LEANNA NOA

By sayamelur

107K 6.8K 354

Leanna Noa x Azrael Giovanni Kejadian-kejadian lampau mengajar Leanna Noa bahawa cinta adalah sesuatu yang ha... More

1| LEANNA NOA
2| LEANNA NOA
3| LEANNA NOA
4| LEANNA NOA
5| LEANNA NOA
6| LEANNA NOA
7| LEANNA NOA
8| LEANNA NOA
9| LEANNA NOA
10| LEANNA NOA
11| LEANNA NOA
12| LEANNA NOA
13| LEANNA NOA
14| LEANNA NOA
15| LEANNA NOA
16| LEANNA NOA
17| LEANNA NOA
18| LEANNA NOA
19| LEANNA NOA
20| LEANNA NOA
21| LEANNA NOA
22| LEANNA NOA
24| LEANNA NOA
25| LEANNA NOA
26| LEANNA NOA
27| LEANNA NOA
28| LEANNA NOA
29| LEANNA NOA
30| LEANNA NOA

23| LEANNA NOA

1.8K 177 2
By sayamelur

"Terima kasih Az sebab sudi makan dekat rumah kakak dan Leanna. Az jemput lah makan ya? Maaf kalau ada serba serbi kekurangan di sini." ucap Davinna mempelawa Azrael.

"Saya baru saja nak ajak kakak dan Lea makan di luar sebagai tanda terima kasih sebab tolong saya hari tu. Kalau kakak dan Lea tak jumpa saya malam tu, mungkin saya dah tidur tepi jalan agaknya." balas Azrael sambil mencuri pandang Leanna yang leka di dalam dunia sendiri.

Sedap sangat kut masakan Davinna itu sampai tak menghirau sekeliling.

"Perkara kecil, Az. Jemputlah makan. Tengok si Lea ni. Kalau jumpa makanan bukan tengok kiri kanan lagi dah." sempat Davinna menyiku lengan adiknya.

Tak ada adab langsung budak ni.

Leanna hanya menjulingkan mata ke atas.

Menyampah betul tengok muka penuh hipokrit si Azrael tu! Nasib baik sup ayam kakaknya ini sedap.

"Lea dan Az memang berkawan ke?" soal Davinna tiba-tiba.

"Ya."

"Tak."

Serentak Leanna dan Azrael menjawab. Mendengar jawapan berbeza itu membuatkan Davinna terkebil-kebil sebentar.

"Jawapan mana satu yang betul ni?" tanya Davinna tertawa kecil.

"Jawapan Lea."

"Jawapan saya."

Balas Leanna dan Azrael serentak sekali lagi.

Davinna semakin galak ketawa. Mana-mana lah.

"Lea ada boyfriend tak, Az? Dia ni perahsia sikit orangnya. Susah betul kakak nak korek rahsia dia."

Leanna segera menyiku Davinna. Hampir tersedak Leanna dibuatnya.

"Tak ada soalan lain ke kakak nak tanya?" gumam Leanna perlahan menahan geram.

Azrael menjongket bahu. Senyuman sinis hadir di bibir. Matanya tidak berkedip memandang Leanna di hadapan sehingga mengundang rasa tidak selesa Leanna.

"Kalau Azrael nak masuk jarum kakak bagi green light." Davinna mengenyit mata.

"Kakak!" Leanna hampir menjerit di situ.

Azrael dan Davinna serentak ketawa.

"Kalau itu yang kakak nak, saya boleh usahakan." balas Azrael membuatkan muka Leanna semakin merah padam.

"You guys are so annoying." itu saja yang Leanna mampu jawab.

"Jangan annoying sangat. Nanti suka betul-betul baru tahu." tutur Davinna di sebelah.

"Kakak!"








Leanna galak memerhati Davinna yang sibuk membancuh teh panas sambil mulut mengomel perlahan. Sesekali nafas dihembus kasar tanda tidak puas hati.

"Janganlah buat muka begitu. Tak elok tetamu tengok, Lea." tutur Davinna tanpa melihat adiknya yang duduk di meja makan.

"Dah elok-elok dia nak balik tadi yang kakak pergi halang dia buat apa? Lea nak rehat dekat bilik pun tak boleh." omel Leanna geram.

"Terlanjur kakak dah buat kek ni. Alang-alang Azrael ada di sini, kakak hidangkan lah sekali untuk dia. Banyak sangat kek ni, Lea. Kita berdua pun tak larat nak habiskan." balas Davinna sibuk memotong kek pisang.

"Jiran-jiran kita kan ada? Bagilah dekat diaorang." jawab Leanna pula.

"Shhh. Suara Lea tu kawal sikit. Kakak cili nanti nak? Nah, pergi hidang dekat Azrael sana. Kakak nak tengok kedai sekejap." talam berisi teh panas bersama potongan kek diberikan kepada Leanna.

"Apahal Lea pula? Kakak lah yang hantar."

"Eh, kak. Kakak nak pergi mana tu? Kakak!"

Tak sempat Leanna mahu menghalang, Davinna sudah beredar dari dapur tanpa mengendahkan panggilan Leanna.

Dengan langkah terpaksa, Leanna ambil talam tadi dan terus bergerak ke ruang tamu rumah mereka.

Kelihatan Azrael sedang sibuk membelek-belek album gambar yang di simpan di rak tersebut.

"Minum." nada suara Leanna kasar.

Azrael berpaling ke belakang lalu mengukir senyuman.

"Thanks." kaki bergerak ke sofa dan tanpa segan silu dia duduk di sebelah Leanna.

"Rupanya you pun bekas pelajar E-Royals Highschool. Tapi kenapa I tak pernah nampak you?" soal Azrael masih leka melihat album gambar di tangan.

Leanna diam tidak membalas. Tangannya sibuk menuang air teh ke dalam cawan.

"And this girl. I knew her. Dia classmate I dulu. Tak silap nama dia Armani kan? Yes, Armani. Si musuh ketat Darrell." Azrael tiba-tiba ketawa.

"Gambar Harlem pun ada. Tapi perempuan sebelah Harlem ni I tak kenal. She's kinda cute. I guess ini perempuan yang Harlem selalu cerita pada I dulu."

Laju tangan Leanna merampas album gambar tersebut dari tangan Azrael sehingga membuatkan lelaki itu sedikit tersentak.

"Siapa suruh awak selongkar barang-barang saya sesukahati?" marah Leanna.

Azrael ketawa sinis lalu mencicip sedikit teh panas di dalam cawannya.

"What a small world. Tapi itulah. Sepanjang I bersekolah di sana, kenapa I tak pernah jumpa you?" Azrael masih hairan.

"Saya pindah sekolah." jawab Leanna ringkas.

"Oh, patutlah. But why?" tanya Azrael.

"Entah, mungkin saya dapat rasakan ada raksasa yang nak masuk sekolah tu so saya cepat-cepat pindah dari situ." sindir Leanna.

"Tapi kuat juga jodoh you dengan raksasa tu kan. Tak sangka boleh jumpa di kolej pula." Azrael membalas sindiran Leanna.

Satu jelingan tajam dihadiahkan untuk Azrael.

"Lepas minum, awak boleh balik." Leanna terus bingkas bangun.

"Ada I suruh you pergi?" Azrael sempat menyambar tangan Leanna sehingga gadis itu terduduk semula.

"Ini rumah saya, sukahati saya lah." jawab Leanna.

Lengan Leanna ditarik sehingga membuatkan wajah mereka hampir berlanggar.

"Awak jangan macam-macam, Azrael. Nanti kakak saya nampaklah." Leanna cuba meronta namun gagal.

"Dia dah bagi green light, jadi nak risau apanya?"

"Lepaslah, Azrael. Saya tak suka awak buat saya macam ni. Tolonglah hormat saya sikit." rayu Leanna lagi.

Disebabkan situasi seperti inilah dia mahu berusaha menjauhkan diri dari Azrael. Hidupnya tidak pernah aman jika bertemu lelaki kejam ini.

"I nak you. I kinda miss you. Your smell. Lama kita tak-"

Baru saja Azrael mahu menyentuh bibir mungil Leanna, gadis itu tidak sengaja memuntahkan segala isi perutnya di atas baju Azrael.

Leanna terus berlari ke dapur dan memuntahkan lagi sisa yang masih terasa perit di kerongkong ke dalam sinki.

"Lea, kenapa ni?" Davinna tiba-tiba muncul di dapur dengan riak risau di wajahnya.

"Az?" Davinna memandang Azrael pula. Wajah lelaki itu juga seakan memberikan jawapan 'tidak tahu'.

"Lea okay." beritahu Leanna lemah setelah lega sedikit. Tubuh yang bongkok ditegakkan semula dan berpaling ke belakang.

"Kakak pergilah bawa Azrael naik atas kejap. Bagi baju abang pada dia. Lea tak sengaja muntah di atas baju dia tadi." beritahu Leanna serba salah.

"Tapi Lea okay tak ni? Kalau tak, kita pergi klinik nak?" Davinna bertanya lagi. Wajah Leanna tampak pucat.

"Okay, kak. Lea okay. Salah makan je kut." Leanna cuba meyakinkan Davinna walaupun dia sendiri tidak yakin tentang itu.

"Kakak naik atas dulu dengan Azrael ya? Nanti Lea masuk bilik. Rehat. Jom, Az. Pergi ganti baju Az dulu ya."

Azrael diam dan mengangguk kecil. Matanya lekat memandang Leanna sebelum membuntuti Davinna naik ke tingkat atas.

Leanna membawa diri ke meja makan. Kuku digigit bersama perasaan resah.

Tak mungkin apa yang dia takuti selama ini bakal terjadi?

Tak mungkin.

Berkali-kali Leanna menggeleng kepala dan cuba menepis tanggapan serta perasaan yang kurang enak ini.

"Tak mungkin aku mengandung."

Continue Reading

You'll Also Like

33.6K 1.9K 66
You can break my heart in two but when it heals, it beats for you
5.1K 59 32
Aku sedang menanti dirimu untuk memeluk diriku bila kau merasakan kau perlukan diriku. Aku mahu menjadi destinasimu bila kau tidak tahu arah tujumu...
389K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
332K 35.9K 40
Bismillah. Mula: 10.01.2021