan wajahnya ke arah Ae'in. Tangannya dilingkarkan pada lengan gadis muda itu. "Jom Ae'in. Tinggalkan budak nakal ni dekat luar."

  Ae'in hanya tertawa kecil ke arah Nahlan. Dia menyambut pegangan hangat Puan Fauqiyya. "Jom, mak cik." Ae'in berjalan didorong oleh Puan Fauqiyya. Sempat anak matanya berpandangan sejenak dengan Nahlan. Dalam sela masa yang singkat itu, Nahlan menghadiahkan pandangan redup ke arahnya.

  Entah kenapa, Ae'in terasa bagaikan ada kenyamanan yang dikirimkan oleh Nahlan kepadanya melalui renungan berkenaan. Hati Ae'in serta-merta menjadi suam. Jiwa terasa lapang. Bagaikan dia sedang membalas tenungan seseorang yang sangat rapat dengan jiwanya.

  "Terima kasih sekali lagi tuan."

  Nahlan hanya mengangguk. Dibiarkan Ae'in dibawa masuk dahulu oleh Puan Fauqiyya. Sebaik sahaja figura dua orang wanita itu hilang dari balik pintu utama banglo mak sunya, Nahlan membuang pandang ke arah rembulan yang menjadi berlian di dada langit baldu. Senyumannya terukir mesra. Hembusan pawana malam yang cuba mendinginkannya tidak lagi dia hiraukan. Hatinya menghangat mengenangkan gadis yang barangkali sedang berbual dengan Puan Fauqiyya saat ini.

  Saat ini, Nahlan bagaikan orang angau mengenangkan bahawa dia... sudah kembali dipertemukan dengan pemilik hatinya suatu masa dahulu. Hakikatnya, pemilik hati itu tidak pernah beredar pun dari istana rasa milik Nahlan. Hanya saja, kini dapat dia rasakan kembali denyut nadi susuk itu dalam kamar hatinya bersenandungkan memori yang tidak pernah luntur antara mereka.

  Nahlan meraup wajah.

  "Terima kasih, ya Allah."

  Nahlan memasang tekad. Tidak kiralah apa pun yang jadi, dia... akan mulakan semula. Kembali berkenalan dengan Ae'in Elyana seperti ini kali pertama.

-

SATU PELUANG
Kita mula semula tak boleh ke?

Continue Reading

You'll Also Like

16.4K 419 48
Hanya senario harian bagi sang putera dan puteri di alam perkahwinan. A love story between Daniel Harriz & Hana Aira.
191M 4.5M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
THEA By lightivity

General Fiction

136K 3.7K 42
Thea Grey: co-owner of a flower shop by day, underground fighter by night, but that isn't her only secret. What will happen when her past catches up...
351 195 13
[ Karya Kelima : Hara ] Sebuah kerajaan, kerajaan yang tiada siapa tahu di dalam dunia ini. Memang lah tiada siapa yang tahu sebab kerajaan itu hanya...